Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, April 3, 2010

SIAPA CALON AHLI PARLIMEN JERANTUT PRU NANTI?

Ketua UMNO Bahagian bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian,
selepas satu program yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Jerantut



Parlimen Jerantut nampak tenang tetapi sebenarnya gelisah. Ahli Parlimen sedia ada dulunya memegang jawatan timbalan menteri tidak dinaikkan pangkat kepada menteri penuh bahkan menolak jawatan timbalan menteri yang ditawarkan juga.

Dalam politik keadaan ini boleh ditafsirkan sebagai sudah sampai ke penghujung jalan. Bermakna pada PRU akan datang seorang calon baru akan datang mengisi kekosongan yang akan berlaku. Penduduk Jerantut entah dengan sedih atau terlalu gembira akan mengucapkan salam perpisahan kepada ahli parlimen atas tidak melakukan apa-apa selama ini.

Soal yang hangat sedang diperbincangkan sekarang ini adalah; siapakah calon yang layak untuk dipilih sebagai pengganti? Tidak banyak nama yang dapat diketengahkan dan itu pun hanya setakat alah kadar saja kerana kewibawaan mereka tidak terlalu menyerlah selama ini.

Dari segi ranking jawatan, yang terdekat adalah Timbalan Ketua merangkap Ketua Pemuda. Namun ianya kelihatan masih mentah dan hanya mempertahankan kelompoknya sendiri saja. Justru dia tidak akan dapat sokongan secara menyeluruh dalam PRU kelak.

Naib Ketua seorang yang kaya raya sangat dibimbangi jika menjawat jawatan itu akan tenggelam didaratan dan tidak juga akan mampu membantu rakyat yang perlukan pembelaan dan pembangunan.

Ketua Penerangan juga memang berhajat namun sebagai Ketua Peneranganpun dia masih dalam kegelapan jadi sudah tentu beliau tidak mampu langsung untuk menerajui UMNO Bahagian. Bahkan beliau wajar disingkirkan terus dari sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian.

Calon-calon yang disebutkan tadi, jika salah seorang darinya dicalonkan maka yang lain sudah tentu akan melakukan gerak kerja mencantas dari belakang. Ini adalah resmi UMNO terutama UMNO Bahagian Jerantut - menikam belakang.

Yang kelihatan sangat berminat dan merasakan ianya mendapat sokongan semua pihak adalah Ketua Puteri Bahagian. Beliau bercita-cita tinggi namun kesombongannya memusnahkan segalanya, bahkan akal fikiranya juga. Beliau merasakan mendapat sokongan dari semua pihak dalam UMNO Bahagian terutama dari broker-broker undi namun apakah dia sudah layak bersaing dengan calon Pas yang lebih berketokohan dan berkaliber darinya?

Ketua Puteri harus menghias dirinya juga dengan budipekerti yang tinggi serta wibawa diri. Dengan moral yang ada sekarang ini, beliau bukanlah calon yang layak menentang calon Pas seorang lebih dihormati kerana agamanya. Maaf Tini, awak saya singkirkan!

Bekas Timbalan Ketua Bahagian yang masih seorang ADUN sudah tentu masih belum mati harapan dan impiannya. Cita-cita tingginya sudah tentu akan menutupi kependekkan tubuhnya. Pada saya, dia sudah banyak berubah dari sebelumnya. Dulu dia lebih sombong namun sekarang sudah menunjukkan insaf diri. Begitulah Tuhan menguji manusia dengan mengambil sebahagian dari apa yang telah diberikan selama ini. Dapatkah orang kampong melupakan dia yang terlibat dengan beberapa kes sebelum ini? Sebenarnya dia hanya menjadi mangsa usahasama dengan bekas sorang YB dalam cita-cita merebut kekuasaan politik UMNO bahagian. Dia bertanding Ketua dan kalah, dan pasangannya bertanding Naib Ketua dan juga kalah.

Bekas YB ini masih lagi muda dan pernah jadi ketua saya semasa saya dalam pemuda bahagian dulu. Dalam pemilihan bahagian yang lalu telah kalah bagi jawatan Naib Ketua. Ternyata usahanya untuk memanjat semula kelihatan sukar. Jikapun dia dapat menjawat jawatan berkenaan, saya percaya tidak ada apapun yang dapat dilakukan untuk rakyat. Sewaktu beliau disingkirkan dari calon ADUN bagi penggal berikutnya, beliau memegang jawatan YDP Dewan Persuratan Melayu Pahang Cawangan Jerantut, namun tidak ada yang dibangunkan selain dari menulis surat layang (agak sayalah(?)) Jadi saya tidak melihat dia mampu melakukan ini.

Cuma ada sedikit yang mampu saya berikan pujian, iaitu beliau sudah melihat bahawa IT dan Media Sosial mampu memberikannya sedikit anjakan dalam berpolitik. Saya pernah suarakan bahawa perlu adanya blog dan facebook atau yang serupa dengannya sebagai peralatan dalam berpolitik pada zaman ini. Itu 2 tahun lalu, namun beliau memandang sepi. Namun kini setelah 2 tahun berlalu, beliau sudah ada facebook dan 2 blog. Biarpun lambat sedar namun dia mampu mengubah dirinya menjadi lebih cerdik dari dahulu. Tahniah!

Setidak-tidaknya, beliau kelihatan lebih terang dari Ketua Penerangan yang masih tetap dalam kegelapan, yang masih belum mengenal apa itu IT dan peranan Media Sosial kepada masyarakat zaman ini. Cuma, menulis juga perlukan pembaca. Beliau harus tau bagaimana untuk mempromosikan blog beliau itu untuk capaian umum.

Salah satu dari blog beliau dinamakan 'Hanturaya Daily' (bukan nama sebenar). Namun beliau hanya menulis dengan kekerapan seminggu sekali, itu pun hanya baru 2 atau 3 posting. Sewajarnya tidak dinamakan ...Daily. Mungkin ..Weekly atau ...Monthly. Mungkin dia kurang faham apa maksudnya. Hehe, jangan marah Dato'! Sekurang-kurangnya dia sudah selangkah kehadapan dari yang lain.

Mengenai blog ada pihak berpendapat bahawa pengundi mereka bukan dari kalangan pembaca dan pengguna internet. Mungkin mereka lupa bahawa pada masakini, golongan terpelajar yang mendapat maklumat dari internet akan mempengaruhi undi apabila mereka pulang ke kampong halaman mereka atas status terpelajar mereka itu. Masih ada pihak didalam UMNO Bahagian yang berfikir negatif begini. Janganlah menganggap orang lain bodoh sepertimana diri kita sendiri yang tidak mampu mencapai kemajuan teknologi.

Ketua Wanita Bahagian kelihatan mendiamkan diri dalam perlumbaan ini. Ini juga sikap yang harus kita puji. Berkerjalah dan teruskan usaha-usaha membela rakyat dan jangan jemu. Biarkanlah pihak atasan yang menilai keupayaan dan usaha serta jasa kita kepada masyarakat. Jika berusaha dengan jujur, Tuhan akan membalasnya juga satu hari nanti. Jawatan jangan dikejar, biarkan dia sendiri yang akan datang kepada kita. Tentu itu lebih manis dan bererti.

Bukan memuji, tetapi yang banyak melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam UMNO Bahagian Jerantut setakat ini hanyalah Wanita UMNO Bahagian. Syabas dan teruskan usaha membela rakyat.

Entah kenapa, dulu Ketua Wanita ada blog namun mati begitu saja. Kenapa tidak diambil usaha menghidupkannya semula? Masa berubah dan jangan kita ditinggalkan nanti.




4 comments:

one one no belen said...

Atau di jerantut mmg tak ada calon UMNO yg layak kot?Tak apa kita boleh calonkan tok batin sg tiang jadi calon. lebih ada ketelusan dari org melayu sendiri utk jadi pemimpin.

Unknown said...

SPU, kalau kita hanya melihat semua kelemahan orang memang tiada yang sempurna. Kita sokong seseorang jangan memburukan orang lain nanti orang membenci orang yang kita sokong itu kerana KW itu bukanlah seorang yang ada colour sangat.

SPU said...

Salam Dato' Fikir, saya tk memuji dn tak menyokong KW, tetapi saya melihat hanya dia saja yang masih berkerja untuk UMNO, yang lain hanya mencari dan mencuri peluang dari UMNO, merembat segala kesempatan yang ada. Memang KW ada kelemahan namun dia adalah yang terbaik kini diantara yang terburuk yang sedang kita miliki. Hahaha, jangan mudah terasa, politik itu indah dan perjalanan kita masih panjang lagi, Dato' Fikir pun masih ada peluang, bukan saya tak tau hasrat dalam hati.

one one no belen said...

Salam.. Tak apa UMNO boleh calonkan HANTU RAYA SEBAGAI CALON umno BAHAGIAN JERANTUT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN