Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, July 31, 2010

KERAJAAN HARUS TEGAS BENTERAS PEMBURUAN HARAM

Saya menerima email dari seorang pembaca dan meminta saya menyiarkan tulisannya, namun saya terpaksa melakukan sedikit pengubahsuai supaya lebih kemas dan tidak menyentuh seseorang.


Pada minggu lalu seorang anggota kerajan telah diberkas oleh pihak penguatkuasa Jabatan Perhilitan di kawasan Taman Negara. Beliau dikatakan berjaya ditangkap bersama senapang angin buatan sendiri setelah gagal melepaskan diri apabila terperangkap dipasir jerlus lalu terpaksa menyerah diri. Dalam kejadia berkenaan beberapa orang berjaya ditangkap manakala sebahagian lagi berjaya melepaskan diri.

Kumpulan pemburu haram tersebut difahamkan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.00, bagaimanapin pihak Jabatan Perhilitan akan mendakwa pemburu-pemburu tersebut tidak lama lagi. Menurut sumber dari siasatan yang dijalankan, kumpulan pemburu haram tersebut didalangi oleh seorang ahli perniagaan dan tokoh politik berpengaruh diJerantut yang telah menjalankan aktiviti berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

Difahamkan juga bahawa dalang pemburu haram berkenaan mempunyai peralatan yang lengkap termasuk kenderaan dan alat senjata yang bersesuaian dan mendapat kerjasama mereka yang mahir termasuk penduduk kampong, peneroka Felda bahkan kakitangan kerajaan.

Kumpulan ini juga mengadakan aktiviti pemburuan bagi melayani orang-orang tertentu termasuk mereka yang  berkuasa dalam meluluskan tender dan kontrek kerajaan sebagai imbuhan. Antara binatang buruan yang sangat berharga adalah gajah dari harimau. Harga seekor harimau difahamkan menceceh RM40,000. Dalang pemburu haram ini juga dikatakan sangat arif dan mempunyai hubungan dengan restoran-restoran eksotik di Kuala Lumpur, Singapura serta Thailand bagi memasarkan hasil buruan mereka.

Selain dari memburu haiwan liar, kumpulan ini juga dikatakan turut menangkap ikan-ikan terutama kelah dikawasan ‘merah’ dengan menggunakan peralatan ‘renjatan letrik’ bagi mendapat hasil yang besar dalam waktu singkat. Hasil tangkap berkenaan dibawa dengan segera menggunakan helikopter yang disewa.

Gerakan pemburuan haram ini dikatakan bergerak dengan licik dan licin kerana dalangnya dikatakan mampu menyelesaikan masalah dengan banyak pihak atas pengaruhnya dalam politik.

Penulis email berkenaan menambah; (sebagaimana tulisannya)
Amat malang pada kali ini ‘kuda berhenti makan rumput’ mereka masuk kejaring Perhilitan. Dengan tangkapan dibuat itu semua kuncu-kuncu yang lain tidak tidur malam dan menyosok segala bukti dan peralatan yang dibekallkan oleh ketua mereka supaya tidak dapat dikesan.

Tangkapan ini hanyalah gangguan kecil kepada gerakan ini tetapi bila reda nanti ia akan bergerak semula. Selagi ketua itu tidak ditangkap gerakan pemburu haram professional Jerantut tidak akan berhenti kerana ketua  adalah ‘ pasar ‘ memberikan pulangan yang lumayan. Ketua hanya menunggu dikedai kopi menunggu sms atau talipon  “ ada barang baru” kemudian bersalin bonet.

Selama ini kebanyakan hidupan liar termasuk dari species terancam telah dimusnakhan mereka yang berselindung disebalik jawatan dan gelaran yang mereka sandang. Kerajaan khususnya parti memerintah perlu memberikan perhatian serius agar dapat membenteras pemburuan haram dari memusnahkan kehidupan haiwan yang terancam.

 Bak kata pepatah ~ ‘Telunjuk biar lurus tetapi kelingking jangan berkait’. Jangan juga ada ‘pagar yang makan padi’ serta ‘sokong yang membawa rebah’ - Sekian,  'GERAM SEN PARIA'.

Friday, July 30, 2010

SATU SUARA - BLOGGER JERANTUT

SPU melihat blog-blog Jerantut masih bersatu dalam satu suara, sama ada mereka penyokong UMNO, Pas atau berkecuali. Kita dapat melihat ini dalam tulisan-tulisan mereka;

Blog SANGKAKALA mengisahkan perihal hargadiri Ketua Cawangan UMNO dan Ketua Kampong serta bagaimana mereka dilayan dan dibeli hati dan jiwanya, dengan menaja lawatan-lawatan oleh para pemimpin yang mengkehendaki pertolongan mereka dalam bentuk undian terutama dalam pemilihan di Mesyuarat Bahagian. Ketua Kampong yang berkuasa dan menyalahgunakan kuasa dengan mengagihkan saham felcra hanya kepada kaum kerabat mereka sahaja. Ini dilaporkan berlaku di Kampong Lata Kasah juga.

Blog N9 TAHAN, sebuah blog pro Pas mengisahkan tentang pemberian kerajaan berupa Lembu-lembu ternakan yang hanya diagihkan sesama kaum keluarga dan sahabat andai mereka sahaja. N9 juga menyentuh tentang lawatan Umrah Ketua-ketua Kampong dalam DUN Tahan.

Blog pro UMNO :patpatsikulipat: juga mengisahkan lawatan Ketua-ketua Kampong dan Ketua-ketua UMNO Cawangan ke Mekah bagi menunaikam Umrah yang ditaja oleh YB ADUN Tahan. Bagaimanapun blog berkenaan juga menceritakan tentang lawatan rombongan Pas ke Ulu Tembeling ketika kampong-kampong berkenaan ketiadaan pemimpin. Maklumlah, bila rumah tiada berpenunggu tentulah pencuri akan dengan berani masuk melulu.

Blog menyegar pula menyuarakan pendapatnya mengenai pandangan rakyat dan persoalan yang sering rakyat bual dan bincangkan selama ini. Keyakinan terhadap UMNO semakin terhakis kerana perbuatan dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO yang semakin jelas kelihatan pada mata mereka. Perbuatan 'membeli' Ketua Kampong dan Katua Cawangan UMNO sangat menyakitkan hati rakyat.

Pandangan saya tentang beberapa DUN dalam Parlimen Jerantut akan jatuh ke pembangkan semakin jelas kelihatan. Pas semakin bersungguh-sungguh mendekati DUN Tahan yang pernah mereka kuasai dahulu. Mereka juga berkeyakinan untuk merampas Parlimen Jerantut tidak lama lagi. Jangan salahkan rakyat dan pengundi jika itu akan berlaku kelak. Salahkanlah para pemimpin UMNO sendiri kerana kegagalan mereka memenangi hati rakyat.

Program Juara Rakyat pun, yang masih menjadi juara hanyalah para pemimpin UMNO sendiri. Peruntukan-peruntukan program hanya menjuarakan orang tertentu dalam UMNO. Mungkin kita boleh tanya pada Al-Kicap kerana harta itu Ahmad Albab yang punya.....hahaha..Ahmad Albab yang punya....

Thursday, July 29, 2010

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI MENAJA UMRAH ~ MENCARI KEREDAAN ALLAH

SPU juga ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah kepada semua Ketua-Ketua Kampong dan Ketua-Ketua UMNO berkenaan yang berpeluang ke tanah suci. 


Beruntung sungguh menjadi Katua UMNO dan Ketua Kampong yang semestinya dedekasi berusaha untuk membangunkan kampong, daerah, negeri dan negara tanpa mementingkan diri mereka. Untuk mendapat peluang yang sama maka orang lain juga perlu menjadi Ketua UMNO Cawangan serta Ketua kampong. Mari kita tubuhkan banyak lagu Cawangan-cawangan UMNO dan bina banyak lagi kampong-kampong baru.


Jika ada 30 orang, kita tubuh Cawangan UMNO, bila ada 20 keluarga kita buka kampong baru. Banyakkan Ketua UMNO dan Ketua Kampong. Banyakkan juga DUN-DUN dan Parlimen-Parlimen bagi memberi peluang ahli-ahli politik lain menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Tentu banyak juga berpeluang menjadi AJK Bahagian, SU Bahagian dan SUK Bahagian. Tentu negara lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Yang rasuah dan salah guna-kuasa tentu akan terbuang.


Apapun, baca sepenuhnya tulisan dari sebuah blog mengenai tajaan menunaikan umrah ini (dengan fikiran positif):
Sangkakala mengucapkan selamat menjalani umrah kepada rombongan DUN Tahan ke Mekah yang berlepas pada 24 hb. Julai yang lalu. Rombongan ketua-ketua UMNO dan ketua kampung yang terdiri lebih 32 orang itu ditaja oleh YB Dato Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan itu sekarang sudah berada dikota Mekah mengerjakan umrah.

Hanya tiga orang ketua cawangan yang tidak dapat mengikuti rombongan tersebut adalah ketua UMNO Cawangan kampung Gol, Ketua cawangan Pedah dan ketua cawangan Jerantut Ferry.

Kepada yang tinggal samalah kita berdoa agar mereka selamat pulang ketanah air dan dapat mengerjakan ibadat umrah secara aman dan tenteram.

Itulah istimewanya seseorang itu menjadi ketua kampung dan ketua UMNO Cawangan . Yang tidak berpeluang untuk menjadi ketua kampung atau ketua cawangan itu cubalah dimasa akan datang mudah-mudahan akan banyak tawaran pula buat trip seterusnya samada keBandung, medan, Bangkok atau London atau ke Umrah juga.


Buat kepimpinan DUN Damak agak kurang kemungkinan mendapat tawaran sedemikian kerana ADUN Damak adalah MCA. Parlimen pula selalu mengahantar rombongan kecil keMedan dan pulau Karimon walaupun kadang orang yang sama.


DUN pulau Tawar rombongan kemana?    Haah... dekat ?  Zoo.?  aisay.... tak acci lah....kalau hari cerah nampak dari bukit Istana!. Golok pun  kira ok laa.. he he he... shhhhhsssss......!! (#)

Friday, July 23, 2010

PEMIMPIN UMNO KITA...

Pahang DailyOnLine menyingkap isu pembalakan atas nama RTK atau RTB. Temerloh menjadi sasaran isu berkenaan. Sila baca sini.

Dulu perkara sama seperti ini juga dilaporkan berlaku di Jerantut dan ramailah ketua-ketua kampong dan ketua UMNO cawangan yang 'bruppp'. SPU tak merasapun cuma dengar-dengar bunyi sendawa disana sini.

Baguslah kerana mengagihkan rezeki dari Allah. Bagi mempertahankan pemimpinnya seseorang telah memberi komen dissebuah laman blog lebih kurang begini:

Salam Beranikan Hati,
YB Dato' xxxx adalah seorang pemimpin "luar biasa" pemikiran, cara fikir, tindakan, kaedah kerja,Allah bagi keistimewaan kpd beliau pandai cari duit. Falsafah beliau," wang adalah seperti daun-daun kayu yang bila kita dapat bukanlah hak kita sepenuhnya...perlu diagihkan kepada orang ramai yang berhak. Saudara Beranikan hati pergilah ke pejabat ADUN xxx bukalah fail-fail wang yang dibagi kpd orang-orang susah, .....


Sila klik utk ke blog berkenaan

Thursday, July 22, 2010

BLOG BERANIKAN HATI RANKING KE 31 MALAYISA

1. Isnin lalu blog Perak Today memaparkan 100 ranking blog Pro Kerajaan. (Klik Sini) Pahang juga boleh berbangga dengan blog bERANIKAN hATI adalah tertinggi mewakili negeri walaupun hanya ditangga ke 31. Di tangga ke 28, blog Penghuni Gua walaupun dari Melaka namun penulisnya adalah dari Beserah, Kuantan Pahang. Manakala di tangga ke 29 adalah juga sebuah blog Pahang 'BumiYang' yang merupakan kembar kepada bERANIKAN hATI namun berpindah milik kepada blogger muda dari Muar, Johor. Kita juga patut sedikit berbangga terhadapnya yang ada kaitan dengan Pahang.


Jerantut boleh berbangga kerana bRAVEhEART adalah blogger anak kelahiran Jerantut yang berusaha keras menggerakkan 'media sosial' (Blog dan facebook) di Jerantut.




2. Blog Media Permatang Pauh (Klik) menulis mengenai penghargaan yang diterima oleh blogger PR dan bagaimana  pula penghinaan kepada blogger pro BN dari pemimpin. 




3. Kemanakah agaknya blog resmi UMNO Pahang dari UMB Pahang? Mana blog Sakmongkol AK46 (plus 1). Mana pula blog Cakap Kecik Dato' Sam - orang kuat UMB Pahang tu? Menjelang PRU13 nanti cukup kuatkan media sosial Pahang untuk menentang pembangkang? Atau MB hanya nak guna strategi membeli undi semata-mata? Ohhh! Blog MB Pahang pun berkulat, dah 2 tahun tidak di updatekan. Tidak mengapa, rakyat pun bukan ramai faham tentang blog, fb dan IT ni.

Tuesday, July 20, 2010

TAK ADA CABLE CAR TAK APA, TAPI KAMI MAHU BANK

Membaca blog-blog Jerantut, kadang-kadang kita hanyut dibawa arus pemikiran politik berkepentingan peribadi pihak tertentu. Ada pihak yang asyik menghentam orang dan pihak tertentu manakala ada pihak lain pula datang dengan idea yang teramat kreatif.


Blog uRag dRrulug, mempersendakan idea orang kanan dan harapan Dato' Wan Amizan yang memperkatakan soal pembangunan yang berskala mega. Loji Nuklear, Jambatan Gantung dan terbaru pembinaan 'cable car' ke Gunung Tahan.


Bersungguh-sungguh dia pertahankan usulnya itu bila dipertikaikan oleh blogger uRag dRrulug. Sehingga dalam facebook pun isu itu masih dimainkan. Dari pemerhatian rambang dapatlah dikatakan bahawa rakyat tempatan langsung tidak tertarik dengan isu sedemikian. Pada mereka itu hanyalah angan-angan Mat Jenin moden. Bahkan ada pihak yang mempersoalkan WZWH bagaikan PM atau pun MB dengan meluluskan itu dan ini. Sedangkan kehadiran PM ke Jerantut dulu pun beliau tidak berani meluluskan apa-apa kerana sedar keadaan ekonomi yang meruncing atau pun memang beliau tidak ingin pedulikan rakyat di Parlimen Jerantut.


Kepada pemimpin-pemimpin tempatan dan juga WZWH. Saya berpendapat memang baik jika kita ada pembangunan seperti yang dikatakan itu; loji niklear, cable car dan lain-lain, tetapi berikanlah keutamaan pembangunan mengikut 'priority' terlebuh dahulu. Jangan melangkaui apa yang sepatutnya kita ada.


Pastikan Loji Air di Kuala Tahan itu berfungsi dan dipenuhi air terlebih dahulu sebelum berfikir untuk membina loji nuklear. Pastikan terbina dulu jalan ke Ulu Tembeling sebelum berfikir tentang cable car ke Gunung Tahan. Jadi pemimpin jangan terlalu ghairah dan gelojoh. Orang dibawah akan meluat dan orang diatas akan benci.


WZWH meminta kita berfikir diluar kotak. Kerana menganggap hanya beliau orang yang tercerdik dalam Jerantut. Saya yang duduk didalam kotak ini mengapa harus berfikir diluar kota dimana orang lain duduk. Tetapi dari dalam kotak inilah kita banyak melihat apa yang penduduk kampong lebih perlukan dari cable car itu. Penduduk disini lebih perlukan sebuah bank untuk kemudahan urusan kewangan mereka. Kalau tak besar, sekangkang kera pun cukuplah. Pelancong juga sangat memerlukannya bagi kemudahan urusan kewangan mereka.


Tentu selepas ini pemimpin-pemimpin kita akan berkata; sebenarnya saya dah fikirkan tentang itu....sebenarnya saya dah bawa cadangan ini ke...., sebenarnya saya ........Kahkahkah, inilah pemimpin hipokrit UMNO kita. Ini adalah cadangan anak tempatan didalam fb, terima kasih Hambali Mohd Khonopiah dari Kuala Tahan. Tok Empat dan Ketua UMNO......Zzzzzzzzzzz!!

Monday, July 19, 2010

MEMANG UMNO AKAN GAGAL DALAM PRU NANTI ...

Bila SPU menulis tentang ramalan 'Si-Bedu' mengenai politik Jerantut banyak pihak rasa tak puas hati dan memberi pendapat bahawa SPU 'bias' dan tidak bersikap adil serta berusaha memburukkan UMNO.


Tetapi bila ada laman blog menulis tentang ratio 1:40 bagi daftar pemilih baru, banyak juga pihak seakan menepuk dahi dan menyatakan rasa kesalnya kerana menyedari akan kelemahan kuasa penentu kita dalam PRU akan datang.


Siapa yang harus kita salahkan? Didalam UMNO, kurang ahli baru yang berminat mendaftar dan menyertai parti. Daftar pemilih juga demikian yang memberikan tafsiran bahawa orang melayu seakan bukan saja memboikot UMNO bahkan memboikot Pilihanraya sekaligus. Tidak kah ini juga bermakna akan memberikan kelebihan kepada parti lawan dalam memenangi PRU akan datang?


Kita seharusnya berusaha menyingkap makna disebalik apa yang berlaku ini. Kenapa orang melayu seakan meminggir diri? Antara kesalahannya adalah UMNO itu sendiri, yang harus kita pertanggungjawabkan diatas kelemahannya sebagai peneraju kerajaan yang memerintah. UMNO tidak serius dalam melaksanakan usaha kempen daftar pemilih.


Pada awal 2010, satu majlis kempen daftar pemilih anjuran UMNO Bahagian telah diadakan. Menurut maklumat dari laman blog berkenaan, RM10 ribu diperuntukan oleh agensi manakala RM5 ribu adalah peruntukan dari UMNO Malaysia. Jumlah perbelanjaan keseluruhannya adalah RM15 ribu bagi program yang hanya menganjurkan minum petang kepada kurang dari 300 orang peserta, dan apakah hasilnya?


Hasi dari program petang itu hanyalah 28 orang ahli baru UMNO dan 17 orang yang berdaftar dengan daftar pemilih. Soalannya apakah cukup berbaloi apa yang dibelanjakan dengan apa hasil yang kita dapati dari itu? Kata laman blog berkenaan, yang tersenyum lebar hanyalah pemilik resthouse yang mendapat RM15 ribu bagi belanja minum petang secawan teh tarik dan sepiring mee hon untuk peserta yang tak sampai 300 orang.

Friday, July 16, 2010

RAMALAN POLITIK JERANTUT

Semasa worldcup, hampir kesemua ramalah si sotong 'paul' ternyata tepat. Sekurang-kurangnya yang tersangat menarik untuk kita kenangkan adalah ramalannya tentang Germany akan tewas kepada Spain di separuh akhir dan Spain akan menewaskan Holand pada akhir. Tepat sekali.


Malangnya si sotong itu telah diistiharkan bersara berikutan tamatnya pertandingan bolesepak yang terhebat di planet bumi ini. Mungkin nanti pada 2014, di Brasil akan ada si-ketam, atau si-ikan, atau labi-labi yang mungkin akan menjadi peramal keputusan dalam worldcup berkenaan.


Saya cuma terfikir, jika si-sotong 'paul' itu dapat saya hubungi mungkin saya akan cuba menanya apakah ramalan masa depan UMNO Jerantut. Siapa yang akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen seterusnya akan menjadi Ketua Bahagian Jerantut bagi memantapkan semula UMNO Bahagian yang pada pendapat kebanyakan orang sedang berada ditahap yang sangat lemah ketika ini.


Tanpa si-sotong 'paul' saya terpaksa mananyakan kepada si-tikus yang dinamakan 'bedu' (bukan abang bu dan tidak ada kena mengena lagi dengannya atau sesiapa yang rapat dan mesra dengannya) Menurut ramalan 'bedu' begini;


Bagi kerusi-kerusi DUN adalah seperti berikut;

DUN Tahan, ADUN yang sekarang ini tidak lagi akan dicalonkan kerana beliau lebih berminat untuk kerusi Parlimen. Maka calon yang diramal oleh 'bedu' adalah seorang AJK dari Kuala Tembeling yang pernah menjadi kempen manager kepada seorang calon yang telah bertanding di DUN Tahan.

Diramalkan pemilihannya adalah kerana memberikan pengajaran kepada beliau bahawa didalam UMNO jangan ada pagar makan padi, jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait, jangan ada harun makan anak. Jika beliau dicalonkan, UMNO akan kalah dan DUN Tahan akan jatuh kepada pembangkang. Ini satu pengajaran untuk UMNO secara keseluruhannya bagi menyedarkan bahawa UMNO memang busuk hingga ke usus.

DUN Pulau Tawar, ADUNnya juga tidak bertanding lagi kerana beliau sudah tidak mampu naik lebih 'TINGGI' dan merasa bahawa cukuplah setakat ini. Namun beliau akan tetap memberikan sumbangan baktinya kepada rakyat jelata, jasanya akan tetap dikenang. Beliau tetap akan diingat sebagai pahlawan dan orang perjuangan. Kita akan lupakan segala kisah silamnya, itulah penghormatan terbaik untuk beliau. Selepas ini beliau akan boleh dan lebih kerap duduk bersama-sama kita walaupun berdiri tak sama 'TINGGI' dan duduk tak sama 'RENDAH'.

Bagi mengisi tempatnya, KPlah orang yang paling layak. Kerana dalam ribuan manusia kita hanya akan dapat melihatnya, kerana beliau akan kelihatan lebih tinggi dari yang lain, berkat memakai songkok tingginya itu. Kita boleh melupakan kekurangannya sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan 'cahaya yang menerangkan' walaupun beliau masih dalam 'kegelapan' dulu kini dan selamanya. Cuma kata' si-bedu', selalu-selalulah melihat rumput dibumi dan jangan asyik melihat bintang dan mendongak ke langit. Songkok tinggi jaga jangan sampai senget, nanti nampak macam tok selampit.

Bila beliau dicalonkan nanti, UMNO juga akan kalah disini. Ini satu lagi pengajaran untuk pemimpin UMNO bahawa melantik pegawai-pegawai haruslah yang boleh lakukan kerja supaya UMNO terus teguh dan perkasa. Salah satu kelemahan UMNO adalah lemah dari segi penyampian maklumat dan kelemahan perhubungan dengan rakyat. Sepatutnya KP bertanggungjawab dalam memantau blog-blog di Jerantut bahkan bertanggungjawab memastikan ujudnya blog resmi UMNO Bahagian.

DUN Damak, masih MCA punya tetapi' Dato' Ulau Lee' mesti disingkirkan oleh BN sebab orang melayu semua dah benci kerana sikap rasisnya yang hanya menjaga kepentingan bangsa cina dan meminggirkan kepentingan bangsa melayu. MCA BN disini akan kalah, kemenangannya dalam PRU lalu juga sangat tipis sebagai isyarat rakyat sudaah bosan dengan Ulau Lee ini.


3 DUN dalam Parlimen Jerantut nampaknya sudah jatuh kepada pembangkang. MB yang sedia ada sudah tentu menafikan kelemahan kepimpinannya di peringkat negeri. Saya pun lupa nak kata bahawa kita patut juga mengucapkan selamat jalan kepadanya, dia sudah tidak layak duduk dikerusi itu lebih lama lagi.


Kerusi Parlimen? Kata 'si-bedu' dia tak berapa nampak dalam air sirih sama ada YBM Tengku Lan akan dicalonkan atau tidak. Kalau dicalonkan lagi, mungkin masih akan menang walaupun tipis. Kalau tidak, tentu akan berlaku perebutan diantara siapa yang nak jadi calon.


(Bekas) ADUN Tahan meninggalkan DUN Tahan kerana hendakkan kerusi ini, tetapi pemimpin atasan tidak merestui sebab tak hendak memikul beban, macam kata; tak ada beban batu digalas, bahkan mungkin juga tidak mahu mendukung biawak hidup.... Ini bukan kata saya, ini kata 'bedu'si-tikus peramal.


Dalam AJK Bahagian yang ada tidak ramai yang kelihatan layak. SU tidak berminat. Ada juga yang tidak berapa sihat zahir dan batin. Ada juga yang tidak layak kerana masih belum masak. 'Masih belum matang', kata 'godfather'. Yang berangan-angan dan akan mati dalam angan-angan memanglah ramai dan tak terkira.


Kata 'si-bedu', dia baca banyak blog-blog di Jerantut yang kata minta dicalonkan tokoh recycle, 'si-bedu' kata dia tak membantah tapi dia masih belum jelas siapa diantara banyak-banyak yang ada itu akan di recycle semula. Kita ada bekas ADUN Tahan yang sudah otai dan macam pinang kotai. Kita ada 2 bekas Ahli Parlimen, satu anak tempatan dari Ulu Tembeling dan satu calon impot dari Kuala Lipis. Kita juga ada bekas ADUN Pulau tawar. Mereka ini boleh di recycle semula.


Kata 'si-bedu', dia kena telek betul-betul baru nampak jelas dan berwarna warni. Kalau sesiapa nak minta telekkan boleh juga, tapi kenalah bawak 'pengeras'. Kalau setakat datang nak mintak tolong telek tetapi bawak 'pelembik', nak buat apa?. Adapun pengerasnya adalah ayam dara....kalau tak ada ayam dara bawak ayam janda (ayam pencen) pun tak mengapalah, tetapi jangan sesekali-kali bawa anak dara sebab 'si-bedu' ni bukan jenis yang makan 'orang'. Sara? Ishhh! Bedu tak kenal pun siapa dia tu!


Kehkehkeh, 'bedu'...'bedu'! Engkau punya pasal, tenggelam sudah nama 'abang bu'. Kepada pembaca, kalau nak komen, guna password 'bedu', hehe. Kalau tak, hehe....tak akan disiarkan....ini aku punya blog, aku punya sukalah. Password 'sara' dah expired, tak boleh guna lagi. Ingat? 'bedu'....bukan sara....bukan abang bu....hehe



Monday, July 12, 2010

SIAPA YANG SAYANGKAN UMNO?

Jadi pemimpin harus ada kekuatan sendiri. Kekuatan dalam diri. Fizikal dan mental mesti kuat. Sokongan dari semua pihak mesti kuat. Mungkin sekali sekala kita boleh bergantung harap kepada orang lain untuk membantu kita dalam segala macam hal tetapi bukan selamanya.


KW nampak semakin lemah dan 'loose control' barisan kepimpinannya. Semuanya 'bercempera' bagai anak ayam kehilangan ibu. Disinilah perlunya ketokohan seseorang pemimpin itu. Pemimpin buka saja perlu dihormati tetapi ditakuti juga sekali sekala. Didengari juga kata-katanya. Dipatuhi segala arahannya. Yang lebih utama adalah perlu adanya kekuatan didalam diri untuk berjuang dan bukan hanya mengalah atau membiarkan saja kepada keadaan atau mengharap orang lain yang membantu kita.


Kita tolak soal siapa dibelakang orang-orang tertentu yang semakin menjauhkan diri dari KW, tetapi KW sendiri harus berusaha merapatkan safnya supaya tidak ada sebarang kebocoran, supaya semua barisan kepimpinannya sentiasa rapat dan akrab serta saling berkerjasama dan menguatkan Pergerakan Wanita. Namun inilah kelemahan yang sangat jelas pada KW, bahkan beliau dilihat tidak cuba untuk berusaha merapatkan saf kepimpinannya yang membuatkan semakin hari semakin renggang hubungan diantara mereka dan memudahkan mereka dipecah dan perintah bagi mencapai agenda tersendiri seseorang.


Hanya kemujuran kerana adanya 'godfather' YH Dato' Ahmad Bazain yang selalu ada dibelakangnya. Jika tidak saya percaya sudah lama beliau dikuis ketepi. Kerana itu juga bila ada pihak cuma khianati KW dengan mengunakan NKW maka kumpulan tertentu pula mencantas NKW. Ini hanyalah pertarungan antara kuasa merebut kekuasaan secara total di Jerantut ini.


Blog peribadi KW pun nampaknya sudah lama tidak d'iupdate'kan, mungkin sudah berkarat agaknya. KW pun selalu hilang dan lama tidak kelihatan, kemudian tiba-tiba sudah ada seorang anak. Ramai orang yang sudah bersuara dan berbisik menyatakan syak wasangka, bahkan ada yang sudah berani memberi katadua untuk membocorkan kepada ramai 'rahsia' yang dikehatuinya. Wallahualam - kita tidak tahu menahu hal itu.


Memang ramai orang yang hendak dan bercita-cita untuk menjadi pemimpin, namun tidak semua antara mereka yang dilahirkan sebagai pemimpin dan mereka ini akan gagal. Walau siapa pun pemimpin bukanlah terlalu penting bagi satu-satu organisasi, tetapi keyakinan ahli-ahli terhadap kepimpinannya sangat perlu bagi membolehkan semua ahli-ahlinya bersatu bagi menjamin keteguhan organisasi itu. Wanita perlu lebih merapat bagi menghadapi musuh sebenar UMNO dalam PRU akan datang, jika kita benar-benar sayangkan parti. Semua pihak harus kembali semula kepangkal jalan dan bersatu dibawah kepimpinan yang ada sambil memastikan tidak dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk mencapai agenda peribadi mereka.


Siapa yang sayangkan UMNO?


Bagaimanapun tahniah kepada Wanita kerana terbitnya blog Wanita UMNO Jerantut. Nampaknya semua sudah celik IT dan tidak lagi goblog. Yang masih goblog tu, bolehlah suruh orang lain menulis bagi pihaknya supaya dia juga nampak celik IT dan celik hati. Namun yang gobloknya adalah yang menjadi tukang tulis.




Sunday, July 11, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?

Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total. Kadang-kadang dalam satu bahagaian atau cawangan pemimpinnya ingin berubah tetapi akar umbinya masih tidak bergerak. Ada pula akar umbinya yang ingin berubah namun kepimpinannya pula masih enggan. Ini lah masalah dalaman UMNO kita.


Kita lihat apa yang terjadi di Bentong melalui blog dan tulisan dibawah ini:

Maka tidak hairanlah sekiranya Merdeka Center yang membuat kajian menyatakan bahawa sokongan kepada Dato' Seri Nagib meningkat ke angka 72% kerana hanya beliau yang buat kerja.

Persoalannya, apa fungsi mereka yang lain? Adakah untuk duduk dan lihat sahaja?

Perkara yang sama ini turut berlaku di Bentong dimana Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda hari ini dikritik kerana tidak menjalankan tugas serta jarang turun padang.

Adakah UMNO Bentong ini hanya ada dua ikon itu sahaja? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan tugas serta tanggungjawab mereka yang lain seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, AJK dan sebagainya?

Mereka ada di Bentong. Kenapa tidak dipertikaikan pula? Kalau mereka turun padang, tidak pula diberikan kredit dan diberi ucapan terima kasih.

Soalan utama yang perlu kita tekankan ialah adakah mampu sebuah pasukan itu untuk berjaya jika hanya mengharapkan kepada seorang striker sahaja?

(Klik sini ~ Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang)


Jadi Wan Zamzuri tidak usah bimbang tentang perkembangan blog di Jerantut kerana apa yang berlaku sekarang ini adalah menyedarkan pemimpin-pemimpin kita yang masih lena dan tidak sedar bahawa PRU13 semakin hampir namun mereka masih belum ingin berubah. Janganlah hanya kerana orang menghentam kita maka kita rasakan mereka bersalah namun dalam keadaan sama kita menghentam mereka kita rasakan bahawa kita tidak pula bersalah.


Ada banyak pihak berpendapat membongkar permasalahan pemimpin adalah memberikan senjata kepada musuh, tapi apakah jika kita terus membiarkannya akan menjamin UMNO akan tetap kukuh? Soalnya sikap pemimpin kita memang demikian, tidak pernah merasa mereka bersalah dan tidak pernah ingin mendengar suara akar umbi tentang mereka,. Bagi mereka segala yang dilakukan adalah betul dan benar belaka.


Apakah perbuatan mencantas sesama UMNO baik untuk UMNO? Bukan ini berlaku dan masih berlaku? Banyak kali terdengar bahawa KW selalu dipinggirkan oleh NKB dan SU. Dalam wanita ada pihak-pihak yang pergunakan mereka bagi memecahbelahkan mereka dan apakah ini baik untuk UMNO dan kita mesti diamkan kerana ianya dilakukan oleh UMNO sendiri dan oleh pemimpin UMNO sendiri. Kita tidak boleh sebarkan kepada umum kerana ini akan lemahkan UMNO sedangkan perbuatan mereka itu jauh lebih buruk dalam melemahkan UMNO.


KP sendiri sebagai contoh lainnya sedang ingin dijatuhkan oleh pihak tertentu dengan berbagai cara, apakah kita harus diamkan saja dan tidak melaporkan kepada masyarakat siapa yang terlibat? Setidak-tidaknya jika kita menyebarkan maklumat sedemikian maka pihak yang terlibat akan rasa bersalah dan lebih berhati-hati atau akan terus membatalkan niatnya kerana bimbang akan diketahui ramai perbuatan buruknya itu.


Jika kita benar-benar sayangkan UMNO kita tidak akan membelakangi pemimpin yang telah dipilih oleh majoriti. Apakah NKW, KPW dan Kak Key tidak memalingkan diri dari KW? Apakah perancangan NKB dan SU yang selalu berusaha meminggirkan KW selama ini dan masih berlaku? Apa pula peranan SUKU dan Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak serta Abang Lah Al-Kicapi dan Abang Bu kembar tak seiras Kak Key?


Saya masih ingin bertanya, sebenarnya siapakah yang sayangkan UMNO?

Saturday, July 10, 2010

SPU TAK TELUS?

Semalam blog UMBJ 'menghentam' SPU, Sangkakala dan Politik Jerantut. Katanya blog SPU dan kaum kerabat ini tak telus dan tak jujur dalam menyampaikan maklumat. Persoalannya blog UMBJ tidak puashati apabila blog SPU, Sangkakala dan Politik Jerantut hanya memperkatakan tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO Jerantut saja yang difikirkan layak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat dalam PRU13 kelak.

Mempromosikan calon-calon yang SPU rasakan wajar didalam blog SPU adalah pandangan dah hak SPU sendiri. Ini bukanlah satu kesalahan dan UMBJ juga berhak melakukan perkara yang sama kerana itu juga adalah pandang UMBJ peribadi.

SPU tidak pertikaikan bila UMBJ mengangkat 2 nama untuk dipromosikan didalam blognya. Malahan SPU juga setuju dan merasakan bahawa pandangan itu juga wajar. Memang SUK juga layak sepertimana yang UMBJ katakan itu. Kak Key juga layak dan beliau kelihatan berkerja keras dan patut dikagumi kerana dapat naik dengan mendadak dalam politik setelah dibawa naik oleh En. Rahim menjadi pegawai yang berkaitan dengan menguruskan peruntukan yang diluluskan oleh Ahli Parlimen.

SPU percaya kepada kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat bukanlah satu masalah yang tersangat besar sehingga memusnahkan media sosial ini sendiri. Apapaun, terima kasih kepada UMBJ kerana memberikan teguran dan pendangan beliau.

Thursday, July 8, 2010

APA HARAPAN UMNO JERANTUT?

Oppps! Ini bukan Sara




Ramai tak puas hati nama mereka tak disebut dalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. 7 nama yang disebut semalam masih berpeluang jika mampu memperbaiki kelemahan yang ada. 3 nama bagi calon recycle bagi Ahli Parlimen masih berpeluang besar dengan sedikit usaha mendekatkan diri dengan masyarakat.

Bagaimanapun nampaknya Wan Amizan sudah bagai putus harapan untuk dicalonkan semula bagi DUN Tahan bahkan beliau bermimpi ngeri untuk menjadi Ahli Parlimen. Ternyata 'penangan' Hj. Kamaruzaman Baria dalam mesyuarat perwakilan dulu menghancurkan segala impian dan harapannya. WZ, pencacainya juga turut terfana dan terperesuk diceruk dinding mendiamkan diri.

SU mungkin sudah tidak akan mengangkat muka lagi berikutan bisikan sara dan chivas. Ini bukannya ugutan tetapi mendiamkan diri tentunya lebih baik supaya tidak lebih banyak yang akan terlepas kata. Patut juga SU arahkan SUK juga turut berdiam.

Abang Bu berkerja keras sempena sambutan PM dahulu, khabarnya beliau masih berkeliaran keliling bandar hingga 3-4 pagi dengan bendera UMNO bagi memastikan keselamatan dan sambutan kedatangan PM berjalan lancar. Gandingannya dengan Kak Key sungguh mantap, sudah tentu mampu membantu UMNO Bahagian lebih perkasa. Banyak mata memandang hanya mulut masih tidak berbunyi. Kena juga ingat supaya segala peruntukan kepada cawangan mestilah benar-benar sampai. Pak Lah juga kena pastikan supaya tuntutan tidak 'overcharge'. Kenalah ingat yang mana haram dan yang mana halal.

SPRM tentu selalu mengintai-ngintai dari lubang dinding. JAIP juga pasti sedang mengintai-intai orang tertentu yang namanya sering berkumandang di 'radio buruk'. Kalau nanti UMNO BN kalah dalam PRU13, kita kena salahkan pemimpin-pemimpin yang berjawatan ini yang tidak amanah dalam kuasa yang diberikan pada mereka sebaliknya mereka mengkhianati rakyat.

Di atas, banyak yang masih belum benar-benar bersih. Konspirasi dan korupsi masih berlaku. Abang Bu tak payahlah beria-ia memburukkan dan menfitnah orang lain. Awak pun bukan layak untuk jadi Ahli Parlimen atau ADUN. Nak cari sokongan untuk Kak Key, carilah tapi Kak Key tidak juga layak untuk tanding Ketua Puteri.

AJK lain nampaknya akan terselamat kerana bertindak bijak mendiamkan diri. Memang UMNO busuk hingga ke usus, kalau tak tak kan langau masih terbang berkeliaran.


Wednesday, July 7, 2010

JERANTUT BAHAGIAN YANG KATANDUSAN PEMIMPIN


Jika tidak YBM Tengku Azlan - siapa yang layak memimpin UMNO Bahagian Jerantut? Ini adalah satu soalan yang wajar semua dalam UMNO fikirkan. Kegagalan memilih pemimpin yang akan mengemudikan Bahagian akan mengakibatkan UMNO Bahagian akan jadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

DUN Damak yang diwakili MCA hampir-hampir tewas dalam PRU12 lalu. DUN Tahan dan Pulau Tawar, bahkan Parlimen Jerantut sendiri hanya menang kecil. Kita menolak isu sokongan rakyat kepada pembangkang sebagai satu gelombang protes terhadap kerajaan secara keseluruhannya, namun UMNO Bahagian sendiri sebagai tunggak kekuatan kerajaan BN di Jerantut masih kelihatan lemah.

UMNO kelihatan ketandusan kepimpinan pelapis untuk diwariskan kepimpinan andainya YBM Tengku Azlan tidak lagi dicalonkan atau menolak pencalonan sebagai Ahli Parlimen Jerantut. Bagi kawasan Parlimen Jerantut, sejak dahulu lagi Katua UMNO Bahagiannya akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau sebaliknya Ahli Parlimen akan diberikan mandat mengetuai UMNO Bahagian.

Melihat kedua-dua jawatan ini dari prespektif yang berbeza, adalah lebih mudah menjadi Ahli Parlimen kerana calon berkenaan hanya akan ditagih perkhidmatannya untuk mensejahterakan rakyat yang berbilang kaum dan ideologi politik sedangkan memimpin UMNO Bahagian calon itu harus lebih tegas dan berani menghadapi kerenah tokoh-tokoh politik sekelilingnya yang tentunya lebih mengetahui sesama mereka.

Tidak banyak nama yang dapat diketengahkan sebagai calon sama ada sebagai Ahli Parlimen atau calon bagi menggantikan ADUN-ADUN yang kemungkinan besar akan digantikan nanti. Sebuah laman blog Jerantut (sini) memberikan nama-nama seperti berikut;
1. Dato' Ghazali Sulaiman (Setiausaha UMNO Bahagian)
2.Hj. Nazlan Idris (Ketua Penerangan)
3.Zaharuddin Abdul Rahman (Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak(?))
4.Jalaluddin Hj Ghazali (AJK Bahagian)
5.Dato' Nazri Ngah (Naib Ketua Bahagian)
6.Wan Shamsuri Wan Abd Jalil (AJK Bahagian)
7. Ghazali Hamzah (AJK Bahagian)

Bagaimanapun nama Wan Amizan Wan Abd Razak tidak disebut berikutan desus-desas bahawa pucuk pimpinan sama ada di Bahagian, Negeri dan Pusat tidak lagi tidak lagi menaruh harapan kepada beliau. Beliau juga telah 'dibelasah' teruk dalam Mesyuarat Perwakilan yang baru lalu.

2 pemimpin sayap Puteri dan Wanita tidak harus kita pinggirkan dari senarai diatas. Cik Hartini Abdul Rahman Ketua Puteri dan Puan Norhelan Mahamud Ketua Wanita adalah antara tokoh dalam UMNO Bahagian Jerantut yang menyerlahkan ketokohan masing-masing dengan gerak kerja yang mereka lakukan selama ini. Mungkin antara mereka sesuai untuk dicalonkan bagi mengisi kekosongan DUN yang akan dilepaskan oleh penyandangnya dalam PRU13 nanti.

Jika program serta gerak kerja dan mendekatkan diri dengan masyarakat diutamakan oleh pucuk pimpinan, usaha mereka berdua ini tidak dapat disangsikan lagi menyerlahkan ketokohannya sebagai pemimpin.

Persoalan kepimpinan Bahagian masih belum dapat diselesaikan. Nama-nama tokoh yang disebut diatas tadi masih kelihatan gagal memberikan peranan kepada UMNO Bahagian dan rakyat di Kawasan Parlimen Jerantut dalam menarik hati pengundi. Ketua Bahagian haruslah individu yang jelas perjuangannya dan mampu memperkasakan semula UMNO Bahagian Jerantut, dalam waktu singkat.

Calon itu haruslah seorang yang telah ada banyak pengalaman dan mengenali UMNO hingga ke akar umbi. Saya melihat ada 3 nama yang masih kuat dan mantap untuk diangkat semula kerana pengalaman yang mereka miliki;

Dato' Wan Abu Bakar, bekas Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen. Beliau tewas kepada Hj.
Kamaruzaman Baria dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen selepas itu.

Hj. Kamaruzaman Baria, bekas Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen. Beliau tidak dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan kerana memberi peluang kepada tokoh luar, YMB Tengku Azlan Shah. Pentadbirannya sebenarnya masih belum sampai ke klimak sewaktu beliau disingkir dulu. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis

Dato' Azizan Yaakob bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Pulau Tawar. Beliau juga disingkirkan sebelum beliau dapat menunjukkan performancenya sebenar. Namun hubungannya dengan masyarakat dan beberapa NGO sangat rapat. Beliau dilihat mendapat sokongan akar umbi kerana sikapnya yang senang didekati.

Secara peribadi saya menyalahkan pucuk pimpinan negeri dan pusat kerana menolak kedua-dua tokoh diatas dalam mainan politik mereka bagi menggantikan dengan tokoh-tokoh yang mereka senangi atau atas alasan-alasan lain.

Kita berharap agar pucuk pimpinan negeri dan pusat lebih memikirkan kekuatan UMNO bahagian lebih utama dari mainan politik mereka dalam mengisi kekosongan kepimpinan bahagian dengan hanya calon yang benar-benar layak bagi memastikan UMNO akan terus dipilih oleh rakyat dalam PRU12 nanti.

Mungkin pada waktu itu Dato' Sri Adnan juga sudah tidak berkuasa untuk memilih kerana beliau juga sudah tidak dipilih lagi memimpin Pahang kerana selama ini hanya menyerlahkan kegagalannya semata-mata.

Tuesday, July 6, 2010

UMNO JERANTUT ~ SELEPAS LAWATAN PM

Sahabat saya braveheart mengirim foto ini dari Scotland,
katanya ada kaitan dengan sesuatu atau seseorang dan memberikan saya password: SARA



1. Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam ucapan penangguhan Sidang Perwakilan UMNO Bahagian secara sindiran 'menghentam' YB ADUN Tahan dan semua orang faham dan tahu ucapan itu ditujukan kepadanya.

Namun secara politik nya adalah agak tidak bijak bila ADUN berkenaan YB Wan Amizan menjawab segala tohmakan yang ditujukan kepadanya kerana ini ibaratkan membuka pekung didada. Dalam jawapannya secara tidak langsung beliau telah 'mengiakan' bahawa beliau tidak berpelajaran dan segala diploma dan ijazah yang dimilikinya adalah palsu belaka.

Bagi kebanyakan perwakilan yang selama ini tidak mengetahuinya, mereka telah terpegun dan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan.


2. Perpecahan didalam UMNO Bahagian semakin ketara dan adalah sangat sukar untuk merapatkan semula saf didalam UMNO ini jika pemimpin yang memimpin bahagian bukan dari kalangan mereka yang benar-benar berjiwa rakyat dan dengan jujurnya berkhidmat untuk membela rakyat.

Saya melihat, jika adalah keinginan YB Wan Amizan untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian maka harapan itu haruslah dipadamkan kerana ramai dikalangan pemerhati politik menganggap bahawa kariernya sudahpun berkubur. Dalam kata lain, beliau tidak akan diangkat menjadi Ketua Bahagian dan tidak juga berpeluang menjadi Ahli Parlimen, bahkan kedudukannya sebagaui ADUN Tahan juga sukar untuk dipertahankan.


3. Perpecahan dalam UMNO Bahagian bukan saja tanggungjawab Ketua Bahagian yang ada untuk memperbetulkannya semula, bahkan ianya adalah tanggungjawab ramai, ahli-ahli jawatankuasa lainnya serta ahli-ahli UMNO keseluruhannya. Namun saya melihat, YBM Tengku Azlan tidak mendapat kerjasama dari pihak lain untuk melakukan ini. Setiausaha serta Ketua Penerangannya yang kelihatan tidak mampu bertugas dengan baik selama ini adalah antara penyumbang utama yang jadi penyebab ketidak mampuan bahagian untuk bersatu semula.

Mungkin Ketua Penerangan terlalu berat untuk menanggung tanggungjawabnya kerana dalam masa sama beliau mengusung songkok tingginya kesana kemari. Beliau patut dicadangkan memakai kopiah @ ketayap bagi membantu meringankan bebanannya.

Setiausaha perlu pula kurangkan aktiviti sosialnya yang terlalu menumpu kepada aktiviti yang tiada kaitan dengan UMNO sebaliknya memberikan perhatian khusus terhadap usaha membantu Ketua Bahagian dalam memperkasakan semula UMNO Bahagian.


4. Kita semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut dahagakan perubahan yang radikal yang akan dilakukan dalam waktu singkat. Siapa yang mampu menggalas tanggungjawab ini? Kita harus memandang semula kebelakang dan melihat dikalangan pemimpin-pemimpin kita yang pernah bertugas dulu yang setia kepada parti dan berjiwa rakyat serta berjuang membela rakyat.

Bagaimana dengan Hj Kamaruzaman Baria? Atau Dato' Azizan Yaakob yang nampaknya lebih komited dan sinonim dengan masyarakat Jerantut ini kerana beliau adalah anak kelahiran Ulu Cheka. Rakyat dan pemimpin atasan harus melihat ini sebagai satu pilihan.


Segala komen harus dengan password: sara, jika tidak ianya tidak akan disiarkan, harap maklum.

Monday, July 5, 2010

UMNO JERANTUT MENOLAK PEMIMPIN SI KITOL

Baca juga blog UMB Jerantut (klik disini)


Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam ucapan penangguhan Sidang Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut (sabtu 3/7/10), telah mengulas ucapan YAB. Perdana Menteri selaku Presiden UMNO yang bertemakan "nilai dan matlamat perjuangan ahli-ahli UMNO".

PM ketika merasmikan Sidang berkenaan pada sebelah paginya, dengan lantang menyindir dan menyelar Wan Amizan selaku ketua pemuda dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan.

Walaupun beliau tidak menyebut namanya dengan jelas namun semua perwakilan memahami kepada Wan Amizanlah ucapan tersebut ditujukan tambahan pula PM berkali-kali menoleh kearah beliau ketika mengeluarkan kata-kata berkenaan.

Kamaruzaman pula menyamakan Wan Amizan dengan apa yang dikatakan 'pemimpin darjah lima' di Amerika, yang suka berbohong, menipu rakyat dan memperbodoh-bodohkan orang ramai dengan berbagai-bagai cerita karut.

Beliau merujuk kepada kata-kata dan ucapan Wan Amizan sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau ke Amerika, dibawa mendengar taklimat dan melawat Pentagon dan berjumpa Condalisa Rise serta Presiden Barrack Obama serta minum kopi bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit (dirumah PM Thailand).

Selaijn itu beliau juga mendakwa selalu bermesyuarat dengan PM dan sebagainya. Soalnya mengapa wujud seorang pemimpin yang sedemikian bodoh dan cuba membodohkan semua orang di Jerantut ?

Kamaruzaman juga membidas Wan Amizan yang terlalu rakus dan ghairah mengamalkan politik wang, rasuah politik dengan membawa rombongan orang-orang tertentu ke Medan, Bandung dan Umrah untuk mendapatkan undi.

Selain itu beliau juga didakwa memberi komputer riba dan berbagai-bagai lagi kepada orang-orang berkenaan sedangkan kerja-kerja sebagai wakil rakyat tidak dilakukan.

Semasa pemilihan termasuk pada kali ini beliau didakwa mengarahkan para penyokong beliau supaya jangan mengundi orang itu dan ini dengan mengeluarkan senarai untuk disebarkan kepada perwakilan.

Apakah ini tugas seorang wakil rakyat? Bagaimana hendak memperkasakan UMNO jika masih menyemai sikap berpuak-puak dalam parti?

Kamaruzaman juga menyentuh tentang saham Felcra yang diagihkan bukan kepada orang miskin yang layak dibantu tetapi diberikan kepada kroninya. Beliau telah mendedahkan bahawa di Jerantut Feri/Pedah Wan Amizan telah membagikan saham kepada 6 orang kroninya yang langsung tidak layak mendapat saham Felcra tersebut kerana berpendapatan besar dan berkehidupan mewah sambil menyifatkan inilah yang membuatkankan orang ramai membenci UMNO.

Kamaruzaman meluahkan kekecewaannya terhadap tokoh berkenaan yang bertindak memohon tanah yang telah dipohon oleh orang-orang kampung dan diluluskan kepadanya sebagaimana yang berlaku di Kampung Durian Hijau.

Pemimpin jenis apakah ini yang memperkosakan UMNO untuk memperkasakan diri sendiri?

Ucapan penangguhan Kamaruzaman itu disifatkan sebagai sangat pedas tetapi cukup jujur dan bersesuaian dengan masanya dimana UMNO dalam usaha untuk berubah dan membersihkan diri.

Ucapan beliau mendapat sokongan penuh para perwakilan yang sayangkan parti dan yang selama ini berjuang bersungguh-sungguh untuk membela agama, bangsa dan negara.

Sepintas lalu kami dapat merasakan bahawa para perwakilan UMNO Jerantut sudah bersedia menolak tokoh berkenaan dari kepimpinan UMNO Bahagian kerana tidak jujur berjuang untuk rakyat, dia adalah Si-Kitol di Jerantut.

Sunday, July 4, 2010

HANGAT: SUARA-SUARA DARI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN JERANTUT





















DS Najib serta YBM Dato' Seri Tengku Azlan dan MB Pahang
yang dijangka menamatkan pentadbirannya menjelang PRU13 nanti



PM Satu Malaysia, DS Najib sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeantut semalam meminta ahli-ahli UMNO serta seluruh rakyat parlimen Jerantut terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN dan UMNO serta mempertahankan Jerantut dan menjadikan Pahang sebagai kubu kuat kerajaan UMNO BN menjelang PRU13 nanti.

Beliau juga mengulangi penjelasannya bahawa telah banyak yang kerajaan dan UMNO lakukan untuk orang Malayu termasuklah penubuhan FELDA itu sendiri. FELDA yang ditubuhkan atas hasrat dan cita-cita pemimpin UMNO masa lalu untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu yang ketika itu tersangat daif.

Bagaimanapun DS Najib menyelar kebanyakan peneroka ynag menyokong pembangkang apabila mereka merasakan bahawa kehidupan mereka telah berubah dan bertambah baik selama ini. Mereka telah melupakan bahawa FELDA tidak ujud tanpa usaha pemimpij UMNO terdahulu dan peneroka sepatutnya merasa terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan dan kepimpinan UMNO.

Dalam ucapannya, DS Najib juga menyelar dakyah pihak pembangkang yang menybarkan pembohonga mereka yang menyatakan bahawa FELDA telah bankrup. Sambil menyifatkan tohmahan pembangkang itu sebagai perbuatan yang tidak bermaruah beliau juga turut meminta peneroka-peneroka semua terutama generasi pertama untuk melihat kembali masa lalu mereka dan menginsafi bahawa mereka adalah diantara rakyat yang bertuah dengan negara ditadbir oleh kepimpinan dan suasana politik yang mantap dan stabil segalanya atas usaha kerajaan UMNO BN.

DS Najib bagaimana sempat membuat teguran sambil menyindir kepimpinan UMNO Jerantut yang masih bergelumang dengan daki politik. Beliau mendedahkan adanya pemimpin tertentu yang menaja lawatan ke Indonesia kepada para perwakilan dangan tujuan mendapatkan undi selain dari memberikan wang ringgit. Perbuatan demikian katanya, akan membuatkan UMNO dibenci masyarakat dan dipinggirkan rakyat.

Dalam ucapan penangguhan, bekas Ahli Parlimen Jerantut merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Kamaruzamman Baria dalam ucapannya telah menyindir kepimpinan UMNO yang terlibat dalam merasuah para perwakilan dalam pemilihan yang lalu. Banyak pihak berpendapat bahawa kata-kata pedasnya itu ditujukan khas kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Dato' Wan Amizan.

WZWH tidak langsung menyerlah sebagai pemimpin pelapis bahkan tidak juga sebagai blogger haprak sepanjang mesyuarat berkenaan.


Saturday, July 3, 2010

SELAMAT DATANG DS NAJIB KE JERANTUT

Saya dan seluruh warga Jerantut tentunya dengan bangga mengucapkan Selamat Datang ke Jerantut Kepada DS Najib, Perdana Menteri Malaysia yang akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMBO Bahagian Jerantut yang dijadualkan pada pagi ini bersamaan 3hb. Julai, 2010.

Beberapa sejarah telah tercatat sepanjang kempen lawatan PM ke Jerantut sejak beberapa hari ini:

1. Sejarah akan mencatat bahawa ini adalah merupakan kali pertama lawatan resmi DS Najib ke Jerantut sebagai PM Malaysia.

2. Sejarah juga akan mencatat bahawa DS Najib (sempena lawatan ini) merupakan PM UMNO kerana tidak ada bendera lain yang dikibarkan menyambut beliau selain dari bendera UMNO. Kemana perginya bendera BN dan lain-lain parti komponen? Apakah mereka tidak turut serta? Mana pula bendera Negeri Pahang dan bendera Malaysia? Mungkin jawatankuasa sambutan lupa bahawa DS Najib adalah PM Satu Malaysia yang juga merangkap Presiden UMNO.

3. Dengar khabarnya, semalam seorang Dato', orang kanan UMNO Bahagian Jerantut telah menunjukkan wajahnya yang sebenar. Kerana marahkan banner-nya tidak digantungkan didalam dewan mesyuarat maka beliau telah menarik / menjatuhkan beberapa banner yang telah dipasang. Pada ketika kejadian itu Dato' Hj. Nazri dan Dato' Hj. Rosdi turut berada disana memantau persiapan dewan. Perbuatan 'merabus' (perkataan orang Jerantut bagi menarik / membuang) banner ini satu perlakuan yang kasar dan menunjukkan sikap 'perengus' seorang pemimpin yang patut dihormati. Bagaimanapun, Dato' orang kanan itu telah mencatat sejarah sebagai seorang pemimpin yang 'perengus' dan sikap demikian tentu akan menakutkan rakyat jelata.

4. Abang Bu nampaknya sibuk membantu persiapan sambutan al-maklumlah kerana beliau dah jadi orang terpenting. Pejabat UMNO Bahagian pun khabarnya dah dikuasai oleh beliau dan kroni-kroninya. Hah! Power juga Kak Key rupanya. Memang layak beliau bertanding merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN