Gambar hiasan: Siapa Pejuang dan siapa Petulang?
Kali ini SPU memang betul-betul tabik hormat kepada blogger
Kutukan Dewata. Bukan kerana kemahirannya dalam pembinaan bangunan-bangunan, tetapi kerana keberaniaannya serta ketelusannya dalam menulis diblognya baru-baru ini.
Post yang SPU maksudkan adalah;
Dubuk Pariah Tamak Haloba Buat Hal Lagi. Segala yang diungkapkan di blognya adalah beberapa siri kenyataan apa yang berlaku didalam UMNO Bahagian oleh orang-orang tertentu. Tugas UMNO untuk membawa kembali penyokong kepada UMNO BN bukanlah senang kerana rakyat sudah semakin rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin UMNO serta pemegang kuasa dan petugas-petugas UMNO. Ini bukan hanya di Jerantut saja, malahan berlaku diseluruh negara. Ini adalah satu kelemahan UMNO Yang tidak dapat rakyat maafkan.
Apa yang KD katakan ini adalah benar;
KD tak ada pun saham felcra.Tanah anugerah jauh sekali sebab semuanya di sapu oleh kaki tangan pejabat tanah dan kroni-kroninya.Tak percaya tanya lah mereka.Ada pun kedua-dua laki bini pun dapat.Padahal mereka bukan anak tempatan Jerantut pun.Dubuk pariah dan segelintir kaki tangan pejabat tanah sama aje.Sama waktu dan sama warna.
Ini pun benar:
Baru sehari dua kenal umno,baru pandai mengeja perkataan umno sudah rakus mengejar habuan politik.Atas kapasiti sebagai ajk bahagian,ajk wanita bahagian dan juga puteri mereka berebut dengan kontraktor marhaen yang lain.Tentulah berlaku persaingan yang tidak adil.Kontraktor rakyat Marhaen terpinggir kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan projek.Tentulah mereka yang menang.
Ini memang benar berlaku;
Ahli umno yang serius berjuang untuk parti tidak di pandang sebelah mata pun.Jadilah mereka hamba tebus sepanjang masa.Ini adalah kenyataan.Tanyalah majoriti ketua pemuda,ketua cawangan dan wanitanya.Jawapannya sama.Kami terpinggir!
Ini kebenaran yang semua orang tau:
Dubuk-dubuk pariah nilah yang banyak menyamun peruntukan umno negeri semasa kedatangan Najib ke Jerantut dulu.Ini bukan cerita rekaan.Heboh dalam mesyuarat AJK Bahagian.Perbelanjaan terlampau luar kawalan.RM 280 000 peruntukan perhubungan umno negeri melarat sampai hampir setengah juta.Begitu rakus dubuk-dubuk ini merantah bangkai kerbau besar.
Hahaha! Kebenaran yang ini nak cakap pun dah jemu;
Ada juga sepasang dubuk jantan betina pariah yang sangat tamak.Dubuk ni pasangan sejoli.Semua projek dia nak.Tak malu-malu merengek-rengek sambil menyeringai tunjuk gigi kuning tajamnya depan Ku Lan.Hamun juga lah Ku Lan melihatnya.Padahal Ku Lan tahu dubuk inilah yang pernah bersumpah takkan bertuankan Ku Lan semasa dia berkempen untuk Dr Shukri dulu.Alih-alih mencium buntut Ku Lan juga.Tapi Ku Lan baik sangat tahap piang.Ada juga anak raja yang macam ni.Kalau kena ke Tengku Rahman mau makan penampar dubuk pariah ni.Bila Ku Lan balik ke Jerantut mula lah dia datang minta duit.Tak begitu Dolah Kicap abang Dolah Tomato?
Yang ini dan yang itu juga benar:
Ada juga dubuk pariah yang bergantung pada bulu ketiak Ali Baba Umno.Semua projek dia hendak dan dapat pulak ke dia.Kontrak saban tahun bersambung.Agensi kerajaan ini asyik nampak muka dia aje.Orang lain pun boleh buat.Tapi kedudukan dia dalam parti dan Sokongan Kuat Ali Baba Umno maka itu semua dah jadi macam harta pusaka mak bapak dia.Kontraktor lain meleleh air liur.Dia ni pernah mengibas-ngibas seikat wang di depan muka ahli umno.Mesejnya mudah,lu orang lama dalam umno dapat apa?Lu orang semua manyak bodo.Dia tak bertanding G7 takut kutu kerat dia sebab sombong bangat.Tau takut!
Satu lagi kelompok dubuk pariah penyamun ada di Jerantut.Ini adalah dubuk pariah elit.Dubuk pariah ini satu keluarga sental projek.Tak cukup dengan itu sepupu sepapat dia pun sental juga.Dalam erti kata mudah proksi dan kroni.Dubuk bapak,dubuk emak,dubuk anak dan dubuk sepupu sepapat ni mengilai-ngilai meratah daging korban!!!!
Yang sebenar-benarnya benar adalah ini;
Kalau tak percaya tanyalah Kamaruzaman Baria yang terlalu prihatin menentang penyelewengan peruntukan ini.Tapi beliau keseorangan dalam hal ini.Kalau KD ajk bahagian sudah pasti KD bersama Kamaruzaman nahi mungkar.
Jerantut perlukan seorang pemimpin seperti Hj. Kamaruzaman Baria, yang tegas dalam setiap apa yang dilakukan dalam pentadbirannya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian. Malangnya ketika dia memimpin kita, kita tidak sukakan ketegasannya, akhirnya kita dikecewakan. Jika ada kelemahan kepada tokoh ini, itu adalah kerana masih tidak dapat membuang seseorang yang sentiasa bergayut ditengkuk setiap pemimpin. Semasa Dato' Wan Abu Bakar berkuasa, dia bergayut disana, semasa Hj. Kamaruzaman berkuasa dia begayut juga, tiba masa Ku Lan berkuasa dia bargayut lagi.
UMNO Jerantut mesti belajar mengenal pasti siapa Pejuang dan siapakah Petualang sebenarnya. Jika gagal, UMNO keleluruhannya akan dibenci oleh rakyat dan ditolak didalam PRU nanti. Beranikah kita berubah?