Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Sunday, November 21, 2010
MENGANGKAT MARTABAT ANAK PEDALAMAN
Semalam uRag dRrulug menulis tentang Hikayat Unta, Lamma, Lembu dan Khinzir. (klik sini) Menyindir seseorang lah agaknya tu, tapi dia tak tulis nama siapa dan dimana kisah itu berlaku secara khusus. Oleh itu kita tidak bolehlah mengandaikan ianya satu perbuatan untuk menyalahkan seseorang, melainkan seseorang yang melakukan sesuatu dan terasa diatas perbuatannya.
Kerana itu jugalah WZWH 'marah' dan menulis mengenai 'Blog Assassin' Jerantut. SPU pasti di tidak marahkan SPU kerana 'kas tak campor',...'asal kas campor'....!! Memang kebelakangan ini SPU tidak memberi pandangan selain dari mengangkat saja pendapat dari tulisan sesiapa yang SPU rasa layak untuk dibaca ataupun tulisan yang menarik pada pandangan SPU.
SPU tak kisah kalau WZWH bertujuan nak menaikan ratingnya ataupun apa, itu hak dia peribadi. Cuma mungkin 'marah' nya itu akan membuatkan orang lebih tidak menyukai dia. Pembacanya juga sudah semakin meninggalkannya kerana; 1) Kebanyakan posting hanya 'Copy and Paste', 2) Sikap Ego dan membangga dirinya jelas disetiap posting, 3) Isu yang dibawa hanya layak untuk perbincangan pada taraf menteri-menteri atau wakil-wakil kerajaan diperingkat antarabangsa, 4) Terasa terlalu bombastik...tidak realsitik....plastik....(pandangan peribadi SPU) ..bagaimanapun, itu adalah WZWH..itulah dirinya dan SPU hormatinya apa dan bagaimanapun dia kerana beliau bebas menulis dan menjadi apa yang beliau inginkan.
Blog 'Sri Tri Buana' menyimpang dari kelazimannya kali ini apabila menulis mengenai Ulu Tembeling. (klik sini)
STB antara blogger terawal dan ternama di Pahang dan dalam ranking yang tertinggi. Yang dikisahkan adalah sebuah catatan kenangan....nolstagia...kehidupan didaerah pedalaman yang perlukan pembangunan dalam kadar segera. Benar, STB mengisahkan bahawa DUN Tahan pernah dirampas oleh Pas suatu ketika dulu, dan ini tidak mustahil akan berlulang lagi jika pemimpin tidak dapat menyingkap hasrat dan keinginan penduduk di daerah pedalaman ini. Kerajaan, pemimpin dan khususnya wakil rakyat mesti lebih berhati-hati dan telus dalam berurusan dengan mereka supaya tidak menimbulkan rasa tidak puashati mereka.
BlogUrag dRrulug memang unik. (sini) walaupun hanya blog picisan tetapi ianya adalah wadah perjuangan anak pedalaman, suara anak-anak pedalaman khususnya di Ulu Tembeling. UD menulis apa yang ingin disuarakan. Bukan populariti yang dicari, bukan rating yang dikejar. Menulis bukan kerana nama tetapi dengan keikhlasan. Semakin ramai pembaca yang membaca dan mengikuti blog berkenaan dari masa ke semasa keran keunikan blog berkenaan. Yang lebih penting adalah, UD berusaha mengangkat martabat Ulu Tembeling ke peringkat antarabangsa, tanpa rasa malu dan rendah diri sebagai penduduk di hulu dan pedalaman. Tidak ada rasa malu atas bahasa pertuturan yang digunakan oleh nenek moyang. Jika selama ini, ramai anak-anak kelahiran pesisir Sungai Tembeling merasa malu untuk mengakui mereka orang di ulu, tetapi kini, UD membuat kita semua berasa bangga kerana kita juga berhak ke atas dunia yang kita diami ini.
Malangnya hari ini, sehingga kini UD masih belum ada posting terbaru. Saya masih menunggu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment