Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Thursday, September 2, 2010
MAMPUKAN UMNO PAHANG MENENTANG MUSUH DI MEDIA SOSIAL?
1. Mengimbau kembali posting di blog Politik Malaysia bertajuk 'Sejauh Manakah Kemampuan Pemimpin dan War Room UMNO' yang antara lain menulis begini;
KUALA LUMPUR, April 13 — Umno today asked its cyber friends to help uplift the image of the party which has come under increasing attack from various quarters, particularly the opposition. Ahli-ahli umno disemua peringkat harus merealisasikan apa yang telah diluahkan dan ditafsirkan didalam perhimpunan yang lalu dengan cara kolektif, komprehensif dan konsistan (3K) tanpa sebarang pengucualian.
Pemimpin UMNO disemua peringkat yang telah kehilangan hala tuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai aspirasi daripada akar umbi dan rakyat harusnya di tolak dan digantikan dengan kadar segera. Pada hemat saya UMNO kini tidak mampu lagi untuk memberikan ruang dan peluang terhadap pemimpin yang tidak dapat menjana aspirasi massa.......
(Sila klik untuk membaca sepenuhnya dan memahami perbincangan seterusnya nanti)
2. Saya juga menemui artikel berkenaan di blog Resmi UMNO Bahahgian sebagai 'copy and paste' (klik sini) sebagai petunjuk bahawa admin. nya menyedari dan mengetahui serta memahami artikel berkenaan.
3. Persoalannya bagaimana UMNO di Bahagian-bahagian lain serta di negeri-negeri lain? Adakah mereka sedar dan faham? Dan Apakah mereka mengambil tindakan?
4. Baca keratan ini:
Sebagaimana ulasan saya selepas cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia tentang penubuhan bilik perang atau “war room” untuk di wujudkan disemua bahagian yang sedia ada dan menangkis serangan pembangkang, saya rasa adalah lebih baik pihak UMNO bergabung terus dengan Cytroo yang sedia ada dan berpengalaman didalam pencarian maklumat , mencari kelemahan dan perlbagai kepakaran serta melatih AJK Pemuda UMNO agar tahu bagaimana untuk mematahkan hujah hujah apabila berhadapan.
Saya berani katakan 60% anggapan bahawa pemuda atau barisan AJK, Wanita, Pemuda tidak mampu menangkis serangan isu jika diterjahkan kepada mereka. Ini jelas apa bila setiap isu –isu yang berkaitan pada kebiasaannya pihak JASA akan memainkan peranan.
Kenyataannya adalah AJK di peringkat Bahahgian, Wanita, Pemuda dan Puteri dibahagian-bahagian dan serata negeri amnya gagal menangani dan menepis isu dari blog pembangkang.
Kenapa tidak Negeri Pahang khususnya menggunakan khidmat blogger generasi pertama yang telah menulis dan berpengalaman lama dalam hal berkenaan dan mampu menangkis malah menyerang balas musuh bertubi-tubi?
UMB Pahang dan Biro ICTnya harus mengambil langkah proaktif dan menolak sebarang prasangka terhadap blogger generasi pertama Pahang kerana UMB ternyata gagal dalam membentu blogger yang mantap dan blognya mendapat tempat dieringkat nasional, itu pun jika UMNO Pahang masih menyimpan harapan untuk memenangi PRU13 nanti.
Banyak pihak berpendapat majoriti pengundi tidak membaca blog atau lain-lain jaringan media sosial diinternet. Tapi mungkin mereka lupa bahawa hanya dengan seorang yang membacanya tetapi kemudiannya menyebarkan kepada begitu banyak orang dan mereka itu percaya kebenaran setiap isu berkenaan asal sumbernya dari internet.
Kekalahan dalam PRU12 lalu sebahagian besarnya berpunca dari media sosial @ blog dan facebook. Kegagalan kerajaan dan pemimpin kita mentafsir keberkesanan peranan media sosial berkenaan dan pengaruhnya kepada masyarakat. Janganlah kerana ketidakmahiran dan kebodohan pemimpin kita dalam IT membuatkan mereka beranggapan orang lain juga seperti mereka.
Apakah UMB dan Biro ICT Pahang ada membuat kajian tentang berapa banyak blog-blog pembangkang di negeri Pahang ini yang masih aktif serta sedang dibina? Bandingkan dengan blog-blog yang dikuasai oleh kerajaan/UMNO sendiri? Apakah ada juga kajian tentang keberkesanannya 'tentera-tentera' UMB Pahang di facebook dalam menentang hujah-hujah 'musuh'?
Yang saya lihat UMB Pahang hanya berkomunikasi sesama mereka sendiri sedangkan 'musuh' menerjah lawannya dan cuba mempengaruhi fikiran mereka. Siapa yang akan menang jika hanya bertahan? Dan lebih buruk adalah apabila pemimpin sendiri men'delate' seseorang sahabat hanya kerana mereka itu mempertikai dan menentang pendapat mereka dalam hujah.
Apakah kegagalan menjawah hujan membuatkan mereka mencantas seseorang bagi mendapat kemenangan mudah? UMNO akan menjadi semakin kecil dan mengecil jika setiap suara yang memberi pendapat dihapuskan. Kita tidak pernah ingin belajar sejarah dari kisah Singapura dilanggar todak.
Saya tahu posting ini jikapun dibaca oleh pemimpin UMNO Pahang, tidak akan ada tindakan diambil kerana egonya mereka. Maaf jika saya katakan semakin lama membiarkan masalah tergantung begitu saja, semakin susah untuk diselesaikan kelak. Susahkah memanggil semua blogger yang ada dalam satu pertemuan bagi mencari satu jalan penyelesaian?
Kita sedar bahawa dalam Pahang hanya seorang sahaja blogger yang diiktiraf oleh kerajaan kerana statusnya sebagai bekas YB. Selain itu kerajaan tidak akan pandang walau dengan sebelah matapun. Bagaimanpun, jangan salahkan sesiapa jika nanti dalam PRU13 ada beberapa parlimen dan DUN yang akan bertukar tangan kepada pembangkang kerana kelalaian pemimpin yang besar hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam...Sokong.kebanyakkan bloger pro kerajaan menulis atas inisiatif sendiri demi perjuangan bangsa,agama dan tanahair..sayangkan UMNO tapi inisiatif memperkasakan pasukan media siber ini tak tahu kemana hala...
salam, mohon linkkan blog saya ~ http://pkr-jerantut.blogspot.com/ terima kasih
bro spu. Tolong linkan blog Jerantutpost dalam blog sdr alamat http://mosolimi.blogspot.com tk
Post a Comment