Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, October 24, 2008

SIAPA ITU MAHATHIR?

Oleh: Azam Abd Rahman.

Siapa itu Mahathir?

1. Soal siapa itu Mahathir telah menjadi isu hangat apabila media-media memperkatakan tentangnya.Semuanya bermula apabila temuramah tv dengan PM Malaysia disiarkan. Nampaknya ada orang yang tidak mengenali siapa dia Tun Dr. Mahathir. TDM telahpun menjawabnya dalam blog beliau 'CheDet'.(Klik disini) Jawapan beliau dalam blognya adalah wajar kerana tentunya beliau sukar mendapat peluang melakukan demikian di tv serta media-media yang di kawal kerajaan.

2. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengenali siapa itu Mahathir, disini saya memberikan sedikit jawapan;

2.1. Tun Dr. Mahathir Mohammad adalah Bekas Presiden UMNO selama 23 Tahun
2.2. Beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 Tahun
2.3. Adalah orang yang telah membawa kemajuan kepada Negara Malaysia
2.4. Adalah orang yang telah membawa negara kepada kemajuan dalam perindustrian
2.5. Beliau adalah orang yang telah membuka peluang kepada Pak Lah menjadi Perdana Menteri (dengan izin Allah)
2.6. Adalah seorang bekas perdana menteri yang dimalukan dan telah disekat dari menjadi perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO dengan cara politik wang dan politik 'chas keting'
2.7. Adalah seorang bekas perdana menteri yang tidak dihormati dan dihargai segala jasanya apabila telah disembur dengan pemedih mata ketika tiba di lapangan terbang kota bharu atas arahan seorang seorang pengkhianat bangsa dan negara.
2.8. Adalah seorang bekas perdana menteri yang pernah dihina dan dicerca menteri-menteri yang pernah mencium tangannya dulu
2.9. Adalah seorang bekas perdana menteri yang dikhianati oleh orang yang telah beliau berikan kedudukan teratas

3. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengenali siapa itu Pak Lah, disini saya memberikan sedikit jawapan;

3.1.Pak Lah adalah Bapa Mertua Khairi (sepertimana tersiar dalam karikatur sebuah akhbar tempatan tidak lama dahulu)
3.2.Adalah seorang yang selalu mungkir apabila berjanji

.........
.........

APA TUN MAHATHIR KATA

Banyak pihak terkejut dan memberikan reaksi berbeza apabila laporan tv menyiarkan kenyataan dari YAB PM terhadap Tun Mahathir dengan menanyakan siapa itu Tun Mahathir dan beliau tidak berhak bercakap mengenai UMNO? Ini lah wajah sebenar bangsa melayu yang tak mengenang jasa. Tidak seperti bangsa lainnya yang menghormati dan menghargai pemimpin. Inikah reform yang ingin dibawa? Kita ikuti jawapan dari TDM yang sudah tentu tidak diberikan peluang menjawab melalui tv dan media lainnya yang mengaku akan kebebasan akhbar. Petikan dibawah adakah dari laman blog 'CheDet'


BIDAS MEMBIDAS

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at October 21, 2008 3:52 PM | Permalink | Comments (726) | TrackBacks (0) | Previous Blog

Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.

Saya setuju dengan pandangan TDM bahawa apa yang patut Pak Lah lakukan sekarang ini adalah 'DIAM'.

Monday, October 20, 2008

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Jerantut

Oleh: Azam Abd Rahman

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Jerantut telah berlangsung semalam (19hb. Okt.2008 )

Pertandingan diantara penyandang YB Datok Wan Amizan Wan Razak dengan seorang pencabar dari kalangan yang kurang dikenali. Memang sudah dijangkakan bahawa pertandingan ini bukanlah satu pertandingan yang saksama kerana pencabar dilihat sebagai tidak langsung memberi cabaran, bagaimanapun ini hanya sebagai suatu protes dan hanya melibatkan moral calon-calon yang bertanding.

Bagaimanapun, penganalisa hanya menumpukan kepada pencalonan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan. Seperti yang dijangka bahawa pencalonan lebih berpihak kepada KJ memandangkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian lebih cenderung kepada beliau malahan desas-desus menyatakan Ketua Bahagian terhutang budi kepada KJ kerana melalui beliaulah KP yang ada sekarang dapat bertanding dalam Pilihanraya Umum Lalu.

Pada mesyuarat tersebut telah disaksikan KJ telah mengalahkan calon lainnya iaitu Dr. Khir Toyo dan Mukhriz. Ini memberikan isyarat bahawa bayangan KJ masih menghantui pemuda Jerantut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN