Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, October 30, 2010

BESAR KEMALUAN MAHFUZ TAK LULUS SRP




Selepas penamaan calon di Galas, ada usaha puak-puak khawarij untuk merendahkan calon UMNO / BN dengan mengatakan calon BN tidak berpelajaran tinggi, hanya lulus SPM berbanding calon Pas seorang doktor.

Dalam keadaan riuh rendah mereka melakukan serangan terhadap calon UMNO, berdiri jauh di penjuru, dengan wajah yang murah dan sering tertunduk malu sambil memandang kemaluan adalah Naib Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Rupanya Mahfuz menjauh kerana bimbang dikutuk oleh puak-puak Pas sendiri kerana beliau sedar diri bahawa beliau SRP pun tidak lulus. (Klik Sini)  dan   (Sini)

Jangan meludah kelangit kerana nanti akan jatuh ke muka sendiri.

Friday, October 29, 2010

PAS MENIPU ORANG ASLI ISU TANAH




Oleh kerana sudaha kehabisan modal dan sedar bahawa Pas akan dipinggirkan dalam PRK ni, maka Pas dalam keadaan terdesak itu telah meluluskan geran lot tanah untuk kira-kitra 1,2000 orang asli disini. Ini bukan rasuah ke ni Pok Nik? Atau kalau UMNO buat hukumnya HARAM, tetapi kalau Pas yang buat hukumnya HALAL?

Ini mengenai geran tanah ni apa cerita? Sukat pun tidak tiba-tiba geran dikeluarkan, macamana? Silap-silap nanti jalan raya serta tanda sekali dimasukkan kedalam geran. Jikalau terdesak sekalipun, janganlah buat kerja yang nampak sangat tidak masuk akal. Orang Asli bukan nya bodoh untuk ditipu berkali-kali. Mereka sudah muak dengan janji kosong serta janji surga tu. Mereka nak kan dunia juga selagi mereka masih hidup ini.

(Baca disini)

Thursday, October 28, 2010

GALAS - KP BAHAGIAN SABOTAJ PARTI?

Ketua Pemuda Gua Musang,
Bazlan Baharuddin yang dikatakan tidak mengerakan jenteranya 
membantu calon UMNO DUN Galas


Di Gua Musang heboh cakap-cakap kata Ketua Pemuda Gua Musang sabotaj UMNO dalam PRK kerana kecewa Ketua Pemuda KJ gagal menaikkan namanya sebagai calon. Bazlan Baharuddin, dilaporkan selepas saja penamaan calon terus berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa usaha untuk membantu calon BN (Klik Sini) Ini sangat bertentangan dengan pengakuan KJ bahawa Pemuda tidak akan sabotaj UMNO lagi.

Andai laporan itu benar, bermaakna KJ sudah tidak lagi dihormati oleh Pemuda dengan mengingkari arahan dan saranan beliau, atau ini juga adalah usaha KJ mensabotaj parti secara tersembunyi. KJ boleh kata beliau menyokong calon UMNO namun disebaliknya beliau berusaha dan mengarahkan Ketua Pemuda Bahagian Gua Musang mensabotaj parti.

Bagaimanapun, banyak pihak yakin bahawa UMNO akan menang besar kerana Ku Li kelihatan bersungguh-sungguh dengan jenteranya berkempen untuk memenangkan calon UMNO pilihannya sendiri. Selain itu Wanita dan terutamanya Puteri UMNO kelihatan bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan parti bagi mengembalikan maruah UMNO itu sendiri.

Wednesday, October 27, 2010

JERANTUT SOKONG CALON BN GALAS

Klik sini ke blog Galas untuk BN


Mengikut biodata calon BN DUN Galas, Ab Aziz Yusof, 49 tahun berasal dari Kg. Bertam Baru, Gua Musang pernah menuntut di Sekolah Menengah Jerantut.

Jawatan dalam parti adalah Setiausaha UMNO Bahagian dari 2009 sehingga kini. Beliau juga Ketua Cawangan RPT Limau Kasturi dari 1982 sehingga kini.

Menjawat Naib Ketua Pemuda Bahagian dari 1995 - 2005 dan Bendahari UMNO Bahagian dari 2003 - 2009.

Walau hanya berkelulusan SPM, namun komitmennya terhadap UMNO sangat tinggi dan sangat kental. Kita percaya calon beginilah yang akan lebih komited membela rakyat terutama mereka yang ada dipedalaman. Mereka yang hidup susah akan lebih faham akan kesusahan rakyat pedalaman. Rakyat Kelantan DUN Galas mesti mengundi calon BN ini dan memenangkannya supaya nasib hidup rakyat terutama didaerah pedalaman di DUN Galas akan dapat berubah.

SPU ~ sokong Ab Aziz Yusof calon BN Galas.

RESTHOUSE BENTONG DENGAN JERANTUT, APA BEZANYA?




2 foto diatas adalah pintu bangunan Resthouse Jerantut yang masih belum diperbaiki.
 eloklah jangan dibaiki kerana kosnya nanti mungkin RM4,000.00 setiap satu,
biarkanlah ianya terus cantik dan unik begini, hehehe...
Jerantut Kampongku...kena makan free semua dah tak nampak, kan?


..........Dia membacakan aku sebuah berita dari akhbar cina yang menyatakan Rest House Bentong didapati melakukan banyak penyelewengan peruntukan. Sebagai contoh, harga sebuah papan tanda tandas dikatakan berharga RM65 ringgit. Mahalnya. Tetapi tuntutan dibuat sebanyak RM800 lebih. Lagi tak masuk akal.

Sofa dibeli dengan harga RM900.00 manakala tuntutan dibuat sebanyak RM4 ribu lebih. Banyak juga barangan lain disenaraikan seperti lampu kristal, perhiasan dan lain lain dituntut dengan harga yang tak masuk akal.

Semua ini berdasarkan laporan audit negara yang baru dibuat tidak lama dahulu. Aku tak tahulah nak kata apa. Mungkin benar laporan akhbar berkenaan dan mungkin juga sekadar cerita. Tetapi biasalah Rest House ni dibawah pengurusan seseorang yang berjawatan tinggi didalam kerajaan. Sudah tentu ada kaitan dengan parti UMNO juga.   (Klik baca sepenuhnya)


Rupanya tidak banyak beza diantara Resthouse Bentong dengan Resthouse Jerantut. Semuanya bermasalah. Jika melibatkan pemimpin UMNO, inilah akan jadi. Patutlah jika rakyat menolak UMNO dalam PRU13 nanti. Bukan kerana salah rakyat, tetapi salah pemimpin UMNO sendiri.

Monday, October 25, 2010

MENUJU PRU 13




PRK Galas dan Batu Sapi adalah ujian terakhir DSNajib, UMNO dan BN sebelum PRU13. Jika BN meraih kemenangan, mungkin satu formula telah didapati bagaimana untuk menarik balik sokongan rakyat terhadap kerajaan. Jika gagal ini memberi petunjuk bahawa PRU13, adalah kesengsaraan buat BN.

Andai di 2 PRK ini kerajaan BN menang, kemungkinan besar PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat kerana DS Najib percaya sokongan kepadanya sudah meningkat. Jika tidak kemungkinan DS Najib perlu memperlambatkan lagi PRU dan dalam masa sama akan berusaha mendapatkan sokongan.

Kita sangat bimbang terhadap sokongan dari golongan muda dan minta mereka untuk mengundi yang ternyata sangat lemah dan berkurangan. Mereka bukan setakat kurang minat menyokong kerajaan bahkan mereka tidak langsung menunjukkan minta untuk mengundi. Ini jelas dari senarai pengundi-pengundi baru yang ternyata tidak meningkat dalam bilangan yang memberangsangkan. Kenapa ini berlaku?

Kenapa sokongan rakyat kepada UMNO berkurangan? Kenapa penyokong UMNO berpindah arah? Jawapannya ada pada UMNO itu sendiri!

Baca juga blog Berani Anak Melayu.
dan   bERANIKAN hATI

Sunday, October 24, 2010

SEBAHAGIAN AMANAT PRESIDEN




Demi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden parti itu.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

Perkara itu ternyata mencuit hari ketika-tiga pemimpin kanan Umno itu serta perwakilan yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas peringkat tersebut.

Bagaimanapun, kemungkinan besar perubahan itu akan melibatkan jawatan pengerusi perhubungan negeri ekoran beberapa teguran daripada perwakilan sepanjang tiga hari persidangan Umno pada tahun ini.

Najib juga menggesa anggota parti itu "tidak malas untuk menang di Galas dan tidak jadi batu api untuk menang di Batu Sapi."

~ Sumber Bernama

Friday, October 22, 2010

TEKS UCAPAN DASAR PM DI PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010



Mengawali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT. Dalam surah al-Baqarah, ayat 143, berbunyi:
“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam „umat pertengahan? agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”.
Dalam surah Ali Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu”.
Saudara dan Saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2. Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3. Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4. Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.

TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5. Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6. Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7. Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.

Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun: Hidup sebumbung, di bawah teratak, Berlain bantal, satu hati, Bercerai kasih, bertalak tidak, Ibarat rambut, bersimpul mati.

8. Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9. Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10. Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,

11. Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12. Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13. Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14. Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk “Malaysia; Melangkah ke Hadapan” yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15. Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.

16. Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17. Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18. Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19. Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20. Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21. Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23. Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24. Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25. Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.

KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26. Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan “adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan”.

27. Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28. Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29. Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30. Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31. Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu. Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut: Melayu itu, kaya falsafahnya Melayu itu, orang yang bijaksana Akal budi bersulamkan daya Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Saudara dan Saudari, Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya: Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muallaf bertakrif Melayu Mendakap realiti semasa Malaysia pula: Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam, Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum, Kita bersama dalam serumpun, Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa: Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan.

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan: Menjadi pemimpin sifatnya agung Syarak dipakai adat dijunjung Hidupnya mengabdi kepada rakyat Taat setia membela umat Akhirnya, disimpulkan Melayu itu: Dijadikan induk kuat berdiri Umat sentosa bertuahlah negeri. Saudara dan Saudari sekalian,

32. Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33. Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34. Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35. Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36. Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37. Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38. Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39. Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40. Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48. Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49. Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama.

Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50. Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51. Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52. Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53. Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54. Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55. Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56. Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57. Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58. Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59. Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60. Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.

61. Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62. Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63. Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64. Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65. Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

66. Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi

membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67. Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68. Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.

69. Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70. Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71. Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72. Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73. Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu…… seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu…… seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu…… mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74. Justeru, saya sebagai Presiden UMNO…… tidak mahu….. menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75. Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76. Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77. Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78. Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya….. tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya…. bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79. Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80. Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81. UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82. Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84. UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85. Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86. Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87. Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

88. Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89. Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90. Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91. Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92. Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93. Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94. Ayuh..

Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi.. Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi.. Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi.. Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95. Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.

Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Thursday, October 21, 2010

PEMUDA PAS BELI BANGUNAN ZAHID IBRAHIM - NIK AZIZ TURUT SERTA MENIPU RAKYAT KELANTAN





Sebuah portal pro pembangkang menulis begini;


Puak UMNO Kelantan menerima tamparan hebat untuk meneruskan perjuangan mereka di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ini kerana PAS telah menang moral menjelangkan pilihanraya itu apabila berjaya "menakluki" bangunan milik UMNO Kota Bharu, yang sangat dibanggakan itu. Bangunan tersebut kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan apabila berjaya dibeli dengan harga RM4.5 juta semalam. Majlis penyerahan geran hak milik oleh tuan punya bangunan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu) telah dilakukan di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Kita tidak faham apa yang cuba disampaikan dari berita berkenaan. Yang kita semua sudah maklum adalah Zahid Ibrahim bukan lagi ahli UMNO. Bangunan berkenaan adalah hak Zahid. Yang membeli bangunan berkenaan adalah Dewan Pemuda Pas. Apa masalahnya disini? Dan apa kena mengena dengan UMNO? Begitulah cara bagaimana portal blog pembangkang 'spin' setiap berita sehingga mengelirukan pambaca.

Pemimpin Pas pun begitu juga, bangunan ini di Kota Baharu kenapa program penyerahan atau perasmian perlu dilakukan di Gua Musang? Apakah hanya untuk memancing undi? Apakah ulamat terkenal iaitu Nik Aziz juga bersubahat dalam melakukan penipuan dan memutarbelit  terhadap rakyat Kelantan?.



Wednesday, October 20, 2010

'HULU TEMBELING' - MEMBANTAH PEMBERIAN SAHAM FELCRA



Kadang-kadang ketika pemimpin membincangkan agenda-agenda besar mereka, mereka terlupa kepada agenda kecil kita. Mereka tidak melihat apa sebenarnya yang rakyat perlukan dari kerajaan.

Bukanlah terlalu banyak yang rakyat minta, hanya ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah kerajaan tentukan. Pemimpin dan penjawat awam, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan haruslah benar-benar jujur. Penjawat awam khususnya, mereka yang bertugas dan dibayar gaji harus telus dan cekap menjalankan tugas.

Malangnya banyak berlaku ketirisan dimana keserongan berlaku apabila mereka yang bertanggungjawab itu tidak berlaku jujur disebabkan oleh perlakuan rasuah.

Beberapa hari lalu SPU menyiarkan tulisan dari blog 'uRag dRrulug' yang berkenaan isu saham Felcra di kawasan Tembeling Tengah. Baca juga blog 'HuLu TeMbEliNg' yang menulis dengan cara menyindir para pemimpin.

PERHIMPUNAN AGUNG SAYAP-SAYAP UMNO 2010




Pagi ini Mesyuarat Agung sayap-sayap UMNO sedang berlangsung. Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO akan bersidang serentak. Tidak banyak maklumat yang boleh kita dapati setakat ini, mungkin petang atau seawalnya tengahari nanti.

Ada soalan yang menayai apakah Pemuda UMNO masih relevan ketika ini? Ini memandangkan apa yang berlaku ketika ini adalah seakan Pemuda UMNO tidak penyai nafas dan tidak sehebat seperti dizaman-zaman Dato' Harun Idris dan Syed Jaafar Albar.  Baca laporan di blog M.I.M.

Selain itu, kehadiran pertamakali Dr. Mohammad Fairus  Khairuddin di Perhimpunan Agung UMNO mencuri tumpuan ramai. Jika beliau berkelayakan jangan kita sekat. UMNO mestilah lebih terbuka dan bukan dimonopolikan oleh orang-orang tertentu saja. Baca laporangnya diblog Pejuang Bangsa.

PEMBENTANGAN BAJET 2011 (Teks Ucapan Penuh)

Berikut adalah Teks Ucapan (Penuh) Oleh PM ketika membentangkan Bajet 2011 baru-baru ini untuk kita perhalusi dimana manafaat yang akan kita dapati dari bajet berkenaan;


Najib Tun Razak bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua kiri), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (dua kanan), Datuk Donald Lim Siang Chai (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (kanan) di Kementerian Kewangan sebelum bertolak ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Bajet 2011 di 
Dewan Rakyat, semalam.



TUAN Yang di-Pertua,
SAYA mohon mencadangkan supaya Rang Undangundang bertajuk ‘Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’ dibaca bagi kali kedua.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Firmannya:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”. – (Surah Al-Qasas, ayat 77).
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala kepujian dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala yang telah mengizinkan saya membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2011. Sesungguhnya, ini bukan bajet yang lazim. Bajet ini amat bermakna sebagai helaian-helaian pembuka tirai kepada pusingan akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang kira-kira 3,365 hari atau sembilan tahun dua bulan dan 17 hari lagi.
Justeru, pada petang Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, saya akan meletak bata-bata bagi memuktamadkan serta memahat paku-paku pelengkap sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ke ufuk negara maju. Hakikatnya, sejak 18 bulan lalu, kerajaan telah mempersiapsiagakan ceracak-ceracak yang kukuh sebagai asas lonjakan seterusnya kepada perjalanan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Sesungguhnya, bajet ini digubal dengan penuh keazaman untuk mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Proses transformasi ini dilaksanakan secara holistik meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik.
Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan Pelan Transformasi Ekonomi yakni ETP pula menjadi Peta Panduan. Enam NKRA, Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk kerangka kerja ke arah tuju tersebut. Seterusnya, perinciannya sedang dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11.
Sememangnya lagi, seperti mana yang saya sering utarakan, era kerajaan tahu segalanya sudahpun berakhir. Lantaran, dalam menggubal bajet ini, kerajaan telah berunding dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak terdiri daripada sektor awam, sektor swasta, focus group, sumbangan media massa, cadangan blog 1Malaysia serta sesi-sesi makmal.
Dengan demikian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Inilah kekuatan 1Malaysia, inilah berkat gabungan percambahan idea dan gandingan usaha gigih yang telah dicurahkan. Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Insya-Allah, saya yakin kita akan dapat menangani pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Bahkan, lebih daripada itu, bersama-sama kita pasti mampu keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana serta melonjak ke tahap pembangunan yang jauh lebih tinggi.
Alhamdulillah, negara kita telah berjaya pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia berikutan langkah proaktif yang telah diambil oleh kerajaan dan pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. Kejayaan langkah ini, terbukti dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010, berbanding -5 peratus bagi tempoh sama, tahun lalu. Prestasi ekonomi dunia turut dijangka kembali pulih pada kadar 4.8 peratus berbanding -0.6 peratus pada 2009. Begitu juga dengan perdagangan antarabangsa, berkembang 11.4 peratus berbanding -11 peratus pada 2009.
Sementara di peringkat domestik, penunjuk utama turut mempamerkan pertumbuhan ekonomi kekal kukuh. Indeks Komposit Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober 2010, antara tertinggi sejak Februari 2008. Hasil eksport juga memberangsangkan bagi tempoh lapan bulan pertama 2010, meningkat sebanyak 22 peratus dan import 28 peratus, khususnya import barangan modal meningkat sebanyak 18 peratus.
Kedudukan ringgit pula, semakin kukuh dengan kadar pertukaran bagi satu dolar Amerika mencecah 3.0833 pada 14 Oktober 2010. Peningkatan 11 peratus sejak 31 Disember 2009, menjadikan ringgit antara mata wang yang paling teguh di rantau ini. Rizab antarabangsa negara kekal padu, berjumlah RM310.8 bilion atau AS$100.7 bilion pada 30 September 2010. Ia mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.
Dengan perkembangan positif ini, kerajaan telah menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada tujuh peratus, berbanding enam peratus sebelum ini. Ia, jauh lebih tinggi berbanding -1.7 peratus pada 2009. Prestasi memberangsangkan ini akan diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembinaan 4.9 peratus. Manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus.
Bagi tahun 2011, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia dijangka sederhana sebanyak 4.2 peratus dan tujuh peratus. Selaras dengan itu, pertumbuhan ekonomi negara dijangka meningkat pada kadar lima hingga enam peratus. Bagaimanapun, kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mencapai pertumbuhan enam peratus. Pertumbuhan ini akan didorong oleh pelaburan swasta sebanyak 10.2 peratus, penggunaan swasta 6.3 peratus dan eksport 6.7 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus.
Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000. Pendapatan per kapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS$16,000. Unjuran ini mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada dua hingga tiga peratus dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.
Menyongsong strategi Bajet 2011 demi mencapai status negara maju yang diaspirasikan, kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Pucuk pangkalnya, kejayaan menuntut kepada perubahan dan pembaharuan. Ia tidak boleh lagi berdikit-dikit tetapi menghambat lonjakan mega. Ternyata, apa yang dihadapkan kepada kita sangat jelas. Perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.
Hatta, tawarikh menyaksikan kita telah melakukan perubahan dan pembaharuan, kita berjaya mentransformasikan Malaysia daripada negara pertanian hingga menjadi antara negara pengeksport terbesar di dunia. Dengan itu, cabaran generasi kepimpinan hari ini adalah untuk membuat lonjakan seterusnya. Ia bukanlah satu kemustahilan. Dengan perancangan yang rapi seperti ini dan strategi yang jelas, mudah-mudahan kita akan berjaya.
Dalam pada itu, pola perdagangan luar semakin mencabar, manakala saingan menarik modal antarabangsa kian sengit. Tambahan lagi, persekitaran ekonomi global kini, pantas bertukar. Dalam keadaan ini, sektor swasta perlu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka perlu lebih berani mengambil risiko, dan berani, merebut peluang yang ada. Yang pentingnya, kerajaan akan menyediakan ekosistem yang terbaik bagi memastikan perkara ini boleh diterjemahkan.
Justeru, bajet ini akan memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bertemakan ‘Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi’, Bajet 2011 akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:
Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
Kedua : Membangunkan Modal Insan;
Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta. Hari ini, kita dapati kerajaan memainkan peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Corak pertumbuhan ini berlaku ekoran krisis kewangan 1997/1998. Sudah tiba masanya sektor swasta kembali bertindak sebagai enjin pertumbuhan seperti mana pra-kegawatan. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat pengumuman dan percaturan supaya RMK-10 yang bermula pada tahun 2011 mengenengahkan lagi peranan sektor swasta. Pada tahun 2011, kerajaan menganggarkan jumlah nilai semasa pelaburan swasta akan berkembang 12.5 peratus kepada sebanyak RM86 bilion. Di samping itu, pelaksanaan 12 National Key Economic Area (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion atau AS$444 bilion dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaannya. Daripada jumlah ini, 92 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta dan bakinya oleh kerajaan.
Dalam konteks ini, kerajaan akan mempergiatkan lagi inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta atau PPP bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi. Pelaksanaan projek PPP dengan peruntukan kerajaan disediakan sebagai tipping point untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta menjadi lebih berdaya maju. Sehubungan itu, beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMK-10 dan akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion. Kerajaan pula akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada Dana Mudahcara. Antara projek PPP yang terlibat adalah:
Pertama: Pembinaan Lebuh raya seperti Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh raya Guthrie-Damansara, Lebuh raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh raya Paroi-Senawang-KLIA;
Kedua: Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis, Sabah bagi menambah kapasiti bekalan elektrik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat; dan
Ketiga: Projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia di Kuantan, Pahang, Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu di Kuala Lumpur.
Sebuah lagi projek PPP yang telah dikenal pasti adalah Academic Medical Centre. Projek ini merupakan usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland. Projek ini melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.
Mutakhir ini, kita telah mula menyaksikan kembalinya peranan sektor swasta dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi. Contohnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bermula tahun hadapan dengan nilai anggaran sebanyak RM26 bilion. KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional termasuklah pakar syariah. Apa yang mustahak adalah, pembangunan strategik sebegini akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam terulung di dunia. Kerajaan bersedia untuk menimbangkan pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di KLIFD kelak.
Seterusnya, transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Projek ini dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 akan menambah kadar kepenggunaan pengangkutan awam sekurang-kurangnya 40 peratus. Projek MRT dijangka menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pengguna dapat menuju ke destinasi dengan pantas. Sistem MRT ini juga akan memperhebatkan jaringan hubungan di Lembah Klang dan diintegrasikan dengan mod pengangkutan lain seperti bas dan teksi.
Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga bahawa ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion di mana menaranya dijangka siap pada 2015.
Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan negara, kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasi syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing. Oleh itu, langkah berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran;
Kedua: GLIC akan dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara bagi menerokai peluang pulangan pelaburan yang lebih baik. Sebagai contoh, KWSP yang mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak tujuh peratus, akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah aset diuruskan;
Ketiga: Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC iaitu Petronas Chemical Sendirian Berhad dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad akan menawarkan pegangan awam yang lebih tinggi pada tahun ini;
Keempat: Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon;
Kelima: Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit;
Keenam: Suruhanjaya Sekuriti akan menambahkan bilangan Proprietary Day Traders yang beroperasi di pasaran, dan
Ketujuh: Suruhanjaya Sekuriti juga akan mempermudahkan proses dan prosedur penyenaraian syarikat dan produk, terutamanya Dana Dagangan Bursa.
Dalam nafas yang sama, pasaran modal Islam akan terus diunggulkan. Untuk tujuan ini, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.
Maka, bagi terus menggalakkan inovasi dalam produk sekuriti Islam, kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq diberi potongan cukai. Ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama dan mempromosi transaksi dalam Bursa Suq al-Sila, satu platform perniagaan komoditi patuh Syariah, yang pertama seumpamanya di dunia. Kerajaan juga mencadangkan sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali.
Dalam menggalakkan lagi inovasi bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, modal teroka memainkan peranan penting terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan industri kreatif. Untuk tujuan ini, kerajaan akan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur dan menarik lebih ramai angel investors, kedua-duanya akan dikendalikan oleh Cradle Fund, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan. Manakala, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pula akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik setelah syarikat menjana pendapatan. MTDC juga akan menganjurkan International Venture Capital Symposium pada tahun hadapan untuk memadan pemodal teroka asing dan tempatan bagi merancakkan lagi industri berteknologi tinggi.
Melangkah ke hadapan, sebagai penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan Bumiputera pula, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial utama di bandar utama dalam negara. Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersial kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok. Untuk ini, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera pada tahun ini dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.
Untuk merancakkan lagi aktiviti pasaran modal, saya ingin mengumumkan kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada 2011. Dana ini akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka.
Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) merupakan penyumbang terbesar hasil eksport negara iaitu sebanyak 41 peratus atau RM228 bilion pada 2009. Namun begitu, industri E&E kita lebih tertumpu kepada aktiviti pemasangan. Kita sepatutnya menggunakan kelebihan pengalaman untuk mewujudkan syarikat E&E tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti E&E bernilai tambah tinggi, terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim High-Tech Park di Kedah.
Selain itu, industri minyak, gas dan tenaga merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara. Pada 2009, industri ini telah menyumbang 10.2 peratus kepada KDNK dengan pendapatan eksport bernilai RM56 bilion. Oleh kerana industri ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi terutamanya aktiviti hiliran, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM146 juta untuk sektor ini. Penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak utama rantau Asia di Johor pula, melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun. Bagi mengatasi kekangan bekalan gas pula, Petronas akan melaksanakan projek regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka mula beroperasi pada 2012.
Kerajaan komited untuk memajukan teknologi hijau bagi menjamin kelestarian pembangunan negara. Sehubungan itu, kerajaan terus menyediakan beberapa insentif:
Pertama: Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015;
Kedua: Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012;
Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions (CERs) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012; dan
Keempat: Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus telah diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010. Bagi terus menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti eksais ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 dan sebagai galakan tambahan, duti eksais diberi pengecualian sepenuhnya. Galakan ini juga diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik.
Malaysia juga komited, mengurangkan pengeluaran karbon intensiti bagi memulihara alam sekitar. Atas maksud ini, kerajaan akan melaksanakan antara lain, Program Adunan Biobahan Api dengan Diesel Petroleum (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada bulan Jun 2011.
Kerajaan juga akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff, (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.
Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan RM3.8 bilion bagi tahun 2011 supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan. Antara tindakan yang akan diambil adalah:
Pertama: Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian serta menghasilkan produk berkualiti dengan peruntukan RM252 juta;
Kedua: Sejumlah RM235 juta disediakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda yakni MADA, Kedah dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi.
Ketiga: Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM135 juta bagi penyediaan prasarana asas;
Keempat: Memperuntuk RM80 juta bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju;
Kelima: Menambah baik Kolej Pertanian di Kubang Pasu, Kedah dengan membina makmal diagnostik yang melibatkan peruntukan RM70 juta;
Keenam: Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.7 juta, dan
Ketujuh: Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan selama lima tahun lagi, sehingga 2015.
Merujuk pula industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada tahun 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara. Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation pada tahun 2009, Malaysia menduduki tangga kesembilan dari segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan inisiatif seperti berikut:
Pertama: Memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong;
Kedua: Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;
Ketiga: Menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam; dan
Keempat: Nexus Karambunai, sebuah resort terkemuka di Sabah telahpun komited untuk membangunkan resort bersepadu eco-nature yang pertama seumpamanya di dunia, bagi memanfaatkan kelebihan keindahan alam semula jadi, dan keunikan tersendiri di Karambunai, Sabah berjumlah RM3 bilion akan bermula tahun hadapan. Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta;
Seterusnya, bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah (shopping haven) di rantau Asia dengan menawarkan barangan berjenama pada harga yang kompetitif. Kerajaan mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus dimansuhkan. Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.
Pada masa kini, hasil eksport minyak sawit mentah berjumlah RM37 bilion, manakala produk berasaskan minyak sawit mencecah RM13 bilion pada tahun 2009. Industri ini sebenarnya boleh diperkembangkan lagi di peringkat hiliran untuk menjana pendapatan lebih besar kepada pengusaha estet dan pekebun kecil. Dalam usaha memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan, beberapa langkah akan dilaksanakan:
Pertama: Meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi dengan dana sebanyak RM297 juta; dan
Kedua: Sejumlah RM127 juta diagihkan bagi menyokong syarikat oleo derivatives tempatan serta sejumlah RM23 juta lagi untuk mengembangkan industri hiliran minyak sawit, termasuk pengeluaran vitamin.
Pembangunan Koridor Multimedia akan memasuki fasa ketiga, bermula tahun hadapan. Tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi. Dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM119 juta.
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.
Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti Internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. Bagi tujuan penyelarasan, kerajaan mencadangkan cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
Kerajaan akan terus menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan sejajar dengan peningkatan permintaan untuk membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter. Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta mengadakan latihan khusus untuk melahirkan pakar dalam bidang tersebut. Kerajaan akan menyediakan sejumlah RM91 juta untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan.
Pembangunan koridor dan wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster yang mempunyai kelebihan dari segi pengkhususan dan geografi. Usaha membangunkan kawasan koridor akan berfokus kepada projek usaha sama antara pelabur luar dan tempatan serta industri yang mempunyai kelebihan daya saing dan berimpak tinggi dengan bajet RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan.
Di Iskandar Malaysia, sejumlah RM339 juta disediakan oleh kerajaan, antaranya membina lebuh raya, memajukan kawasan perumahan serta menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Manakala, pelaburan komited oleh pihak swasta di wilayah ini sehingga Jun 2010, berjumlah RM62 bilion, melepasi sasaran RM47 bilion. Jumlah yang telah dilaburkan sehingga Jun 2010 ialah RM25 bilion ringgit. Projek yang dijangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet serta Legoland dan Marlborough College pada tahun 2012.
Bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula, diperuntukkan RM133 juta, antaranya untuk membangun Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian, Infrastruktur Pelancongan dan Pusat Inkubator Bioteknologi. Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, peruntukan RM178 juta disediakan antaranya bagi melaksanakan projek Taman Industri, Loji Rawatan Air, pembangunan kawasan pelancongan serta kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.
Bagi wilayah SCORE, sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta taman industri makanan halal. Manakala, bagi Koridor Pembangunan Sabah, diperuntukkan RM110 juta, antaranya untuk projek kelompok industri kelapa sawit, agro-industrial presint dan pusat penternakan bersepadu.
Selanjutnya, untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) akan dijadikan landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi dengan bajet sebanyak RM411 juta.
Kerajaan juga telah menubuhkan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pusat sehenti untuk merangka dasar dan strategi bagi menyediakan ekosistem kondusif. Satu akta akan digubal untuk membolehkan UNIK mengkomersialkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. Beberapa program dan aktiviti akan dirangka untuk meningkatkan inovasi, penciptaan produk baru dan pengkomersialan. Bagi tahun 2011, UNIK diperuntukkan sebanyak RM71 juta.
Tentu ramai yang tahu, ketika krisis ekonomi melanda, terdapat usahawan dan individu menghadapi masalah kewangan dan ada di antara mereka diisytiharkan bankrap. Mereka telah disenarai hitam dan tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman. Untuk memberi peluang kedua, Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebankrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang melibatkan perubahan had minimum kebankrapan pada masa ini berjumlah RM30,000.
Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara. Industri ini meliputi animasi, pengiklanan, perfileman, seni reka fesyen, kraf dan warisan budaya. Untuk memanfaatkan potensi industri ini, kerajaan akan membangunkan dasar industri kreatif secara bersepadu. Sejumlah RM200 juta disediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada enam peratus. Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuklah menekankan nilai untuk wang (value-for-money) dan pengurusan nilai (value management) secara menyeluruh. Sebagai contoh, langkah yang diambil termasuklah tender terbuka, tender terhad dan peraduan reka bentuk yang terbaik untuk hospital kerajaan. Bagi memantapkan kutipan hasil, kerajaan akan memperkukuhkan lagi sistem kutipan cukai dengan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai.
Strategi kedua adalah membangunkan modal insan. Aset negara yang paling penting bagi sesebuah negara adalah modal insannya. Telah terbukti bahawa negara yang tidak mempunyai sumber asli tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan lebih baik daripada negara yang semata-mata bergantung kepada sumber aslinya. Malaysia tidak mampu terperangkap dengan ketagihan sumber asli yang bersifat boleh pupus. Syukur, kita telah berjaya mengurus sumber asli kita dengan baik tetapi kita juga berkewajipan merancang pembangunan modal insan secara lestari. Jika tidak, kita tidak akan mampu mengoptimumkan potensi nasional.
Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan. Untuk tujuan ini, belanja mengurus diperuntukkan sebanyak RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia.
Sejak sekian lama, pendidikan anak- anak Malaysia adalah sesuatu yang dekat di hati saya. Justeru, kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan anak- anak kita dan kita tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka mesti disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing menghadapi zaman yang penuh mencabar.
Menyedari hakikat inilah, bagi menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan, kerajaan akan berusaha untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara. Justeru, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011. Talent Corp ini akan menggubal National Talent Blueprint dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
Anak-anak itu fitrah, ibarat kain yang putih. Kerana itulah, pembangunan modal insan mesti bermula dari peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai murni dan disemai dengan ilmu pengetahuan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan Ijazah.
Kerajaan juga memperuntukkan RM111 juta ringgit untuk program PERMATA, antaranya bagi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Setiap anak Malaysia, tidak kira apa pun latar kaum, adalah aset nasional dan warisan masa depan negara. Bidang pendidikan haruslah bersifat lampau politik. Menjunjung maksud ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.
Selanjutnya, bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan telah menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.
Sejumlah RM213 juta pula diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sehubungan dengan ini, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya dari United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran bahasa Inggeris.
Memperkasa institusi pengajian tinggi bertaraf dunia merupakan agenda utama kerajaan kerana sumbangannya yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara. Langkah berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan sebanyak RM20 juta; dan
Kedua: Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA di mana pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
Berkaitan itu, kerajaan menyediakan RM60 juta bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di Pusat Latihan Kemahiran Negeri. Program ini akan meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Di samping itu, sejumlah RM220 juta turut disediakan bagi memastikan siswazah jurusan lain dapat mengembang kompetensi dan kebolehpasaran mereka. Antaranya, melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah. Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan industri ICT.
Golongan bukan siswazah seperti lepasan sekolah, belia dan pekerja juga diberi perhatian oleh kerajaan memandangkan tenaga mereka diperlukan terutamanya oleh industri bidang teknikal. Untuk itu, sejumlah RM474 juta diagihkan bagi meningkatkan produktiviti dan kemahiran di bawah pelbagai institusi latihan.
Seperkara yang penting, negara memerlukan modal insan yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru (upskilling and reskilling). Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan Program Latihan 1Malaysia (1Malaysia Training Programme) yang akan dilaksanakan mulai Januari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.
Program latihan ini mempunyai tiga komponen. Pertama, sebanyak RM200 juta untuk menjalankan latihan sambilan di sebelah malam dan di hujung minggu di pusat latihan terpilih di seluruh negara. Ia akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat GiatMara dan Institut Latihan Perindustrian dengan kemudahan sedia ada. Antara kursus yang ditawarkan pada sebelah malam adalah kursus Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan kelas muzik. Manakala di hujung minggu, kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan termasuk bakeri, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.
Kedua, Program Latihan 1Malaysia juga meliputi peruntukan RM200 juta dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka. Ketiga, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal.
Selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sukacita saya mengumumkan, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah. Majlis ini yang akan diwakili oleh majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi kerajaan, akademia, NGO dan individu. Sekretariat bagi majlis ini adalah Kementerian Sumber Manusia.
Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh Majlis Konsultasi Gaji Negara. Contohnya, pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan pada 1 Julai 2010 berbanding RM610. Dengan kenaikan ini, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285 termasuk elaun tetap. Bagi pengawal keselamatan pula, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 hingga RM400 pada masa ini. Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan, termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai Januari 2011.
Selain itu, kerajaan akan meneruskan langkah pengurangan bilangan pekerja asing dengan menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor. Pada masa yang sama, majikan akan diwajibkan untuk memperoleh insurans kesihatan bagi pengambilan pekerja asing mereka.
Wanita yang membentuk separuh penduduk Malaysia adalah nadi keluarga dan pembangunan negara. Oleh sebab itu, kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita apabila negara bergerak menuju kemajuan. Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, kerajaan memperuntukkan RM30 juta antaranya memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai tahun 2011.
Demi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober 2010. Lantas, saya menyeru pihak swasta dapat mengambil pekerja separuh masa wanita, terutamanya mereka yang telah berumah tangga. Kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama tiga bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran.
Laginya, bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan mendapat perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka, kerajaan akan menyedia dan menjenamakan semula 40 buah Taska 1Malaysia dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dari semasa ke semasa, kerajaan telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam. Pada akhir 2009, wanita yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam telah mencapai tahap 30.5 peratus. Justeru, saya ingin menyeru pihak swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita menjawat jawatan di peringkat pembuat keputusan khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak RM365 juta disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, kerajaan akan menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang, dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
Bercakap tentang sukan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua atlet negara yang telah menyertai Sukan Komanwel Ke-19 di New Delhi. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa yang telah melepasi sasaran 10 emas dengan menggondol 12 pingat emas. Untuk makluman semua, pencapaian pingat di temasya kali ini menyaksikan rekod rangkulan emas terbaik negara dalam penyertaan Sukan Komanwel.
Strategi ketiga adalah mensejahterakan hidup rakyat. Sudah lumrahnya, tugas dan tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk memartabatkan kehidupan rakyat. Status negara maju tidak akan bermakna jika kualiti hidup rakyatnya merosot. Pokoknya, dalam usaha kita menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu memantapkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Ini penting bagi menghasilkan kemajuan yang lebih seimbang dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik.
Ternyata, kerajaan menjiwai keluh kesah dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik. Tumpuan akan terus diberikan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Bagi tahun 2011, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Antara program dan insentif yang disediakan:
Pertama: Program bantuan kebajikan warga emas dengan peruntukan RM166 juta untuk mengatasi masalah golongan ini yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030;
Kedua: Program bantuan kanak-kanak dengan peruntukan RM121 juta disediakan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti. Program ini akan memanfaatkan seramai 97,000 kanak-kanak;
Ketiga: Program bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM218 juta akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU;
Keempat: Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU; dan
Kelima: Membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tuna wisma dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.
Sementara itu, sejak 2008, kerajaan telah memberikan rebat bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan yang telah membawa manfaat kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh negara. Sehubungan itu, kerajaan berkeputusan meneruskan usaha murni ini dengan peruntukan RM150 juta untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Para pendeta bermadah, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban raga. Pada masa ini, pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa terhad kepada perubatan di klinik dan hospital, termasuk rawatan di nursing home serta rawatan pergigian. Bagi terus membantu meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian mereka yang lain seperti lampin pakai buang.
Kerajaan sangat memahami keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa, terutamanya bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Untuk itu, sejumlah RM568 juta disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah. Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet warganegara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun menjangkau generasi kedua.
Sesungguhnya lagi, kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Bukan mudah untuk mereka bertatih dalam realiti kehidupan. Untuk membantu golongan ini, kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Pada masa yang sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000. Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.
Usaha untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar sudah lama bermula di negara ini. Apabila darurat hampir tamat, kerajaan pada ketika itu telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menerajui usaha membawa nikmat pembangunan ke kawasan luar bandar. Kerajaan sekarang komited meneruskan usaha ini sekalipun hampir 60 peratus penduduk Malaysia kini tinggal di kawasan bandar. Apa yang pasti, dalam usaha mentransformasi negara menjadi maju, kerajaan tidak akan sekali-kali meminggirkan rakyat luar bandar. Projek dan program pembangunan bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar akan diberi keutamaan. Sejumlah RM6.9 bilion disediakan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah:
Pertama: Membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion dan di Semenanjung RM696 juta;
Kedua: Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dengan peruntukan RM1.5 bilion, Sarawak RM1.2 bilion dan Semenanjung RM556 juta;
Ketiga: Melaksanakan program bantuan rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. Program ini melibatkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak; dan
Keempat: Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan.
Bagi meningkatkan pengeluaran makanan, kerajaan memperuntukkan RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi. Kerajaan juga menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik dan pekerja bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.
Kini, masalah harga barangan lebih tinggi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak serta kawasan tertentu di Semenanjung akibat kos pengangkutan menjadi perhatian kerajaan. Bagi menyeragamkan harga barangan pada kadar yang hampir sama dengan kawasan lain, kerajaan telah memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel pada tahun 2010 dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Bagi tahun 2011 pula, peruntukan sebanyak RM200 disediakan bagi meneruskan program ini.
Kita sedia maklum interaksi kerajaan dan rakyat kerap dibangkitkan mengenai harga barangan runcit. Dalam konteks ini, kerajaan akan mewujudkan portal interaktif 1Malaysia Pengguna Bijak bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara. Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui harga terkini barangan.
Selain daripada itu, untuk mengukuhkan lagi sektor pemborongan dan peruncitan, satu Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Bengkel Automotif serta projek Pasar Komuniti akan diperkenalkan untuk menaik taraf kemudahan supaya menjadi lebih menarik dan moden dengan peruntukan sebanyak RM73 juta.
Tanggapan bahawa kerajaan hanya berminat menumpukan kepada projek berskala besar tanpa mengendahkan kontraktor- kontraktor kecil adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali. Hakikatnya, kerajaan akan terus melaksanakan Projek Penyelenggaraan Aset Awam atau lebih dikenali sebagai PIA/ PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Antara aktiviti yang terlibat ialah membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam, longkang, perparitan, titi, jambatan kecil, pendawaian semula, pembinaan jalan pertanian dan kampung. Saya yakin pelaksanaan projek seperti ini akan sedikit sebanyak membantu golongan kontraktor kelas F di seluruh negara.
Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupakan. Tidak kira di kota atau di desa, sungguh tinggi baktinya. Lalu, untuk menghargai peranan pemimpin di peringkat kampung, kerajaan akan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.
Bagi memastikan elaun ini dinikmati oleh semua ketua kampung, elaun ini turut diberi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan. Kerajaan juga akan menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dari RM30 kepada RM50.
Di samping itu, elaun bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750 sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011.
Seperti yang kita sedia maklum, kemajmukan Malaysia diasaskan daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. Kita tidak pernah mendiskriminasi kelompok minoriti kerana mereka adalah warganegara dan rakyat Malaysia. Semua usaha pembangunan dibuat secara inklusif untuk turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan pribumi. Sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli. Selaras dengan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuhraya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
Selanjutnya, kerajaan komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, sejumlah RM15.2 bilion diperuntukkan bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat, mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan. Sejak tahun lalu, sejumlah 51 Klinik 1Malaysia sudah beroperasi dan kerajaan akan menambah lagi sebanyak 25 Klinik 1Malaysia.
Keselamatan awam pula merupakan aspek penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk negara. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2010, indeks jenayah jalanan menurun 38 peratus manakala indeks jenayah keseluruhan menurun 16 peratus.
Sehubungan itu, kerajaan akan meneruskan usaha ini dengan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk melaksana pelbagai program termasuk program membanteras jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan kereta serta menjalankan program bandar selamat dan program Skim Rondaan Sukarela terutamanya di kawasan berisiko tinggi. Di samping itu, kerajaan akan menambah 25 mahkamah khas untuk mempercepatkan perbicaraan.
Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ia perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.
Sebagai tanda pengiktirafan, kerajaan akan memperuntukkan RM70 juta kepada program dan aktiviti yang melibatkan NGO terpilih bagi membantu kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi kerajaan, terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.
Dalam aspek alam sekitar pula, suasana keliling yang mapan akan terus dipelihara. Sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar, antaranya melaksanakan program Sungai Nadi Kehidupan dan menghijaukan Kuala Lumpur. Selain itu, kerajaan juga akan menjalankan usaha untuk memulihara sumber marin dan persisiran, antaranya di Pantai Siring, Melaka; Pantai Sabak di Kelantan, Teluk Lipat di Terengganu dan Rompin di Pahang.
Tanggungjawab sosial korporat yang semakin menjadi trend kebelakangan ini begitu kritikal dalam melaksanakan projek kemasyarakatan. Dalam hubungan ini, pada tahun 2011, Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan menjadikan 10 buah sekolah sebagai Sekolah Amanah (Trust School) yang dikendali secara lebih profesional untuk memastikan pelajar memperoleh pendidikan berkualiti. Untuk tujuan ini, selain daripada peruntukan lazim kerajaan, Sekolah Amanah ini juga akan menerima sumbangan daripada Khazanah Nasional.
Untuk membantu kanak-kanak, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah mencapai prestasi yang cemerlang di sekolah pula, 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah. Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi pelajar sekolah.
Berikutan salah satu cadangan daripada makmal Pemuda yang diadakan beberapa bulan yang lalu, 1MDB akan turut menyumbang kepada pembangunan belia negara dengan penubuhan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta bagi memupuk semangat 1Malaysia. Dalam bidang kesihatan pula, 1MDB akan melaksanakan Klinik Bergerak 1Malaysia dengan empat buah bas Klinik Bergerak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan disediakan.
Strategi keempat adalah memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam mengemudi Malaysia menjadi negara maju, kerajaan yang kini mempunyai 1.2 juta penjawat awam perlu mengoptimumkan sistem penyampaian kerajaan di mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk mempertingkatkan produktiviti negara.
Jelasnya, fungsi kerajaan adalah pemudahcara bukan penghadang. Berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan seharusnya bersifat menyenangkan bukan menyusahkan. Untuk itu, kerajaan akan terus mempermudahkan lagi sektor swasta berurusan dengan agensi kerajaan. Ke arah ini, inisiatif MyCoID Gateway yang menggunakan nombor rujukan tunggal Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menjalankan urusan telah pun dilaksanakan. Inisiatif itu akan diperluaskan ke agensi-agensi dan kementerian lain.
Kerajaan juga akan memperkenalkan sistem permarkahan untuk memudahkan permohonan taraf penduduk tetap (PR). Permohonan PR kini boleh dilakukan selepas lima tahun bermastautin berbanding 10 tahun sebelum ini.
Dengan sistem tersebut, permohonan taraf penduduk tetap akan lebih telus, pantas dan objektif berdasarkan kriteria yang jelas. Bagi mempercepatkan proses pendaftaran hartanah pula, Akta Setem 1949 telah dipinda untuk membolehkan penilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dilakukan selepas duti setem dibayar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Penambahbaikan ini akan dapat mengurangkan masa pendaftaran hartanah daripada 30 hari kepada satu hari sahaja.
Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklum balas para penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.
Di atas segalanya, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan akan:
Pertama: Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini;
Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan; dan
Ketiga: Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh setahun lagi. Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai Khidmat Singkat baru.
Tambahan dari itu, bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki lagi syarat-syarat untuk membuat pinjaman perumahan, kerajaan akan:
Pertama: Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;
Kedua: Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua; dan
Ketiga: Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.
Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.
PERUNTUKAN BAJET 2011
Kerajaan komited untuk mempercepatkan proses transformasi dengan melaksanakan projek dan program di bawah RMK-10, NKRA dan NKEA dilaksanakan dengan jayanya. Untuk melaksanakan strategi dan langkah yang telah dibentang, saya mencadangkan sejumlah RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, RM86.4 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk Pembelian Aset dan baki RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK, berbanding 5.6 peratus pada tahun 2010.
Apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras.
Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini.
Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelosok dan ceruk negara. Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya melakukannya selama puluhan tahun.
Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
Kita telah berjaya meningkatkan per kapita daripada AS260 di awal merdeka kepada kira-kira AS8,000 AS hari ini. Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada diambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik.
Hakikatnya, pengurusan kewangan yang berhemat jugalah yang telah menyaksikan kita berupaya keluar dari krisis kewangan 1997/1998 dengan jayanya bersandarkan langkah tegas di luar kelaziman ketika itu. Hasilnya, kritikan menjadi pujian, sifat berwasangka berubah menjadi kekaguman. Begitu juga di kala tsunami ekonomi melanda pada tahun 2008, kerajaan tidak langsung berlengah-lengah mengambil langkah pemulihan melalui pakej ransangan dan mini bajet. Sekali lagi, rakyat diselamatkan daripada terjebak dalam situasi yang membebankan dengan merasai kesan sangat minima.
Pendek kata, walau apapun cabaran yang mendatang, kita tidak akan sekali-kali berundur dari misi mulia ini, atas keyakinan bahawa kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang.
Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.
Percayalah, bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.
Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan dari parti yang sama. Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia diambang status negara maju berpendapatan tinggi.
Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kejayaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi.
KepadaMu ya Allah, dipanjatkan doa dan dipohon kekuatan, mudah-mudahan segala usaha hamba-hambaMu ini beroleh keberkatan.
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN