Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

1. Sempena minggu terakhir dibulan Ramadhan ini SPU dan seluruh kakitangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua follower, pembaca-pembaca khususnya warga bandar Jerantut.


Tanpa prejudis dan tanpa mengira apa agama, bangsa dan fahaman politik, bersamalah kita menyambut lebaran tahun ini dalam keadaan aman dan makmur serta sihat sejahtera hendaknya.




2. SPU memantau perkembangan blog-blog politik Jerantut yang semakin meningkat jumlahnya ini berikutan permohonan untuk dilinkkan dari blog SPU ini sama ada melalui komen di post atau pun melalui email. ( 2 blog baru telah dilinkkan hari ini)


Dalam perkembangan terbaru, blog SPU kemungkinan sekali lagi akan bertukar milik dengan adanya pihak yang ingin memiliki dan mengendalikan blog ini.  Apabila segalanya dipersetujui, proses mengemaskinikan akan diakukan untuk menjadi sebuah blog yang lebih liberal dan tidak lagi semata-mata memihak kepada UMNO Jerantut sahaja.


Ini berikutan dengan suara yang SPU bawa bukan lagi hanya semata-mata suara orang UMNO atau kepentingan UMNO sahaja, bahkan ianya adalah suara seluruh rakyat Jerantut. Sebagai sebuah blog bebas, selain dari memberi link kepada blog-blog lain di Jerantut, ruangan iklan juga akan diperbanyakkan bagi sumber pendapatan.




3. Selamat Hari Raya dan bersiap sedialah untuk menghadapi PilihanRaya PRU13 tidak lama lagi. Kita percaya Jerantut akan dilanda gelombang besar yang dahsyat jika sekiranya pemimpin tidak memberikan perhatian serius kepada semua pihak yang terlibat.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN