Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, November 30, 2010

PEMBANGUNAAN JERANTUT - APA SEBENARNYA RAKYAT MARHAEN DAPAT?

Pembangunan Jerantut Feri dari pandangan blogger ParlimenP81


1. Blog uRag dRrulug (baca sini), menulis berkenaan perihal para kontraktor Kelaf F di Jerantut ini yang entah dengan idea dan kuasa siapa telah membahagi-bahagikan mereka kepada empat kelas. Iaitu Kelas F(A) hingga Kelas F(D). Ramai kontraktor tidak berpuashati dengan tindakan ini dan dengar khabarnya akan mengadakan protes dan bahkan akan membawa perkara ini keperingkat atasan.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena belaku disini. Ini mengenai tumbuk rusuk yang semakin berleluasa. Kita minta pihak atasan buka mata dan ikhtirkanlah menukarkan pegwai berkenaan secepat mungkin. Kita tau pegawai berkenaan itu kroni YB mana.

Dalam satu perjumpaan dengan orang-orang kampong di sebuah kempong di Tembeling Tengah, pegwai berkenaan telah isu tanah yang akan diluluskan untuk orang-orang kampong. Dari sejumlah yang rakyat pohon, 50 ekar akan diluluskan untuk YB serta kakitangan kerajaan. Wajarkah ucapan sedemikian diumumkan kepada khalayak? Mungkin nanti dia akan kata dia tidak mengatakan demikian kerana kita tidak ada rakaman yang boleh membuktikannya, tetapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya sudah Allah catatkan. Dapatkah dia nanti lari dari balasan Allah?

Saya tidak hendak kata apa, cuma nak puji; Cantik kereta baru tuan ni? Hehehe!



2. Saudara saya (hehe), WZWH menulis tentang rizab antarabangsa yang cadangan untuk dicairkan bagi kegunaan antaranya membangunakn projek-projek mega Lembah Tembeling. Harap-harap pandangan dan posting ini dibaca oleh PM, ataupun, mereka yang disekeliling PM, ataupun orang yang menunggu di rumah PM, kalau tidapun memadailah oleh jaga serta tukang kebun PM untuk dibisikkan ketelinga PM. Bukan senang impian menjadi realiti.

Parlimen81 menulis tentang perkembangan dan kemajuan Bandar Jerantut, khususnya di Jerantut Feri. Namun ada keluhan dari lubuh hatinya, iapa yang membangunkannya dan siapa yang mendapat keuntungan darinya serta siapa yang mampu memiliki hartanah yang nilainya teramat tinggi bagi sebuah bandar kecil seperti Jerntut ini? Yang saya nampak hanya Si-Luncai yang terjun dengan labunya, serta Pak Kaduk. Kerajaan harus membuka tanah baru untuk orang-orang Melayu berpindah jauh kepedalaman dan meninggalkan tempat tinggal yang selama ini mereka menetap kerana mereka didesak.

Blog Hulu Tembeling, mengisohkan (hehe) pasai penyelewengan dan rasuah yang berlaku. Tindakan kerajaan yang terlalu lembab sehingga ianya sudah menjadi darah daging dan barah kepada negara. Apakah kerajaan tidak mampu membaiki atau memperbetulkan sikap penjawat awam kerana mereka adalah ketam yang tidak mampu mengajar anaknya berjalan lurus?

Blog uRag dRrulug sehingga kini masih belum ada sebarang posting baru. Saya tidak hendak buat apa-apa ulasan bimbang nanti jadi provokasi. Apapun, Jerantut akan terasa jika kehilangannya kerana UD adalah sebuah blog yang unik dan tersendiri dengan cara ungkapan isu yang dibawa serta penggarapan penulisannya yang mengangkat martabat dialek Ulu Tembeling...hanya ada stu saja dalam Malaysia blog begini, dan ianya adalah uRag dRrulug.

.

Monday, November 29, 2010

MEDIA SOSIAL JERANTUT DAN IMPAKNYA



Blogger anak jati Jerantut, Sri Tri Buana yang penulisannya sudah mencapai tahap nasional menulis mengenai Media Baru. Memang masih ramai pemimpin politik kita yang masih belum benar-benar sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial ini. Kerana itu mereka masih leka dan tidak kisah terhadap kepentingannya sebagai penyebar maklumat era baru.

SPU sudah berkali-kali cuba mengejutkan UMNO Jerantut dari tidurnya, tetapi mereka masih tetap lena. Jika benar UMNO khususnya diJerantut sudar sedar akan peranan yang mampu dimainkan oleh media baru, sudah tentu UMNO Bahagian sudah mempunya blognya sendiri bagi menyebar maklumat kepada ahli-ahli. Janganlah kerana tidak tahu menari maka kita katakan lantai tinggi rendah.

Ada sebahagian mereka menyedari dan mengakui peranan media sosial ini. Namun mereka menyalahkan media sosial itu sendiri. Mereka menyalahkan blog-blog dan sembang di Facebook kerana memberi persepsi negatif kepada mereka, namun mereka sendiri gagal menjuarai media sosial ini.Mereka gagal berperang didalam siber, dan sebenarnya mereka meletakkan diri mereka didalam keadaan kalah.

Sepatutnya mereka mesti mempunyai blog yang dijadikan senjata menentang musuh dan menjawab segala tohmahan, tetapi yang nyatanya mereka gagal. Ketua Penerangan yang masih dalam kegelapan seharusnya meletakkan jawatan sekiranya beliau seorang yang bermaruah, kerana kegagalannya memainkan peranan menyebarkan maklumat / penerangan. Tetapi itulah UMNO, berebut untuk menjawat jawatan dalam parti bukan kerana ingin dan mampu berkhidmat tetapi sebaliknya untuk mendapat tali pergantungan untuk terus hidup.

Di Peringkat Nasional, peranan blogger memang tidak dapat dinafikan lagi. Blogger pro pembangkang telah berjaya memalukan kerajaan dengan mengagalkan kerajaan mendapat majoriti 2/3 namun blogger pro kerajaan telah bangkit dan menjatuhkan PKR sehingga parti berkenaan pecah dan berkecai.

Sewaktu saya menulis ini, masih tidak ada posting baru dari blogger Jerantut. Blog uRag dRrulug cuma meluahkan kekecewaannya dan bertindak akan menutup blognya. Kita menulis bukan kerana nama, siapa akan peduli? SPU tidak ada rasa simpati kepada mereka yang lemah semangatnya. Kita masih ada banyak blogger lain yang lebih baik dari penulisan di blog uRang dRrulug ini. Mungkin juga UD sudah menerima isyarat dari seseorang supaya berhenti menulis, wallahualam!

Sunday, November 28, 2010

FOKUS PADA PEMBANGUNAN DAN LUPAKAN KEHADIRAN PRU

Gambar hiasan: Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional,
yang runtuk sebaik saja selesai dibina? Apakah tindakan terhadap kontrektor berkenaan? Hehehe


Blog Hulu Tembeling mengisahkan mengenai isu penyeludupan disel bersubsidi kerajaan yang nilainya berjuta-juta ringgit yang menjadi beban kepada rakyat negara kita apabila ianya diselewengkan. Apapun tindakan yang kerajaan ambil sekarang ini, walau seberapa tegas sekalipun, saya masih merasakan ianya hanyalah bersifat sementara saja. Kerana ada pihak sama ada penguakkuasa atau pegawai tertinggi dan bahkan kementerian yang bertkenaan yang terlibat dan mendapat faedah darinya. Saya pasti ada rasuah berlaku dimana-mana dalah hal berkenaan. Tidak dapat membuktikan rasuah berlaku bukanlah bermakna ianya tidak berlaku sama sekali.

Blog N9 Tahan, sebuah blog penyokong Pas di Jerantut yang saya sangat kenali sebagai sahabat menulis mengenai pembangunan dan persekitaran Jerantut. Beliau kaitkan dengan pembangunan dicerun bukit yang mengakibatkan keruntuhan tanah dan hampir meragut nyawa. Beliau menagihkan tindakan segera pihak berwajib. Saya cuma nak kata, jangan terlalu mengharap kerana mereka tidak ini tidak akan mampu bertindak pantas dalam keadaan 'perut mereka yang kekenyangan' itu. Maaf, tapi inilah hakikatnya. Tiada siapa sebenarnya yang benar-benar prihatin terhadap masalah rakyat dengan sepenuh keikhlasan mereka. Yang ada hanya retorik dari para pegawai dan ahli-ahli politik semata-mata.

Blog WZWH berkisahkan tentang Yang Berhormatnya, melawat sebuah kampong dipedalaman. Berkelah, bermain-main sambil mencari ikan. Itulah pertama kali buat dia untuk pergi melawat kampong itu. Masih ramai pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin politik yang masih belum menjijakkan kaki ke kampong saya yang jauh dipedalaman itu. Mudah-mudahan satu hari nanti mereka akan berpeluang menjejakkan kaki kesana.

uRang dRrulug masih belum ada posting baru, mungkin tidak menulis kerana kebelakangan ini kekerapan posting adalah 2 hari sekali, atau mungkin postingnya akan di publish-kan sebantar lagi - wallahualam! Saya pasti,ramai yang sedang menantikan tulisannya yang selalunya pedas walau dalam berjenaka. Blog UD sudah sinonim dengan daerah pedalaman Ulu Tembeling, bahkan bloh Hulu Tembeling sendiri tidak dapat menyainginya, apatah lagi blog WZWH yang turut gagal menampilkan diri sebagai suara rakyat pedalaman Ulu Tembeling.

Semalam WZWH kata PRU masih lambat lagi, masih jauh. Eloklah kita semua ahli-ahli UMNO Bahagian dan Cawangan berihat dan tidur-tidur.  Lagipun UMNO / BN akan tetap kekal memerintah. UMNO / BN tidak akan kalah sampai bila-bila. Marilah kita lupakan mengenai PRU itu.

TV3 semalam menyiarkan mengenai pembinaan 2 pondok rehat di Selangor, projek kerajaan PKR berkenaan menelan belanja RM110 Ribu. Selain itu penaikan taraf padang bolasepak bernilai RM8.9. juta. Harga sebiji tandas dikomplek berkenaan mencecah nilai RM400 Ribu.. Wah!! Rasuah dimana-mana. Perkara hampir sama juga berlaku disini, kita akan dedahkan tidak lama lagi. SPU akan terus jadi sensasi dan telus dalam mendedahkan keserongan. Kita tidak peduli sama ada mereka itu pegawai tinggi bahkan ahli yang berhormat. Kita perjuangkan kebenaran dan hak kita sebagai rakyat.

Saturday, November 27, 2010

PERJUANGAN



Sewaktu posting ini dibuat, blog uRag dRrulug masih belum publish posting terbarunya. Begitu juga dengan blog Hulu Tembeling. Harap mereka akan menulis nanti untuk kita mendapat maklumat dan berita terkini mengenai daerah kita sendiri.

Blog WZWH, mengisahkan industri tokek. Elok jugalah dibaca kerana hanya satu-satu inilah buah fikirannya yang boleh diketengahkan selama beliau berblog. Boleh diketengahkan bukan bermakna boleh dilaksanakan. Sekurang-kurangnya projek WZWH ini  nanti tidak akan memberi impak besar kepada alam semulajadi dan keselamatan jiwa penduduk sekitar Lembah Tembeling.

Walau apapun, Pilihanraya Umum semakin hampir, apakah kita semua sudah bersiap sedia untuk itu? Jangan nanti kita jadi Pak Kadok, 'ayam menang kampong tergadai' Kepada yang berjuang selamat berjuang, dengan sesungguh hati, jika merasa sudah kurang upaya, lepaskanlah jawatan dan tanggungjawab itu kepada orang lain yang akan lebih gigih berjuang.

Di daerah ini, nampaknya tiada siapa yang peduli mengenai perjuangan parti, mereka lebih peduli pada perjuangan untuk kepentingan peribadi dan perjuangan untuk membantu kroni. Khabarnya, Pakatan Rakyat sudah sibuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara kecil-kecilan, terbaru di Damak. Rupanya berjuang untuk merebut sesuatu lebih bersemangat dari berjuang hanya untuk mempertahankan apa yang kita telah ada. Jangan terkejut jika selepas ini BN akan jadi pembangkang!

.

Thursday, November 25, 2010

NAK KATA APA?

1. Blog Hulu Tembeling mengulas isu rasuah. Memang susah untuk mernghapuskannya sama sekali, melainkan kita benar-benar menghayati pegangan agama Islam dengan cara yang sewajarnya. Islam bukan memadai dengan melakukan ibadah secara fizikal, tetapi lebih lagi, dengan menghayati dan menjiwainya dengan melakukan segala apa yang disuruh dan menghindari segala yang ditegah.

Blog uRag dRrulug masih belum menulis (posting baru) sehingga waktu ini. Blog-blog lain Jerantut menulis tentang perkara nasional dan antarabangsa. WZWH telah pergi ke Korea atas arahan PM untuk mendapatkan maklumat mengenai serangan Korea Utara terhadap Korea Selatan (agaknya lah). Manakala blogger Laksamana Jebat, selaku AJK UMNO Bahagian yang paling terkehadapan dalam dunia IT maka beliau diarahkan oleh TPM (agaknya jugalah) untuk ke Kelantan, membuat siasatan dan kajian mengenai politik negeri Kelantan.

Blog-blog bebas dan pro pembangkang namoaknya sudah mati kutu dan tidak ada isu untuk ditulis. Sahabat saya N9 pun dah lama tak menulis, mungkin kerana talian internetnya disabotaj oleh kerajaan (?) agaknya lah! Hehe. Blogger P081 juga sudah menghilangkan diri. Beliau masih malu-malu untuk perkenalkan wajahnya setiap kali diadakan perjumpaan dengan enggan menghadiri diri.

2. Saya hari ini pun tidak apa yang hendak ditulis. Mungkin hanya sedikit nasihat kepada semua; bersedialah untuk hadapi PRU13 yang sebenarnya semakin hampir. Mungkin dengan membaca disini akan dapat memberikan sedikit panduan bagi persediaan menghadapi PRU itu nanti.

Wednesday, November 24, 2010

RASUAH 'SATU' MALAYSIA, APAKAH SUDAH MAMPU DIBENTERAS?

Ini bukan rasuah, ini sedekah, halal! 
Selain duit, bur** juga boleh dijadikan sedekah yang halal (?)
Hai! Dunia...dunia!


1. Kita dah sampai ke penghujung tahun. Elok sekali sekala kita melihat semula kebelakang setakat mana pencapaian kita selama ini.

2. Kerajaan 'kunun'nya berusaha keras untuk menghapuskan rasuah, setakat tmaka kejayaannya? Diperingkat bawahan ianya masih berlaku dana masih belum ada tindak tegas serta usaha-usaha untuk menghentikannya atau mengurangkannya. Rasuah bukan saja berlaku dalam parti politik 'UMNO' bahkan juga dilakukan oleh orang 'UMNO' dalam sistem pentadibran kerajaan yang ada sekarang ini. Diperingkat menteri-menteri, apakah rasuah sudah dapat dihalang? Siapa yang dapat menjawab serta mampu membuat penilaian ini?

3. Blog uRag dRrulug menulis tentang rasuah dan pengkelasan kontraktor kelas F kepada 4 lagi gred iaitu A - D. Apakah ini dasar baru yang diamalkan oleh kerajaan 'SATU Malaysia'? Atau hanya dasar baru ciptaan orang tertentu di bandar berkenaan (bukan Jerantut)

4. Blog lain Jerantut tidak ada posting mengenai kawasan setempat. Masing-masing lebih berminat membicarakan soal nasional dan ingin bersaing dengan blogger-blogger ternama dan tersohor. Mereka ingin jadi yang ternama juga agaknya. Mereka perjuanhgkan siapa dan mereka menulis untuk apa?

Tuesday, November 23, 2010

KABINET TIDAK DIROMBAK,SEDIA HADAPI PRU13



1. Tiada ada berita setempat dari blog Jerantut. WZWH sibuk memantau harimau didalam hutan dan sedang menjalankan kempen Selamatkan Harimau, cuma jangan lupa bahawa PRU13 sudah hampir. Jangan nanti orang lain sibuk kempen Undilah UMNO/BN awak sibuk kempen dan sedang membilang harimau dihutan.

2. Berita di radio awal pagi tadi menyatakan DS Najib mengumumkan bahawa tiada ura-ura untuk mengadakan rombakan kabinet. SPU melihat itu sebagai petanda bahawa PRU13 semakin hampir, kerana apalah gunanya merombak kabinet kerana kabinet itu juga akan terbubar sendiri apabila diadakan PRU. (klik sini)

UMNO/BN disemua peringkat haruslah mempersiapkan jenteranya untuk sanggup menghadapi PRU pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang menghadapi krisis dalaman parti, namun ini bukan bererta bahawa UMNO/BN akan mendapat menang mudah dalam PRU akan datang. Harus diingat bahawa politik bukanlah matematik; ahli keluar PKR bukan bermakna mereka akan masuk UMNO/BN dan menyokong serta mengundi UMNO.BN. Kemungkinan golongan ini hanya akan memulaukan PRU dan memencilkan diri. Justru kemenangan kita adalah diatas kekuatan kita sendiri dan bukan dengan berharap kepada kelemahan orang lain.

Pemimpin UMNO/BN diseluruh peringkat mesti mampu memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar berjuang untuk membela rakyat. Jika tidak, PRU13 akan menjatuhkan hukuman berat kepada UMNO dan bangsa Melayu khususnya.

3. Kali ini, kerajaan khususnya UMNO diharap jangan lagi silap tafsir terhadap peranan blogger sebagai pemain penting dalam media alternatif. Pemimpin UMNO/BN juga harus benar-benar menjuarai rakyat dan menjuarai media sosial bagi merapatkan diri dengan rakyat dalam era IT. Kegagalan mendapat majoriti 2/3 dahulu adalah kegagalan pemimpin dalam mentafsir peranan media sosial dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Ada juga pemimpin yang dijatuhkan dengan peranan media sosial, dan tetap ada juga yang akan dijatuhkan dengan cara sama nanti.

Monday, November 22, 2010

JERANTUT - MENGHADAPI PERUBAHAN

Bandar kita yang masih kotor


1. Selamat pulang! Demikian ucapan sambutan dari ramai blogger Jerantut kepada wakil rakyatnya yang dikhabarkan baru saja kembali dari menunaikan ibadah haji di Kota Makkah Al-Mukkaramah.

Blog Laksmana Jebat dan uRag dRrulug mengalu-alukannya pulang ka tanah air dan mengucapkan selamat meneruskan perjuangan dalam membela agama, bangsa dan negara, khususnya membela kehidupan rakyat jelatan khususnya yang berada di DUN Tahan dimana beliau menjadi wakil rakyatnya. Blog WZWH yang awal sekali menyambut kepulangannya. Bahkan sedar akan keinsafan seseorang insan lain disisi Allah. Sungguh makrifatnya beliau yang mampu melihat jauh kedalam jiwa insan lain.

2. Sementara blog Sembang Kedai Kopi dan Hulu Tembeling masih berkisahkan berkenaan pembangunan. Jalan ke Taman Negara yang gelap dan berbahaya pada waktu malam dan masih boleh dipertingkatkan selaras dengan pembangunan negara serta keperluan terutama bagi para pelancong. Jalan-jalan sekitar bandar Jerantut juga diberitakan dalam kegelapan entah kerana apa. Jem,batan di Jerantut Feri juga perlu di'cerahkan' pada malam hati, selain dari soal keselamatan ia juga akan mampu memberikan imej Jerantut Bandar Pelancongan, bersih dan ceria.

3. Masih banyak yang orang-orang politik dan penjawat awam Jerantut perlu lakukan. Kerana pada dasarnya kita masih berada jauh dibelakang berbanding bandar-bandar lain jika dilihat dari segi kemajuan pembangunannya. Mungkin cadangan-cadangan WZWH tentang pembangunan bandar Jerantut itu 'mesti' dilakukan kesemuanya, supaya Jerantut akan berubah secara drastik. Soalan lain adalah; apakah kita penduduk Jerantut sudah bersedia untuk perubahan sebesar itu? Sedangkan untuk menjaga kebersihan bandar sendiri kita masih belum mampu. Bandar Jerantut masih boleh kekal dengan gelaran ' Bandar Bunga Sampah'.

4. Jerantut bukan saja perlu berubah dari segi fizikalnya, tetapi pemikiran rakyatnya juga harus lebih dahulu diubah dan berubah untuk mampu menerima perubahan yang akan memacu pembangunan bandar kearah bandar morden dan bersih. Pemimpin politik dan penjawat awam harus berkerjasama bagi mencapai hasrat ini. Kerenah birokrasi mesti dihapuskan ataupun diminimumkan. Korupsi juga perlu dihapuskan terlebih dahulu, jika tidak maka selagi itu kita tidak akan mampu berubah dengan pantas seperti yang diingini.

Sunday, November 21, 2010

MENGANGKAT MARTABAT ANAK PEDALAMAN



Semalam uRag dRrulug menulis tentang Hikayat Unta, Lamma, Lembu dan Khinzir. (klik sini) Menyindir seseorang lah agaknya tu, tapi dia tak tulis nama siapa dan dimana kisah itu berlaku secara khusus. Oleh itu kita tidak bolehlah mengandaikan ianya satu perbuatan untuk menyalahkan seseorang, melainkan seseorang yang melakukan sesuatu dan terasa diatas perbuatannya.

Kerana itu jugalah WZWH 'marah' dan menulis mengenai 'Blog Assassin' Jerantut. SPU pasti di tidak marahkan SPU kerana 'kas tak campor',...'asal kas campor'....!! Memang kebelakangan ini SPU tidak memberi pandangan selain dari mengangkat saja pendapat dari tulisan sesiapa yang SPU rasa layak untuk dibaca ataupun tulisan yang menarik pada pandangan SPU.

SPU tak kisah kalau WZWH bertujuan nak menaikan ratingnya ataupun apa, itu hak dia peribadi. Cuma mungkin 'marah' nya itu akan membuatkan orang lebih tidak menyukai dia. Pembacanya juga sudah semakin meninggalkannya kerana; 1) Kebanyakan posting hanya 'Copy and Paste',  2) Sikap Ego dan membangga dirinya jelas disetiap posting,  3) Isu yang dibawa hanya layak untuk perbincangan pada taraf menteri-menteri atau wakil-wakil kerajaan diperingkat antarabangsa,  4) Terasa terlalu bombastik...tidak realsitik....plastik....(pandangan peribadi SPU) ..bagaimanapun, itu adalah WZWH..itulah dirinya dan SPU hormatinya apa dan bagaimanapun  dia kerana beliau bebas menulis dan menjadi apa yang beliau inginkan.

Blog 'Sri Tri Buana' menyimpang dari kelazimannya kali ini apabila menulis mengenai Ulu Tembeling. (klik sini) 
STB antara blogger terawal dan ternama di Pahang dan dalam ranking yang tertinggi. Yang dikisahkan adalah sebuah catatan kenangan....nolstagia...kehidupan didaerah pedalaman yang perlukan pembangunan dalam kadar segera. Benar, STB mengisahkan bahawa DUN Tahan pernah dirampas oleh Pas suatu ketika dulu, dan ini tidak mustahil akan berlulang lagi jika pemimpin tidak dapat menyingkap hasrat dan keinginan penduduk di daerah pedalaman ini. Kerajaan, pemimpin dan khususnya wakil rakyat mesti lebih berhati-hati dan telus dalam berurusan dengan mereka supaya tidak menimbulkan rasa tidak puashati mereka.

BlogUrag dRrulug memang unik. (sini) walaupun hanya blog picisan tetapi ianya adalah wadah perjuangan anak pedalaman, suara anak-anak pedalaman khususnya di Ulu Tembeling. UD menulis apa yang ingin disuarakan. Bukan populariti yang dicari, bukan rating yang dikejar. Menulis bukan kerana nama tetapi dengan keikhlasan. Semakin ramai pembaca yang membaca dan mengikuti blog berkenaan dari masa ke semasa keran keunikan blog berkenaan. Yang lebih penting adalah, UD berusaha mengangkat martabat Ulu Tembeling ke peringkat antarabangsa, tanpa rasa malu dan rendah diri sebagai penduduk di hulu dan pedalaman. Tidak ada rasa malu atas bahasa pertuturan yang digunakan oleh nenek moyang. Jika selama ini, ramai anak-anak kelahiran pesisir Sungai Tembeling merasa malu untuk mengakui mereka orang di ulu, tetapi kini, UD membuat kita semua berasa bangga kerana kita juga berhak ke atas dunia yang kita diami ini.

Malangnya hari ini, sehingga kini UD masih belum ada posting terbaru. Saya masih menunggu.......

Saturday, November 20, 2010

BLOGGER - MENULIS KERANA APA?




Pagi ini SPU tersengih-sengih kerana membaca posting di blog uRag dRrulug yang menyindir seseorang. Itu berkenaan sedekah unta yang akhirnya bertukar menjadi lembu. Menurut laman facebook, perkara sama berlaku juga di Lancang. Mungkin yang memberi janji tu dari species yang sama atau jangan kita bersangka buruk, mungkin ada sesuatu yang menghalang janji untuk ditunaikan - wallahualam!

Blog Hulu Tembeling menulis mengenai pemguatkuasaan Majlis Daerah Jerantut yang akan menyita bangunan yang tidak menjelaskan cukai pintu yang tertunggak sejak sekian lama.

WZWH bercerita tentang sejarah Paya Kangsa dan Kota Gelanggi (klik sini) lewat postingnya pada jam 1:52AM. Semalam WZWH menghantar 5 posting, masing-masing pada jam; 9:23AM, 12:52PM, 5:04PM, 11:08PM dan 11:26PM. Entah mengapa terjadi demikian, namun yang pasti beliau nampak keresahan mungkin kerana visitornya pada waktu itu hanya 50 orang lebih sahaja.

Soalnya apakah beliau menulis kerana mengejar rating? Menulis kerana ingin mendapat ramai pembaca? Walaupun kebanyakan posting beliau adalah 'copy and paste' sahaja, namun jika beliau menghantar posting sedemikian banyak akan membuatkan pembaca tidak sempat mencerna tulisannya dan tidak sempat untuk memberikan komen. Saya berpendapat era menulis untuk mencari rating sudah berlalu, penulis blog sepatutnya menulis dengan cara yang lebih berhemah serta bersifat ilmiah. Penulisan haruslah datang dari dalam hati sendiri dan menulis dengan menyuarakan apa yang ada dalam hati kita.

Dari segi rating, popular sangatkah blog Tun Dr. Mahathir dan Ridhuan Tee berbanding blog-blog pencacai politik? Namun tulisan mereka sangat berkualiti, bermakna, menyatakan pendapat mereka sendiri dan akan tetap relevan walaupun dibacai bertahun-tahun selepas ini.

Saya berpendapat, terlalu banyak menghantar posting juga telah menyebabkan kualiti tulisan WZWH menurun dan semakin ramai yang sudah enggan membaca tulisannya lagi. Apalah ertinya menulis jika tidak dibaca? dan apakah kebangaannya jika tulisan kita dibaca oleh mereka yang hanya sekadar suka membaca semata-mata? Ingat! Ingat! Ingat! Yang popular bukan bererti yang terbaik dan yang terbaik bukan bererti akan popular. Jadilah diri kita sendiri!

Friday, November 19, 2010

PERUNTUKAN JEMBATAN GANTUNG KUALA TAHAN HILANG?

Gambar hiasan: Ini salah satu jembatan gantung di Taman Rimba Kenong

Semalam blog uRag dRrulug membawa idea / cadangan pembinaan laluan keretapi MRT dari KL ke Temerloh. Satu idea lama yang tak kesampaian sehingga kini. Namun jika jadi kenyataan, laluan ini tentu menarik sebagai laluan pelancongan kerana melalui kawasan 'hutan diptrokarp bukit' di sekitar Genting Highland.

Blog WZWH seperti biasa terpaksa menjawab tohmahan dari blog-blog Hulu Tembeling   dan   Sembang Kedai Kopi  berkenaan isu kema perginya peruntukan Jembatan Gantung di Kuala Tahan yang dicadangkan dulu? Jika perhalusi dan mambaca dengan betul-betul, akan timbul keraguan dari jawapan yang diberikan oleh WZWH itu. Jika benar, maka pemimpin UMNO masih belum mampu majaga kebersihan diri mereka masing-masing, demikian imej pemimpin UMNO kepada rakyat.

Mampukah dengan imej begini kita menghadapi PRU13 nanti? Masalahnya, bukan hanya di Jerantut, Temerloh dan Bentong saja. Malahan Pahang dan negeri-negeri lain di Malaysia ini, imej sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO belum benar-benar bersih. Itu bukan pendapat saya bersendirian tetapi pendapat sebilangan besar rakyat.

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA



Salam,

Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca setia blog Suara Prihatin UMNO Jerantut. Sokongan semua pihak selama ini telah sedikit sebanyak merangsang keinginan berblog tetap diteruskan. Mengambil ikhtibar dari sejarah Islam masa lalu, untuk segalanya harus ada pengorbanan. Kerana itu perjuangan ini juga perlukan pengorbanan yang tulus dan suci.

Blog-blog di Jerantut hari ini masih dalam bersuasana raya dan bercuti, jadi tidak hairan kebanyakannya tidak update blog masing-masing. Yang ada pun seperti biasa seakan ketandusan isu daerah dan setempat justru meulis tentang isu nasional dan antarabangsa yang kaitannya dengan kita sangat sedikit secara langsungnya.

Blog Sembang Kedai Kopi menulis mengenai eko-pelancongan dan mempersoalkan pembangunan pelancongan di Kuala Tahan. Isu tanah pemuda di Kuala Tahan yang dijanjikan oleh Wakil Rakyat juga dibangkitkan. Ketua kampong hanya berdiam diri dan bersembunyi sambil sesekali menonton X-DVD.

Nampaknya banyaklah tugas yang perlu diuruskan oleh Wakil Rakyat bagi membetulkan segala permasalahan dan janji manis yang belum ditunaikan dulu. Atau mungkin bolehlah bersedia untuk tidak dicalonkan atau tidak akan mendapat undi dalam PRU akan datang jikalau masih dicalonkan lagi.

Blog pembangkang (Pas) menulis berkenaan Bersyukur dan Berkorban seperti yang dinyatakan oleh PM dan TPM, dengan ulasan dari sudut pemikiran sempit mereka. (Pulau Tawar) Mengenai Pas Jerantut, apa yang saya dengan kebelakangan ini, ramai ahli Pas sendiri yang sudah kurang minat terhadap calon Parlimen dahul dan meminta calon lain yang dari anak tempatan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Entahlah, itu masalah dalaman Pas, kita tak campor.

Tuesday, November 16, 2010

GANDAMAS DAN PEMBANGUNAN LEMBAH TEMBELING




Tidak banyak berita setempat dari blog-blog Jerantut hari ini. Blog WZWH mengisahkan tentang industri ternakan Burung Walit bagi lembah Tembeling. Itu pernah dicadangkan oleh blog uRag dRrulug secara sindiran tidak berapa lama dulu.

Selain itu, masih hangat dibincangkan dikadai-kedai kopi mengenai pembangunan bandar Jerantut yang melibatkan sebuah syarikat Gandamas. Seperti saya maklumkan sebelum ini bahawa ada blog yang dengan berani menulis surat terbuka kepada Menteri Besar Pahang dengan salinan kepada Perdana Menteri minta projek berkenaan dikaji semula.

Kemungkinan campurtangan MB dan beberapa orang politik tempatan dalam skandal ini jelas. Ada pihak yang mendapat faedah peribadi disini dan malangnya khazanah bangsa Melayu digadaikan. Saya pasti ini tidak akan berakhir disini dan begini saja, akan ada tindakan susulan nanti.

Monday, November 15, 2010

NAMEWEE SHOW DI KUANTAN, APA TINDAKAN UMNO PAHANG?


Si Rasis yang kurang ajar ini, patutkah diberi muka? 
Apa tindakan UMNO Pahang? Cakap bisik-bisik - hanya dalam kelabu!

Seorang sahabat blogger memaklumkan bahawa Namewee akan buat show di Valencia Club, Jalan Tun Ismail berhadapan MegaMall, Kuantan pada 20.11.2010 jam 10 Malam. Beliau meminta rakan-rakan mendesak pihak bertanggumgjawab membatalkan show tersebut. (Sumber blog Taiping Mali)

Rakan blogger di Kuantan, apa kah tindakan anda? Ada beranikan? Si Small Talk cakap je besar tapi dia dilahirkan sebagai penakut. Tentu tidak akan ada apa-apa tindakan yang diambilnya juga oleh MB Pahang. Mungkin sebab tak dapat %, agaknya.







bv

Sunday, November 14, 2010

PM, DENGANLAH SUARA BANTAHAN JERANTUT

Pemandangan sebahagian Jerantut dari udara.



Kali ini MuaraSat menulis surat terbuka kepad MB Pahang yang digambarkan sedang berusaha mengikis segala apa yang ada sebelum meninggalkan kerusi empoknya. (Saya salinkan sepenuhnya posting berkenaan).  Blog WZWH juga menulis isu sama dengan mengulas 'surat terbuka' berkenaan dengan tajuk 'Projek Pembangunan Bandar Jerantut - Grandmas Affair'

Kita berharap pihak kerajaan tidak memandang ringan isu berkenaan. Kita juga berharap PM juga mendengar rintihan anak-anak Melayu Jerantut ini. Jangan kecewakan hati kami dan kami tidak teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang akan mengecewakan kerajaan dalam PRU 13 nanti jika kami dikecewakan. Kami memperjuangkan bangsa dan tanahair kami yang kami duduki selama ini. Biarlah Jerantut tidak membangun dari ianya dibangunkan dan hanya menguntungkan orang asing. (Pohon sahabat-sahabat blogger sebarkan isu ini)




KEPADA YAB DATO SERI DIRAJA HAJI ADNAN YAAKOB
MENTERI BESAR PAHANG
WISMA SRIS PAHANG
25502 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Salamu alaikum Dato' seri

PEROJEK PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENGSWASTAAN.

Terlebih dahulu kami mendoakan agar YAB Dato' Seri sihat sejahtera hendaknya.

Kami difahamkan projek diatas, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut yang didalamnya terdapat stesen bas lama, pasar lama, dataran majlis, kawasan pasar malam sekitar pasar,  tanah tapak ekspo dekat Tok Kong China dan lain-lain sekitarnya.

2. Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari  Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali.   Dibelakang Goh Seng Kam ada seorang wakil Rakyat dan dibelakang dibelakang Dato Haji Rosdi dan Rahmat juga ada seorang wakil rakyat.  Ketiga-tiga mereka adalah proksi sahaja.

3.  Kami dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut.  65%  seorang China dan 35% seorang melayu. 

            ISU YANG TIMBUL

Kami juga diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya setesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan kebawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang  supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan ditempat lama.

Dataran Jerantut dihadapan  bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang, merupakan pusat aktiviti sosial dalam bandar seperti tempat berhimpun malam kemerdekaan, hari kemerdekaan, persembahan kebudayaan, aktiviti golongan muda/belia serta pentas ceramah-ceramah agama dan pasar ramadhan setahun sekali akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.

Rakyat Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran ditempat itu nanti jika diteruskan.

(3).  Setesen Bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah hentian bas.  Tingkat  dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan direban sekali disitu. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu.Nanti kalau mahu lihat melayu hanya pergi jenguk keperhentian Bas. Ini semua rancangan Dato' Lau Lee yang anti melayu itu mengikut pegawai-pegawai majlis daerah.

(4) Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina tiga dan empat tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas. Berdasarkan bandar baru Indera pura dan bangunan yang dibina atas tapak taman dibandar baru sekarang, orang melayu tidak mampu membeli kerana harga 600,000 ketas sebuah kedai dua tingkat.

                         KESAN.

Pemilikan harta melayu dibandar Jerantut peratusannya sangat kecil hanya boleh tahan dari Pulau Pinang. Orang Melayu tidak mampu membeli harta tersebut.  Pada satu ketika dahulu  PKNP di ikuti oleh IKIP telah membina bangunan, orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang masih tinggal pada orang melayu.

Kami telah bertanya kepada UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan diPejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut mengapa dibenarkan jadi begini ?. Mereka kata mereka tidak ada kuasa. Kuasa melulus adalah kuasa MB dan Exco sahaja buat keputusan.

Sekarang kami ingin tanya YAB Dato' Seri, apa rasionalnya kerajaan negeri meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama ?. Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti melayu tenggelam dalam hutan batu bukan milik mereka. Sedangkan melayu hanya mampu mendirikan khemah-kemah dicelah bangunan tersebut dan dijadikan anjing oleh majlis bandaran dikejar dan diburu walaupun untuk kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?.

Apakah Kerajaan negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain hingga tidak bersela ?.   BACA SINI.  Apakah kerajaan negeri mahu?. Tidak kah kerajaan terfikir untuk menjaga masa depan melayu dan generasi akan datang hingga tidak dapat bertenang dan tidak cukup tanah untuk dibangunkan sekarang?. Mahukah Dato' Seri menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan, majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?.

Pepatah Hang Tuah melayu tak hilang didunia boleh dipakai kah sekarang?. Kami tidak menyalahkan YAB Dato' Seri dalam hal ini. Mustahil YAB Dato' Seri tahu semua kerana banyak perkara besar yang mustahak difikirkan.  Tetapi kami percaya 'kertas cantik' sampai kemeja Dato' Seri hingga Dato' Seri minat untuk meluluskannya.

Dato' Seri,  ada moral disebalik kertas cantik itu. Sekarang orang jerantut sudah mula bercakap 'soal main cantik buat duit' mereka-mereka yang diamanahkan. Blog ADUN Tahan telah membongkar cerita ini secara terbuka. Dato' Seri baca ke?. Tentu tidak. Dato' Seri tidak minat pada IT. Orang lama tidak minat dengan media baru.

RAYUAN

Adalah lebih baik projek ini ditangguh untuk diteliti lebih dalam dan Dato' Seri mendengar banyak pihak dahulu. Lebih dihormati lagi jika boleh ' batalkan' sahaja. Kerana jika diteruskan perkara ini jadi panjang dan mungkin ada yang terpaksa turun naik kemahkamah dalam usia bersara.

Sekiranya diteruskan juga tanpa mendengar pandangan rakyat, (1) setesen bas hendaklah dikekalkan dilokasi sekarang. (2) Dataran Majlis jangan dimusnahkan. ( 3) tidak mengurung peniaga-peniaga kecil melayu seperti reban ayam daging. Biar mereka berniaga dibanyak lubuk. Gerai-gerai harus menjadi sumbangan syarikat itu.  (4) kedai-kedai yang diluluskan bangunannya jangan lebih dari dua tingkat untuk memberi peluang mampubeli orang melayu. (5) pembangunan mengikut fasa-fasa dalam tempuh tidak kurang 10 tahun.

Sebaik-baiknya projek ini dibatalkan untuk menyelamatkan mereka  penyamun tarbus ternama diseret. Cina-cina Jerantut sekarang sangat ghairah merebut tanah-tanah dibandar ini. Mereka mohon lulus sebab ada 'pemain cantik' dibelakangnya.

Kami minta maaf kepada Dato' Seri kerana memilih untuk membuat lapuran dan rayuan ini dalam media kerana kami mahu suara kami didengari oleh ramai orang.  Projek  Kami tidak ada ruang untuk bersuara. Kami bukan pemimpin UMNO, Bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil rakyat. Jadi kami jadikan laman ini sebagai dewan mulia bagi kami. Isu projek silangBACA SINI

Diatas keprihatinan YAB Dato Sri  kami ucapkan terima kasih. Wassalam

Sekian.


        tt

anak jati jerantut

sk
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

melalui SU Akhbar PM
( baca dan sampaikan kepada PM}



Saturday, November 13, 2010

UMNO MENJUARAI MEDIA SOSIAL?

UMNO - AJK Bahagian Goblok? (kecuali cg pian)
Ketua Pemuda Goblok? (tak! dia dah ada blog) Ketua Wanita dan Puteri juga goblok?


1. Sewaktu posting ini ditulis, bogger di liga blog Jerantut tiada yang menulis mengenai isu setempat. WZWH menulis mengenai isu minyak, Laksamana Jebat mengenai rusuhan pelajar, blog-blog lain masih belum update dan masih dengan isu nasional dan global. Blog uRang dRrulug belum ada posting terbaru sewaktu saya menulis ini.

2. Komen dari seorang blogger:
 Anonymous muarasat said...



blog muarasat hampir tutup kerana masalah kewangan. Minta tolong spu selamatkan muarasat.
November 12, 2010 12:05 PM
Mungkin kita perlu membuka tabung untuk membantu membayar broadband blogger muarasat, atau blogger berkenaan boleh berjumpa dengan ADUN Tahan atau wakil peribadinya WZWH untuk mendapatkan peruntukan dengan menandatangani kontrek sebagai penulis upahan @ blogger pencacai. Malangnya blogger muarasat bukanlah dari 'alor' Tembeling. Kah! kah! kah! Woitt!!!

3. Kemahiran mengunakan internet dikalangan masyarakat perlu ditingkatkan terutama dikalangan ahli-ahli UMNO diperingkat Bahagian seterusnya Cawangan. Mungkin nanti UMNO boleh mengadakan satu kursus asas mengenai multi media yang akan dihadiri oleh semua AJK Bahagian serta Ketua dan Setiausaha Cawangan, Wanita dan Pemuda sekurang-kurangnya bagi tujuan berkenaan.

4. Media Sosial atau apa yang UMNO panggil sebagai Media Baru membawa definasi yang sangat luas. Ianya tidak terhad kepada laman blog semata-mata bahkan mencakupi lebih banyak aplikasi yang tujuannya berkongsi maklumat dengan seluruh komuniti. Antaranya adalah 'Facebook' dan yang seumpama dengannya, 'Fotopage' dan seumpama dengannya, 'Youtube' dan seumpama dengannya. Melainkan Facebook yang berfungsi khusus sebagai ruang sembang, yang lainnya adalah ruang menyimpan maklumat sama ada berupa foto, teks dan video klip. Ianya juga boleh disekat untuk kegunaan sendiri sahaja ataupun bersama sahabat terpilih.

5. PM meminta UMNO menjuarai Media Baru tetapi kebanyakan AJK Bahagian-bahagian masih buta komputer dan buta internet, bagaimanakan harapan ini akan tercapai? Jangan salahkan lantai tinggi rendah jika memang kita yang tidak tahu menari. Ada orang UMNO yang ada Diploma Multimedia tetapi masih 'gelap'! Hehehe!


Update 11.45am:

2 buat blog baru Jerantut telah dikesan, namun masih belum diberikan pautan bagi memastikan kategori penulisannya. SPU akan terus memantau blog berkenaan dan memautkannya di SPU dalam waktu terdekat; blog berkenaan adalah:-
k'Lahiran KoTahan     dan    dari pengor ke bukit bisik

Friday, November 12, 2010

MEMPERJUANGKAN KAMPONG HALAMAN

Disinilah seorang AJK Bahagian dibesarkan


1. Blog WZWH membawa isu Projek Silang di blognya. (Klik sini) Nampaknya WZ sudah kembali ke bumi yang dipijaknya. Jangan selalu memdang langit tanpa melihat rumput dibumi. Jangan lupa dari mana kita datang dari asal serta usul kita. Kita hanya pemimpin dan pejuang kecil. Pimpinlah dah perjuangkanlah kerana dan untuk masyarakat sekeliling kita. Hal-hal negara kita serahkanlah kepada yang besar-besar. Bila WZ dan jadi Menteri Besar nanti barulah WZ fikirkan pula masalah negeri Pahang ini. Jangan lupa SPU boleh jadi Setpol kepada WZ nanti.

2. Laksamana Jebat mengisahkan mengenai Beli Ijazah (Klik sini)  Dia tidak banyak buat ulasan mungkin kerana posting itu hanya sekadar mencari rating diblognya. Tetapi saya lebih tertarik kepada postingnya terhadulu; Felda Berkhidmat Untuk Peneroka. Posting itu nampaknya lebih relevan untuk beliau post berbanding mengenai ijazah. Ada sedikit kajian dibuat sebelum menulis. Bagaimanapun m ungkin nanti beliau boleh melihat dari sudut lain; Memang FELDA tidak mendapat apa-apa dari perkhidmatan yang diberikan tetapi tidakkah ada penyelewengan dari pegawai berkenaan yang membuatkan peneroka kerugian? Sudut itu perlu digarap dengan lebih serius. Bagaimanapun cg pian sudah bertambah baik penulisanya sekarang berbanding dahulu.

3. Blog uRag dRrulug hanya menulis tentang kenangan silamnya saja (Klik sini). Bagaimanapun masih seperti biasa, penuh dengan sindiran. Nampaknya ada orang (AJK dari Kuala Tembeling) yang terpaksa menutup muka kerana malu dan dimalukan.

4. Blog-blog pro Kerajaan lainnya; air yang jernih, karok, muara sat mungkin sudah kehabisan isu? Atau sudah tidak burrppp!  Blog berkecuali seperti P081 juga sudah diam membisu. Blog pro Pembangkang juga sudah kehilangan kata-kata mungkin kerana tamparan Batu Sapi dan Galas dulu.

5. Apapun kepada semua blogger Jerantut, teruskanlah menulis dan selamat menulis.

Thursday, November 11, 2010

YANG HANGAT DI JERANTUT -( WALAU TANPA KARI DAN KUNYIT BERAPI)




1. Dilaman blog, isu mengenai projek silang masih hangat diperkatakan terutama dalam ruangan komen. Blog Hulu Tembeling yang membawa isu tersebut namun tidak menulis siapa yang terlibat. Kita percaya niat ikhlas penulisnya hanya untuk memberitahu perkara sebenar yang berlaku tanpa ingin menyalahkan dan mengaibkan siapa yang terlibat.

Ini komen CnP dari blog WZWH;


Anonymous said...




Anon 11:14,
Kas setuju dengan Anon, mengapa blog SPU, Urang Drrulug, Hulu Tembeling, Cenerong Ular kuat tembak YB Dr. Shukri-isu projek silang dan tanah bandar Jerantut. Adakah dibelakangnya WZWH?

Wednesday, November 10, 2010

YANG LURIK ITU KENDI ......


Ini kendi bukannya saga


Klik untuk mendengar lagu Bukan Kerana Nama



1. Hari ini Sri Tri Buana menulis; 'Antara Mutu dan Komersialism' (Klik sini) Saya memilih mengangkat posting beliau disini bukanlah kerana dia seorang sahabat tetapi kerana isu yang dibawa adalah isu semua pihak, isu universal. Laksamana Jebat menilus tentang Anwar, WZWF menulis tentang politik di Selangor, Karok menulis tentang Zaid Ibrahim. Suara Majlis juga menulis tentang Anwar, tapi tak kisahlah kerana dia mungkin ingin berjuang diperingkat nasional, atau sekadar mencuri pandangan.

2. SPU meskipun sudah bertukar milik namun masih mengekalkan polisi lama, iaitu untuk berjuang dengan rakyat dan masyarakat di Jerantut melalui sumbangan dan pandangan di media sosial. Justru itu jugalah, pautan di blog SPU lebih mengutamakan blog-blog kecil @ picisan di Jerantut tanpa mengira fahaman politik dann perbezaan pendapat.

3. SPU juga lebih menumpukan kepada isu-isu sekitar masyarakat Jerantut. Bagaimanapun sekali sekala, kadang-kadang, jarang-jarang ada juga menulis isu-isu luar dan nasional, kerana alasan tertentu umpamanya bersama menyokong pihak tertentu dalam PRK dan sebagainya. Itu dikira wajar atas alasan kecenderungan semasa.

4. SPU menulis bukan kerana nama! SPU menulis apa yang ingin disampaikan kepada pembaca khususnya komuniti Jerantut. SPU bukan mengejar populariti. Kerana itulah SPU tidak menulis isu hangat peringkat nasional untuk meraih simpati dan mencuri populariti. SPU berpendapat bahawa perjuangan bermakna adalah memperjuangkan hasrat masyarakat sekitar kita.

5. Blogger popular itu pun bukan semestinya berkualiti. Parpukari yang tulisannya penuh dengan cacimaki bukanlah tulisan yang bersifat imliah, namun ianya popular. Kerana itu kita mesti pandai bezakan antara yang popular dan yang berkualiti. Bagus sangatkah tulisan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub yang hanya dipenuhi dengan ketawa sindiriannya; Kah! Kah! Kah! itu? Tetapi mereka berdua ini masih antara yang popular masa kini. Mungkin apabila pembaca dari generasi akan datang menguasai media sosial nama mereka akan hilang dari sebutan kerana sudah tidak relevan lagi. Kerana mereka bukanlah penulis yang berkualiti! (Maaf, ini pandangan peribadi saya)

6. Justru, saya bukan menyeru tetapi memohon supaya kita semua kembali kepada asas dan landasan perjuangan kita, untuk menulis isu semasa yang berlegar sekeliling kita sambil mendekatkan diri kita dengan masyarakat setempat. Kita sahut saranan PM: Menjuarai Rakyat dengan menjuarai media sosial. SPU ingin menjuarai rakyat dan masyarakat Jerantut dengan menerajui media sosial Jerantut, apa pun ini bukanlah kerana nama, kerana itulah SPU berselindung sebagai insan tidak bernama. Apa ada pada nama? dan SPU menulis bukan kerana nama!

7. SPU mula menulis sejak awal lagi dan antara blogger Jerantut yang terawal bersama blogger Braveheart. (Klik sini) yang mungkin semangatnya sudah sedikit luntur kerana sudah jarang menulis. SPU bertindak mempromosikan blog-blog picisan lainnya di pautan SPU dan menjadi sebagai sebuah blog Aggregator untuk blog-blog Jerantut. Walaupun tiada penghargaan dari sesiapa namun usaha ini tetap diteruskan, bukan untuk generasi hari ini tetapi untuk generasi masa depan. SPU bukanlah blog resmi UMNO Jerantut dan bahkan UMNO Jerantut juga tidak pernah menghargai SPU selayaknya, namun perjuang akan tatap diteruskan. Mungkin dalam kekecewaan itu ada kebaikkannya!

8. SPU menghargai blog uRang dRrulug kerana usahanya mengangkat martabat daerah pedalaman Ulu Tembeling. Ini sudah diikuti oleh blog Hulu Tembeling   dan terbaru ada sebuah blog yang baru melangkah ke dunia blog  ~ k'Lahiran KoTahan ~ yang masih awal bagi kita membuat penilaian.

8. Biarkanlah masyarakat menilai baik buruknya kita kerana "yang lurik itu kendi yang merah itu saga yang molek itu budi yang indah itu bahasa".




Nota:
Mana-mana blog yang ingin dilinkkan dalam pautan di SPU sila membuat permohonan sama ada melalui ruangan komen ataupun email. Segalanya akan dipertimbangkan sewajarnya.

Tuesday, November 9, 2010

PEMIMPIN TIDAK SERIUS BANGUNKAN RAKYAT

Pembangunan Jerantut dari kacamata WZWH 
yang akan jadi kenyataan jika dipastikan bersungguh-sungguh


Saya membaca posting saudara saya diblognya HuLu TeMbEliNg. Beliau membantah beberapa tindakan dan keputusan pemimpin dan pihak berkuasa yang ternyata merugikan rakyat terutamanya bangsa Melayu. Beliau menyebut tentang beberapa pengubahsuaian serta projek silang yang menguntungkan hanya kepada pihak tertentu saja. Teguran ini ada asasnya. SPU juga sedang mengumpul maklumat untuk 'menelanjangi' kes ini supaya rakyat tahu bahawa pemimpijn kita serta penjawat awam adalah makhluk perosak kepada pembangunan negara.

Kita tau ada beberapa yang berhormat yang kerap disebut namanya kerana membantu pihak tertentu dengan mendapat faedah dan habuan untuk mereka. Bukankah ini pengkhianatan namanya? Saya sangat hargai usaha saudara blogger Cenerung Ular membongkar kisah-kisah sebegini. Kita akan bersama menyebarkannya nanti di laman-lama sosial blog dan facebook supaya rakyat akan tahu bahawa diatas sana pemimpin berusaha untuk kepentingan diri mereka dan tidak pedulikan apa akan jadi kepada nasib rakyat marhaen seperti kita.

Blogger kampong, uRag dRrulug nampaknya juga sudah lebih berlembut dan ingin berdamai dan mengajak bersatu bersama WZWH dalam membela daerah pedalaman Ulu Tembeling. Bagaimanapun soal siapa jadi ketua itu janganlah dipersoalkan sangat. Mungkin SPU yang lebih senior boleh jadi ketua atau pun blogger Beranikan Hati jika beliau sudi bersama-sama kita nanti.

Mari kita bersama-sama dan jadikan membangunkan daerah pedalaman sebagai keutamaan perjuangan kita. Blogger Sri Tri Buana juga pasti akan bersama kita nanti. Kita sudah ada kekuatan. Kita sudah ada jenteranya, hanya kita perlu bersatu dan memusatkan arahtuju kita - pembangunan daerah pedalaman. Baca juga sini.

Monday, November 8, 2010

DARI BLOG PATPATSIKULIPAT

Pintu Resthouse ini membayangkan betapa mewah dan megahnya mercutanda bandar Jerantut ini


1. Blog patpatsikulipat gembira kononnya menang kerana Resthouse diputuskan dengan paksa dikembalikan kepada MDJ.

2. Dengar khabar segala hutang tertunggak penyewa akan dilupuskan begitu saja! - (?)

3. Bagaimanapula dengan duit yang dibelanjakan oleh Masmira bagi baikpulih?

4. Betulkah ada peguambela yang membantu penyewa 'semasa' bagi memenangkan kes di mahkamah? (Sungguh tidak bermoral kerana sudah nyata dan pasti orang salah tetap dibela untuk dimenangkan? Hukum Allah ingin diabaikan?)

5. Masmira patut diberikan peluang menguruskan Resthouse selama tempoh tertentu sabagai membayar balik modal yang dilaburkannya, jika ia mahu.

6. atau, kekalkanlah keadaan sekarang ini sehingga di tiup Sengkakala

Friday, November 5, 2010

SELEPAS PAS TEWAS DI GALAS, HARAKAH DAILY BERUBAH WAJAH



Baca betul-betul. Ini bukan Harakah Daily tetapi ini adalah akhbar terbaru terbitan dari mereka yang tidak menyokong Pas dan han gat diperbincangkan di laman Facebook.

Harukah daily, Suara Kesesatan Rakyat Malaysia. Telefon Nombor: 03-xxxxxxxx  FUCK Nombor: 03-xxxxxx. Gambar Nik Aziz pun sudah tergolek. Pas dan Pakatan Rakyat sudah musnah. Anak-anak muda sudah kembali menyokong kerajaan dan percaya kepada DS Najib. Alhamdulillah!

Wednesday, November 3, 2010

GALAS - NIK AZIZ MENGAKU MERASUAH

Nik Aziz sedang menghalalkan apa yang diharamkan kepada UMNO oleh Pas selama ini



Sudah Terang dan nyata


Niat Nik Aziz adalah untuk memberi kemenangan kepada calon BN, dan dibelakang ahli Pas Nik Aizi meminta rakyat GALAS mengundi BN kerana Nik Aziz sudah insaf.

Tuesday, November 2, 2010

RASUAH PAS ADALAH SEDEKAH ATAU HADIAH



Allah membalas apa yang kita lakukan di dunia ini. Dulu Pas menuduh UMNO merasuah, kini rakyat sedar dan nampak jelas bahawa Pas juga melakukan rasuah walaupun mereka panggil ini sebagai hadiah ataupu sedekah.

Bak kata (Ulamak) DUN Tahan di facebook beliau, 3 golongan yang akan disoal diakhirat kelak; Pemimpin, Hartawan dan Ulamak. Saya tidak dapat mengulasnya kerana beliau juga tidak megulasnya di facebook beliau maksud yang ingin disampaikannya.

Monday, November 1, 2010

NIK AZIZ DIJATUHKAN MARUAHNYA DI GALAS.


Mu tau ko? Nik Aziz tu memang bengong!!


Sepanjang kempen PRK DUN Galas, Pas kelitahan ketandusan isu dan kehilangan sokongan. Golongan muda sudah menolak politik songsang Pas. Golongan tua pula sudah bosan dan hilang kepercayaan. Calon dan pemimpin Pas semakin banyak mendedahkan keburukan mereka. Mereka juga sudah terdesak sehingga ingin merasuah pengundi dengan RM250.00 untuk menarik mereka balik ke Galas dan mengundi. Bagaimanapun seperti biasa, jika mereka yang lakukan ini sudah tentu dihalalkan oleh agama Islam mereka tapi jika perkara sama dilakukan oleh UMNO sudah tentu Islam mereka mengatanaknya haram.

Pas tetap HARAMJADAH, dulu, kini dan selamanya. Nik Aziz sudah dimalukan. Baca CnP dibawah ini. Jika Nik Aziz orang berprinsip, dia patut meletakkan jawatan kerana maruahnya. Memang Nik Aziz tidak bermaruah.

Mungkin sepanjang menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz tidak pernah dimaki orang. Mungkin juga sepanjang menjadi Menteri Besar Kelantan, jangankan dimaki, cakap kasar orang kepadanya mungkin tidak berlaku secara terang-terangan. Malah dalam apa-apa majlis pun, Nik Abdul Aziz tidak pernah diperhinakan sedemikian rupa.

Berita ini bukan dibawa oleh orang lain, sebaliknya disiarkan oleh HARAKAH DAILY, portal berita PAS sendiri. Untuk menyedapkan sedikit hati Nik Aziz bertujuan menutup malunya, maka disiarkan juga bahawa orang yang memaki Nik Aziz di khalayak ramai sambil mencabarnya untuk berdebat adalah Mohd Nor Idris (gambar) calon BN Pengkalan Chepa.

Kadang-kadang kita tidak melihat bagaimana Allah Taala memberikan petanda dan petunjuk kepada kita. Kadang-kadang juga kita tidak faham dan marah mengapa seseorang itu diperhinakan di hadapan khalayak ramai sedangkan orang berkenaan pasti akan memasukkan doa agar aibnya tidak dibuka oleh Allah Taala di kalangan manusia setiap kali selepas solat.

Namun itulah yang dimaksudkan oleh Allah Taala, bahawa manusia itu berasakan tipu daya mereka hebat tanpa mengetahui bahawa tipu daya Allah Taala adalah jauh lebih hebat perancangan-Nya....

Aneh juga, mengapa Nik Aziz yang sibuk nak berdebat dengan orang lain, tidak pula melayani Mohd Nor Idris yang hendak berdebat dengannya terutama tentang kerjasama PAS dengan DAP yang padanya menyalahi sumpah dan ikrar Nik Abdul Aziz sendiri sebelum ini sehinggakan UMNO pun dihukumnya kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Apa pun, semoga Allah Taala mengasihi dan memberikan belas kepada Nik Abdul Aziz, sekaligus menutup aibnya. Cuma masalahnya, adakah Nik Abdul Aziz sendiri mahu aibnya ditutup? (The Flying Kick)


Kami The Unspinners dengar Mohd Nor Deris turut berdepan dengan Nik Aziz sekali lagi semalam pada lebih kurang pukul 2 tengahhari semalam.

N.Ajis baru saja merasmikan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Maahad Muhammadi di Galas.

Selepas majlis tersebut, dia hendak ziarah dan dapatkan sokongan Ayah Omar. Omar adalah bekas wakil rakyat ADUN Galas dari Parti Melayu Semangat 46 pada penggal 1990-95.

Semaasa dia dalam kereta untuk keluar dari perkarangan sekolah, pengundi kiri kanan tepi jalan menyindir dengan suara kuat.

Dengan selamba orang berkopiah kata, "MB sombong, tak pandang kito. Sedapla tok guru duduk dlm keto besar. Aircon pulak. Putih muka cermin pun tak buko."

Sebaik saja dia sampai ke rumah Ayah Omar, Nik Aziz bersama 20 pengikut termasuk Nik Amar naik untuk masuk ke rumah.

Rupanya Mohd Nor Deris menunggu dalam rumah. Semalam N.Aziz bersalam-salaman dengan mereka dalam rumah, sampai giliran untuk Mohd Nor Deris.

Mohd Nor enggan bersalaman. Katanya pada N.Ajis, "Tokse sale. Mu kena tobat dulu.

"Mu banyak buak benda tak beto. Hak kuca sana kuca sini. Nyanyuk …“

N.Ajis menjawab balik, "Kita tengok sapa mati dulu, mu dulu aku ko? Kita jumpa kat akhirat.

Dengan angkuh, Nik Aziz turut berkata, "Sapa masuk syurga? Mu masuk dulu atau aku mampuh dulu? Kita jumpa di akhirat.”

Anda analisa sendiri peristiwa ini. Mitos kedewaan kewalian N.Ajis kini berakhir. Rakyat sudah dapat melihat dan mula sedar akan pembohongan, kesesatan dan keangkuhan N.Ajis.

Dr Mahathir sudah 8 tahun berhenti dari ajwatan PM. N.Ajis pernah berjanji akan undur sebaik Dr Mahathir berundur. Baik dilakukan sekarang sebelum rakyat membencinya.

Bila rakyat mula bersuara, mulalah bermuhasabah. Jangan terkejut kemudian pula. (The Unspinners)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN