Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 22, 2013

UMNO JERANTUT: GARIS SEMPADAN ANTARA YANG MENANG DAN YANG KALAH





CnP skrin shoot di laman facebook


1. Pemilihan sudah berakhir. Tahniah kepada Hj. Nazlan kerana berjaya menghadapi segala macam cabaran. Takziah buat Ku Lan kerana gagal pertahankan jawatan. Tahniah kepada semua yang menang dan takziah kepada semua yang kalah. Pertarungan sudah berakhir. Walau apa alasan sekalipun yang menang sudah menang dan yang kalah sudah kalah. Sepatutnya UMNO mesti disatukan dan dikuatkan semula kerana perjuangan sebenar adalah dalam menghadapi PRU14 akan datang.

2. Yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Mantan Ketua Wanita patut dilantik kerana ada kekuatan pada dirinya, beliau banyak membantu memenangkan UMNO dalam PRU13 lalu biarpun tidak diwar-warkan kepada khalayak. Menyingkirkannya akan melemahkan UMNO. Usaha juga mesti dilakukan untuk memujuk semula para perwakilan yang juga pengundi dalam PRU14 nanti. Mereka yang sudah di'rasuah'kan untuk tidak menyokong seseorang mesti di'neutral'kan semula fikirannya kerana kemungkinan orang itu juga yang akan jadi calon PRU akan datang dan kita akan merayu pula supaya menyokong dan mengundi mereka nanti.

3. Pada mereka yang berjanji mestilah menunaikan janji-janji mereka. Jangan ada sebarang alasan untuk menolak janji-janji dan jangan juga ada sebarang alasan untuk menghalalkan cara kerana matlamatnya. Ahli-ahli UMNO dan masyarakat melihat apa yang kita lakukan sekarang ini. Jikalau kita memberikan contoh yang tidak baik tidak mustahil mereka akan menolak UMNO dalam PRU14 nanti. Yang berjanji untuk bersara mesti bersara, yang berjanji untuk berhenti kerja kerana berikan tumpuan kepada tanggungjawab juga mesti laksanakannya.

4. Budaya cantas mencantas dalam UMNO masih berleluasa dan tidak dapat dibendung, biasanya yang tewas akan merajuk hati, jika UMNO semakin kecil dan tidak kuat dalam menghadapi PRU akan datang, kita sudah tahu siapa yang akan kita salahkan. 'Rasuah' sudah jadi budaya dalam UMNO dan tidak dapat dipisahkan. Jangan salahkan kalau ada yang menyindir bahawa UMNO dan rasuah berpisah tiada kerana ianya memang sudah nyata. Siapa yang mengedar kain pasang kepada perwakilan? Kita ada banyak rakaman kenyataan namun kita simpan untuk laporan resmi dan didokumentasikan supaya anak cucu kita nanti akan tahu bahawa masih ada 'Si-Kitol' dan 'Raja Mendaliar' dalam peradaban moden sekarang.

5. Perwakilan jangan salahkan pemimpin, kerana hanya yang buta memilih yang pekak, yang rompong memilih yang bisu. Mudah-mudahan UMNO masih akan kekal menjelang PRU14 nanti, jika ianya tenggelam, maka salahkanlah diri kita sendiri yang menjual segala akal dan budi kerana memilih kepentingan diri.

6. Benar, ada alasan menolak mentan ketua kerana kroni sekelilingnya namun apa jaminan bahawa tidak akan ujud kroni disekeliling ketua yang baru?  Konon, sudah merancang mengahih-agihkan 'harta rampasan perang'. Kita perhatikan, kerana usia UMNO mungkin juga sudah tidak akan bertahan lama. Orang Melayu lebih mudah bersatu untuk kalah.

Friday, October 18, 2013

MAJLIS PENGENALAN CALON DI KAWASAN FELDA

 
 Ku Lan bersama KW yang baru


 Duduk semeja: Ku Lan, Siti Hajar, Hj Nazri, Hj Kamar dan lain-lain
 
 
 
Semalam, satu majlis memperkenalkan calon-calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut yang akan diadakan pada Sabtu nanti telah berlangsung. Perwakilan-perwakilan dari seluruh Felda dalam parlimen Jerantut telah hadir untuk suai-kenal dengan calon-calon.

Selain itu taklimat ringkas tatacara mengundi juga turut dimaklumkan oleh YB Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga akan turut mempertahankan jawatannya didala.m pemilihan akan datang.

YM Tengku Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Ku Lan turut berucap dan menyatakan sebab-musabab kenapa beliau harus mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian untuk sepenggal lagi.

Bagaimanapun, ucapan yang sangat ditunggu-tunggu oleh perwakilan dan ahli-ahli UMNO Jerantut adalah dari Tuan Haji Ahmad Kamarulzaman Mohd Baria, mantan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Dalam ucapannya yang panjang lebarnya, Hj Kamar menerangkan alasan kepada beliau menyokong Ku Lan dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian pada kali ini. Tindakan beliau yang memberikan sokongan kepada Ku Lan seterusnya menyertai 'team' berkenaan sangat mengejutkan banyak pihak dan menjadi tandatanya kepada ramai. Kita berharap blog WZWH akan turut menyiarkan klip video berkenaan dalam waktu terdekat untuk penjelasan umum.

Semalam senarai calon-calon dipihak Hj Naslan sudah dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman facebook. Bagaimanapun ada beberapa keraguan apabila ada beberapa individu yang cuba bermain dalam 2 pasukan dimana nama mereka disenaraikan didalam kedua-dua pasukan. 
 
Pihak perwakilan kali ini perlu lebih bijak dengan menolak calon-calon yang tidak diketahui secara sah sokongan mereka. Mereka itu haruslah diibaratkan sebagai 'khunza' atau makhluk 2 alam yang tidak tentu jantan betinanya. Politik baru mengkehendaki individu yang tegas dan tetap hati dan bukan yang hanya ingin 'bermain' selamat dalam politik.

Selain itu, calon-calon yang sudahpun memenangi jawatan dalam sayap-sayap juga mesti ditolak kerana mereka ini selain dari menunjukkan sikap tamat mereka kepada jawatan juga sudah pasti tidak akan dapat memberikan fokus dan komitmen kepada jawatan yang disandangnya. Kita harap ada pihak yang berani tampil mengeluarkan senarai calon-calon dalam ketegori ini dalam masa terdekat.

 

Thursday, October 17, 2013

SOKONGAN MEDIA KEPADA KU LAN

WZWH membawa media sosial Jerantut setapak lagi kehadapan



Perang media sosial di Jerantut menjelang pemilihan UMNO Bahagian akan datang nampaknya semakin menarik. Media sosial sudah diperhebatkan dan digunakan sepenuhnya. Jika sebelum ini hanya blog dan facebook yang memainkan peranan, kita sudah tiba masa youtube turut digunakan.

Beberapa klip video yang di upoad kan di youtube sudah dikesan. Kebanyakannya adalah datang dari satu sumber, iaitu WZWH. Tahniah WZWH kerana berjaya mewujudkan jentera siber atau cybertrooper yang mantap. Mudah-mudahan kentera ini akan terus kekal dan dapat digunakan dalam menghadapi musuh parti menjelang PRU14 nanti.

Berikut adalah klip-klip video yang kami kesan setakat ini mengikut turutannya. Siapa kata media sosial tidak berfungsi dalam politik setempat? Jangan kerana kita yang buta media sosial lalu kita menuduh semua orang lain sama seperti kita.  Siapa Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang berpandangan gelap sewaktu beliau manjawat jawatan tersebut didalam UMNO Bahagian? Apakah sumbangan beliau terhadap penerangan UMNO selama ini?











Wednesday, October 16, 2013

HANGAT: HAJI KASIM ANGGAP PERWAKILAN BODOH JIKA MEMILIH AHLI PARLIMEN?

Skrinshot dari laman facebook Haji Kasim


Facebooker Haji Kasim (bukan nama sebenar) dilaman facebooknya menulis status 'Satu Kesilapan Besar DS Najib.....???' dengan merujuk kepada pemilihan Ahli Parlimen calon dalam PRU lalu sebagai satu kebodohan. (Klik Sini). Haji Kasim menganggap tindakan DS Najib itu sebagai 'bodoh' dan dengan penuh kekesalan mengharapkan Ahli Parlimen lama sepatutnya dikekalkan.

PRU sudahpun berlalu dan kita telahpun memilih beliau sebagai wakil rakyat. Namun, mungkin juga wajar kalau beliau hanya tidak dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini supaya 'kebodohan' tidak berulang sekali lagi. Justeru, perwakilan dinasihatkan agar berfikir semasak-masaknya agar mereka juga tidak di tuduh 'bodoh' oleh Haji Kasim sekiranya memberikan undi kepada Ahli Parlimen yang dilihat tidak sabar untuk merebut kerusi Ketua Bahagian.

Justeru, ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut diseru supaya kekalkan kepimpinan yang sedia ada kerana transformasi bukanlah bermakna menukar kepimpinan yang lama kepada yang baru, hakikatnya adalah mengubah minda ahli-ahlinya untuk memastikan UMNO tetap pada landasan yang betul, terus memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara serta tetap relevan.



Tuesday, October 15, 2013

KETUA SAYAP DAN VETERAN UMNO SOKONG KU LAN

Setelah ke 3-3 pemimpin sayap UMNO Bahagian Jerantut mendapat mandat mereka dalam pemilihan sayap bahagian sabtu lalu, mereka terus menyatakan taat setia mereka kepada Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian yang akan mempertahankan jawatannya.

Bahkan ramai veteran UMNO termasuk mantan-mantan Ketua UMNO Bahagian turut memberikan sokongannya kepada Ku Lan. Ianya bukanlah atas dasar simpati namun ianya adalah kerana hak. Ramai yang beranggapan bahawa Ku Lan tidak patut ditentang melainkan beliau secara sukarela mengundurkan diri.

Ada pandangan tidak matang mengatakan bahawa Ku Lan tidak perjelaskan keinginannya untuk terus kekal sebagai Ketua Bahagian dan ini menyebabkan Hj Nazlan turut mendaftar untuk bertanding. Bukankah Ku Lan adalah calon nombor 1? Yakni yang terlebih awal mendaftar? Jika beliau tidak berminat untuk pertahankan jawatannya kenapa pula perlu beliau mendaftar seawal itu? Dan bukankah Hj Nazlan sedar bahawa Ku Lan akan pertahankan jawatannya, justeru kepada perlu ditentang?

Ini adalah mengenai siapa langgar siapa. Saya percaya ramai yang menghormati Hj Nazlan sebagai Ahli Parlimen namun kegelojohannya oleh desakan 'pencacainya' telah membuatkan rasa hormat itu beransur hilang, bahkan Ku Lan pula yang mendapat simpati dari ahli-ahli UMNO yang dengan jelasnya menyatakan bahawa beliau hanya mahukan jawatan berkenaan hanya untuk sepenggal saja lagi... bagi melaksanakan tugas yang belum selesai.


Monday, October 14, 2013

SAYAP-SAYAP UMNO JERANTUT SOKONG KU LAN

 
 Dato' Wan Abu Bakar bersama Ku Lan
 
 
Sayap-sayap UMNO Jerantut telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing dengan menjalankan pemilihan jawatankuasa yang baru serta juga memilig ketua-ketua sayap diperingkat pusat. Keputusannya KJ dan Shahrizat kekal sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita dan Mas Ermiyati terpilih sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru.

Sementara di Jerantut Pula, semua ketua-ketua sayap mendapat ketua yang baru. Ketua Wanita disandang oleh Siti Hajar yang menewaskan penyandangnya Norhelan. Zamri Abdul Rahim menang Ketua Pemuda mengalahkan 3 calon lain termasuk Adzlan manakala Ketua Puteri dimenangi oleh Syafinaz Azman, anak Dato' Nazilah mantan Ketua Wanita UMNO Jerantut dulu.

Apapun, ketiga-tiga kepimpinan sayap-sayap ini adalah dikatakan akan memberikan sokongan mereka kepada Ku Lan dalam pemilihan Ketua Bahagian pada 19hb nanti. Sokongan berkenaan sudah cukup untuk memastikan bahawa kepimpinan Ku Lan masih diperlukan sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Selain itu, veteran UMNO Bahagian Jerantut juga ramai yang cenderung dan menyokong Ku Lan.

Antaranya adalah mentan-mantan Ketua UMNO Bahagian - Hj Kamalruzaman Baria, Dato' Wan Abu Bakar dan ramai lagi. Pengamal media sosial juga ramai yang dilihat cenderung kepada menyokong Ku Lan sejak awal lagi. Ada beberapa antaranya yang dilihat sebagai menyokong Hj Nazlan namun lama kelamaan suara mereka menjadi semakin lemah dan tenggelam. Bahkan ada yang seakan kecewa dan mengumumkan akan bersara bagai mohon simpati.

Ahli UMNO Jerantut harus bijak melihat bahawa sokongan terhadap Ku Lan bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian ini adalah seumpama satu gelombang dan arus deras. Tiada apa yang mampu menyekatnya. Justeru, jika menentang arus akan tenggelam atau dihanyutkan. Terajak perahu masih boleh diundur.



Sunday, October 13, 2013

KP. KW DAN KP3 BAHAGIAN JERANTUT


Zamri Ketua Pemuda Bahagian Jerantut



 Shafinaz Ketua Puteri UMNO Bahagian yang baru


 
Siti Hajar Ketua Wanita Bahagian yang baru


Pemilihan sayap-sayap UMNO Bahagian Jerantut telah berlangsung dengan aman dan tenteram. Tiada sebarang kekecohan yang berlaku sepanjang pemilihan. Yang menang telah meraikan kemenangannya dan yang kalah juga telah meratapi kekalahannya. Mereka inilah juga yang akan menentukan siapakah yang akan dipilih dalam pemilihan UMNO Bahagian akan datang.

Jikalau perubahan itulah maknanya transformasi didalam UMNO, maka diperingkat sayap UMNO Bahagian Jerantut sudah berlaku perubahan. Namun makna transformasi didalam UMNO bukan setakat perubahan itu sahaja, ianya lebih dari itu, dengan skop dan agenda lebih besar lagi.

Berbagai pandangan dari penganalisis politik Jerantut berikutan pemilihan diperingkat sayap-sayap UMNO Bahagian. Banyak yang menganggap bahawa ini adalah adalah indikator kepada kemenangan dipihak Ku Lan, Wan Amizan dan Hj Nazri berikutan kemenangan Ketua Pemuda dan Puteri sebagai proksi kepada Wan Amizan sementara Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita pula adalah kemenangan bagi pihak Hj Nazlan.

Dalam masa seminggu lagi kedua-dua pihak pastinya mempunyai strategi masing-masing untuk menambat hati perwakilan. Dari pemerhatian rambang, saya percaya sokongan terhadap Ku Lan semakin meningkat dan pasti beliau akan dapat mengekalkan jawatannya untuk sepenggal lagi. Saya juga melihat bahawa pihak penyokong Hj Nazlan sudah berpecah-belah dan tidak tentu arah haluan. Di media-media sosial juga mereka seakan kehilangan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Isu calon warak, calon baik dan calon malaikat sudah tidak dapat menarik hati perwakilan berikutan tersebarnya sokongan jelas terhadap calon Ketua Pemuda yang menyentuh isu agama, halal dan haram serta syurga dan neraka. Pihak Hj Nazlan perlu merombak semula jentera kempennya dan menggerakkan kumpulan media sosialnya dengan lebih berkesan.





Saturday, October 12, 2013

TAHNIAH KAK WOK, HJ. FADZILAH DAN ZAMBRI ATAS KEMENANGAN MEREKA

Ketua Wanita dan Naibnya yang berentap sesama sendiri... 
menang jadi abu, kalah jadi arang


Hari ini adalah hari penentuan, hari pemilihan peringkat sayap-sayap parti. Wanita, Pemuda dan Puteri diseluruh negara memilih secara serentak. Ramai yang menenti-nantikan keputusannya kerana keputusan ini juga boleh dijadikan 'indikator' kepada keputusan-keputusan pemilihan bahagian.

SPU dan kawan-kawan admin blog bertungkus-lumus sejak beberapa hari lepas untuk membuat satu ramalan keputusan pada pemilihan hari ini. Tumpuan diberikan kepada pemilihan Wanita dan Pemuda. Seramai lebih dari 300 responden yang terlibat dan penilaian dilakukan secara rambang
Dari soal selidik dan pemerhatian kepada program-program sepanjang tempoh berkempen makan kesimpulan dapat dibuat, ianya telus dan stu penilaian yang jujur, yang tidak ada 'bias' kepada mana-mana pihak.

Bagi jawatan Ketua Wanita, Dato' Norhelan @ Kak Wok dijangka menang mudah dengan mendapat sokongan 89.5% berbanding pencabarnya. Manakala bagi jawatan Naib Ketua, Hajjah Fadzilah dijangka menang dengan peratusan undi 65.7%. Keputusan yang cukup melegakkan dirinya sebagai calon Naib Ketua buat pertamakali.

Persaingan 4 penjuru bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga hebat. Namun persaingan sengit adalah diantara Zambri dengan Lan Labit kerana mereka berdua dibayangi oleh 'bos' masing-masing sedangkan 2 calon lain hanyalah calon bebas.

Bagaimanapun, Zamri mendapat sokongan besar darp perwakilan pemuda dengan peratusan undi sebanyak 38.5% manakala Lan Labit hanya mampu meraih sebanyak 20.7% manakala 2 calon lain hanya terpaksa berkongsi 17.8%.

SPU dan sahabat-sahabat mengucapkan tahniah kepada Wak Wok dan Hajah Fadzilah serta Sdr Zambri dan barisannya atas kejayaan tersebut. Semoga mereka akan terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.

Cuma satu pesanan yang semua pihak mesti ingat ia itu, yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua, demi kekuatan UMNO menjelang PRU14 akana datang yang dilihat lebih mencabar.



Friday, October 11, 2013

'WOK' DIJANGKA KEKAL KETUA WANITA

Norhelan bersama Ketua Wanita MCA dan MIC Jerantut
Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan merebut Jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian kali ini agak sengit dimana Naib Ketua Wanita mencabar KetuaWanita dan Ketua Penerangan yang dilantik menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua akan ditentang oleh Penolong Setiausaha Wanita Bahagian.

Bagaimanapun perkembangan muktahir memperlihatkan bahawa sokongan terhadap penyangang Ketua Wanita Bahagian Dato' Norhelan Mahamud masih mantap dan dijangka akan tetap kekal terpilih sebagai Ketua Wanita Bahagian sekali lagi pada kali ini.Demikian juga dengan Setiausaha Wanita Hajah Fadhilla Salleh yang bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dijangka akan dapat menang mudah mengalahkan Ketua Penerangan Wanita.

Pasangan Ketua Wanita dan Setiausaha Wanita yang selama ini terbukti mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan biarpun kurang memberikan tumpuan terhadap sosial media dan penerangan masih diperlukan bagi memperkatkan parti menjelang PRU14 nanti. Mereka juga berjaya membantu memenangkan Ahli Parlimen dalam PRU lalu. Justeru, sokongan wanita terhadap pasangan ini harus diberikan bagi menjayakan visi dan misi mereka dalam memastikan  wanita UMNO Bahagian Jerantut berada dilandasan yang betul.

Norhelan disenangi juga oleh kaum India Jerantut

Menyertai program Pemuda

Bersama SU yang bertanding Naib Ketua

Mendapat sokongan dari wanita-wanita cawangan

Di sokong juga oleh pemuda

Program Pemuda di Tekam Resort
 
Program Wanita di cawangan

  
Menghadiri program di Perkampongan Asli

Hubungan erat dengan ADUN Damak

Mengadakan program dan menyertakan ADUN Damak
 
Hadiri program anjuran Majlis Daerah di Dataran Jerantut


Tuanku Sultan juga merestuinya


 Saling berkerjasama dengan Wan Amizan


 Hadiri penyerahan watikan calon PRU13


Menyambut KDYMM Sultan di Ulu Tembeling
 

Wednesday, October 9, 2013

SOKONGAN KU LAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN SEMAKIN MENINGKAT


 
 
Entah kenapa, bagaikan satu trend baru kepada politik Jerantut dimana sokongan terhadap Ketua Bahagian, Ku Lan semakin banyak. Sokongan terbuka ini dapat dilihat terutamanya di media-media sosial sama ada di laman facebook dan blog.

Selain itu, kenyataan begini juga hebat kedengaran dalam sembang dan perbincangan-perbincangan politik di kedai-kedai kopi sekitar Jerantut. Kita tidak dapat menolak bahawa ini adalah atas dasar simpati dan sayangkan Ku Lan sebagai Ketua Bahagian dan pemimpin masyarakat di Jerantut. kemana saja beliau pergi, beliau tetap masih dihormati.

Hakikatnya, rakyat dan ahli-ahli UMNO Jerantut sudah faham dan jelas bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian itu ada 2 entiti yang berbeza yang saling menyokong antara satu sama lain.

Ada juga pandangan yang mempersoalkan kenapakah Ahli Parlimen bersungguh-sungguh menentang Ku Lan bagi jawatan Ketua Bahagian. Jikalau Ketua Bahagian berjuang untuk jadi Ahli Parlimen itu sangat difahami, kerana dari jawatan yang kecil kita ingin mendapatkan yang lebih besar dan mencabar, namun jika dari jawatan yang kita pula merebut jawatan yang lebih kecil ini memang sukar difahami.

Ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen ini adalah kerana penasihat-penasihatnya yang tidak sabar untuk menguasai segalanya terutama dalam politik di Jerantut ini. Ini bukan lagi soal perjuangan untuk membela rakyat kerana jika ingin membela rakyat tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen sudah sangat mencukupi baginya untuk berbakti.

Blog WZWH yang sejak dulu lagi sememangnya pro kepada ADUN Tahan juga tidak berganjak sokongannya kepada kumpulan Ku Lan dan Wan Amizan biar pun sering diserang 'pencacai' upahan Ahli Parlimen. (Klik Sini)

Realitinya sokongan terhadap Ku Lan semakin meningkat dan sudah semakin pasti beliau akan dapat mempertahankan jawatannya. Sebagaimana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini bahawa beliau hanya menginginkan jawatan berkenaan untuk sepenggal saja lagi, untuk membantu menyudahkan kerja-kerjanya yang masih belum selesai. Tidak ada cacat-celanya jikalau beliau Ketua Bahagian dan dalam masa sama Hj Nazlan yang dilantiknya dahulu melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.



Monday, October 7, 2013

KITA PERTAHANKAN KETUA BAHAGIAN

 
 
 
 
Di Jerantut, Ketua Bahagian ditentang oleh Ahli Parlimen yang baru. Banyak pihak yang menyokong namun banyak juga pihak yang tidak dan mereka ada alasan dan pendapat masing-masing. Apapun alasan mereka, mereka akan bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku nanti. Kita jangan lagi ibarat membina impian yang tak kesampaian. Kita mengangkat ketua baru dan membuang yang lama, kemudian membuang pula yang itu untuk menggantikan yang baru lagi hanya kerana kita berhak untuk memilih.

Saya teringat satu kisah yang diceritakan berlaku di zaman pemerintahan Jepun yang boleh kita jadikan iktibar;

Jepun menangkap semua orang dari sebuah kampung dan mengurungnya didalam lubang-lubang yang digali yang sukar untuk melepaskan diri. 3 buah lubang disediakan untuk 3 kumpulan mengikut bangsanya, iaitu Melayu, Cina dan India.

Arahan dari ketua kawalan Jepun itu kepada pengawalnya sangat mudah. Lubang India tak payah jaga sebab mereka hanya akan bising dan bertengkar sesama sendiri sehingga mereka langsung tidak akan peluang untuk cuba melarikan diri. Cuma pantau mereka jikalau mereka berhenti berbunyi!

Lubang Melayu juga tidak usah dijaga kerana jika ada yang akan cuba melepaskan diri pasti ada kawannya dari bawah yang akan menariknya kembali kedalam lubang. Tidak akan ada yang akan terlepas kerana sikap dengki mendengki sesama mereka itu sangat tinggi. Lubang ini pun tidak perlu dijaga.

Di lubang Cina perlukan kawalan rapi kerana kaum ini sangat bersatu hati dan saling membantu antara mereka. Mereka akan menolak seseorang untuk naik keatas dan yang sudah berada diatas akan menarik yang lain untuk sama-sama berada diatas. Lubang ini mesti dikawal rapi. Tembak saja jika ada yang meloloskan diri.

Mari kita sama-sama ambil ikhtibar dari cerita ini untuk memastikan UMNO tetap kekal dan mampu terus memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Namun itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sejarah bangsa sejak sekian lama menghidangkan bahawa bangsa Melayu tidak pernah mampu bersatu. Siapa diantara kita sebenarnya Raja Mendaliar atau Si Kitol?

Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen tidak semestinya orang yang sama. Lebih baik kita ada 2 ketua yang boleh kita mengadu nasib. Andai sebelah sayap patah maka kita ada yang sebelah lagi sambil bertongkatkan paruh. Tentunya itu lebih baik dari kita hanya bertongkat dagu!


Rujuk Blog sumber (Klik Sini)

Saturday, October 5, 2013

UNDI PERCUBAAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT

 
 Peti undi masih kosong! Ianya tranparent dan telus!
 
 
Hari penentuan Pemilihan semakin hampir. Suhu politik Jerantut semakin meningkat dan panas. Di restoran-restoran sekitar bandar Jerantut semakin ramai pelanggan yang akan pulang lewat malam. Merekalah antar orang-orang penting dalam menentukan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut tidak lama lagi.

Untuk memudahkan dan melihat jangkaan keputusannya, maka SPU telah mengadakan peti undi untuk melihat siapakah calon yang paling popular dikalangan rakyat dan ahli-ahli UMNO yang dijangka akan menang dalam pemilihan akan datang.

Seperti biasa syaratnya sungguh mudah. Hanya klik diruangan berkenaan. Klik sekali sahaja siapa calon pilihan. Selamat mengundi!

BERANI KERANA BENAR

 
 Gambar untuk perhiasan
 
 
Posting SPU bertajuk Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ku Lan mesti dipertahankan (Klik Sini) banyak menerima komen-komen dari orang yang sama dan dari kumpulan yang sama juga. Namun SPU tidak dapat siarkan kerana komen-komennya tidak langsung memberi manafaat malahan macam komen dari orang yang dah hilang akal. Jadi SPU tak dapat nak layan sehingga dia kembali berakal dalam memberikan komen. Mohon maaf!

Heboh di laman muka buka menuduh pihak Ku Lan dan Wan Amizan merasuah para perwakilan. Ini cerita sama seperti dulu juga. Bila tiba musim pemilihan maka Ku Lan dan Wan Amizan akan dituduh merasuah perwakilan, apabila lepas saja musim permilihan, mereka yang menuduh itu pun senyap malahan mengelilingi Ku Lan dan Wan Amizan dengan rasa tidak berdosa menfitnah. Ap jenis orang agaknya ni?

Jika benar ada berlaku rasuah seperti tuduhan kepada tidak dibuat laporan polis dan kepada SPR? Siapa yang berani menuduh itu dipersilakan tampil berani membuat tuduhan terbuka. Bagi tau namanya dan bila berlaku serta siapa yang terlibat? Ada berani ka? Kita faham bahawa tohmahan itu adalah dari orang yang hakikatnya adalah langau dalam politik. Mereka berniat untuk 'makan; dari kedua-dua kumpulan. Buruknya perangai mereka dan bagai tak ingat Tuhan.

Di facebook Tan Sri Buaya menyebut mengenai kempen Ahli Parlimen yang menyokong seseorang calon Ketua Pemuda. Apakah itu satu ugutan kepada perwakilan berkenaan sorga dan neraka? Teringat kepada Nik Aziz yang berani janjikan pengundi syurga dan neraka. Kalau sokong mereka akan masuk sorga dan kalau tak sokong akan masuk neraka. Wah! Sorga dan neraka sudah ditangan manusia yang alim atau nampak alim.

Bagi jawatan Ketua Bahagian kita kekalkanlah Ku Lan supaya tidak bebankan tugas Ahli Parlimen kita yang masih muda belia tu. Kesian juga kepada dia bimbang nanti dia akan jadi Lebai Malang.. di hulu tak dapat di hilir dah dibuang.

Timbalan Ketua Bahagian memang layak Wan Amizan sebab dia masih muda. Yang seorang lagi tu dah sangat tua dan dah kaya raya malahan dia pun selama ini bukan buat apa-apa. Orang Pulau Tauaw sendiri pun suah tak suka. Mereka dah benci sebab lebih sudu dari kuah... bila derebar lebih besar dari ADUN, bila derebar lebih cerdik dari Bos nya. Bila derebar mencaturkan dan mencampuri segala urusan politik dalam DUN nya.

Nombor 3 tu bolehlah kita fikirkan sendiri. Buatlah pilihan sesedap rasa. Yang pasti adalah calon yang dapat diharapkan untuk menolong dan membantu rakyat. Bukan yang besar kepala dan sombong bodoh. Kita yang memilih dan ini adalah hak kita sendiri. Berani memilih dan menentukan kepimpinan parti kita.



Wednesday, October 2, 2013

PERANG MEDIA SOSIAL JERANTUT BERMULA ?

DS Najib bersama penganjur Konvesyen Media Sosial 1Malaysia


Akhirnya media sosial juga sudah digunakan dalam perang merebut jawatan dalam parti pada pemilihan bahagian kali ini. Blog WZWH sudah sedar dan peka terhadap perkembangan tersebut dan telah juga mengenalpasti blog-blog berkenaan. (Baca Blog WZWH pada posting bertajuk: Kenapa Tengku Azlan Menjadi Darling Of Media Sosial Jerantut?)

Di laman facebook, facebooker-facebooker dari kumpulan cikgu-cikgu nampaknya sudah membentuk satu pasukan dan berkerja sebagai satu team. Itu sangat jelas dari status-status dan komen-komen mereka sejak kebelakangan ini. Jika benar ramalan berkenaan, sahlah baru kini Ketua Penerangan yang juga merangkap Ahli Parlimen baru kini memulakan tugasnya dan menggerakkan media sosial, namun untuk dirinya sendiri semata-mata dan bukannya untuk kepentingan UMNO Bahagian.

Pencabar Ketua Wanita dan calon Naib Ketua yang bersamanya juga kelihatan sangat aktif dalam facebook kebelakangan ini. Pasti mereka akan dapat menarik perhatian sebahagian dari pengundinya. Kesedaran pada peranan media sosial tentu akan mampu membantu dan memberikan sedikit impak dalam pertandingan mereka kelak. Calon yang 'buta' media sosial dan tidak yakin dengan 'viral impact' nya pasti akan terpaksa berendam 'airmata' selepas tamat pemilihan nanti. (Baca Sini).

Benar, Ketua Wanita banyak mengadakan program untuk parti tetapi berapa ramai yang sedar dan tahu mengenainya kerana tiada laporan di media-media termasuk media sosial sendiri. Menganggapnya tidak penting adalah satu kebodohan dan kesilapan besar. Walaupun benar pihak pencabar ada memberikan hadiah berupa 'kain pasang' kepada perwakilan dan 'sampul berisi surat cinta', namun hubungan media sosial yang baru saja meledak di Jerantut sudah pasti menarik perhatian kalangan perwakilan.

Khabar dari lebuhraya bahawa ada kenderaan yang sarat membawa 'textile' yang dijadikan 'cenderamata' semasa kempen terkandas tersebar begitu cepat melalui media sosial. Mungkin media sosial mampu membantu seseorang calon untuk mencapai kejayaannya namun dalam masa sama mungkin juga mampu menamatkan karier seseorang pula. Bagaimanapun sebaiknya janganlah media sosial ini dipergunakan dengan cara salah yang mungkin akan memberikan 'peluru' kepada pihak musuh dalam menghadapi PRU14 nanti.

Tahniah kepada cybertrooper Hj Nazlan yang sudah menguasai media sosial di Jerantut. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang bersama didalamnya dan memimpinnya. SPU tetap bebas dan tidak menyebelahi mana-mana. Menulis mengikut naluri dan kehendak hati dan bukan dibiayai oleh sesiapa, mungkin ini lebih baik dalam memperkatakan politik UMNO Jerantut. Walaupun berseorangan, lawan tetap lawan!


Tuesday, October 1, 2013

UMNO JERANTUT, SIAPA YANG PUTIH DAN SUCI BERSIH?

Poster hiasan - tak ada kena mengena dengan artikel yang ditulis


Blog uRag dRrulug menulis mengenai pemimpin yang nampak putih namun tidak suci dan jernih. Sebelum ini pun didalam UMNO kita ada seorang pemimpin yang digelar sebagai Mr. Clean tetapi ahkirnya semua tau bahawa beliau tidaklah se'clean' mana. Antara perkara yang saya ingat adalah apabila beliau ditanya mengenai hubungan kerajaan dengan pemberian kontrek kepada anaknya... beliau dengan mudah dan selamba hanya menjawab beliau tidak tahu tetapi akhirnya kita semua tahu bahawa memang ada hubungan berlaku.

Bekas Menteri Besar Kelantan dikenali sebagai tokoh alim ulamak yang jadi idola kepada penyokong Pas. Bahkan beliau mengangkat dirinya sendiri sebagai Tok Guru dalam 'Pekeliling Kerajaan'. Namun beliau juga tidak sesuci mana apabila dikaitkan dengan kes tajaan menunaikan Haji yang bernilai lebih RM60 Ribu.

Menjelang PRU lalu kita dikejutkan dengan kes khalwat bila seorang tokoh politik PKR yang dikenali sebagai Ustaz Badrul ditangkap ketika bersama dengan seorang wanita yang bukan muhrim di sebuah hotel pada jam 3 pagi. Walau apa alasan sekalipun ianya tetap mencurigakan dan putih sudah menjadi hitam.

Oleh yang demikian janganlah kita terlalu mengharap dan taksub kerana yang nampak putih itu belum tentu benar-benar putih dan belum tentu suci dan bersih. Kita juga jangan mudah menuduh orang lain hitam atau kelabu dan apabila ingin menunjuk siapakah yang putih dan suci bersih, janganlah kita lupa pula untuk melihat diri kita sendiri dan jangan kita sisihkan diri kita dari bilangan kerana kita juga sebahagian dari UMNO Jerantut.

Monday, September 30, 2013

SOKONGAN KEPADA KETUA BAHAGIAN MASIH KEKAL

Ahli-ahli Jawatankuasa masih dan akan tetap kekal 
memberikan sokongan kepada Ketua Bahagian



Atas nama transformasi, mereka menyusun satu barisan untuk menentang kepimpinan yang ada. Konon ingin melakukan perubahan, konon nak menggantikan yang tua dengan yang muda. Apakah itu benar atau hanya satu penipuan belaka? Ahli UMNO Jerantut mesti celik mata luas-luas dan buka minda juga luas-luas.

Barisan kepimpinan UMNO sedia ada terdiri dari; Ketua bahagian - Ku Lan, Timbalan Ketua - Wan Amizan dan  Naib Ketua - Hj Nazri sementara pasukan penentang adalah Hj Nazlan, Dr Shukri dan Ahmad Jaafar (melainkan Ahmad Jaafar telah ditipu oleh pasukannya sendiri dan dijadikan mangsa dalam pertarungan).

Jika memilih mengikut umur, kita boleh memilih Hj Nazlan, Wan Amizan dan Mustapha Maarof. Malanglah bagi Dr Shukri sebagai ahli kumpulan transformasi yang terpaksa dikorbankan kerana faktor usianya. Selain itu. beliau juga sudah terlalu lama dalam politik dan sebagai ADUN Pulau Tawar yang sudah tidak popular kepada rakyat.

Namun, transformasi bukanlah bermakna mengubah dari yang tuan dan lama  kepada yang muda dan baru semata-mata. tetapi ialah perubahan terhadap dasar dan cara-cara perlaksanaan. Gabungan antara yang lama dan baru sangat diperlukan bagi keterampilan dan kematangan didalam UMNO Bahagian itu sendiri.

Kepimpinan Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian sangat diperlukan bukan saja menggabungkan kepimpinan baru dan lama namun ianya dapat membantu perubahan kuasa berlaku dalam keadaan aman bagi terus menstabilkan UMNO Bahagian. Bayangkan jikalau Ku Lan tidak bertanding, apa akan jadi? Perebutan jawatan akan terjadi dengan lebih sengit dan itu akan menguggat dan memecah-belahkan UMNO Bahagian.

Ahli UMNO Jerantut janganlah memandang kesediaan Ku Lan pertahankan jawatannya hanya dari satu sudut semata-mata. Tidak hilang bisa ular yang menyusup akar. Tidak hilang kuasa Ahli Parlimen jika beliau bukannya Ketua Bahagian. Beliau sudah mengetuai satu kelompok rakyat yang besar berbilang kaum dan agama serta berbeza ideologi politik. Kenapa harus turun untuk berebut jadi ketua kepada hanya segelintir orang yang hanya dari kalangan satu parti politik sahaja?

Sunday, September 29, 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT - 'KU LAN' PERLU DIPERTAHANKAN!




Kononnya sokongan kepada Ahli Parlimen sebagai Ketua Bahagian semakin meningkat. Demikian menurut kata penasihat dan 'punahsihat'nya. Kebanyakan penasihat dan 'punahsihat.nya adalah dari kalangan guru-guru atau kakitangan Jabatan Pendidikan. Itu wajar kerana beliau adalah juga bekas guru. Cuma gerakkerjanya seolah-olah seluruh Jabatan berkhidmat untuk Parlimen. Wallahualam!

Ketetapan pucuk pimpinan parti untuk menangguhkan PAU sehingga selesainya PRU adalah bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO serta meminumumkan pertandingan jawatan tertinggi yang boleh menguggat kestabilan parti, yang boleh melemahkan dan meruntuhkan parti. Alasannya adalah perebutan ke jawatan tertinggi dalam parti akan berlaku dengan sengitnya bagi menentukan peluang untuk dicalonkan dalam PRU lalu. Justeru, apabila sudah disahkan siapa calon dan terpilih sebagai Ahli Parlimen, ketegangan dalam pemipihan peringkat bahagian dijangkakan tidak lagi sengit.

Logiknya, setiap ahli akan berebut untuk menjadi Ketua, Timbalan dan Naib Ketua, serta Setiausaha dan Bendahari adalah kerana igin mengintai peluang untuk jadi calon dalam PRU. Apabila calon sudah ditentukan dan dipilih, perebutan jawatan berkenaan sebenarnya sudah tidak bermakna lagi.

Dalam kes di Jerantut, kita juga hairan apakah perlunya bagi Ahli Parlimen 'melanggar' Ketua Bahagian untuk jadi Ketua UMNO Bahagian? Apakah jawatan Ahli Parlimen yang mewakili seluruh warga Jerantut tanpa mengira agama, bangsa dan parti belum cukup besar untuknya memberikan khidmat? Apakah perlu menjadi Ketua UMNO Bahagian baru akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan? Bukankah UMNO hanya mewakili sebahagian kecil dari keseluruhan warga Jerantut? Alasan apakah sebenarnya jika bukan selain dari ingin menguasai seluruhnya demi kroni.

Saya menginginkan kestabilan didalam UMNO, terutama di Jerantut ini yang selamanya bergolak dan seakan tidak pernah reda. Jika Ahli Parlimen ingin membuat pembaharuan, maka buatlah pembaharuan dengan berusaha untuk menstabilkan UMNO agar semua ahlinya tidak melihat setiap pertandingan itu sebagai satu 'perayaan' buat mereka. Jangan terus jadikan ahli-ahli UMNO Jerantut ini sebagai 'yu' yang selalu mengharapkan 'jong @ kapal' akan sentiasa karam untuk mendapat habuan.

Dalam keadaan 'Ku Lan' hanya ingin pertahankan jawatannya untuk terus memberikan sumbangan baktinya, kerana apa beliau di'langgar'? Bagi pemikir politik yang rasional, sudah tentu memiliki 2 orang pemimpin bagi dua entiti yang berbeza akan memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada pembangunan Jerantut secara keseluruhannya. Soalnya, kenapa kita tidak memilih jalan itu?

Adala beberapa alasan yang dangkal yang kita dengari, iaitu UMNO Jerantut bukan bencikan 'Ku Lan' tetapi bencikan 'langau-langau' yang mengelilinginya. Apakah apabila Hj Lan ditakdirkan jadi Ketua UMNO Bahagian tidak akan ada 'langau-langau' yang akan mengelilinginya? Kini pun, apabila Hj Lan berperanan sebagai Ahli Parlimen, apakah tidak ada 'langau-langau' dikelilingnya? 

Kita cuma berharap agar ahli UMNO Jerantut jangan jadikan alasan 'bodoh' untuk terus kekal dalam kebiasaan sebelumnya. Jangan kita jadikan satu tugas untuk jatuhkan seseorang dan memburukkannya kemudian mengangkat yang lain serta melakukannya berkali-kali lagi. Jangan kita jadi mahkluk yang tidak berpuas hati dengan nasib kita yang demikian baik - 'Ku Lan' perlu dipertahankan.

Friday, September 27, 2013

RASUAH POLITIK, 'PATPATSIKULIPAT' KEKENYANGAN ?

'Screenshoot' dari blog SPU



Blogger 'Patpatsikulipat', pada posting 6 bulan lalu menulis dengan tajuk; Calon Elit Cikgu Nazlan Akan Tinggalkan Rakyat Marhaen' namun posting berkenaan telah ditarik balik atau dipadamkan dari blog. Kita faham kemungkinan besar blogger berkenaan telah 'bruppp' kerana ditumbuk rusuk atau sudah 'kecut telor' bila menghadapi kenyataan politik sekarang ini. Kemungkinan juga sudah berubah sokongan dan akan terlentang kekenyangan sepanjang masa kempen pemilihan ini.

Bagaimanapun, saya masih ingat apa yang diperkatakannya dalam blog dahulu, bahawa Cikgu Lan yang terpilih sebagai calon Ahli Parlimen akan meninggalkan rakyat marhaen dan tidak benar-benar berjuang untuk rakyat marhaen. Fokusnya hanya akan tertumpu kepada kalangan guru-guru sahaja. 

Memang saya melihat jangkaannya tidak silap, kerana sepanjang pemerhatian memang Ahi Parlimen lebih mengutamakan guru dari rakyat marhaen. Senarai pemantau mesyuarat contohnya, dengan bantuan kakitangan pejabat UMNO sendiri, nama calon asal telah digantikan dengan nama baru yang kebanyakannya dari kalangan guru. Begitu juga sewaktu penamaan calon AJK Bahagian, yang terlibatnya adalah guru-guru dan kakitangan jabatan pendidikan. Tidak ada ruang bagi orang awam seperti kita.

Malahan tohmahan bahawa pemimpin sedia ada hanya dikelilingi kroninya sahaja juga sudah berleku kepada mereka sendiri. Ahli Parlimen sekarang juga sudah dipenuhi dan dikelilingi oleh karoni-kroni sendiri. Segala kontrek sudah sedia diagih-agihkan sesama mereka, jadi apakah bezanya yang baru dengan yang lama jika isu kronism ditohmahkan?

Dilaman facebook, banyak pihak yang dulunya menyanjung bekas Ahli Parlimen namun sekarang ini berpaling arah. Bukan setakat berubah sokongan bahkan sudah mula menerca. Saya teringat kisah anjing yang tersepit yang akhirnya mengigit tangan yang melepaskannya dulu. Apakah bezanya? Bukan politik itu yang kotor, tetapi perlaksanaannya....dan matlamat menghalalkan cara.

Isu rasuah politik dimainkan. Namun jangan lupa bahawa itu adalah perkara lama yang diulang semula. Bahkan diantara kita ramai yang terlibat dalam memberi dan menerima. Apakah kita tidak malu kepada diri sendiri apabila mengecam perbuatan buruk itu tetapi dalam masa sama kita juga melakukannya? Didalam UMNO masih ramai manusia hipokrit, jangan melihat orang lain tetapi lihatlah diri sendiri. Apakah perjuangan kita benar demi 'ABATA'?


Monday, September 23, 2013

PEMILIHAN UMNO JERANTUT TETAP HANGAT

Mereka seharusnya tidak dicabar...


Tinggal esok lagi untuk menentukan berapa ramaikah yang akan bertanding dalam pemilihan peringkat Bahagian UMNO Bahagian Jerantut. Kerana mengikut peraturan ada 72 jam yakni 3 hari bagi mengubah fikiran atau menarik diri dari bertanding, jika tidak calon akan tetap dikira bertanding biarpun ada keinginan untuk menarik diri disaat-saat akhir.

Sehingga hari ini, Hanya 2 jawatan yang tidak dipertandingkan. Iaitu Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian.  Keseluruhannya seramai 260 calon menawarkan diri bagi semua jawatan dalam UMNO Bahaghian Jerantut. 99 bagi jawatan dalam Bahagian, 46 jawatan dalam Wanita, 51 jawatan dalam Pemuda dan 64 jawatan dalam Puteri.
 
Pecahan jumlah calon-calon yang bertanding adalah seperti berikut; Pengerusi Bahagian 1, Wanita 3, Pemuda 2 dan Puteri 3. Timbalan Pengerusi Bahagian 1, Wanita 2, Pemuda 2 dan Puteri 3.

Bagi jawatan Ketua, Bahagian 2, Wanita 2, Pemuda 4 dan Puteri 3. Timbalan Ketua Bahagian 3. Bagi jawatan Naib Ketua pula, Bahagian 3, Wanita 2, Pemuda 3 dan Puteri juga 3.

Ahli Jawatankuasa Bahagian 71, Wanita 30, Pemuda 34 dan Puteri 46. Pemeriksa Kira-kira 3. Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong 16, Wanita 46, Pemuda 51 dan Puteri 64.
 
Sebelum ini berbagai persepsi menyatakan bahawa UMNO sudah ditolak oleh rakyat, tapi nampaknya sangkaan itu salah memandangkan masih ramai yang berminat untuk menawarkan diri bagi berkhidmat untuk parti.

Sehingga hari esok, demi keharmonian dalam UMNO dan demi perpaduan kita berharap agar calon pencabar Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian agar menarik diri. KIta harus lebih sayangkan parti dari menjaga kepentingan kroni masing-masing.

Sunday, September 22, 2013

NEW POLITIC - UMNO JERANTUT ?




Akhirnya 2 calon Ketua Bahagian, 2 calon Timbalan Ketua, 3 calon Naib Ketua, 2 calon Ketua Wanita serta 4 calon Ketua Pemuda manakala 3 calon Ketua Puteri sah bertanding ketika waktu mendaftar ditutup semalam. Yang sangat menarik adalah seramai 71 orang calon menawarkan diri sebagai AJK Bahagian Jerantut. Itu petanda bahawa UMNO masih relaven dan masih diperlukan jadi suara rakyat.

Ahli UMNO Jerantut mesti memahami perkembangan politik baru dengan jelas. Jika kita inginkan UMNO berubah maka mestilah kita mengubahnya dari akarumbi lagi, iaitu di peringkat cawangan dan bahagian. Pilihlah Ketua dan AJK yang benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan berkesan. Jangan memilih kerana dia sahabat atau keluarga kita walaupun kita sedar mereka tidak mampu melaksanakan tugas. Jangan juga memilih kerana mereka 'merasuah' kita dengan duit atau kain-kain seperti selalu.

Yang penting kita kena sedar bahawa tidak patut langsung ada kumpulan-kumpulan didalam UMNO. Bagi calon Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua, biarkan mereka sendirian bertarung dan kita memilih atas dasar keupayaan mereka sendiri. Kerana jika berpasukan kita juga akan terpaksa memilih AJK yang antarnya tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan ini akan merugikan UMNO dan bangsa Melayu yang diwakilinya.

Pemilihan AJK mestilah bebas dari dipengaruhi oleh pasukan kerana individu yang kita pilih nanti akan berdiri sebagai dirinya sendiri. Kita mengharapkan AJK yang terpilih nanti adalah yang sederhana tetapi bijaksana dan mampu menggalas tanggungjawab dengan bersih cekap serta amanah. Tolak politik wang. Singkirkan AJK yang hanya menumpang nama pemimpin. Pilih pemimpin muda atau pemimpin yang berumur tetapi bersemangat baru dalam meremajakan UMNO bahagian

Kita ada 71 pilihan. Pilihlah dengan bijaksana dan saksama. Jangan salahkan UMNO lagi kerana kesalahan kita memilih pemimpin yang menerajuinya.


Friday, September 20, 2013

AMANAT KU LAN KEPADA UMNO BAHAGIAN JERANTUT




Malam ini jam 8.30 malam diberitakan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bersedia menemui ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut bertempat di Rest House Jerantut untuk menyampaikan amanatnya menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Sayap-Sayap peringkat Bahagian dan AJK Bahagian. Semua ahli-ahli UMNO termasuk di peringkat cawangan yang berminat adalah dijemput hadir bagi mendengar amanat yang akan disampaikan. Sila rujuk blog WZWH.


Thursday, September 19, 2013

PINTU BILIK SUK UMNO JERANTUT DIPECAH?

Foto yang dapat saya ambil


Tiba-tiba seluruh Jerantut terkejut dengan berita pintu bilik SUK UMNO Bahagian dipecahkan beberapa hari lalu. Berbagai spekulasi dan persepsi dibuat. Sila perhatikan komen-komen dilaman fb (Klik Sini)

Maka masyarakat terntu berfikir apakah sudah sampai sedemikian ganasnya ahli-ahli UMNO untuk mendapatkan sesuatu? Apakah benar budaya samseng dalam UMNO sudah sampai kepuncaknya? Apakah ini satu sabotaj atau hanya satu amaran kepada satu-satu pihak atau kumpulan agar kembali semula kelandasan yang betul? Sehingga kini tiada siapa yang dapat memberikan jawapan jelas mengenainya. Bagaimanapun bagi memperbetulkan keadaannya semula, laporan polis mesti dibuat kerana ini melibatkan maruah UMNO.

Kita tidak lupa pada pepatah; 'Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?' Tapi ini bukan mengenai ruyung dan sagu. Ini mengenai tanggungjawab, kewajipan dan maruah individu dan parti UMNO sendiri. Seorang kawan tiba-tiba berkata: 'Kalau tak dipecahkan pintu, masakan penuh sakunya!'




Rujukan:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643432012363434&set=a.465990096774294.105351.100000899234001&type=1&theater


Tuesday, September 17, 2013

LANGAU PEROSAK UMNO




Kita menganggap kita lah yang lebih bijak dari orang lain. Kita juga menganggap kitalah yang lebih setia dan sayangkan UMNO lebih dari orang lain. Kita menganggap hanya kita sajalah yang boleh dan berhak menyumbang kepada UMNO dan bukan sesiapa yang lain. Inilah kita dan fikiran didalam kepala kita orang-orang UMNO. Kita menganggap bahawa UMNO tidak akan binasa namun kita lupa bahawa banyak parti-parti didunia yang seusia dengannya sudah berkubur dan tinggal nama saja. Kita juga lupa bahawa ketentuan Allah yang hidup akan mati, bahkan Rasulullah yang juga kekasih Allah turut wafat.

Kita memberikan berbagai alasan dari logika untuk membenarkan kehendak dan hajat kita. Maka kita sebarkanlah bahawa kita terpaksa menentang Ketua Bahagian atau Ketua Wanita Bahagian dengan beberapa alasan. Namun jika mencari alasan lain, kita juga mempunyai beribu alasan untuk tidak menentangnya. Kepentingan siapa yang kita perjuangkan sebenarnya?

Di cawangan bandar, ahlinya semakin berkurangan kerana sikap ketua yang menyingkirkan ahli yang berpotensi untuk menentangnya dan menjadi ketua cawangan. Kita sanggup ahli makin sedikit asal kita dapat jadi ketua. Maka jadilah kita ketua, Isteri ketua wanita, anak-anak jadi ketua pemuda dan puteri. Maka benarlah UMNO jadi parti anak beranak. Lalu bagaimana kita menghadapi PRU jika hanya ada 10 atau 30 puntung sahaja yang akan menyokong dan mengundi kita?

Kita telah semakin sakit. UMNO sudah semakin sakit dan mebusuk hingga ke usus. Pemimpin atasan diperingkat bahagian memeggang jawatan bagaikan itu adalah hak turun temurun mereka. Jawatan sebenarnya bukanlah hak melainkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Disekeliling pemimpin langau-langau masih berkeliaran. Apabila berubah pemimpin, maka langau masih tetap mengelilinginya, mungkin yang lain atau masih ada yang dahulu, turun temurun. Kita makin merasa bahawa, hayat UMNO hanya menjelang PRU14 sahaja. Ini bukan mengenai pembangkang, tidak juga mengenai Anw Ibrahim, tetapi adalah mengenai sikap kita sendiri yang konon sayangkan UMNO tetapi kita adalah makhluk perosak yang merosakkan UMNO.


Friday, September 13, 2013

PERTANDINGAN YANG AKAN MEROSAKKAN UMNO JERANTUT





Khabarnya Ketua Bahagian akan dilawan oleh Ahli Parlimen yang pernah dilantiknya sebagai Ketua Penerangan. Demokrasi didalam UMNO menghalalkannya. Bertandinglah. Cuma kedengaran diakar umbi adanya usaha untuk mendapatkan undi dengan cara yang tidak sihat. Kepimpinan di cawangan dicaturkan dengan menjatuhkan orang tertentu kerana tujuan untuk menyokong calon tertentu. Dan ini bukan usaha kosong. Segalanya memakan belanja. Maka berlakulah politik wang dalam UMNO sekali lagi.

Ketua Wanita UMNO Bahagian juga khabarnya akan turut ditentang. Ketua Penerangan yang dilantiknya bersekongkol dengan Naib Ketua untuk menjatuhkan Ketua Wanita yang ada. Sudah tentu ada tangan-tangan hitam dari dalam dan luar yang menjalankan kerja buruk ini. Dan yang melakukannya bukanlah orang lain tetapi ahli dan pemimpin UMNO sendiri, jadi siapa yang sayangkan UMNO sebenarnya?

Khabar calon-calon tertentu ditaja oleh orang-orang tertentu sudah heboh di seluruh Jerantut. Hendak dibuat laporan resmi masih tidak ada bukti sah, dan memang susah kerana yang melakukannya adalah dari kalangan pemimpin parti sendiri. Jadi apakah pertandingan ini namanya demokrasi? Atau matlamat yang menghalalkan cara untuk membunuh UMNO dari dalam? Yang pasti orang yang paling gembira menjelang PAU ini adalah Anwar dan konco-konconya.

Beberapa hari lalu, ada pemimpin tertinggi yang memeggang jawatan dalam kerajaan mengadakan pertemuan di Raub dengan kakitangan jabatannya, namun tujuan sebenar adalah untuk memantapkan kedudukan dalam perebutan jawatan dalam parti tidak lama lagi. Setiausaha pasti ada butiran dan membawa balik 'peluru-peluru' yang dibekalkan. Orang Jerantut sudah tahu!


Thursday, September 12, 2013

UMNO JERANTUT RETAK MENUNGGU BELAH ?



Hampir semua cawangan-cawangan UMNO telahpun melaksanakan Perhimpunan Agung masing-masing. Banyak cerita-cerita yang kedengaran kepada kita. Ketua-ketua cawangan berubah, ketua wanita dan pemuda juga bertukar dan yang lebih penting diperhatikan adalah perwakilan ke mesyuarat perwakilan bahagian yang juga bertukar.

Bukan sedikit cawangan-cawangan yang direncanakan perubahannya bagi menyokong orang-orang tertentu. Apakah itu kejayaan orang-orang tertentu dalam menentukan sokongan dengan bantuan rasuah politik? Rupanya kita masih belum bebas dari politik wang. Bahkan tidak lama sebelum ini salah seorang Naib Presiden telah memanggil pertemuan di Raub dengan membekalkan peluru-peluru kepada para perwakilan dan bakal perwakilan bagi melaksanakan tugasnya.Mungkin Setiausaha bahagian boleh menrangkannya ataupun menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa. Beranikah melakukannya?

Cawangan Kuala Tahan sudah berubah kepimpinannya. Nampaknya yang naik bukanlah dari penyokong ADUN Tahan. Jadi siapakah mereka itu? Bukankah mereka ini dirancangkan untuk mengambl alih kepimpinan oleh pihak yang tertentu? Dalam kata lain mereka disiapkan untuk jadi pencacai dalam pemilihan akan datang. Apakah Ahli Parlimen tidak terlibat?

Di cawangan konon ada pertikaian jumlah kehadiran dan pengundian berbeza. Konon isu orang luar dimainkan dakam pemilihan ketua. Isu mereka menyokong parti lawan dalam PRU13 juga disebut-sebut. Soalnya jika nama mereka ada dalam daftar ahli sahlah meraka itu ahli. Tidak mustahil mereka penyokong parti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk merosakkan UMNO dari dalam.

Di bahagian-bahagianjuga tidak mustahil ada ramai penyokong aparti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk meruntuhkan UMNO dari dalam. Pemimpin pembangkang sangat sedar bahawa tidak mungkin kerajaan ditumbangkan dengan cara menghadapi Pilihanraya, lalu pendekatan yang terbaik adalah menyusup kedalam UMNO.

Jangan kita hairan jika dalam PAU tidak lama lagi ada banyak pertandingan serta provokasi melampau dalam media sosial, semuanya adalah usaha untuk menjatuhkan UMNO. Alhamdulillah jika UMNO masih dapat bertahan selepas PRU14 namun banyak pihak merasakannya tidak begitu. Bukannya faktor Anwar lagi tetapi adalah faktor dalam UMNO sendiri.UMNO Jerantut sudah retak menunggu belah.

Transformasi dalam UMNO Jerantut adalah....pemimpin berubah dan pencacai serta langau politik juga bertukar. Kehidupan rakyat tetap sama seperti dulu. Wakil rakyat yang jelas nampak berubah dulu kereta biasa kini ada 2 kenderaan mewah dibeli tunai? Patut dalam PRU petugas semua 'kering tekak'!.

Wednesday, September 11, 2013

TSUNAMI KEDUA MEDIA SOSIAL JERANTUT?





Nampaknya blog-blog Jerantut sudah aktif semula. Di Pahang Jerantut adalah antara daerah yang banyak melahirkan blogger. Menurut kiraan tidak resmi ada kira-kira 40 buah lama blog yang dikenalpasti. Mujur mereka semua mendiamkan diri menjelang PRU13 lalu, jika tidak tentu akan memberikan impak kepada calon-calon UMNO yang bertanding.Kebimbangan kita adalah blog-blog tersebut lebih banyak mendatangkan mudarat kepada parti dan memudaratkan berbanding memberikan faedah.

Ramai yang berpendapat kebanyakan blog dan laman facebook penyokong UMNO hanya berperanan menjetuhkan sesama sendiri menjelang Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Dimana mereka semasa PRU lalu, ketika kita dambakan pejuang-pejuang mengekang serangan lawan termasuk Red Bean Army?

Kepimpinan UMNO tentu bimbang peranan para bloggers dan facebookers yang berkemungkinan secara tidak sedar membantu pihak lawan dalam menjatuhkan maruah dan para pemimpin UMNO menjelang PAU nanti. Tidak mustahil akan ujud ramai pencacai politik yang akan berjuang hanya untuk pemimpin mereka yang membiayai mereka tanpa mengambil kira kesan kepada UMNO sendiri.

UMNO sedang menghadapi PAU, DAP juga akan menghadapi mesyuarat semula mereka kerana sah mereka yang kononnya selama ini sangat demokratik tetapi sebenarnya adalah pemerintahan 'kuku besi'. Pas juga akan menghadapi pemilihan mereka selepas itu. Semua mata sedang memerhatikan UMNO. Kestabilan UMNO adalah masalah bagi mereka, justeru tanpa kita sedar ada pemimpin kita yang dilagakan dan ada blogger dan facebooker kita yang diupah untuk menghancurkan.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi juga mestilah bertindak lebih cerdik untuk tidak dijadikan alat dalam merosakkan parti. Cuba hindari sebarang pertandingan jika ianya tidak perlu, jangan jadikan alasan pertandingan sebagai satu-satunya cara bagi menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi. Bukan juga tanpa perlawanan bermakna kita tidak demokrasi.

Yang penting, demokrasi atau apapun haruslah mendatangkan kebaikan kepada ahli dan rakyat keseluruhannya. Jangan kita turuti apa yang terjadi di Iraq dulu dan Mesir baru-baru ini. Atas nama demokrasi mereka menentang kerajaan, namun akhirnya apa yang mereka dapati? Segalanya adalah kerosakan dan huru hara. Kita harus sedar, diluar sana negara-negara besar siap siaga dengan penjajahan cara baru, menjahanamkan Iraq hanya untuk minyak dan merosakkan Mesir hanya untuk menjaga kepentingan Israel.

'Ku Lan', Ketua UMNO Bahagian Jerantut jangan ditentang. Ketua Wanita UMNO Bahagian juga jangan usik, beliau sudah banyak lakukan kerja kebajikan untuk UMNO sepanjang PRU lalu, cuma dia tidak pandai mencari nama, atau beliau berjuang bukan untuk nama. Berikan peluang dan ruang untuk bekas Ketua Puteri yang masa depannya masih cerah dan panjang.

Sama-sama kita pastikan kestabilan dalam UMNO Jerantut. Kita mesti bijak memilih siapa yang akan kita undi dan kita curahkan taat setia dan khidmat bakti. Pemimpin yang tamak akan merosakkan parti melainkan memang untuk menjahanamkan parti jika dalam hatinya ada niat untuk menyokong perjuangan lawan.

Hindari terlibat dalam politik wang. Banyak mata yang memerhatikan pemilihan kali ini dan mereka yang mengamalkan politik wang akan dikenakan tindakan tegas oleh pucuk pimpinan.


Monday, September 9, 2013

AMANAT DS NAJIB......



  1.

Semalam berkesempatan menghadiri satu program khas dan mendengar amanat DS Najib. Memang kebelakangan ini banyak pihak yang mencerca tindakan DS Najib sebagai PM. Namun apakah kita sedar bagaimana sukarnya untuk membuat keputusan ketika suara bangsa Melayu ini sudah semakin terpinggir akibat perpecahan? Sukarnya membuat keputusan ketika kita tidak ada kekuatan! Mungkin tanpa sedar agenda memburukan PM, BN dan UMNO adalah agenda pihak lawan yang secara halus menyusup dalam jiwa kita.

Kreadibiliti DS Najib ingin dicalarkan menjelang PAU. Mereka sudah tidak mampu menjatuhkan PM dan BN dalam PRU13 dan sedang mengumpul mengumpul segala kelemahan DS Najib menjelang PRU14. Matlamatnya hanya satu, DS Najib mesti dijatuhkan, BN mesti di tumbangkan dan UMNO serta bangsa Melayu mesti pecahbelahkan. Mungkin kita tidak sedar, mereka melakukannya dan kita membantu dari dalam.

Mengambil sebarang tindakan ketika ini bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Agenda UMNO mesti diutamakan kerana UMNO membawa perjuangan dan harapan bangsa. Jangan jadi Pak Kadok, Ayam menang Kampong tergadai.

Atas nama demokrasi kita berebut jawatan dalam parti. Sebagaimana atas nama demokrasi rakyat di Mesir dan Syiria menentang kerajaan. Akhirnya atas nama demokrasi dan agenda asing sebuah negara telah hancur begitu saja.

UMNO berdepan sakit 'daibetis' kronik. Pilihan hanya 1, memotong anggota untuk menyelamatkan nyawa, atau membiarkannya yang akhirnya mambawa maut.

 PM memilih dan menentukan calon-calon dalam PRU lalu. Bagaimanapun ahli UMNO yang memilih Katua Bahagian masing-masing. Bagi meminimumkan kerosakan didalam parti, hindari sebarang pertembungan. Jika ada sebarang kekosongan ianya wajar diisi dan wajar adanya pertandingan atas nama demokrasi. Namun menjatuhkan pemimpin sedia ada adalah perbuatan tamakkan kuasa atau tidak sabar menunggu giliran.


2.
Apa rasionalnya Ketua Bahagian dan Wanita Jerantut ditentang? Apakah ini perjuangan parti? Atau hanya perjuangan peribadi serta kepentingan kroni? Setiap kali ada peperangan pasti ada yang terbunuh dan luka. Yang menang sewajarnyalah membuang penderhaka yang dikalahkan. Yang kalah kemudiannya akan meminggirkan diri atau menyeberang ke parti lain. Tidakkah UMNO akan jadi semakin kecil?

Di beberapa cawangan UMNO di Jerantut, untuk terus kekal berkuasa Ketua Cawangannya menyingkirkan ahli-ahli yang berpotensi menjadi Ketua. Bilangan ahli yang dulunya ramai sudah jadi semakin mengecil akibat menyertai parti pembangkang, lalu bagaimana di tahun-tahun akan datang dapat kita menangi PRU dengan ahli dan penyokong yang semakin sedikit? Ahli-ahli baru tidak didaftarkan kerana kebimbangan akan ditentang. Golongan profesional dan bijak pandai dipinggirkan, yang tinggal hanyalah yang 'separuh tiang'. Inikah sikap dan semangat UMNO didalam hati kita?

Jika benar kita inginkan UMNO terus kekal menjadi wadah perjuangan bangsa, jangan ada sebarang pertandingan menentang Ketua Bahagian dan Ketua Wanita (di Jerantut). Itu bukannya agenda perjuangan bangsa. Itu hanyalah agenda peribadi dan kroni. Atau agenda untuk membesarkan 'langau-langau' yang akan mengelilingi bangkai.

Apakah perwakilan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian akan datang hanyalah 'jerung-jerung' yang merayakan saat Jong pecah dan menunggu habuan? Membenarkan kata 'Jong Pecah Yu Kenyang'? Inikah perjuangan bangsa yang kita war-war dan agongkan selama ini? Kerana habuankah kita berebut-rebut untuk jadi perwakilan ke Bahagian?

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO? Orang yang tamakkan kuasa dan menentang? Atau kita yang diberikan ganjaran untuk memilihnya? 'Tidak Melayu Hilang di Dunia', namun Melayu yang ada nanti adalah yang hilang jiwa nuraninya....yang tidak akan mampu meneruskan lagi perjuangan memertabatkan bangsa.

Dalam perjalanan pulang ke KL saya temui soalan tanpa sebarang jawapan; Siapa kata UMNO akan semakin kuat jika pertandingan dibiarkan berterusan? Untuk apa Ketua Bahagian dan Ketua Wanita ditentang? Siapa yang mencaturkannya? Siapa yang menaja dan membiayai kemusnahan ini?

Ketika DAP berusaha keras menutup keburukan dan membendung keruntuhannya, ahli-ahli UMNO pula berusaha memunahkan parti sendiri kerana perjuangan peribadi........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN