Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 5, 2010

KONVOI SINAR HARIAN DAPAT SAMBUTAN DI JERANTUT







BANDAR JERANTUT – Konvoi Singgah Mesra Sinar Harian siri ketujuh di Jerantut mendapat respons yang baik daripada komuniti kerana berpendapat ia sebagai pendekatan terbaik untuk mengeratkan hubungan media dengan orang ramai. 

Tinjauan Sinar Harian di Kompleks Pasar Tani Jerantut mendapati kebanyakan peniaga dan orang ramai gembira dengan kunjungan warga kerja Sinar Harian Pahang kerana membolehkan mereka mengenali pengamal media dengan lebih dekat. 

Seorang peniaga, Azizah Mohd Noh, 55, berkata, sebelum ini tidak pernah pengamal media bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan di kompleks itu dan kunjungan Konvoi Sinar Harian adalah julung kali diadakan. 

Menurutnya, kedatangan konvoi itu membolehkan orang ramai mengenali, bertanya khabar dan mengadu pelbagai masalah kepada media secara terus.. 

“Pendekatan ini membolehkan media mendekati rakyat supaya segala permasalahan dapat didengari seterusnya dibantu mengikut saluran yang betul.  (Klik ke Sinar)


UMNO Bahagian-bahagian dibawah Unit Media Baru-nya mungkin patut mengunakan pendekatan sama bagi bagi menyemai kesedaran dan mencelik IT-kan rakyat terutama penduduk pedalaman dengan memperkenalkan laman sosial facebook kepada mereka agar jurang antara celik IT dan buta IT tidak terlalu jauh antara masyarakat bandar dengan luar bandar.



2 comments:

one one no belen said...

Salam.Masaalahnya ahli jawatan kuasa bahagian bahagian juga ramai yang buta IT serta buta hati.Bagaimana mereka nak mencelikkan orang ramai?huhu

Pendekar Melayu said...

betul sokong dengan kenyataan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN