Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, September 24, 2010

APAKAH TAHAP CELIK IT KITA MEMADAI?





600,000 telah menggunakan jalur lebar menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim - Bernama

Jualan Akhbar Utusan dan Berita Harian jatuh mendadak sejak 2004 - Klik sini


Berita-berita diatas memberikan makna penggunaan jalur lebar internet semakin meningkat dan turut memberi kesan kepada jualan akhbar dimana meningkatnya pembaca akhbar melalui internet.


Peningkatan pengguna internet melibatkan golongan muda manakala peningkatan penggunaan oleh golongan tua berkembang dalam skala yang kecil.


Berapa ramaikah dikalangan pemimpin kita (Jerantut) yang mesra internet? AJK Bahagian kita yang mahir? Berapa ramai yang ada laman media sosial Facebook? Berapa ramai yang ada blog dan membaca blog? Apakah kita sedar bahawa kekalahan dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir pengaruh internet @ media sosial terhadap rakyat. Kebanyakan kita masih dengan fikiran lama bahawa pengundi kita dari kalangan generai yang tidak menggunakan internet.


Bilangan penggundi muda meningkat dan mereka dari kalangan yang mesra internet @ media sosial. Jika pemimpin UMNO tidak menghubungi @ mendekati mereka melalui media sosial maka kita akan semakin terpinggir dan jauh dari mereka, lalu bagaimana kita mampu meraih undi dari mereka kelak dalam PRU13 nanti?


Saya masih ingin bertanya; mana dia laman web atau blog resmi UMNO Bahagian Jerantut? Malanglah jika Ketua Penerangan masih dalam kegelapan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN