Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, June 25, 2010

WAN SHAMSURI LAYAK CALON ADUN TAHAN PRU13

Blog Sangkakala adalah blog yang terkini disenaraikan dalam link di blog SPU, namun kelihatan begitu komited kepada visi dan misi yang dibawanya.

Minggu lepas blog itu menanyakan siapa yang bakal menggantikan Dato' Wan Amizan sebagai calon ADUN Tahan dalam PRU13 nanti. Beberapa nama telah dicadangkan yang sesuai menurut pandangan pemilik blog berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, blog berkenaan sekali lagi menonjolkan beberapa calon yang difikirkan layak untuk menggantikan tempat yang akan dikosongkan oleh ADUN Tahan itu kelak. Blog berkenaan dalam posting itu memperbandingkan diantara calon-calon yang cuba ditonjolkan.

SPU percaya bahawa Sangkakala membawa suara rakyat akar umbi dan diharapkan MB Pahang serta PM kita mendengarnya dan mempertimbangkan calon-calon yang ditonjolkan itu tanpa syak dan ragu kerana calon-calon itu adalah pilihan rakyat.

SPU bagaimanapun akan memberikan Satu undi kepada Wan Shamsuri untuk dicalonkan sebagai ADUN Tahan. SPU percaya beliau mampu memikul tanggungjawab berkenaan dengan lebih berkesan dan lebih baik lagi dari sekarang ini.

Sila klik SINI untuk baca blog Sangkakala

Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT DATANG PM KE JERANTUT

3hb. Julai 2010 nanti DS Najib akan datang ke Jerantut merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut. MB Pahang dan Exco-exconya tentu juga akan hadir sama menunjukkan muka. Segala usaha sedang dilakukan untuk menutup segala lubang-lubang yang terbuka. Jalan raya akan dibaiki, Dewan Mesyuarat juga akan diperindahkan, biar segalanya nampak baik dan cantik. Pemimpin negeri akan cuba tunjukkan bahawa disini langsung tidak ada sebarang masalah, semuanya 'beres'.

Rakyat jelata tak payah nak mintak apa-apa lagi kerana semuanya telah cukup. Kalau PM nak beri apa-apa, berikanlah kepada pemimpin saja kerana pemimpin telah berkerja tekun siang dan malam pagi dan petang untuk membela rakyat jelata.

Sebelum itu, pada 26hb. Jun 2010 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Sayap Puteri UMNO akan bermesyuarat serentak. Tahun ini tidak ada pemilihan dan pertandingan maka kurang lah meriahnya. Perwakilan pun kurang minat untuk menghadiri mesyuarat kerana bukan ada jual-beli orang kali ini. Hakikatnya adalah ' Jong Pecah Yu Kenyang' - tapi kali ini tidak ada jong yang pecah makan yu-yu semua akan kelaparan. Dato' Mukhriz akan hadir merasmi mesyuarat Puteri bukan Pemuda kerana Pemuda Jerantut masih cenderung kepada KJ.

Ketua Penerangan tentu sibuk dengan songkok tingginya ke hulu ke hilir. Tapi harus juga hati-hati bimbang nanti songkok itu tersangkut di pintu masuk dewan kerana tinggi sangat. Mungkin kena tukar pakai kopiah atau ketayap lebih baik, nampak lebih merendah kerana jika terlalu meninggi rakyat jadi benci.

Wanita UMNO juga tidak kurang sibuk buat persiapan. 'Kak Key' Pengerusi Persiapan Tempat tentunya akan menghiaskan dewan mesyuarat dengan indah dan penuh bunga-bunga, maklumlah dihantinya ada taman, kahkahkah! Tapi janganlah tamak sangat nak buat segalanya, penyediaan makananpun khabarnya dia nak buat juga. Jika merasa kebolehan ada, kenapa tidak cuba bertanding saja jadi ketua? Mungkin boleh merampas jawatan ketua dari Tini, gamaknya lah!

Blog KW dah lama bersawang dan tidak dikemaskini. Dengar khabar KW sibuk di hospital menjaga 'anaknya' yang masuk wad. Dengar khabar 'Abang Bu' nak bongkar rahsia itu anak siapa. Eloklah, bongkar orang dan bongkar kita punya juga supaya adil dan saksama. Jerantut bandar kecil, apa yang kita lakukan semua orang nampak. Umpamanya kalau kita berkopiah dan berbaju melayu keluar dari rumah urut, tentu tak lama akan heboh hal itu diperkatakan orang.

Dengar khabar juga Wanita UMNO ni dah melangkah tak sederap dan berjalan dah tak sehaluan. Bila KW ke kanan, NKW ke kiri dan KP pulak sentiasa menyusup dalam gelap. Saya cuma nak ingatkan, siapa sayangkan UMNO sebenarnya? Kita berperang sesama kita sepanjang tahun untuk berbunuh sesama sendiri dalam UMNO dan kita hanya menentang musuh sebenar kita hanya sekali dalam 5 tahun. Kekuatan kita makinh rapuh, UMNO semakin mengecil dan akhirnya dalam merasa kita masih kuat dan diterima rakyat, sedar-sedar di PRU13 kita dikalahkan pembangkang.

Siapa yang peduli jika UMNO tewas dalam PRU nanti? Yang kita peduli adalah kekuatan diri kita untuk tetap kekal sebagai pemimpin. Walaupun kalah dalam PRU kita tidak kisah asalkan kita masih jadi pemimpin walau pengikut kita hanya ada satu orang saja. Yang penting adalah kita tetap jadi ketua, walaupun sebagai pembangkang dalam kerajaan (baru).




Friday, June 18, 2010

PEMIMPINLAH YANG SENTIASA BENAR

Menurut sebuah laman blog Jerantut menyatakan ‘Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama rakan-rakan media baru di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang’ telah diadakan baru-baru ini.

Pengerusi Biro ICT dan Media Baru UMNO Negeri Pahang dalam ucapan aluannya menyatakan media baru kini sebahagian daripada kehidupan membentuk jaringan sosial membentuk medium kempen cara baru. Oleh itu semua rakan-rakan media baru perlu berganding bahu memberikan penjelasan kepada rakan bukan politik.’

MB Pahang dalam ucapannya menjelaskan senario realiti politik terkini dalam negeri dan negara. Melayu terutamanya ahli UMNO perlu bersatu. Program Juara Rakyat yang inklusif seperti membantu orang susah, gotong royong dan sasaran kepada bukan Melayu amat digalakkan. MB juga berkata bahawa media baru telah menjadi pilihan, media lama seperti suratkhabar harian semakin kurang jualannya.

Rakan-rakan media perlu buat penyelidikan, cari alasan kukuh dan jawab dengan pantas. Blogger pro kerajaan mesti berpengetahuan, jangan antagonistic (berlawanan) guna "reverse psychology"

UMNO negeri akan membentangkan kertaskerja bagaimana cara mahu menang pilihanraya. Objektif kertaskerja itu ialah:

- Menang PRU

- Kekal kuasa

- Pikat orang UMNO, atas pagar dan sekat pembangkang.

Program melawat bekas AJK UMNO Bahagian, bekas YB, veteran UMNO, orang atas pagar, orang pencen. Perjumpaan dengan "Mat Rempit" juga diadakan. Maklum balas yang diterima kini seramai 1400 "Mat Rempit" telah bersetuju untuk menyertai program. Satu sistem pelaporan dan penilaian digunakan untuk melihat keberhasilan program.'

Kemudiannya MB Pahang melancarkan Pelancaran Sistem SMS UMNO Pahang diikuti acara sessi dialog bersama-sama rakan-rakan media baru.

Kata UMBJ:

  1. Baguslah bila MB Pahang dan UMB Pahang sudah sedar tentang peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat.
  2. Bersapa ramaikah dari Jerantut ini yang Kerajaan Pahang iktiraf sebagai rakan media baru nya? Bagaimana pula yang selebihnya adakah mereka ini BUKAN rakan media baru Kerajaan Pahang?
  3. Ramai blogger Pahang yang bernama tetapi tidak dijemput hadir, apakah mereka disisihkan atau mereka juga BUKAN rakan media baru Pahang?
  4. Dasar pengasingan yang dilakukan ini tidak memberi kebaikan kepada media baru Pahang .
  5. Sepatutnya UMB Pahang menyusuri dan mencari serta mengumpulkan semua blogger Pahang termasuk yang sudah bernama untuk memantau dan gembelingkan tenaga mereka semua, kenapa tidak diusahakan?
  6. Nampaknya yang diiktiraf sebagai rakan medaia baru Pahang bukanlah mereka yang benar-benar mantap berblog dan blog mereka pun bukanlah dikunjungi ramai pembaca.
  7. Apakah Rakan Media Baru Pahang merasakan telah lakukan sesuatu yang betul?
  8. Jika seramai itu saja rakan media baru Pahang, bagaimanakan untuk menangi PRU13 nanti? Jika musuh lebih ramai dari rakan?

Thursday, June 17, 2010

DATO' WAN AMIZAN MENEMUI DATO' AZIZAN?

Menurut sebuah laman blog di Jerantut Dato' Wan Amizan telah menemui Dato' Azizan Yaakob dan mengadakan perbincangan 4 mata.

Jika laporan itu benar, sudah nampak ada riak bahawa ketegangan politik di Jerantut akan mengendur sedikit demi sedikit. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan Dato' Azizan masih ada meskipun beliau dahulu dikalahkan oleh Dato' Wan Amizan bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pertarungan dahulu saya tidak melihat kekalahan Dato' Azizan sebagai kurangnya sokongan terhadap beliau tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor lain yang membuatkan banyak perwakilan gelap biji mata.

Apapun, ini adalah satu usaha damai yang baik bahkan ianya patut dilakukan lebih awal lagi.

Beberapa blogger Jerantut yang lain juga sependapat dengan saya bahawa Dato' Azizan harus diberikan tempat dan tanggungjawab bagi bersama-sama memulihkan dan memperkasakan UMNO Bahagian Jerantut.

Teringat kata Tun Dr. Mahathir; Yang menang tak menang semua, dan yang kalah tak kalah semua.

Saya juga berpendapat bahawa media sosial (blog dan facebook) harus dikuasai sepenuhnya oleh UMNO Bahagian sebagai satu alat untuk mendekatkan UMNO dengan rakyat.

Baca posting sepenuhnya dibawah ini:



DATO' WAN AMIZAN JUMPA DATO AZIZAN

CARI JALAN DAMAI

Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda UMNO Jerantut, dari lapuran sumber boleh dipercayai telah berjumpa empat mata dengan Dato' Azizan Yaakob dibangunan UMNO Jerantut, selepas beliau menggantikan Dato' Safree exco kerajaan negeri Pahang merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Gayung Laksmana Malaysia, pada pagi Sabtu 5 jun 2010 yang lalu. Dato' Azizan sebagai YDP Pesaka Jerantut dan juga Timbalan Presisen Gayung Laksmana Malaysia juga hadhir bersama diMajlis tersebut. Pertemuan itu katanya bagi membuka era baru UMNO Jerantut kerana mereka dikatakan tidak bertemu lebuh 18 bulan dari tarikh pertandingan UMNO Bahagian November 2008.

2. Difahamkan dari sumber dalaman bahawa Wan Amizan sedang mencari jalan damai agar Azizan yang dikatakan menguasai hampir separuh kekuatan UMNO Bahagian Jerantut bersama teamnya Dato'Dr.Shukri Ismail semasa pemilihan UMNO dahulu. Keadaan UMNO Jerantut yang semakin berserabut ini telah mendorong pertemuan tersebut. Tambahan pula pihak pembangkang bertubi-tubi menyasarkan Jerantut sebagai pilihan nombor satu diPahang pada PRU 13 nanti.

3. DiFahamkan juga Dr Shukri telah dilantik sebagai jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Jerantut. Formula penyelesaian ini diyakini akan menguatkan semula UMNO Jerantut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketika penulis cuba mengesahkan daripada Dato Azizan jawabnya " no comment, tunggu dan lihat".

POSTED BY BERITA PEMUDA AT 1:26 AM

Tuesday, June 15, 2010

BILA BLOGGER PRO KERAJAAN MENGHENTAM PEMIMPIN...

Malang sungguh dengan UMNO kerana sikap pemimpinnya. Jika tidak ditegur mereka lakukan sewenang-wenangnya sehingga rakyat menjadi benci dan menolak parti pada PRU12 lalu. Bila ditegur mereka akan marah kerana merasakan mereka sentiasa benar dan tidak bersalah.

Tidakkah pemimpin kita mendengar suara hati rakyat dari akar umbi? Jika mereka belum mendengar ini ingin saya perdengarkan bahawa kini kebanyakan blogger pro kerajaan secara terbuka mula menghentam semula pemimpin parti dan kerajaan. Soalnya kenapa ini berlaku? Apakah semuanua ini salah blogger itu sahaja dan tidak sedikit pun ada salah dari pemimpin UMNO?

Sebahagian dari jawapannya ada disini;



Pukul Anak Sindir Menantu... dari blog Semut Api

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut nak tambah satu lagi link yang menyoal mengenai kredibiliti Pemimpin UMNO hari ini. Seperti link Melayu Bersatu, GAP (1 & 2) dan House PK. Baca la cerita mereka pulak ye.

Soalan Semut mudah je:

"BILA NAK BANGUN NI WOI!!!" (Sambil pulas dan jerit kuat-kuat kat tepi telinga diorang).

Semut pun kekadang letih jugak dengan mereka ni. Bila la nak sedar - sedar? Asyik benar diulit mimpi. Bangun la wei!!! Rasionalkan hidup anda.

Ada masa, Semut kecewa juga dengan pemimpin UMNO ni. Ada yang sembrono je buat keputusan, ada yang tak berfikiran waras (Kot Semua macam tu, payah kita. Nasib baik separuh dah masuk PR), ada jugak yang tak matang fikirannya. Tak tinggal juga, suka - suka je ambik kredit atas kerja orang lain.

Allahuakbar...

Ini satu lagi kes yang Semut dengar. Boleh ke jadi pemimpin lepas tu hilang mood. Eh, boleh pulak hilang mood. Jadahnya? Nak buat meeting pun malas. Aduhai.

Inikah generasi pemimpin lepas ni?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sebab tu Semut selalu pesan suruh fikir - fikirkan. Fikir dulu sebelum buat. Paham?


Baca juga blog Beranikan Hati UMNO: Kerajaan yang tidak kuat bahkan sebagai pembangkang pun nanti masih lagi tidak cukup kuat

Monday, June 14, 2010

SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH

Satu isu yang masih relevan masa kini, saya ambil dari sebuah laman blog yang sudah lama tidak diupdatekan. Semoga pemiliknya akan kembali bersemangat untuk menulis. Kami mengalu-alukan kehadirannya semula.


Sejauh manakah UMNO Bahagian Jerantut telah berubah? Soalan yang masih tidak ada jawapan kerana beberapa sebab;
1) Tiada siapa yang berusaha untuk berubah
2) Tiada siapa yang peduli sama ada berubah atau tidak
3) Tiada siapa yang peduli pada UMNO lagi.....

Saturday, November 7, 2009

SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH


Sebahagian Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut




Setelah saya tidak lagi terlibat dengan UMNO Bahagian Jerantut secara langsung (tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian), inilah pertama kali saya kembali mendekatkan diri dan langsung menyertai satu kursus bertujuan memperkasakan UMNO.


Kursus Bela Nusa Jerantut - NAM-C1996-09, diadakan khusus untuk UMNO Bahagian Jerantut di Kem Bina Negara, Gunong Pulai, Johor bermula dari 30 Oktober hingga 2 November 2009 yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Biro TataNegara Negeri Pahang dibawah Jabatan Perdana Menteri.


Saya sangat teruja untuk menyertai program berkenaan dan berharap mendapat sesuatu rangsangan yang akan memberikan anjakan kepada perubahan yang berkesan kepada UMNO khususnya. Objektif kursus kelihatan sangat menarik namun saya merasakan tidak menepati dan tidak mecapai sasaran berikutan kelemahan pihak pengurusan serta kelembapan sambutan peserta dari kalangan UMNO Bahagian sendiri.


Sejauh mana UMNO Bahagian Jerantut boleh berubah selepas kursus ini belum dapat kita pastikan. Bagaimanapun beberapa perkara penting harus diambil perhatian dalam me-realisasikan matlamat memperkasakan UMNO berdasarkan pengalaman menyertai kursus tersebut:



  1. Kehadiran yang dicatat hanyalah 83 orang peserta dimana 20 darinya adalah wanita dirasakan kurang memberangsangkan dan sebahagian pesertanya diambil disaat-saat akhir (tangkap-muat) berikutan kegagalan menghadirkan diri oleh mereka yang sepatutnya hadir.

  2. Ketidaan tanpa sebab wakil dari sayap Puteri dalam menyertai kursus ini sangat mendukacitakan dan memperlihatkan sikap tidak komited ketuanya kepada program parti.

  3. Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Bahagian Dato’ Wan Amizan yang sepatutnya hadir sebagai peserta namun berubah menjadi fasilitator kursus, mungkin kerana enggan disama-tarafkan dengan peserta lain walaupun dengan jelas termaktub didalam peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia mukasurat 14 dibawah tajuk Kursus Orientasi Perdana UMNO 1/2009 perkara 3 yang menyatakan; Setiap peserta ketepikan perbalahan lama, protokol, pangkat dan gelaran.

  4. Naib Ketua Bahagian Dato’ Nazri Ngah juga macam biskut ’chipsmore’ – sekejap ada sekejap tak ada – selalu ponteng. Beginikan contoh seorang pemimpin?
  5. Bagaimanapun saya memuji sikap Setiausaha UMNO Bahagian yang konsisten dan fokus kepada kursus dari awal hingga akhir. Sayatidak menyangkal pendapat umum di Jerantut bahawa beliau memang layak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut.
  6. Ketua Wanita UMNO Bahagian Pn. Norhelan Mahmud juga didapati senang bersama peserta-peserta lain tanpa rasa bangga diri dan kelihatan ’low profile’.
  7. Fasilatitor kursus ini seharusnya dikendalikan oleh mereka yang datang dari negeri lain supaya mereka boleh bersikap tegas dan tidak berlaku malu-alah fasilitator terhadap peserta yang terdiri dari mereka yang berjawatan dan berkedudukan.

  8. Tindakan mesti diambil terhadap mereka yang gagal menghadiri kursus tanpa alasan kukuh dan mereka yang tidak mematuhi peraturan berkursus bagi mendisiplinkan UMNO. Selagi mereka yang berjawatan masih menganggap mereka ahli UMNO kelas pertama atau golongan elite, maka selagi itulah UMNO tidak akan mampu berubah dan akan menerima padahnya di PRU13 nanti.
  9. Di mukasurat 16, peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia dibawah tajuk Jentera Siber @ Media Baru perkara 2 dan 3 menyatakan;

- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & Seorang wanita dari Puteri UMNO

- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, youtube dan Facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri

Sepatutnya perkara telah digerakkan lebih awal namun kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut masih lagi tidak memandang berat peranan media baru sebagai alat sebaran maklumat yang berkesan kerana itulah di Jerantut ada banyak blog pembangkang sedangkan blog UMNO masih tidak kelihatan.

  1. UMNO di bahagian-bahagian harus berubah lebih pantas memandangkan PRU13 sudah semakin hampir. Kita bimbang bahawa nanti kita tidak sempat berubah sepenuhnya sebelum PRU13 menjelang.

  2. Ahli-ahli UMNO diperingkat bahagian jangan lagi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja dengan berebut jawatan bagi tujuan mendapat faedah dari jawatan tersebut, mereka seharusnya berusaha lebih keras membawa UMNO kembali gagah dan disayangi oleh semua umat Melayu serta disegani bangsa lain.

2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

UMNO dulu dan sekarang
Dulu, demi maruah juang
Kini,bagai juang peluang
Begitu ada yang pandang

Jika UMNO ingin disayang
Pada rakyat, kena datang
Bukan langkah hulubalang
Tapi dengan kasih sayang

Sua rakyat bila teruang
Tak mesti bunyi kompang
Semacam YB dulu sembang
Juga pantang temberang

menyegar said...

Salam weh.Napa lama benor dema tak tulis post baru?.Tulisan tulisan yang menarik mcm dema tulis ni sebenornya boleh memberi ilmu kepada org ramai.Silakan menulis lagi.Walaupun tulisan kat sini tak dpt apa apa habuan.tetapi dema dpt memberi sedikit ilmu kepada org ramai. salam..

Post a Comment

Sunday, June 13, 2010

UMNO BAHAGIAN HARUS BERSIH

UMNO telah menjadi wadah perjuangan bangsa sejak sebelum merdeka lagi. UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan. UMNO lah yang membawa kemerdekaan seperti yang tercatat dalam sejarah negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO lah yang telah membangunkan bangsa dan negara kita selama ini. Jasa-jasa mereka tidak mampu kita balas dan tidak akan dapat kita lupakan.

Malangnya segala usaha itu bukanlah usaha yang kelihatan konsisten dan mampan. Setelah beberapa generasi pemimpin telah bertukar ganti maka semangat pemimpin UMNO juga sudah berubah. Pemimpin tidak lagi benar-benar berjuang untuk parti.

Lihat sekeliling kita, apakah masih ada semangat perjuangan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita untuk membela bangsa dan negara? Apakah masih ada aktiviti-aktiviti yang masih mampu menyatukan anak-anak kita dalam satu-satu masa?

Seingat saya semasa dulu kita ada berbagai-bagai program untuk merapatkan siratulrahim antara ahli, tapi sekarang kita ada apa?

Pemimpin-pemimpin yang setelah menang jawatan mereka akan menghilang dan sibuk dengan mengumpul kekayaan mereka sendiri. Mereka tidak lagi pendulikan parti. Mereka tidak juga pedulikan orang-orang yang telah mengundi mereka. Bagi mereka segalanya telah selesai kerana pengundi-pengundi mereka adalah perwakilan yang dibayar.

Tunggulah, bila masanya tiba nanti kita akan bongkar mengenai politik wang di Jerantut. Siapa perwakilan yang menerima berapa bayaran untuk mengundi siapa pula. Kita akan bongkar dari A - Z dari UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ketua-ketua cawangan, Setiausaha Cawangan dan AJK Cawangan yang terlibat akan kita dedahkan mereka kelak.

Biar rakyat semua tahu bahawa Ketua Cawangan, Setiausaha serta AJK Cawangan mereka adalah perasuah politik. AJK Bahagian juga akan kita dedahkan nanti bila sampai waktunya. UMNO harus bersih dan UMNO harus telus.

Saturday, June 12, 2010

DIMANA SPU BERADA?

Jika diibaratkan perniagaan, aggregator blog bolehlah dianggap sebagai billboard atau papan iklan. Jika blog kita dilinkkan diblog-blog berkenaan maka akan lebih mudahlah blog kita 'dicapai' oleh pembaca, jika tidak maka akan tidak berpengunjunglah blog kita, sepi dan mati.

Terdapat banyak blog-blog aggregator, jika kita hendak asingkannya dari fahaman politik maka kita ada dapati juga disebelah sini dan disebelah sana, bahkan yang benar-benar nuteral pun ada. Di Pahang kita boleh semak di blog Gabungan Suara Anak Pahang. Terdapat banyak blog-blog yang telah tersenarai disana dari berbagai kategori penulisan. Mohonlah untuk 'disenaraikan' didalamnya.

Penggabung Suara menghimpunkan blog-blog pro kerajaan diseluruh negara. Terdapat 3 kategori; Suara Blogger, Gerak Siber dan Suara UMNO. Mungkin Suara UMNO adalah mewakili mana-mana pertubuhan UMNO itu sendiri di peringkat Bahagian bahkan Cawangan.

Suara Prihatin UMNO telah tersenarai didalamnya sejak beberapa tahun lalu mewakili Jerantut biarpun bukanlah suara resmi UMNO Jerantut. Selain itu, Pemuda UMNO Rompin juga tersenarai. Kenapa hanya 2 ini sahaja? Mana perginya UMB Pahang yang gah pada namanya? Mana juga blog resmi UMNO Pahang?

Membina blog adalah seperti mencipta jenama barangan ianya harus juga disusuli dengan plan promosi yang baik bagi menjamin maklumat tentang produk akan sampai kepada pengguna. Mungkin UMB Pahang dan Ketuanya masih terlena dan tidak sedar tentang ini.

Bagaimanapun, orang-orang Jerantut harus juga berbangga bahawa SPU sudah mencapai ketahap ini walaupun dengan bersusah payah sekali selama ini. Sekurang-kurangnya, kecelikkan IT SPU ini telah menutup kebutaan IT UMNO Jerantut selama ini. Kita juga sedar bahawa blog SPU dibacai berbilang orang dan dipantau oleh UMNO pusat bagi mendapat input berkenaan politik masyarakat setempat.

Apakah blog masih dikatakan hanya untuk orang-orang bodoh saja?

Friday, June 11, 2010

APAKAH UMNO KITA PEDULI?

Semalam saya membuat analisis ringkas mengenai keputusan pilihan raya umum ke 12 lalu dan kesan pada pru13 nanti.

Ada beberapa pihak memberikan komen, termasuklah orang yang pernah mengutuk saya kerana tulisan saya tidak ilmiah dan sebagaianya. Saya tidak teruja langsung dengan pujian beliau kerana saya menulis lama sebelum dia menulis dan berblog dan saya pun bukan menulis untuk atau kepadanya. SPU seperti namanya 'Suara Prihatin UMNO Jerantut' adalah suara sebahagian ahli UMNO Jerantut yang masih sayangkan parti dan ingin menegur pemimpin bagi memperkasakan semula UMNO.

Namun sebagai lumrahnya pemimpin enggan mendengar suara-suara begini kerana menganggap suara-suara ini adalah bukan suara dari kalangan yang bijaksana kerana menganggap merekalah yang terbijaksana sekali.

SPU dibina dengan posting pertamanya pada 20 April 2008 atas kesedaran bahawa media sosial khususnya bloglah yang telah merampas beberapa negeri menjadi milik parti pembangkang. Kemudiannya blog jugalah yang telah mampu mendesak Tun Abdullah mengundurkan diri dari jawatannya sebagai PM.

Pada ketika itu kita tercari-cari manakah blog resmi UMNO Jerantut yang sepatutnya sudah terbina bagi menepis segala tohmahan lawan. Dalam masa sama sudah ujud beberapa blog Pas dan pro PKR tetapi UMNO atau yang pro UMNO masih belum ada.

Saya masih menyalahkan Ketua Penerangan UMNO kerana kegagalan ini. Gagal mengesan adanya blog-blog pembangkang di sekeliling kita. Kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian, kalau setakat mengusung songkok tinggi kehulu dan kehilir tetapi sudahnya UMNO tewas dalam PRU13 nanti apakah maknanya? Buatlah sesuatu sebelum terlambat.

Mungkin sudah terlewat bagi KP untuk belajar mengetuk kekunci dipapan komputer serta belajar mengetahui dan menggunakan internet. Kadang-kadang pun yang ada ijazah dan diploma dalam internet dan multimedia pun masih dalam situasi 'buta reloh' juga. Yang perlu KP lakukan adalah 'memonitorkan' mereka yang tau dan pandai mengenai internet ini untuk mencapai tujuan dan merealisasikan hasrat bagi memperkasakan UMNO.

Jangan marah jika SPU katakan bahawa AJK sekarang ini tidak mampu dan tidak berusaha mamperkasakan UMNO bahkan merekalah yang bertanggungjawab memperkasamkan serta memperkosa UMNO sehingga akhirnya golongan muda menjauhkan diri dan membenci UMNO.

Pemutihan keahlian UMNO telah mengurangkan ahli, berapa statistik kemasukan ahli baru UMNO setakat ini? Apakah UMNO semakin membesar atau menguncup? Yang lebih penting apakah kita peduli ini?

SPU ~ tinggalkanlah songkok tinggi itu kerana zaman untuk meninggi diri sudahpun berlalu....


Thursday, June 10, 2010

UMNO LEMAH, PARLIMEN DAN BEBERAPA DUN DI JERANTUT AKAN DIRAMPAS PEMBANGKANG


Pertemuan demi pertemuan telah diadakan oleh Pas / PR di Jerantut. Sewaktu UMNO Pahang adakan konvensyen di Bandar Pusat Jengka, Pas pula mengadakan Konvensyen Peneroka di KIAS Temin, Jerantut. Program ini dihadiri beberapa tokoh besar pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim serta beberapa tokoh ternama lainnya

Terbaru, Mat Sabu orang yang bertanggung jawab memberi nama gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar Ibrahim juga datang. Soalnya kenapa mereka kerap datang ke Jerantut? Dan apakah kita (UMNO peduli?

Sila lihat keputusan PRU12 lalu dibawah ini:

P81 - Parlimen Jerantut

UMNO - 19,543

Pas - 17,597

Majoriti - 1,946

N9 - Tahan

UMNO - 5,112

Pas - 3,755

Majoriti - 1,357

N10 - Damak

MCA - 5,674

PKR - 5,165

Bebas - 3,295

Majoriti - 509

N11 - Pulau Tawar

UMNO - 8,720

Pas - 5,426

Majoriti - 3,294

Berdasarkan keputusan PRU12 lalu, PR merasakan bahawa harapan untuk merampas kerusi sama ada Parlimen atau pun DUN adalah semakin cerah. Majoriti kemenangan bagi Parlimen hanyalah 1,946 manakala DUN Tahan hanya 1,357. DUN Damak terselamat dalam PRU lalu hanya kerana adanya calon bebas yang mampu meraih 3,295 undi, jika tidak kita akan dapat saksikan calon Melayu akan menduduki kerusi DUN berkenaan. Pulau Tawar menang lega dengan majoriti 3,294 undi.

Dari selepas PRU12 sehingga hari ini apakah yang berkesan yang kita rasakan telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk mengembalikan undi rakyat? Perkara yang sungguh kecil sekali adalah menyediakan blog bagi menyebarkan maklumat mengenai program dana aktiviti yang dijalankan juga tidak mampu dilakukan oleh UMNO Jerantut. Apa lagi yang UMNO Jerantut mampu lakukan selain dari itu? Maaf, tapi inilah kenyataannya dan yang nampak masih berkerja dan mengadakan aktiviti hanyalah Wanita UMNO. Saya bukan pro pada satu-satu pihak, saya pro kepada UMNO keseluruhannya namun saya bukan yes man. Saya akan menegur mana yang perlu bagi membantu memperkasakan UMNO Jerantut.

Dengan kemenangan majoriti lebih kurang 3,000 undi kebawah apakah kita boleh berpuas hati? Malahan kita masih bercakaran sesama sendiri. Masih ingat apa yang SPU bongkar dahulu dimana adanya usaha untuk memancas KW oleh pihak tertentu. Apakah ini tradisi UMNO? Apakah akan bertambah kuat kita apabila kita semakin berpecah belah?

Maaf sekali lagi bila saya katakan kita tidak sayangkan UMNO. Kita tidak memperkasakan UMNO sebaliknya kita hanya berusaha untuk memperkasamkan bahkan ada yang memperkosakan UMNO ini. Berapa ramai ahli baru yang dapat kita tambah selama ini? Mana aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO? UMNO lebih gagah dibawah bekas Ketua Pemuda yang lalu.

Tidak mustahil pada PRU13 nanti kita hanya akan berputih mata jika masih tidak ada usaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Apakah sumbangan AJK UMNO Bahagian untuk membantu Ketua Bahagian? Nampaknya mereka hanya inginkan jawatan bukannya berjuang untuk parti atau Agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebutkan itu. Mudah-mudahan dalam pemilihan akan datang kita mampu memilih mereka yang jujur dan benar-benar ikhlas untuk berkhidmat bukannya kerana harapkan ‘rasuah’ yang mereka berikan.

Saya melihat UMNO semakin hari semakin hancur. Golongan mudah sudah tidak lagi memandang kepada UMNO. Pada mereka UMNO dan pemimpinnya hanyalah layak dihantar ke pusat pelupusan untuk dilupuskan terus.

Wednesday, June 9, 2010

PERANG SIBER DI JERANTUT


Perang siber di blog semakin terasa. Kini antara WZWH dengan Cawan Tembaga. Baca CnP sepenuhnya dibawah atau klik ke blog:


WZWH Ugut Kas

WZWH ada komen dia kata laporan polis dah dibuat ke atas beberapa blogger bawah ntah akta menatang apa ntah. Polis boleh siasat, pastu tau kas sapa lepas tu apa salah kas? Akta-akta la tapi atas kesalahan apa?

Kas tak tabur fitnah. Dalil kas tu byk betul. Kas tak nyamar jadi org lain. Kas adalah kas. Kalau polis jumpa pelacur, dia tak boleh tahan sebab dia pelacur. Polis boleh tahan sbb dia melacur. Cuba baca balik menda kas tulis.

1. Wan Amizan takde pelajaran -fakta
2. Dia tipu belajar kat Chelsire - fakta. Dia sampai tingkatan dua jer belajar sekolah tak abis kat Jengka 12. Semua orang Jerantut tau.
3 Wan Amizan main duit - fakta. Dia dh kena dgn jawatankuasa disiplin tapi amaran keras
4. Dia mengerjakan tanah - fakta
5. Wan Amizan rendah moral, kaki dandut, kaki mabuk - fakta. tak caya tanya Luwi
6. Wan Amizan bawa lari anak dara org - fakta. Mak bini dia buat laporan polis.

Jadi polis nak charge mende ke kas? Charge kas ni tulis blog? Charge kas menyamar identiti. Tu la kalau tak sekolah nak sangat jadi pemimpin.

Monday, June 7, 2010

SUDAH RAMAI MENDENGAR SUARA JERANTUT KITA


Seorang sahabat blogger menulis diblognya (klik sini) UMNO dalam bahaya. Blogger berkenaan mengambil beberapa posting dari beberapa blog-blog kecil yang dibacanya. Saya masih berpegang kepada pendapat terdahulu bahawa blog-blog kecil ini adalah suara sebenar akar umbi. Suara-suara mereka ini adalah lebih murni dari apa yang disuarakan oleh blogger-blogger besar kerana mereka menulis bukan kerana apa.

Blogger kecil atau picisan ini bukan menulis kerana nama, tidak juga kerana imbuhan kerana tidak ada siapa yang sudi memberikan mereka 'sponsorship' kerana blog mereka tidak terkenal dan tidak dibacai ramai. Kerana itulah saya yakin bahawa suara mereka lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu.


Berikut saya salinkan sepenuhnya tulisan YB Raz dilaman blog beliau semalam:


UMNO Dalam Bahaya

UMNO sekarang didalam bahaya. Bukan setakat nyawa kru kapal Rachel Corrie yang terancam, malah nyawa UMNO turut sama terancam. Jika kapal Rachel Corrie diancam oleh yahudi Zionis, nyawa UMNO diancam oleh segelintir pemimpin UMNO sendiri.

Sikap jahat dan tamak pemimpin UMNO didalam mengaut duit rakyat dan negara semakin menjadi jadi. Rakyat semakin muak dan benci kepada UMNO. Rakyat terutama orang melayu sudah mula menganggap UMNO adalah NAJIS BERAT yang perlu disingkirkan pada PRU 13 nanti.

Kelancangan mulut segelintir pemimpin UMNO yang menguriskan hati orang melayu menyebabkan api kebencian mula menyala menyala. Hendak menolak pemimpin UMNO sebegini tiada cara lain melainkan dengan menolak UMNO keseluruhannya nanti.

Diharap DS Najib memberi perhatian kepada teguran ini. Para blogger sudah puas mengingatkan UMNO agar jangan leka dan memeras ugut hak rakyat. Dan juga agar pemimpin UMNO berfikir sebelum berkata kata.

Jangan disebabkan lembu, syarikat susu dapat nama!

Ingat orang melayu sentiasa melihat telatah pemimpin UMNO yang sedang menghuru harakan negara ini. Pemimpin UMNO yang merompak hak rakyat, kamu akan dibalas dengan siksaan yang amat pedih!

Antara blogger yang menyuarakan isi hati rakyat:

Pendedahan Isu Panas Didalam Kerajaan Melaka

Melayu Menjadi Mangsa Di Kg Baru

Politik Jerantut

Urag Drrulung

Pemimpin Yang Khianati Rakyat



Terima kasih kepada YB Raz kerana menyedari dan mendengar suara kecil kami disini. Usaha menyebarkan diposting tuan adalah satu usaha sokongan yang kami hargai. Terima kasih.

Saturday, June 5, 2010

Anwar Akan Jadi Timbalan PM



Anwar menjanjikan kerusi TPM kepada kaum Cina. Susah juga jika pemimpin suka retorik ini hingga lupa buat kajian. Seperti saya selalu tulis, jika pola kaum Cina terus-terusan tidak mahu mengundi BN, DAP akan menjadi parti terbesar dalam PR. Kita akan bincang pola mengundi mengikut kaum dalam posting lain kerana saya sedang menulis posting ini di Abu Dhabi, ketika transit flight.

Betul kata Kruschev, orang politik suka berjanji, walaupun tiada sungai orang politik masih berjanji hendak membina jambatan. Dalam blog Bicara Nobisha, Norizan Sharif membuat kajian jika BN menang atau PR menang pilihanraya ke 13 nanti. Jika PR menang menurut Norizan Sharif, parti yang paling banyak perwakilan dalam Parlimen adalah DAP. Tidak hairan jika kaum Cina sudah tidak sudi berkongsi kuasa dengan BN kerana melalui DAP mereka boleh memerintah. Baca sini

Jadi Anwar yang mabuk kuasa selalu menganggap kerusi PM ini memang kerusi dia sejak pra-sejarah lagi. Anwar asyik baca buah dia sahaja lupa nak baca buang Lim Kit Siang dan buah Khalifah Lim Guang Eng. Jadi jika DAP menang terbesar, PM adalah dari DAP. Untuk mengenang jasa Anwar dan Nik Aziz kerana berjaya memecahbelahkan undi Melayu, kerusi Timbalan PM akan diwujudkan dua juga. Satu untuk Melayu sekular dan satu untuk Melayu PAS.

Anwar nak offer kaum Cina TPM, tapi jika tidak sangkut kes liwat, mungkin dia jadi TPM sekali lagi jika analisa Noriza Sharif menjadi kenyataan.

Masuk angin keluar asap.


Read more: http://sribuana.blogspot.com/#ixzz0pyM9TIyb

Friday, June 4, 2010

PEMIMPIN YANG KHIANATI RAKYAT...

Gambar hiasan: Jalan Raya menjana pendapatan rakyat, hasil balak
menjana ekonomi negeri dan negara dan khususnya individu tertentu....



(Bekas) Menteri Besar Pahang mengkhianati penduduk Ulu Tembeling bila melarikan peruntukan membina jalan raya ke Ulu Tembeling dan menukarkannya kepada Jembatan di Tanjung Lumpur.

Demikian yang disuarakan oleh sebuah laman blog di Jerantut. Demikianlah juga bagaimana pemimpin telah mengkhianati rakyatnya sendiri. Ini bukan tuduhan liar tetapi berasas dari seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

Baca sebahagian kenyataan dari laman blog berkenaan disini:

…………

Keempat, peluang keemasan bila Ahli Parlimen Dato' Wan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Kewangan telah berjaya menyalurkan peruntukan membina jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 ke Pahang tapi MB Pahang pula pandai-pandai mengalihkannya ke Tanjung Lumpur buat jambatan "atas nama keutamaan". Impian pecah berkecai...

Jika ditanya Perbendaharaan, atas kertas sebenarnya jalan Ulu Tembeling sudah ada! Buat apa hendak peruntukan buat jalan lagi. Ahli Parlimen selepas itu pening untuk menyelesaikannya.

Kelima, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, bukan wakil rakyat sebelum Mac 2008 telah memikirkan bagaimana cara untuk "create" peruntukan khas hendak buat jalan Ulu Tembeling. Ianya bermula bila WZWH "menyalak" di persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. "..kita Pemuda UMNO Jerantut perlu menyelesaikannya jika semua pihak gagal!"

……………

YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini.


Kita menyokong janji wakil rakyat berkenaan untuk tidak bertanding (harus dilafazkan dengan benar dan jujur....demi Allah...sambil memegang Quraan) jika projek jalan berkenaan tidak dibina sampai ke Kampong Pagi.


Komen SPU:

Apakah jalan balak sekarang ini yang dibina khusus untuk mengeluarkan hasil balak dikira sebagai jalan raya yang dinyatakan itu walaupun fungsinya ternyata sangat berbeza?

Aok! Aok! Aok! - Ini bukan bunyi salakan anjing WZWH seperti yang dinyatakan diatas, tetapi pernyataan persetujuan dalam loghat masyarakat Ulu Tembeling yang memberi makna Ya! Ya! Ya!.

Klik sini baca keseluruhan posting.

Baca juga blog Urag Drrulug yang mendekatkan anda dengan masyarakat pedalaman Ulu Tembeling (Klik sini) dan blog Politik Jerantut yang membawa hasrat nurani orang di hilir (Klik sini)


Thursday, June 3, 2010

TANDA EKONOMI BERKEMBANG PESAT - Institusi kewangan terus mantap



Lambat laun PRU13 akan diadakan juga. Banyak pihak meramal ianya pada 2011 atas alasan ekonomi negara yang terkesan oleh pengaruh ekonomi global yang menghadapi krisis.

Seperti biasa, PRU sebaiknya diadakan sewaktu negara dalam kedudukan ekonomi yang stabil supaya rakyat dapat menghargai sambil menikmati faedah-faedah yang kerajaan berikan mungkin juga bagi yang menganggap bahawa ini semua adalah hadiah kepada menyokong berajaan BN.

Bagaimanapun sudah ada desus desas yang merungut terhadap kerajaan kerana rasa tidak puas hati mereka. Rungutan itu ada asasnya kerana khabar bahawa subsidi akan ditarik balik, harga barangan akan naik, harga minyak dipasaran antarabangsa juga naik dan lain-lain lagi yang akan membelenggu rakyat.

Mungkin pada kakitangan kerajaan atau golongan peniaga keadaan itu tidak akan terlalu terasa, namun bagi golongan petani dan nelayan sudah tentu ini akan membebankan dan terus mengikat kehidupan mereka dalam kemiskinan. Benar banyak janji kerajaan untuk memberi itu dan ini bagi membawa keluar golongan ini dari kemiskinan tapi keadaan mereka masih tetap tidak berubah dari dahulu kerana dasar-dasar yang kerajaan lakukan itu tidak disokong dengan jelas oleh ekonomi persekitaran mereka. Maka mereka akan kekal dalam keadaan ini selamanya sambil menjilat janji manis kerajaan.

Terbaru, kadar faedah sewa beli kenderaan akan dinaikkan mulai Isnin nanti. Satu lagi petanda bahawa ekonomi kita sedang berkembang pesat. Pihak bank tentu tidak akan mengalami kerugian dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan jika ekonomi menekan dengan hebat, mereka akan diberikan suntikan ini dan itu bagi menstabilkan kewangan institusi berkenaan. Petani dan nelayan? Tidak mengapa kerana mereka ini sudah biasa susah. Mereka akan mampu 'survive'. Mereka juga tentu tidak faham apa-apa mengenai ekonomi dan kuasa ekonomi disekeliling mereka.

Mungkin kita hampir terlupa bahawa sebilangan anak-anak mereka ini sudah menjadi mahasiswa dan sudah jadi bijak pandai. Mereka tahu apa yang terjadi sekeliling mereka. Mereka sedar bagaimana hidup mereka dan kaum keluarga mereka dipercaturkan oleh yang berkuasa. Kerana itulah golongan ini berani bersuara lantang sama ada secara bersendirian atau melalui parti-parti politik pembangkang dimana hasrat mereka dapat disuarakan.

Mampukah kerajaan secara keseluruhannya memenangi PRU13 nanti didalam keadaan sebegini? Kita tunggu dan lihat saja nanti. Bagaimanapun kita ingin melihat kebenaran teori RAHMAN, apakah DS Najib pemimpin UMNO/Melayu/BN terakhir Malaysia?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN