Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Monday, November 29, 2010
MEDIA SOSIAL JERANTUT DAN IMPAKNYA
Blogger anak jati Jerantut, Sri Tri Buana yang penulisannya sudah mencapai tahap nasional menulis mengenai Media Baru. Memang masih ramai pemimpin politik kita yang masih belum benar-benar sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial ini. Kerana itu mereka masih leka dan tidak kisah terhadap kepentingannya sebagai penyebar maklumat era baru.
SPU sudah berkali-kali cuba mengejutkan UMNO Jerantut dari tidurnya, tetapi mereka masih tetap lena. Jika benar UMNO khususnya diJerantut sudar sedar akan peranan yang mampu dimainkan oleh media baru, sudah tentu UMNO Bahagian sudah mempunya blognya sendiri bagi menyebar maklumat kepada ahli-ahli. Janganlah kerana tidak tahu menari maka kita katakan lantai tinggi rendah.
Ada sebahagian mereka menyedari dan mengakui peranan media sosial ini. Namun mereka menyalahkan media sosial itu sendiri. Mereka menyalahkan blog-blog dan sembang di Facebook kerana memberi persepsi negatif kepada mereka, namun mereka sendiri gagal menjuarai media sosial ini.Mereka gagal berperang didalam siber, dan sebenarnya mereka meletakkan diri mereka didalam keadaan kalah.
Sepatutnya mereka mesti mempunyai blog yang dijadikan senjata menentang musuh dan menjawab segala tohmahan, tetapi yang nyatanya mereka gagal. Ketua Penerangan yang masih dalam kegelapan seharusnya meletakkan jawatan sekiranya beliau seorang yang bermaruah, kerana kegagalannya memainkan peranan menyebarkan maklumat / penerangan. Tetapi itulah UMNO, berebut untuk menjawat jawatan dalam parti bukan kerana ingin dan mampu berkhidmat tetapi sebaliknya untuk mendapat tali pergantungan untuk terus hidup.
Di Peringkat Nasional, peranan blogger memang tidak dapat dinafikan lagi. Blogger pro pembangkang telah berjaya memalukan kerajaan dengan mengagalkan kerajaan mendapat majoriti 2/3 namun blogger pro kerajaan telah bangkit dan menjatuhkan PKR sehingga parti berkenaan pecah dan berkecai.
Sewaktu saya menulis ini, masih tidak ada posting baru dari blogger Jerantut. Blog uRag dRrulug cuma meluahkan kekecewaannya dan bertindak akan menutup blognya. Kita menulis bukan kerana nama, siapa akan peduli? SPU tidak ada rasa simpati kepada mereka yang lemah semangatnya. Kita masih ada banyak blogger lain yang lebih baik dari penulisan di blog uRang dRrulug ini. Mungkin juga UD sudah menerima isyarat dari seseorang supaya berhenti menulis, wallahualam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment