Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, November 10, 2011

CABARAN BESAR POLITIK JERANTUT DI PRU13




PRU semakin dekat. Pihak pembangkang sudah bersiap-siaga. Kerja-kerja sudah dijalankan sejak lama dulu. Mereka memang berhasrat untuk menawan Jerantut, parlimen dan beberapa DUN.

Khabar YBM Tengku Lan tidak bertanding membungakan hati Tuan Ibrahim Tuan Man. Perancangan telah dibuat dan strategi telah diaturkan. Tuan Ibrahim akan bertanding di Parlimen walau menentang siapa saja sekali pun, beliau yakin akan tetap menang. 

Dr. Hamzah dijangka akan memberikan laluan kerusi parlimen kepada Tuan Ibrahim dan akan berpindah ke DUN Tahan. Jika calon BN adalah orang lama, peluang beliau untuk menang juga besar disini.

DUN Pulau Tawar akan menyaksikan diterjah oleh calon baru. Blogger Cucu Mat Kilau dijangka akan menawarkan khidmat disana. Beliau seorang aktivis masyarakat yang aktif dan dilihat berpeluang besar bila dicalonkan sama ada atas tiket Pas, PKR ataupun KITA.

DUN Damak kemungkinan besar akan dipertandingkan 3 penjuru. Jika MCA meletakkan calon lama, DAP juga akan meletakkan calon yang pernah bertanding atas tiket bebas dulu. Md. Nor yang bertanding atas tiket PKR dulu dijangka sekali lagi akan mencuba nasib tetapi kali ini atas tiket parti KITA. Jika orang Melayu bijak memilih pada PRU13 ini nanti, pasti beliau akan berpeluang menang.

PRU13 akan memberi makna kepada politik Jerantut. Juga merupakan cabaran besar kepada pengundi-pengundi khususnya orang Melayu.


Thursday, November 3, 2011

YANG AKAN RUNTUH DAN YANG AKAN DITEGAKKAN





Isu perlantikan Datuk Nallakarupan bagaikan satu letupan yang mengeggarkan seluruh negara. Tiba-tiba dia bagaikan diangkat sebagai 'hero'. Mereka yang selama ini berjuang dan tidak pernah berpaling arah sungguh merasa kecewa dan tertekan. Apakah untuk mendapat penghargaan kita harus menyeberang dahulu dan sekembali lagi ke seberang sini maka kita akan diagung-agunkan?

Baca dibeberapa blog ini dan rasai kekecewaan rakyat yang disuarakan mereka; Malaysia Heaven, tempeyek melaka, ~MummyRokiah~ dan banyak lagi. Rakyat semakin sangsi dan keliru pada apa yang kerajaan lakukan itu. Apakah ini semua untuk kebaikan kerjaan atau hanya untuk menjaga kepentingan PM semata-mata.

Ada yang berpendapat bahawa inilah petanda bahawa BN UMNO sudah berada dihujung zamannya. Ada juga yang berpendapat bahawa DSN bukanlah seorang pejuang kerana dia dilahirkan sebagai bangsawan yang tidak mengerti perasaan rakyat marhaen. Ada yang dengan berani menyatakan bahawa DSN bukanlah seorang pejuang dan bukan juga seorang pemikir, yang mampu membawa negara kearah yang lebih progressif. Ada juga yang berpendapat bahawa tidak terlalu banyak perbezaan diantara Pak Lah dengan DSN.

UMNO semakin condong, malangnya sokong membawa rebah! Teori RAHMAN semakin nyata dan DSN adalah PM terakhir dari UMNO BN semakin jelas. Melayu mestia bersiap sedia untuk membangun semula diatas runtuhan yang lama.

Biarlah roboh Kota Melaka
kayu gaharu kita gantikan
biarlah sungguh bagai dikata
Melayu baru kita tegakkan

Wednesday, November 2, 2011

MENGHADAPI PRU13


 Hehehe! pemimpin  UMNO kita!!!!!


Beberapa hari lepas SPU bertemu dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Nor Jaafar di Restoran Al-Hijrah, belakang Bank Rakyat Jerantut. Walaupun bersembang santai, namun bila dengan orang politik tentu satu dua perkara masih juga berkenaan politik dan isu semasa. Apapun, kehangatan dan bahang PRU sudah semakin dirasakan.

2. Pihak Pas sendiri sudah bersiap sedia memperkasakan jenteranya. Tumpuan kepada generasi muda serta sibertroppernya. Berbagai program dilakukan (Klik Sini). Para pemimpin mereka semakin yakin dan Pemuda mereka juga berkeyakinan.

3. UMNO masih tercari-cari formula dan menentukan arah tuju perjuangan. Pemimpin masih lena dan yakin akan menang tanpa sedar bahawa rumah yang diduduki semakin senget dan hampir runtuh. Pemegang kuasa masih berusaha untuk mengaut untung dan laba sebanyak mungkin tanpa hiraukan keperluan rakyat. Mereka berlumba-lumba merebut harta. (Klik Sini) Ada orang-orang UMNO sendiri yang kata, PRU nanti biarkan saja mereka itu yang buat kerja, biar padan muka.

4. Nampaknya Pembangkang semakin kuat dan UMNO semakin lemah.Pemimpin-pemimpin masih tidak sedar apa yang berlaku diakar umbi kerana mereka tidak berada diakar umbi. Program Juara Rakyat bukan untuk mengangkat rakyat jadi juara tetapi hanya untuk mengangkat diri para pemimpin sendiri keatas rakyat walaupun rakyat tidak menyukainya.

5. Media Baru pembangkang sudah mantap dengan bantuan dana yang besar tetapi UMNO sendiri masih terkial-kial dan sumbangannya tidak diambil peduli. Mereka sungguh yakin bahawa UMNO adalah parti keramat yang tidak mungkin akan kalah. Mereka lupa untuk melihat sekeliling, betapa kuat bagaimana sekalipun, bahkan kerajaan yang dipimpin diktator juga turut tumbang.

6. Kadang-kadang rakyat merasakan bahawa tindakan kerajaan membelakangi mereka dan menambahkan kebencian. (Klik Sini)  Perlantikan Nalla sebagai senator juga dipermain-mainkan di ruang facebook. Selepas Ezam, kini Nalla, mungkin selepas ini Sayfool pula agaknya. Memang politik kita semakin berwarna-warni sebagaimana kata seorang sahabat.

7. Dari sembang kedai-kedai kopi, PRU nanti akan menyaksikan UMNO dihukum. Rakyat memihak kepada pembangkang bukan kerana mereka itu lebih baik, tetapi kerana kerajaan yang ada masih tidak berubah, atau berubah kearah yang lebih membuatkan rakyat semakin benci. Ada yang berkata, 'Kota' tua ini mesti diruntuhkan kerana surukturnya yang sudah tidak kukuh lagi, kita akan membina semula 'kota' yang lain diatas runtuhan kota ini nanti.

Tuesday, November 1, 2011

MEDIA SOSIAL JERANTUT




1. Khabarnya perjumpaan demi perjumpaan dan disusuli dengan mesyuarat telah diadakan hasil usaha Sdr. Mustaffar Mat Arop selaku penggerak media sosial Jerantut yang dipertanggungjawabkan oleh YBM Ketua UMNO Bahagian. SPU juga akan menyokong penuh segala usaha baik demi kemajuan penduduk Jerantut. Walaupun usaha ini agak terlambat dan sudah terkebelakangan, namun tabik hormat tetap mesti diberikan kepada Sdr. Mustaffar kerana kesedarannya dan usahanya itu.

2. Khabarnya juga Jerantut akan menghantar 40 peserta ke program Konvensyen Media Sosial di Kuala Lumpur yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini juga satu usaha baik yg dilakukan. Selama ini UMNO Bahagian Jerantut dilihat gagal memantau serta memacu perkembangan media sosialnya sehingga media sosial berkenaan telah menjadi senjata menikam tubuh sendiri.

3. Sebuah blog baru yang masih sedang dalam pembinaan memohon dilinkkan di SPU, mungkin ini adalah hasil dari usaha yang dilakukan oleh Sdr. Mustaffar. Klik untuk ke blog Jerantut Today dari Media Sosial Komuntit Jerantut. Kononnya selain dari blog, facebook dan twitter juga akan digerakan sama. Apapun, media sosial Jerantut mesti 'berlari' laju untuk mengejar apa yang tertinggal selama ini.

4. Harap segala yang dilakukan bukan setakat hanya 'hot-hot chicken shit' saja. Ekekekekeke! Jangan lupa ajak WZWH turut serta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN