Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Tuesday, November 23, 2010
KABINET TIDAK DIROMBAK,SEDIA HADAPI PRU13
1. Tiada ada berita setempat dari blog Jerantut. WZWH sibuk memantau harimau didalam hutan dan sedang menjalankan kempen Selamatkan Harimau, cuma jangan lupa bahawa PRU13 sudah hampir. Jangan nanti orang lain sibuk kempen Undilah UMNO/BN awak sibuk kempen dan sedang membilang harimau dihutan.
2. Berita di radio awal pagi tadi menyatakan DS Najib mengumumkan bahawa tiada ura-ura untuk mengadakan rombakan kabinet. SPU melihat itu sebagai petanda bahawa PRU13 semakin hampir, kerana apalah gunanya merombak kabinet kerana kabinet itu juga akan terbubar sendiri apabila diadakan PRU. (klik sini)
UMNO/BN disemua peringkat haruslah mempersiapkan jenteranya untuk sanggup menghadapi PRU pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang menghadapi krisis dalaman parti, namun ini bukan bererta bahawa UMNO/BN akan mendapat menang mudah dalam PRU akan datang. Harus diingat bahawa politik bukanlah matematik; ahli keluar PKR bukan bermakna mereka akan masuk UMNO/BN dan menyokong serta mengundi UMNO.BN. Kemungkinan golongan ini hanya akan memulaukan PRU dan memencilkan diri. Justru kemenangan kita adalah diatas kekuatan kita sendiri dan bukan dengan berharap kepada kelemahan orang lain.
Pemimpin UMNO/BN diseluruh peringkat mesti mampu memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar berjuang untuk membela rakyat. Jika tidak, PRU13 akan menjatuhkan hukuman berat kepada UMNO dan bangsa Melayu khususnya.
3. Kali ini, kerajaan khususnya UMNO diharap jangan lagi silap tafsir terhadap peranan blogger sebagai pemain penting dalam media alternatif. Pemimpin UMNO/BN juga harus benar-benar menjuarai rakyat dan menjuarai media sosial bagi merapatkan diri dengan rakyat dalam era IT. Kegagalan mendapat majoriti 2/3 dahulu adalah kegagalan pemimpin dalam mentafsir peranan media sosial dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Ada juga pemimpin yang dijatuhkan dengan peranan media sosial, dan tetap ada juga yang akan dijatuhkan dengan cara sama nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam SPU.Rasuah adalan merupakan amalan yg xdak beretika dan salah dr segi moral dan agama.bg membenteras 100% adalah mustahil kerana ia melibat 2 pihak.PEMBERI DAN PENERIMA.kwn tertarik dgn kempen yg pernah di jlnkan olih tun mahathir di zaman pemerintahannya dulu.maksud kwn KEMPEN PENERAPAN NILAI2 ISLAM keseluruh kakitangan awam dan swasta,mungkin ia mengambil masa yg lama xp kwn yakin hasilnya kelak sedikit sebanyak dpt membantu memerangi gejala rasuah ni.kwn ingin kongsikan ngan aok bagaimne bos kwn tempat kwn bekerja sekarang berjuang selama 2 th untuk mempraktik idea ni.bos kwn mengetuai sebuah syarikat kecik jer dimne sy. dier menguruskan ladang2 getah dan ladang sawit dier sendiri lebih kurang 1500 ekar.dier berhadapan 400 pekerja separuh mahir(buruh)kakitangan pengurusan dan pegawai2 kerajaan dan swasta yg mne terlibat lansong dgn urusan ladang.selama 2 th dier berjuang bermati2an dgn penerapan nilai islam yg di tiru dr TDM.Alhamdullah berkat sabar dan yakin kwn nampak sendiri kejayaan dier.pernah satu ari rodong pegawai RISDA DAERAH dtg keopis nak buat tesis mcmmne ladang dia blh capai target hasil maksima ikut buku.moto dier kwn tengok veri simple.HAK AWAK SAYA XMAU XHAK SAYA AWAK XBOLIH AMBIK.Kesimpulannya utk berjaya dlm apa jua bidang bukan bolih dicapai dlm sekelip mata.ianya memerlukan pergorbanan masa tenaga dan juga byk lg kriteria2 lain yg perlu diambil kira.akhir x kwn sokong usaha murni aok xp biar menyeluruh.rasuah ada dmne2 selagi ada pemberi dan penerima.
Post a Comment