Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, February 22, 2010

KONVENSYEN WANITA UMNO MALAYSIA - KETUA PEMUDA KITA

Gambar kenang-kenangan:
Antara yang kecundang, yang terbuang dan yang akan disingkirkan



Syahdan sebermula tersebutlah kisah seorang Ketua Pergerakan Pemuda dari satu bahagian di negeri Inderapura. Adapun Ketua Pemuda ini entah dijemput atau entah tidak telah menghadirkan diri di majlis perasmian yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno yang bertempat diPusat Dagangan Dunia Putera.

Adapun pada hari itu ramailah pembesar-pembesar negara yang hadir kerana majlis itu diresmikan oleh mamak Menteri Perdana. Maka pada ketika majlis perasmian itu maka didudukkanlah segala pembesar-pembesar diatas pentas khas. Maka duduklah mamak Menteri Perdana dan mamak Timbalan Menteri Perdana atas jawatannya sebagai orang pertama dan kedua dalam Umno.

Arkian maka selain itu sudah tentulah mami Ketua Wanita Umno serta barisan jawatankuasanya akan duduk juga dihadapan dipentas berkenaan. Maka selain dari itu sudah tentulah segala Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno akan didudukan bersama-sama dihadapan itu.

Namun syahdan terkejut beruklah semua hadirin apabila diantara yang duduk dihadapan diatas pentas itu adalah si Ketua Pemuda ini yang bukannya Ahli Majlis Tertinggi dan bukan jugalah Jawatankuasa Wanita Umno kerana dianya adalah seorang Ketua Pemuda. Maka tidak tahulah akan sahaya sekiranya dia telah menukar jantinanya serta menjadi ahli Pergerakan Wanita pula.

Adapun kerana majlis ini adalah majlis resmi, maka diusirlah oleh orang akan Ketua Pemuda itu, namun tidak juga ia mahu berganjak, maka orang yang mengusir itu pun patahlah hatinya. Maka dibiarkanlah oleh orang akan dia itu duduk disitu.

Maka teringatlah sahaya akan kisah seorang wakil rakyat seorang Ketua Pemuda yang meminta orang menghantarnya ke landasan terbang untuk keluar negara kononnya. Maka setelah orang-orang yang menghantarnya disuruh pulang, maka diapun menaiki teksi untuk pulang kerumah dan bersembunyi beberapa hari. Setelah selang beberapa hari maka pergilah ia semula ke landasan terbang dengan teksi maka selepas itu dijemputlah pula orang akan dia seolah-olah baru pulang dari luar negaralah akan dia itu.

Adapun Ketua Pemuda ini pun dulunya ketika dihadapan khalayak ramai pernah pura-pura menelefon seseorang pembesar negara. Maka semua orang yang ada didekatnya mendengar dia kononnya berkata-kata dengan pembesar berkenan. Namun tak semena-mena telefon yang berdering. Maka terkejutlah semua orang yang melihatnya dan tertanya-tanya bagaimanakan telefon yang sedang digunakan boleh berdering menerima panggilan? Arkian maka tahulah orang ramai itu bahawa dia telah bercakap-cakap seorang diri dan berpura-pura sedang menelefon namun telefon itu tidakpun didail.

Hatta maka ceritera mengenai majlis perasmian tadi bolehlah ditanyakan kepada semua Ketua-ketua Wanita Umno Bahagian di negeri Inderapura yang hadir atau pun bolehlah juga bertanyakan kepada Ketua Wanita Umno Pahang kerana mereka lebih arif dan mengenali siapa dia itu.

Arkian maka bersabit dengan perkara itu maka beroleh kemaluan yang besarlah pada seluruh rakyat negeri Pahang jika mereka mengetahuinya. Betapakah tidak tahu malu dan adabnya dia yang sepatutnya hanya duduk dibawah, bahkan mantan-mantan pemimpin besar negara serta mantan-mantan mamak menteri juga adanya.

Maka demikianlah menurut yang ampunya ceritera. Maka terasa besarlah juga kemaluan sahaya ini kerana sahaya ini pun adalah rakyan negeri Inderapura juga adanya.

Monday, February 15, 2010

KURSUS BLOG UMB PPU JERANTUT?


Gambar hiasan: Ini bukanlah peserta kursus blog itu nanti



Jika benarlah angin yang membawa khabar, maka benarlah khabar ini, bahawa UMB @ 'Unit Media Baru' Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut akan mengadakan kursus asas blog. Pada 27hb Februari 2010.

Tanpa prejudis, kita ingin mengucapkan syabas dah tahniah kepada mereka yang terlibat dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan program berkenaan. Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian serta Ahli-ahli Jawatankuasanya...dan kesemuanya. Syabas! Akhirnya, biarpun lambat namun masih ada hasrat mereka untuk berubah. Sekurang-kurangnya kelak mereka mampu memahami, mengenali serta membezakan yang mana 'blog' dan yang mana 'goblok'.

Kepada pihak penganjur, harap usaha ini jangan disempitkan. Berikan peluang ini kepada lebih ramai yang berminat menyertainya. Jadikan ini satu program yang besar, setidak-tidaknya bagi UMNO Bahagian Jerantut. Libatkan mereka yang bukan saja dari kalangan Pemuda, bahkan Wanita dan Puteri juga. UMNO Bahagian sendiri, serta diperingkat cawangan supaya maklumat dan ilmu pengetahuan akan berkembang. Kita harus sedari dan akui bahawa zaman 'papanbatu' telah berubah kepada zaman 'laptop' @ komputer riba. Buta IT adalah buta huruf pada zaman lalu.

Jangan lupa, Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang masih gelap itu wajib juga diperterangkan hati dan mindanya untuk menerima blog, facebook serta 'media sosial' lainnya sebagai alat perhubungan zaman ini dan akan datang, dan ianya bukan hanya untuk generasi muda saja.

Kah kah kah! Lambat pun tidak mengapa, asalkan ada keinginan untuk berubah dan maju kehadapan...'UMNO'ku dan kampungku...hehe. Sesiapa yang 'lebe', diamkan saja.


Thursday, February 11, 2010

HARAPAN BARU(kalau boleh!)

Gambar Hiasan: AMT UMNO

MT, Exco jadi 'bapa angkat' bahagian UMNO


PUTRAJAYA 10 Feb. - Semua ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Exco sayap parti akan dijadikan sebagai 'bapa angkat' kepada 191 bahagian UMNO di seluruh negara dalam usaha menjayakan program Juara Rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen baru dalam program berkenaan telah dipersetujui oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Selepas ini, setiap ahli MT, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu turun ke bahagian angkat masing-masing setiap bulan.

"Ini bagi memastikan kawasan angkat mereka dapat melaksanakan program Juara Rakyat selain mendapatkan aduan daripada rakyat untuk dibawa kepada pucuk pimpinan," katanya.

Menurut Ahmad, selain program Juara Rakyat, setiap biro dalam UMNO dan sayap parti perlu aktif menggerakkan program masing-masing bagi menyelesaikan isu-isu rakyat.

"Ini seperti mengadakan kaunter-kaunter untuk rakyat membuat pengaduan sekali gus dapat membantu membawanya kepada pengetahuan agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Dalam hal ini, katanya, tumpuan program Juara Rakyat akan dibuat mengikut tema yang berbeza pada setiap bulan.

Ulasan:-Ini satu cadangan yang baik(baik untuk orang ramailah)Jangan jadikan alasan kesibukan untuk tidak berkhidmat kepada rakyat.Kalau sebelum ni macam-macam cara nak mengelak dari bertugas.Kalau jadi YB ke,YAB ke,Datuk ke,Datuk Seri ke,jangan jadikan alasan tidak ada masa untuk turun padang.Jangan nak pilihanraya je baru nak datang.Masa tak pilihanraya tak ada orang nak bantuan ke?Ke orang susah masa pilihanraya je?Kalau datang pulak tak perlu nak bawa ramai sangat BODYGUARD atau ORANG KUAT!Ini mana pergi ada saja orang duk ikut.Akhirnya,orang kampung atau orang setempat tak boleh berjumpa sebab YB dihimpit oleh ORANG KUAT2.Jadi kalau macam ni macam mana nak bercampur dan menilai kesusahan orang setempat.JANGAN JADI PANDIR! - Tulisan N9

Friday, February 5, 2010

UMNO JERANTUT - LANGKAH PERTAMA UNTUK BERUBAH

Ketua UMNO Bahagian bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut



Kami mendapat maklumat bahawa ada beberapa program yang dijalankan oleh UMNO bahagian pada hari ini. Antaranya adalah sesi sembang kedai kopi bertempat di Simpang Jengka Lapan. Dimaklumkan bahawa selain dari Ketua Bahagian YBM Dato' Tengku Azlan , Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Norhelan Mahmud juga turut hadir. Dilaporkan juga, ramai penduduk berhampiran hadir pada program berkenaan sambil merebut peluang menceritakan permasalahan yang mereka hadapi.

Pada malam hari, Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Jerantut. Dimaklumkan juga pada esok hari akan diadakan pertemuan diantara UMNO Bahagian Jerantut dengan penjawat awam pentadbir daerah Jerantut bertempat di bangunan Pejabat Daerah.

Tahniah dan syabas kepada UMNO Bahagian yang sedang dalam usaha untuk berubah. Kita juga berharap akan ada perubahan yang berlaku pantas dalam waktu terdekat. Semoga UMNO akan terus kukuh di Jerantut dan negeri Pahang amnya.

Bagimanapun saya masih tertanya-tanya; mana blog UMNO Bahagian Jerantut, mana UMB Bahagian Jerantut? Mana Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut? Apakah mereka ini masih dalam kegelapan? Jangan biarkan kebusukkan UMNO sampai ke ususnya. Jika sesiapa yang merasakan tidak mampu jalankan tugas, sila berundur. Jangan rosakkan UMNO kerana kepentingan mereka ini untuk hanya menyandang jawatan semata-mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN