Gambar hiasan:
Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian
dalam satu program yang dijalankan tidak lama dulu.
1.
SPU telah kembali. Selaras dengan perubahan Admin. terdapat sedikit pembaharuan yang akan diterapkan. Melihat perkembangan pembaca yang semakin meningkat khususnya di Jerantut sendiri maka SPU berhasrat menjadi suara rakyat bahkan suara resmi UMNO sebagai mengisi kekosongan yang berlaku kerana ketiadaan blog resmi UMNO Bahagian. Justru SPU akan menerima dan menyiarkan sebarang maklumat dan makluman dari semua pihak dengan keutamaan kepada UMNO sekiranya ingin berkerjasama.
Sebarang maklumat dan makluman, penghebahan tentang rumah terbuka hari raya umpamanya, atau sebarang program yang dijalankan akan disiarkan. Pihak berkenaan boleh mengirimkan maklumat berkenaan melalui email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkannya melalui ruangan komen sebagai alert.
2.
PRK N45 DUN Galas di Gua Musang memerlukan kekuatan dan kerjasama seluruh ahli parti bagi membolehkan UMNO merampas kembali kerusi berkenaan. Meletakkan Tengku Razali Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya adalah sesuatu yang sangat baik. Selain dari pengalamannya yang luas beliau juga berpengaruh besar di daerah Gua Musang. Apalah Gua Musang tanpa Ku Li?
Banyak pihak berpendapat Galas akan dapat dirampas semula oleh BN dan ini sangat penting dalam mengembalikan pengaruh dan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO. Hanya Ku Li yang mampu melakukan itu dan semoga tidak ada mana-mana individu yang akan menikam dari belakang mensabotaj parti.
3.
UMNO di Jerantut juga harus melakukan perkara sama. Semua pihak harus kembali kepangkal jalan. Pemimpin-pemimpin harus membawa pengikut mereka dan menggabungkan semua kembali didalam UMNO. Tidak ada gunanya lagi kita berpuak-puak didalam UMNO kerana ini akan membuatkan kita semakin lemah seterusnya akan dengan mudah dikalahkan dalam PRU nanti atau mana-mana PRK sebelum itu (jika ada).
Pemimpin dari kumpulan-kumpulan yang ada haruslah menunjukkan sikap dan budipekerti yang baik sebagai pemimpin. Ketepikan cita-cita politik dangan jalan memusnahkan musuh yang juga adalah rakan sendiri dalam pasukan. Di cawangan, sikap berpuak-puak juga mesti dihindar dan jangan jadikan UMNO sebagai sebuah parti keluarga. UMNO harus kuat bagi terus menjamin bangsa Melayu terus memerintah dan hak-hak orang Melayu tidak akan rampas.
4.
Menyedari hakikat bahawa SPU sebagai peneraju utama blogger Jerantut, maka harapan dan tanggungjawab ini akan digalas dengan saksama. SPU akan memainkan peranan yang sebenar sebagai sebuah blog aggregator disamping berusaha menyampai sebarang maklumat untuk faedah semua. Dunia sedang berubah dan internet sedang menguasai hubungan kita seharian, selain dari fb kita sedar bahawa blog adalah media sosial yang terpenting.
3 comments:
Betul tu SPU, dah lama dah patut bersatunya. Dah lemas lama dah, tapi ada yang degil. Tak nak fikir pasal rakyat, parti, bangsa, agama. Yang mereka fikir pangkat, harta,bos mereka sahaja. Siapa yang lurus di jerantut ni kurus lah. Saya lama dah kurusnya, tapi mujurlah ada kekawan yang simpati atas kekurusan saya. hidup lah lagi, tapi nyawa2 ikan aja.
Betul tu juga cg pian, pemimpin kita bukan ingin mendengar dan mengambil tindakan, mereka hanya akan komen dan menuduh itu dan ini menyalahkan ini dan itu tetapi tidak tindakan penyelesaian terhadap apa-apa isu sekalipun. UMNO seharusnya sudah ada blog resmi selama ini tetapi masih terlena nampaknya. Tanggungjawab siapa? Atau mungkin pemimpin kita merasakan tidak perlu kerana orang di Jerantut masih ketinggalan dalam bidang IT, masih buta IT dan buta hati, atau mereka yang masih buta tetapi menganggap IT tiddak perlu kerana kebutaan mereka itu?
Saudara SPU,salam,kata2 keramat yang saudara paparkan diatas mungkin amat diperlukan untuk di praktis dizaman pra kemerdekaan dan sedikit masa selepas merdeka,untuk waktu,ketika dan saat ini dan akan datang saya rasa kurang sesuai.jika diikutkan pada indah nya bahasa dan sempurnanya jika kita melaksanakan ianya maseh releven unuk kita gunapaki hingga keakhir zaman,TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG SAUDARA SPU.PADA PERINSIPNYA,BERSATU PEMIMPIN,PENGIKUT DIMASA INI TIDAK SAMA DENGAN PEMIMPIN DAN PENGIKUT DI MASA LAMPAU,JAUH BERBEZA MACAM LUNGGIT DENGAN BUMI,BERSATU UNTUK MENJATUKAN ORANG LAIN,BERSATU UNTUK MENDAPAT TEMPAT DAN KUASA,BERSATU UNTUK MENGUMPUL KEKAYAAN SESAMA SENDIRI UNTUK DIBERIKAN KEPADA PENYOKONG YANG MEMBABIBUTA AGAR TERUS MENYOKONG KITA,TEGUH SESAMA KRONI DAN BOS2 KITA,JIKA SALAH SAORANG DARI KEPIMPINAN KITA SUDAH NAMPAK AKAN SAAT KEJATUHAN,WALAUPUN KITA TAU KEJATUHAN BUKAN DISEBABKAN OLEH PRESTASI BELIAU,MUNGKIN DI SEBAB FITNAH YANG DIATUR OLEH GULUNGAN KITA SENDIRI,KITA SUDAH TIDAK TEGUH DI BELAKANG BOSS2 KITA,BUKAN TAK BERLAKU DIJERANTUT INI DIDEPAN MATA KITA,PEMIMIMPIN INI NAK TUNBANG SAJA DAH BERPAUT PADA PEMIMPIN CIPTAAN KITA,YANG BARU.MAKNANYA SAUDARA SPU, BERSATU TEGUH,BERCERAI ROBOH INI PADA MERAKA MEMPUNYAI BANYAK MAKNA,WALAU PUN INI POLITIK,FIKIRKAN LAH GENARASI ANAK CUCU KITA AKAN DATANG,TAK MATI LAGI DI SEBUT ORANG,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,MANUSIA BERPENGARUH,BERKUASA,YANG MEMPUNYAI PERANGAI YANG RAKUS,TAMAK MATI AKAN MENINGGALKAN PERKARA2 YANG AKAN DIUMPAT DAN DIKEJI KEMUDIAN HARI,WASALAM
Post a Comment