Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, September 30, 2010

KEBENARAN DAN PEMBOHONGAN





1.1.
Sejak beberapa hari lalu blog SPU tidak dapat diaksess (buka). Makluman dari beberapa blog menyatakan SPU sudah di’gam’. Menurut sebuah komen di blog uRag dRrulug, ini kerana WZ meminta pertolongan sahabatnya Pengarah SKM Pahang bagi membekukan blog SPU. Wah! Memang power WZ kalau begitu. Segera SPU menelefon seorang sahabat, Pengarah SKM Malaysia dan meminta segala pembekuan itu dilepaskan, akhirnya SPU tidak lagi di’gam”. Wah! Nampaknya SPU lebih power.


1.2.
Sejak beberapa hari lalu blog SPU tidak dapat diaksess (buka). Makluman dari beberapa blog menyatakan SPU sudah di’gam’. Menurut sebuah komen di blog uRag dRrulug, ini kerana WZ meminta pertolongan sahabatnya Pengarah SKM Pahang bagi membekukan blog SPU. Wah! Memang power WZ kalau begitu. Segera SPU menelefon seorang sahabat, Jaga di Pejabat SKM Malaysia dan meminta segala pembekuan itu dilepaskan, akhirnya SPU tidak lagi di’gam”. Wah! Nampaknya SPU lebih power.


1.3.
Sejak beberapa hari lalu blog SPU tidak dapat diaksess (buka). Makluman dari beberapa blog menyatakan SPU sudah di’gam’. Menurut sebuah komen di blog uRag dRrulug, ini kerana WZ meminta pertolongan sahabatnya Pengarah SKM Pahang bagi membekukan blog SPU. Wah! Memang power WZ kalau begitu. Sebenarnya SPU sedang melakukan pengubahsuaian kecil dilaman blog berkenaan. Untuk tidak menerima ganguan maka blog berkenaan ditutup sementara. Tambahan pula SPU terpaksa berada diluar kawasan yang jauh dari ibukota maka susah sedikit untuk melakukan ubaisuai berkenaan yang perlukan tumpuan yang lebih. Wah! WZWH! kahkahkah!


2.
Harap tiada lagi kebimbangan kepada mana-mana blogger terutama uRag dRrulug. Menulislah apa sekalipun membongkar kebenaran, selagi tidak mengugat perpaduan kaum demi menegur kesilapan dan membetulkan kesalahan.

3.
Kebenaran dan Pembohongan – dimana kita dapat lari darinya didalam dunia ini? Kerana itu kita akan temui yang benar dan yang salah, yang khayal dan yang nyata, yang asli yang yang palsu. Dalam memantau blog-blog Jerantut selama ini saya temui beberapa blog yang ada persamaannya antara satu sama lain. Berikut kita paparkan blog-blog berkenaan untuk tatapan umum namun anggaplah itu semua sebagai satu hiburan semata-mata;


SPU - http://spu-bloggers.blogspot.com 
UMBJ - http://umbjerantut.blogspot.com






4.
Memang jika kita bandingkan nampak serupa tetapi sudah tentu tidak sama. Yang Ori tentunya lebih baik. Mungkin si penciplak itu hendak memberi isyarat bahawa mereka pandai melakukan peniruan, tak lebih dari itu dan tidak memudaratkan.

Mari sama-sama kita teruskan berblog. Buat kali ke-3 SPU bertukar milik. Peluang ini mari kita rapatkan barisan dan jika mana-mana pihak ingin bersama, mari kita bersatu-padu. Hubungi SPU selagi kita masih ada waktu, selagi retak belum benar-benar terbelah atau 

Saturday, September 25, 2010

PENCEROBOHAN KAWASAN TADAHAN HUJAN ULU TEMBELING

 Bekalan air yang semakin berkurangan, 
macam air kencing saja nampaknya


Sebuah blog pembangkang; N9 TAHAN dalam postingnya semalam menulis tentang penerokaan dan pencerobohan hutan di Ulu Tembeling. Pencerobohan berkenaan melibatkan kawasan berhampiran kampong Bukit Mat Daling. Ianya juga diberitakan memberikan impak kepada bekalan air untuk penduduk-penduduk kampong berkenaan.


Bekalan air dengan sistem 'Feed Graviti' itu akan menerima impak besar berikutan pencerobihan itu melibatkan kawasan tadahan hujan. Apa yang sebenarnya yang sedang berlaku? Tiada satu papan tanda pun yang diletakkan bagi memaklumkan apa projek yang sedang kerajaan jalankan.


Diharap pihak Jabatan Perhutanan akan segera mengambil tindakan tegas. Diharap juga pihak kerajaan pahang terutama MB memastikan tidak ada rasuah dan tumbuk rusuk berlaku. Diharap juga pihak Perdana Menteri dapat pastikan pihak kerajaan Pahang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Rakyat akan sentiasa memantaunya.


Untuk maklumat lanjut sila baca blog dimana sumber ini dipetik. Kepada ADUN yang berkenaan, sila jenguk juga untuk pastikan anak buah atau diri sendiri tidak terlibat, hehehe!.




xx

Friday, September 24, 2010

APAKAH TAHAP CELIK IT KITA MEMADAI?





600,000 telah menggunakan jalur lebar menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim - Bernama

Jualan Akhbar Utusan dan Berita Harian jatuh mendadak sejak 2004 - Klik sini


Berita-berita diatas memberikan makna penggunaan jalur lebar internet semakin meningkat dan turut memberi kesan kepada jualan akhbar dimana meningkatnya pembaca akhbar melalui internet.


Peningkatan pengguna internet melibatkan golongan muda manakala peningkatan penggunaan oleh golongan tua berkembang dalam skala yang kecil.


Berapa ramaikah dikalangan pemimpin kita (Jerantut) yang mesra internet? AJK Bahagian kita yang mahir? Berapa ramai yang ada laman media sosial Facebook? Berapa ramai yang ada blog dan membaca blog? Apakah kita sedar bahawa kekalahan dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir pengaruh internet @ media sosial terhadap rakyat. Kebanyakan kita masih dengan fikiran lama bahawa pengundi kita dari kalangan generai yang tidak menggunakan internet.


Bilangan penggundi muda meningkat dan mereka dari kalangan yang mesra internet @ media sosial. Jika pemimpin UMNO tidak menghubungi @ mendekati mereka melalui media sosial maka kita akan semakin terpinggir dan jauh dari mereka, lalu bagaimana kita mampu meraih undi dari mereka kelak dalam PRU13 nanti?


Saya masih ingin bertanya; mana dia laman web atau blog resmi UMNO Bahagian Jerantut? Malanglah jika Ketua Penerangan masih dalam kegelapan.



Thursday, September 23, 2010

SUARA RAKYAT DIDENGARI DISELURUH NEGARA





Bila SPU menulis tentang UMNO dan keburukan pemimpin di segenap peringkat, maka ramai yang panas telinga dan marah-marah. Walaupun perkara itu benar, menegur dan membetulkan kesalahan juga sudah menjadi satu kesalahan didalam UMNO. Justru pemimpin UMNO tidak boleh ditegur dan mereka kebal sehinggalah semuanya sekali akan tersungkur kelak.


Bukan setakat tingkah-laku pemimpin UMNO merosakkan UMNO, bahkan anak-isteri mereka juga bertanggung-jawab terhadap kehancuran UMNO. Bapak borek anaknya rintik. Sila klik dan baca blog ini (sini)  Pemimpin yang tidak tau menjaga diri dan anak bini mereka juga patut di minta berundur dari parti kerana tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat. Rakyat mengkehendaki pemimpin yang bersih, dan kelihatan bersih serta bersih anak dan isterinya sekali. Klik dan baca juga (disini) mengenai menteri yang patut dipecat.


Suara rakyat di Jerantut sudah didengari dimerata-rata diseluruh negara. Terkini, blog Wadah Rakyat UMNO Bentong telah mengangkat berita yang sedang diperbincangkan oleh banyak pihak di Jerantut ini sendiri. Terima kasih kerana blog berkenaan prihatin terhadap suara rakyat Jerantut, tetapi seperti biasa pemimpin kita masih lena dibuai mimpi. (Klik sini)


Tidurlah Dato'-Dato' semua! Pilihanraya masih jauh lagi dan Pahang sebenarnya sangat gagah perkasa dan tidak mungkin akan tumbang sehingga hari kiamat sekalipun. Buatlah apa saja kerana rakyat tidak ada apa-apa kuasa untuk membantah.





Wednesday, September 22, 2010

UMNO KIAN HANCUR



Saya membaca blog picisan tetapi unik; uRag dRrulug (klik sini) - menulis tentang jasa pemimpin-pemimpin lama yang seharusnya diikenang. (Baca juga komennya)  Mengambi skop yang sederhana, disekitar Jerantut, khususnya alur sungai Tembeling, penulis mengimbau kenangan, jasa dan bakti pemimpin terhahulu, seterusnya meminta kita mengamalkan sikap sedemikian itu untuk mengukuhkah semula UMNO dan perpaduan Melayu khususnya.

Kita hargai usaha PM memulihkan semula UMNO, tetapi siapa pemimpin lain sebenarnya yang bersama beliau berusaha? Apa usaha yang dilakukan UMNO di Jerantut ini bagi tujuan tersebut? Bertambahkan ahli UMNO? Ramaikah golongan muda yang sertai UMNO? Semakin kukuhkah UMNO yang ada? Tidak adakah perbalahan sesama UMNO waktu ini? Bersatu sangatkah Wanita UMNO Bahagian? Yang saya lihat, hanya keberantakan semata-mata.

Kekuatan UMNO dan perpaduan Melayu harus dimulakan dengan sikap. Tidak akan makna memberikan mereka perubahan ekonomi yang mana akan membuatkan mereka lebih sombong serta mengejar kebendaan dan meninggalkan perjuangan asal parti iaitu perjuangan demi agama, bangsa dan negara.


UMNO telah melakukan kesilapan yang sangat besar sehingga membuatkan kita berebut-rebut menjadi ahli untuk semata-mata memegang jawatan dalam parti hanya kerana mengejar pangkat dan kemewahan. Justru itu kita telah dengan tidak bermaruah sanggup terlibat dengan politik wang - memberi, menerima dan bahkan meminta pula. (Wan Zamzuri menyatakan demikian diblognya, mungkin menyedari apa yang berlaku sekeliling bosnya dalam pemilihan yang lalu, dan ini ternyata benar bahawa ada berlaku unsur politik wang dalam perebutan jawatan nombor 2 itu.)


Yang kita ujudkan bukanlah pemimpin dan pejuang tulin tetapi mereka yang rakus merampas peluang dan berebut tender kerajaan dan mereka yang tanpa segan silu menggunakan kuasa politik mereka untuk kepentingan diri dan kroni sehingga berlakunya kes memajak bangunan milik kerajaan tempatan tetapi tidak membayar sewanya selama lebih 4 tahun.


Banggakah UMNO ada pemimpin sedemikian? Bahkan individu berkenaan bukan saja tidak dikenakan sebarang tindakan malahan jawatannya sebagai ahli mesyuarat tertentu masih disambung. Ternyata bahawa UMNO bukan berusaha untuk membersihkan entiti itu sendiri tetapi sanggup membiarkan keadaan buruk itu terus berlangsung.


Mungkin kita tidak akan menerima kesannya sekarang ini, tetapi percayalah bahawa rakyat sedang memerhatikan dan akan menjatuhkan hukumannya pada PRU13 kelak. Mungkin orang politik tidak punya banyak masa untuk membaca dan terlibat dalam media sosial, tetapi rakyat banyak terutama golongan muda terlibat sepenuhnya dan bilangan mereka semakin bertambah.


Saya melihat bahawa di PRU13 nanti, parlimen Jerantut bukanlah lagi kerusi yang sangat selamat untuk UMNO/BN, juga diantara kerusi-kerusi DUN nya. Semakin lama semakin ramai rakyat membenci pemimpin UMNO, dan pemimpin UMNO juga semakin lama semakin kurang mencuba merapatkan jurang perbezaan antara mereka.


Ahli UMNO semakin mengecil, yang ada hanyalah mereka yang mendapat faedah secara langsung sama ada sebagai perwakilan yang menerima beribu-ribu ringgit semasa pemilihan serta projek-projek secara langsung dibawah sistem kroni payung. Mereka juga membahagikan hasil dan pendapatan sesama mereka sama ada pengagihan saham dan pemilikan felcra serta sesuatu yang seumpamanya.


Berapa ramai ahli UMNO baru dapat didaftarkan selama ini bagi mengukukuhkan parti? Berapa ramai orang Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru? Bukankah itu satu isyarat penolakan rakyat terhadap UMNO/Kerajaan?


Eloklah UMNO bersiap siaga untuk menjadi pembangkang dalam kerajaan tidak lama lagi. Pemimpin UMNO yang berebut-rebut jawatan sekarang perlu belajar untuk berebut-rebut pula menjadi pemimpin pembangkang. Mungkin itu pengajaran yang lebih  baik untuk UMNO supaya pemimpinnya sedar diri, tetapi siapakah yang akan sedar? Pandanglah kekiri dan kekanan kita, tidak siapa yang insaf dan sedar diri.

Semalam sewaktu jamuan hari raya yang turut dianjurkan bersama oleh UMNO di Dewan Majlis, mana hilangnya Dr.Shukri dan Dato Wan Amizan? Tidak inginkah mereka bersama rakyat jelata yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka?

Selamat tinggal UMNO. Mungkin orang Melayu harus mencari parti lain sebagai wadah perjuangan yang lebih tulin, jujur dan lebih ikhlas.

Tuesday, September 21, 2010

ADNAN YAAKOB?



Hoihh! Ganasnya dia ni? Tak sesuai jadi MB Pahang dah ni

NAZRI AZIZ? PEH!




Nazri Aziz? Tak ada dalam kabinet pun tak apa. Apa sumbangannya? 0:44 - Boff! Nazri lari masuki utan.....

NIK AZIZ SEBELUM TEMUI BUSANA ISLAM



Foto perkahwinan Nik Aziz. Tak ada yang pelik sangat cuma biasanya semasa perkahwinan begini pengantin mengenakan busana Melayu yang menyerlahkan ciri kemelayuan dan keislaman. Yang ini nampaknya tidak.Mungkin beliau belum mengenali jubahnya masa ini.

Sumber: Blog Panglima Perang Siber 
PISAU.NET

Monday, September 20, 2010

JERANTUT KAMPONGKU?




Ini adalah majalah terunggul didunia. Bolehlah diibaratkan 'adik-beradik sesusu' dengan majalah my baby.

Tak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya Johari yang mengenal Maniam sebab Johari ini selalu minta Maniam tolong dapatkan nombor untuknya. Dah jadi Ahli Mesyuarat dah Mr. The Numb3rs tu, huhu.

Menambahkan UMNO membusuk hingga ke usus.

Sunday, September 19, 2010

UMNO JERANTUT




Posting akan datang akan perkenalkan AJK UMNO Bahagian Jerantut
yang dianggap penting dan berkalibar
dalam mencorakkan politik Jerantut



---------------------------------------





Selaras dengan perubahan pemilikan blog SPU dan dalam usaha memantapkan blog SPU sebagai blog rujukan bagi blog-blog di Jerantut ini, maka kami akan mengemaskinikan senarai ‘link’ blog-blog didalam SPU.

  1. Semua blog-blog yang ingin kekal disenaraikan dalam ‘link list’ hendaklah memperbaharui semula permohonan mereka sama ada melalui email ataupun diruang komen dalam tempoh seminggu.

  1. SPU juga akan menerima blog-blog yang menulis selain dari politik dan ehwal semasa. (Sila nyatakan alamat blog / url serta kategori blog sama ada; politik dan ehwal semasa atau BUKAN politik dan ehwal semasa).

  1. Blog yang tidak memohon untuk disenaraikan akan dikeluarkan dari senarai selepas tarikh berkenaan tamat.

  1. Blog yang ingin disenaraikan dalam link list SPU juga mesti memastikan blog SPU di’link’kan dari blog mereka.

  1. Blog-blog yang sudah tidak dikemaskinikan melebihi 1 tahun juga akan dikeluarkan dari senarai.

  1. Blog-blog luar Jerantut juga dialu-alukan permohonan mereka.

  1. Link di SPU kelak adalah seperti berikut:
-         Blog Aggregator
-         Portal/Blog Berita
-         Website/blog Pejabat Kerajaan Jerantut
-         Blog-blog Pemimpin
-         Blog Politik dan Ehwal Semasa Jerantut
-         Blog (lain) Jerantut
-         Blog Politik dan Ehwal Semasa Pahang
-         Blog UMNO
-         Blog (Pilihan) Politik dan Ehwal Semasa
-         Blog Utama
-         Blog-blog yang memaut blog SPU


Kerjasama dari semua bloggers di dahului dengann ucapan ribuan terima kasih,

Sara Pudin Usin,
Admin. Blog SPU Jerantut.

Friday, September 17, 2010

KEMASKINI BLOG SPU


 Admin. En. Sara Pudin Usin


Selaras dengan perubahan pemilikan blog SPU dan dalam usaha memantapkan blog SPU sebagai blog rujukan bagi blog-blog di Jerantut ini, maka kami akan mengemaskinikan senarai ‘link’ blog-blog didalam SPU.

  1. Semua blog-blog yang ingin kekal disenaraikan dalam ‘link list’ hendaklah memperbaharui semula permohonan mereka sama ada melalui email ataupun diruang komen dalam tempoh seminggu.

  1. SPU juga akan menerima blog-blog yang menulis selain dari politik dan ehwal semasa. (Sila nyatakan alamat blog / url serta kategori blog sama ada; politik dan ehwal semasa atau BUKAN politik dan ehwal semasa).

  1. Blog yang tidak memohon untuk disenaraikan akan dikeluarkan dari senarai selepas tarikh berkenaan tamat.

  1. Blog yang ingin disenaraikan dalam link list SPU juga mesti memastikan blog SPU di’link’kan dari blog mereka.

  1. Blog-blog yang sudah tidak dikemaskinikan melebihi 1 tahun juga akan dikeluarkan dari senarai.

  1. Blog-blog luar Jerantut juga dialu-alukan permohonan mereka.

  1. Link di SPU kelak adalah seperti berikut:
-         Blog Aggregator
-         Portal/Blog Berita
-         Website/blog Pejabat Kerajaan Jerantut
-         Blog-blog Pemimpin
-         Blog Politik dan Ehwal Semasa Jerantut
-         Blog (lain) Jerantut
-         Blog Politik dan Ehwal Semasa Pahang
-         Blog UMNO
-         Blog (Pilihan) Politik dan Ehwal Semasa
-         Blog Utama
-         Blog-blog yang memaut blog SPU


Kerjasama dari semua bloggers di dahului dengann ucapan ribuan terima kasih,

Sara Pudin Usin,
Admin. Blog SPU Jerantut.

Thursday, September 16, 2010

PERWAKILAN MENANTI RM DIHARI PEMILIHAN BAHAGIAN

 Siapa yang sertai UMNO hanya kerana perjuangan?
Yang sertai UMNO hanya kerana perjuangan wang
Semua perwakilan sedang menanti mesyuarat perwakilan untuk mendapat RM.



Apa ada pihak menganggap SPU, patpatsikulipat dan beberapa blog Jerantut lain lagi sebagai perosak UMNO Jerantut kerana kononnya membuka keburukkan tokoh politik Jerantut. berapa banyak kesan keburukan yang didapati dari pendedahan berkenaan berbanding dengan apa yang dibuat oleh tokoh politik itu sendiri?


Ada pihak memberi amaran; jangan sentuh orang itu, jangan sebut pasal orang ini. Budaya di zaman Pak Lah sudah menular kedarah daging UMNO yang semakin mereput ini.


Sekiranya pemimpin itu bersih apa perlu mereka takutkan? Kerana tidak ada keburukkan yang dapat didedahkan. masalahnya adalah mereka itu bergelumang kekotoran.

Sebesar manakah impak kerosakan yang dibuat oleh SPU, patpatsikulipat dan beberapa blog lagi berbanding WZWH yang dengan jelas menelanjangkan UMNO Bahagian yang terlibat dalam politik wang dalam pemilihan lalu?

Baca posting dari blog berkenaan yang disalin sepenuhnya dibawah ini dan kemudian sama-sama kita fikir, siapakah sebenarnya yang menelanjang keburukkan UMNO Jerantut serta bersihkah pemimpin-pemimpin kita selama ini?:




UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YBM Tengku Azlan, Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YBM Tengku Azlan membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YBM Ku Lan maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YBM Ku Lan


Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).


Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.


WZWH menjangkakan jika YBM Ku Lan bertanding lagi sekali, YBM Ku Lan akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik Ku Lan.

Betul Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. Tuanku, ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.

Kita ikuti lapuran penuh sebuah blog politik Jerantut iaitu "123silekuk" yang makin meningkat naik populariti berikutan analisa politiknya yang menyengat...bertajuk "Tengku Azlan dan Dr. Shukri Tolak Wan Amizan Pru 13"...

Perjumpaan K18 pada 27/7/10 ditingkat 3 pasaraya Bangsar Shoping Complex, Bangsar telah membuat kata sepakat bahawa Tengku Azlan akan menyerahkan kerusi Parlimen pada PRU 13 kepada Dr Shukri Ismail. Dalam pertemuan itu juga Tengku Azlan memberi jaminan bahawa beliau akan pastikan bahawa Wan Amizan dan Haji Nazri tidak bertanding kerana mereka banyak isu dan masalah.


Pertemuan itu dibuat ketika Wan Amizan dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua kampung sedang menjalankan ibadat umrah ditanah suci Mekah. Setelah pulang dari Mekah Wan Amizan mendapat lapuran penuh dari orang setia kepada Haji Nazri. Segala percakapan didalam pertemuan itu dan gambar-gambarnya dapat dilihat dengan jelas oleh Wan Amizan.

Wan Amizan dengan perasaan sedih memberi tahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya sehingga tamat tempoh satu penggal ini sahaja. Sekiranya dapat bertanding lagi diPRU 13 itu merupakan bonus baginya.

Wan Amizan tidak menduga bahawa orang yang disokongnya dalam pemilihan UMNO 2008 yang lalu sebagai ketua Bahagian boleh berbuat demikian walaupun beliau membantu kewangan lebih dari RM600 ribu dilupakan begitu sahaja. Begitu juga Haji Nazri membantu lebih RM400 ribu juga tidak dikenang. Mereka yang buat kerja menabur duit itu untuk pastikan Tengku Azlan menang besar. Setiap perwakilan dibayar lebih dari RM5000 seorang. Ada setengah perwakilan mencapai RM10,000. Jika tidak sukar untuk Tengku Azlan menang. Tengku Azlan tidak mengenang budi.

Wan Amizan menolak sekeras-sekerasnya jika Dr.Shukri dicalonkan diParlimen pada PRU 13 kerana dikatakan Dr.Shukri menjual bandar Jerantut kepada syarikat Grandmas dengan nilai RM satu juta dengan memasang proksinya Rahmat Yusof dan Haji Rosdi Aw Sulong. Selain dari itu Dr Shukri juga menjual tanah taman depan CIMB kepada Lim Ah Chak dan berbagai-bagai lagi. Dia sendiri menulis melalui blog DUN Tahan melalui komennya diblog WZWH mencabar Dr.Shukri jika beliau tidak benar beliau mencabar Dr.Shukri mendakwanya fitnah diMahkamah.


Setakat ini Dr.Shukri tidak berani mebuat apa-apa saman itu menunjukkan bahawa dakwaan Wan Amizan itu benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Dia berpuas hati jika Dr,Shukri sama-sama tidak dicalonkan dalam PRU 13 kerana sikap Dr.Shukri sebagai pengkhianat dan penjual bangsa.

Apa yang dikatakan Wan Amizan itu ada kebenarannya kerana jika Dr.Shukri mahukan kerusi parlimen mengapa kedudukan beliau disentuh. Dr Shukri patut berusaha keras bagi mencapai cita-citanya mengapa pula untuk naik memijak kepala orang dengan menghasut Tengku Azlan yang mudah dirasuk itu.

Sumber berita diambil dari Halaman Facebook Dr Shukri, blog WZWH, Blog SPU, Komen-komen DUN Tahan dan perbualan kedai kopi.




Wednesday, September 15, 2010

UMNO YANG SEDANG MEREPUT


 Siapa sayangkan UMNO?
Siapa sayangkan UMNO?
Siapa sayangkan UMNO?


Saya merujuk komen-komen diblog patpatsikulipat yang kelihatan teruk;


Bila TUN kata UMNO busuk hingga ke usus banyak pihak menelan lior dan tersekat dihalkum, tapi itulah kenyataannya. Bila pemimpin negara berharap UMNO berubah dengan segera sebelum PRU akan datang, siapa sebenarnya yang ingin berubah berubah?

Bila ada pihak yang menegur keburukan pemimpin UMNO dengan menunjukkan keburukan yang pemimpin pemimpin UMNO lakukan dengan harapan mereka akan berubah sikap maka orang itu akan diherdik dan disifatkan sebagai merosakkan UMNO. Apakah perbuatan pemimpin UMNO merosakan UMNO harus didiamkan saja? Tidak boleh disebut dan ditegur? Atau dosa mereka akan hapus begitu saja kerana mereka pemimpin?

Sehingga kini saya tidak nampak ada perubahan dalam UMNO. Siapa yang berjawatan dan berduit boleh bercakap apa saja dan siapa yang tidak berduit dan tidak berjawatan walaupun menyatakan sesuatu yang benar, ahli UMNO tetap tidak akan menerimanya. Apakah UMNO ada 2 mertabat keahlian?

Wan Zamzuri dalam blognya menyatakan dengan jelas bahawa pihak tertentu telah membelanjakan beratus ribu ringgit semata-mata untuk mengekalkan tempat didalam UMNO. Apakah reaksi ahli UMNO Jerantut? - Diam! Semua orang diam. Tetapi apabila beberapa blogger mendedahkan keburukan pemimpin UMNO maka mereka menghentam para blogger dengan alasan merosakkan UMNO. Siapakah yang lebih merosakkan UMNO sebenarnya?

Memang demikianlah budaya dalam UMNO yang sedang mereput ini. Sesiapa yang berlainan pandangan atau tidak menyokong akan disingkirkan, maka UMNO itu sendiri semakin mengecil. Jika ada golongan yang lebih bijak ingin menyertai UMNO, mereka disekat. UMNO tidak akan bertambah keahliannya. Golongan muda yang berfikiran lebih terbuka tidak diajak menyertai UMNO kerana bimbang kedudukan dan monopoli mereka akan tergugat. Memang UMNO sedang nazak dan mereput.

UMNO hanya membiarkan dan menyokong serta menggalakkan orang yang berkuasa dan berduit menguasai parti seterusnya merebut segala projek kerajaan, seakan merompak hak rakyat dari kerajaan walaupun secara yang kelihatan terhormat.

Diluar sana banyak pihak memusuhi SPU, tetapi apakah mereka sedar apa yang SPU lakukan ini adalah kerana ingin memperkasakan UMNO yang semakin lesu. Apakah ada pihak yang berfikir apa yang sedang UMNO hadapi dewasa ini jika pemikiran kearah itu tidak dipimpin oleh SPU? Siapakah yang merosakan UMNO Jerantut sebenarnya selama ini? Siapakah pula yang berusaha untuk mengukuhkan semula UMNO?

Apakah kesedaran terhadap UMNO akan sedemikian hangat seperti kini jika SPU tidak membangkitkan sebarang isu berkaitan UMNO? Jika para blogger Jerantut tidak mainkan sebarang isu berkenaan UMNO? Sebenarnya UMNO telah dilupakan sebagaimana kubur lama yang terbiar.

Siapa yang menerima sogokan wang untuk menjual-beli undi sehingga ada yang mecapai RM10,000 dalam pemilihan UMNO Bahagian yang lalu? (Spertimana kata WZ) Apakah SPU atau mereka yang menyalahkan SPU diluar sana? Berhentilah jadi hipokrit dan berhentilah menjahanamkan UMNO atau lebih baik berdiam diri menjadi orang-orang penakut selama-lamanya menanti UMNO terus mereput dan padam ditelan zaman. 

Malangnya masih ada yang beranggapan bahawa UMNO akan kekal selamanya. 

Tuesday, September 14, 2010

KONSPIRASI POLITIK JERANTUT

Satu-satunya blogger 'terhabat' (TER-HABAT) di Jerantut yang diberi laputan penuh 
oleh majalah antarabangsa yang berpusat di Israel


Memang hebat bila diiktiraf oleh majalan antarabangsa,
majalah riches pulak tu




Sebuah lagi majalah bertaraf global mengenai tokoh politik Jerantut
mungkin kerana pancapaian akedemik tertinggi oleh anak melayu selama ini


Saya merujuk kepada posting dari blog Cawan Tembaga dan WZWH;

1.     Beberapa blog Jerantut mengulas tentang pertemuan ‘geng 18’ di ….KL. Pertemuan itu menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Pulau Tawar. Selain dari Dato Dr. Shukri, Dato’ Wan Abu Bakar juga turut hadir walaupun lewat. Dalam pertemuan itu dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian akan mencadangkan Dato’ Shukri sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti.

2.     Baru-baru ini diadakan pula pertemuan ‘geng 40’ di …KL. Pertemuan ini pula menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Tahan, turut dihadiri oleh Dato’ Wan Amizan. Tidak ada apa-apa kenyataan mengenai calon Ahli Parlimen dalam pertemuan ini.

3.     Wan Zamzuri menuduh Dato’ Wan Abu Bakar terlibat dalam konspirasi merancang menyekat pencalonan Dato Wan Amizan. Tuduhan itu tidak berasas kerana beliau tidak tahu menahu tentang agenda tersebut bahkan kehadirian beliau adalah disaat akhir kerana lewat dimaklumkan oleh En Dollah Al- Kicapi, beliau turut dimangsakan dalam konspirasi ini

4.     Kenapa dan atas kapasiti apa Dato' Wan Abu Bakar dijemput dalam pertemuan ‘geng 18’ pun satu misteri kerana beliau lebih wajar dijemput dalam pertemuan ‘geng 40’ atas kapasiti sebagai ketua cawangan didalam DUN Tahan. Namun dalam pertemuan 'geng 40' ini beliau tidak dijemput.

5.     Siapa yang bertanggungjawab menjemput para peserta pertemuan-pertemuan itu? Kenapa Dato’ Wan Abu Bakar yang sepatutnya hadir dalam pertemuan ‘geng 40’ tetapi tidak dijemput dalam pertemuan berkenaan bahkan beliau dijemput pula bagi pertemuan ‘geng 18’. Siapa pencentus konspirasi ini? Apakah tujuannya?

6.     Saya beranggapan bahawa Kepala ‘geng 18’ dan ‘geng 40’ memang dibiarkan bertarung sesama mereka. Dato’ Wan Abu Bakar juga memang dirancang untuk kelihatan terlibat dalam konspirasi berkenaan yang akan menyebabkan ‘geng 40’ akan membencinya.

7.     Ketiga-tiga tokoh berkenaan adalah mereka yang akan dibunuh karier dan karektornya dalam politik Jerantut.

8.     Teori pertama: akan ada seorang tokoh lain yang benar-benar akan diangkat sebagai calon proksi kepada pencatur kepada konspirasi ini (godfather). Siapakah calon nya? Mestilah dia seorang yang sangat dipercayai dan sangat rapat dengan godfather. Seorang yang telah banyak berjasa kepada beliau yang meng'uftikan'nya selama ini.

9.     Teori kedua: godfather sengaja membuat kedua calon yang berminat itu didalam keadaan dibawah tekanan yang akan mengharapkan ihsan dan pertolongan dari godfather. Mungkin itu yang dinanti-nantikan oleh godfather dan sokongannya bergantung kepada berapa besar jumlah‘ufti’ itu. Siapa yang dapat menawarkan ‘ufti’ yang lebih besar maka dialah yang sokongannya akan diberikan.

10. Politik Jerantut semakin menarik. Bagaimana pula perancangan dan permainan godfather yang seorang lagi itu, yang senior dalam politik Jerantut akan Al-Fulusi? Dengar khabarnya beliau lebih setuju jika Ku Lan bertanding lagi kerana calonnya masih belum bersedia, belum matang. Tu Jala lah tu, bolehlah mulakan meracun akarnya perlahan-lahan.

11. Jangan lupa bahawa masih ada satu lagi godfather yang kehadirannya tidak dijangka bahkan kekuatannya pun masih belum mampu sesiapapun mengukurnya. PRU13 akan menentukannya siapakah godfather yang akan lebih berkuasa diantara mereka itu.

12. WZWH juga beranan penting, sebagai pencacai yang menguar-uarkan berita dan melaga-lagakan kedua-dua tokoh berkenaan serta memburukan nama Dato' Wan Abu Bakar sama ada disedari atau tanpa disedarinya. Rupanya keturunan bendahara ini wataknya hanyalah sebagai Raja Mendeliar.

Monday, September 13, 2010

YANG TERSOHOR DAN YANG BANGKITKAN KEBENCIAN RAKYAT

Wow! Memang dah tersohor sehingga dah masuk dalam majalah antarabangsa


 Dalam majalah National Geographic pun ada? Hehe





 Ni sampai dalam majalah Baby ni, apa kehay nye?
Selepas ni, kalau tanding Ketua Wanita UMNO Malaysia lawan  Dato' Shahrizat pun pasti menang
atau pun mungkin layak sebagai calon MB Pahang wanita pertama...



1. Sejak 9 September SPU tidak update blog, bahkan tidak juga melawat mana-mana blog kerana berikan tumpuan pada merayakan Aidil Fitri bersama keluarga dan saudara mara.



2. Sebentar tadi, melawat blog tersohor di Jerantut; patpatsikulipat dengan posting lama sejak 2 minggu lalu ..Mulut Tempayan .... (klik sini)  namun bilangan pemberi komennya nyata bertambah dari 60+ ke 102.


Mungkin ada pihak berpendapat posting berkenaan hanya ingin memburukkan pihak tertentu saja namun jika diselidiki ternyata ada yang masih banyak tersembunyi yang membangkitkan rasa tidak puashati masyarakat terhadap individu tertentu, dalam kes ini 'wok hitam'.



3. Ketidakpuashatian dan kemarahan ini sememangnya barasas;

3.1. Penyewa tidak membayar pajakan selama 4 tahun

3.2. Pengusirannya tidak mampu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Jerantut kerana adanya campurtangan MB Pahang.

3.3. Pembiayai sebenar bagi kos baikpulih yang berjumlah ratusan ribu ringgit adalah Syarikat Masmira dan bukannya pemajak sendiri dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

3.4. Pihak MB Pahang mungkin telah diberi maklumat salah mengenainya atau sememangnya MB Pahang seorang Menteri Besar yang bodoh kerana tidak melakukan siasatan.

3.5. Mungkin juga MB Pahang bersikap menjaga kroninya dalam UMNO biarpun 'wok hitam' bukanlah orang yang benar-benar berpengaruh dalam politik Jerantut, dan berkroni adalah perkara yang membencikan rakyat terhadap kerajaan.

3.6. 'Wok Hitam' semasa di Hulu Selangor dulu pernah mengaku dirinya Ketua Wanita UMNO Jerantut, sekiranya sanggup menipu untuk perkara demikian mengapa kita tidak percaya dia sanggup menipu untuk perkara yang lebih mendatangkan faedah untuknya?

3.7. Meskipun demikian keperibadiannya namun dia tetap dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut, ini membuatkan kreadibiliti Ahli Majlis tidak dihormati.

3.8.Rakyat Jerantut meminta MB Pahang memberi kenyataan mengenai status pemberian kuasa mutlak kepada pemajak resthouse Jerantut ini untuk 
pengetahuan rakyat, jika masih sayangkan kerusi parlimen Jerantut.

3.9. Wok Hitam patut tidak lagi memagang jawatan sebagai pegawai Seranta atas sifat peribadinya yang dipertikaikan masyarakat, perlu juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian dan meninggalkan Rest House Jerantut supaya supaya kontroversinya tidak terus di perkatakan rakyat bagi menjaga nama baik UMNO dan Kerajaan.


4. Terima kasih kepada 31 rakan blogger Jerantut yang hadir pada pertemuan tak formal semalam. Tiada agenda khusus melainkan ketetapan untuk bersama-sama menentukan arahtuju serta menjalin kerjasama sebagai satu pasukan. Selain itu, kesemua hadiri setuju untuk bertemu kali kedua dalam waktu terdekat bagi memantapkan lagi kerjasama. Semua bersetuju bahawa tidak ada foto dan kenyataan yang akan dikeluarkan selain oleh SPU selaku penganjur pertemuan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN