Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, November 9, 2010

PEMIMPIN TIDAK SERIUS BANGUNKAN RAKYAT

Pembangunan Jerantut dari kacamata WZWH 
yang akan jadi kenyataan jika dipastikan bersungguh-sungguh


Saya membaca posting saudara saya diblognya HuLu TeMbEliNg. Beliau membantah beberapa tindakan dan keputusan pemimpin dan pihak berkuasa yang ternyata merugikan rakyat terutamanya bangsa Melayu. Beliau menyebut tentang beberapa pengubahsuaian serta projek silang yang menguntungkan hanya kepada pihak tertentu saja. Teguran ini ada asasnya. SPU juga sedang mengumpul maklumat untuk 'menelanjangi' kes ini supaya rakyat tahu bahawa pemimpijn kita serta penjawat awam adalah makhluk perosak kepada pembangunan negara.

Kita tau ada beberapa yang berhormat yang kerap disebut namanya kerana membantu pihak tertentu dengan mendapat faedah dan habuan untuk mereka. Bukankah ini pengkhianatan namanya? Saya sangat hargai usaha saudara blogger Cenerung Ular membongkar kisah-kisah sebegini. Kita akan bersama menyebarkannya nanti di laman-lama sosial blog dan facebook supaya rakyat akan tahu bahawa diatas sana pemimpin berusaha untuk kepentingan diri mereka dan tidak pedulikan apa akan jadi kepada nasib rakyat marhaen seperti kita.

Blogger kampong, uRag dRrulug nampaknya juga sudah lebih berlembut dan ingin berdamai dan mengajak bersatu bersama WZWH dalam membela daerah pedalaman Ulu Tembeling. Bagaimanapun soal siapa jadi ketua itu janganlah dipersoalkan sangat. Mungkin SPU yang lebih senior boleh jadi ketua atau pun blogger Beranikan Hati jika beliau sudi bersama-sama kita nanti.

Mari kita bersama-sama dan jadikan membangunkan daerah pedalaman sebagai keutamaan perjuangan kita. Blogger Sri Tri Buana juga pasti akan bersama kita nanti. Kita sudah ada kekuatan. Kita sudah ada jenteranya, hanya kita perlu bersatu dan memusatkan arahtuju kita - pembangunan daerah pedalaman. Baca juga sini.

3 comments:

Cg Pian said...

Nak juga, boleh?

SPU said...

Salam cg pian,
blogger lainnya hanya bincang masalah besar-besar, masalah negara kerana mereka nak menjadi orang besar sehingga kadang kala mereka lupa pada masalah sekeliling mereka. Perjuangan seharusnya bermula disekeliling kita dan perjuangkan masyarakat setempat terlebih dahulu. Saya juga akan mengangkat blog cg pian jika menulis tentang masalah jerantut, jika masalah negara itu kita kena tujukan kepada PM...ada org lain yg rapat dgn PM, bukan saya.

Anonymous said...

betol tu..nak defend bandar jerantut tp cerita hal besor2 aje..korang harus gembelingkan tenaga dan usaha antara blogger2 utk menghadapi PRU 13,rajai pembangkang guna saluran media tempatan.
ni yang kas semangat tengok deme unite ni..macam citer xmen la pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN