Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, September 29, 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT - 'KU LAN' PERLU DIPERTAHANKAN!




Kononnya sokongan kepada Ahli Parlimen sebagai Ketua Bahagian semakin meningkat. Demikian menurut kata penasihat dan 'punahsihat'nya. Kebanyakan penasihat dan 'punahsihat.nya adalah dari kalangan guru-guru atau kakitangan Jabatan Pendidikan. Itu wajar kerana beliau adalah juga bekas guru. Cuma gerakkerjanya seolah-olah seluruh Jabatan berkhidmat untuk Parlimen. Wallahualam!

Ketetapan pucuk pimpinan parti untuk menangguhkan PAU sehingga selesainya PRU adalah bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO serta meminumumkan pertandingan jawatan tertinggi yang boleh menguggat kestabilan parti, yang boleh melemahkan dan meruntuhkan parti. Alasannya adalah perebutan ke jawatan tertinggi dalam parti akan berlaku dengan sengitnya bagi menentukan peluang untuk dicalonkan dalam PRU lalu. Justeru, apabila sudah disahkan siapa calon dan terpilih sebagai Ahli Parlimen, ketegangan dalam pemipihan peringkat bahagian dijangkakan tidak lagi sengit.

Logiknya, setiap ahli akan berebut untuk menjadi Ketua, Timbalan dan Naib Ketua, serta Setiausaha dan Bendahari adalah kerana igin mengintai peluang untuk jadi calon dalam PRU. Apabila calon sudah ditentukan dan dipilih, perebutan jawatan berkenaan sebenarnya sudah tidak bermakna lagi.

Dalam kes di Jerantut, kita juga hairan apakah perlunya bagi Ahli Parlimen 'melanggar' Ketua Bahagian untuk jadi Ketua UMNO Bahagian? Apakah jawatan Ahli Parlimen yang mewakili seluruh warga Jerantut tanpa mengira agama, bangsa dan parti belum cukup besar untuknya memberikan khidmat? Apakah perlu menjadi Ketua UMNO Bahagian baru akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan? Bukankah UMNO hanya mewakili sebahagian kecil dari keseluruhan warga Jerantut? Alasan apakah sebenarnya jika bukan selain dari ingin menguasai seluruhnya demi kroni.

Saya menginginkan kestabilan didalam UMNO, terutama di Jerantut ini yang selamanya bergolak dan seakan tidak pernah reda. Jika Ahli Parlimen ingin membuat pembaharuan, maka buatlah pembaharuan dengan berusaha untuk menstabilkan UMNO agar semua ahlinya tidak melihat setiap pertandingan itu sebagai satu 'perayaan' buat mereka. Jangan terus jadikan ahli-ahli UMNO Jerantut ini sebagai 'yu' yang selalu mengharapkan 'jong @ kapal' akan sentiasa karam untuk mendapat habuan.

Dalam keadaan 'Ku Lan' hanya ingin pertahankan jawatannya untuk terus memberikan sumbangan baktinya, kerana apa beliau di'langgar'? Bagi pemikir politik yang rasional, sudah tentu memiliki 2 orang pemimpin bagi dua entiti yang berbeza akan memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada pembangunan Jerantut secara keseluruhannya. Soalnya, kenapa kita tidak memilih jalan itu?

Adala beberapa alasan yang dangkal yang kita dengari, iaitu UMNO Jerantut bukan bencikan 'Ku Lan' tetapi bencikan 'langau-langau' yang mengelilinginya. Apakah apabila Hj Lan ditakdirkan jadi Ketua UMNO Bahagian tidak akan ada 'langau-langau' yang akan mengelilinginya? Kini pun, apabila Hj Lan berperanan sebagai Ahli Parlimen, apakah tidak ada 'langau-langau' dikelilingnya? 

Kita cuma berharap agar ahli UMNO Jerantut jangan jadikan alasan 'bodoh' untuk terus kekal dalam kebiasaan sebelumnya. Jangan kita jadikan satu tugas untuk jatuhkan seseorang dan memburukkannya kemudian mengangkat yang lain serta melakukannya berkali-kali lagi. Jangan kita jadi mahkluk yang tidak berpuas hati dengan nasib kita yang demikian baik - 'Ku Lan' perlu dipertahankan.

1 comment:

Anonymous said...

Memang perlu ahli parliment jerantut menjadi ketua UMNO bahagian.Jika tak perlu kenapa perdana menteri mesti menjadi presiden UMNO?.dah apa yg ketua UMNO bahagian boleh buat sekiranya dia tidak ada kuasa didalam parlimen? acu cerita apa Ku Lan boleh bagi kalau dia hanya ketua bahagian yg tidak ada jawatan sebagai ahli parlimen? Bagi taik kucing ajelah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN