Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Wednesday, November 17, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA
Salam,
Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca setia blog Suara Prihatin UMNO Jerantut. Sokongan semua pihak selama ini telah sedikit sebanyak merangsang keinginan berblog tetap diteruskan. Mengambil ikhtibar dari sejarah Islam masa lalu, untuk segalanya harus ada pengorbanan. Kerana itu perjuangan ini juga perlukan pengorbanan yang tulus dan suci.
Blog-blog di Jerantut hari ini masih dalam bersuasana raya dan bercuti, jadi tidak hairan kebanyakannya tidak update blog masing-masing. Yang ada pun seperti biasa seakan ketandusan isu daerah dan setempat justru meulis tentang isu nasional dan antarabangsa yang kaitannya dengan kita sangat sedikit secara langsungnya.
Blog Sembang Kedai Kopi menulis mengenai eko-pelancongan dan mempersoalkan pembangunan pelancongan di Kuala Tahan. Isu tanah pemuda di Kuala Tahan yang dijanjikan oleh Wakil Rakyat juga dibangkitkan. Ketua kampong hanya berdiam diri dan bersembunyi sambil sesekali menonton X-DVD.
Nampaknya banyaklah tugas yang perlu diuruskan oleh Wakil Rakyat bagi membetulkan segala permasalahan dan janji manis yang belum ditunaikan dulu. Atau mungkin bolehlah bersedia untuk tidak dicalonkan atau tidak akan mendapat undi dalam PRU akan datang jikalau masih dicalonkan lagi.
Blog pembangkang (Pas) menulis berkenaan Bersyukur dan Berkorban seperti yang dinyatakan oleh PM dan TPM, dengan ulasan dari sudut pemikiran sempit mereka. (Pulau Tawar) Mengenai Pas Jerantut, apa yang saya dengan kebelakangan ini, ramai ahli Pas sendiri yang sudah kurang minat terhadap calon Parlimen dahul dan meminta calon lain yang dari anak tempatan untuk bertanding dalam PRU akan datang. Entahlah, itu masalah dalaman Pas, kita tak campor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment