Siapa sayangkan UMNO?
Siapa sayangkan UMNO?
Siapa sayangkan UMNO?
Saya merujuk komen-komen diblog patpatsikulipat yang kelihatan teruk;
Bila TUN kata UMNO busuk hingga ke usus banyak pihak menelan lior dan tersekat dihalkum, tapi itulah kenyataannya. Bila pemimpin negara berharap UMNO berubah dengan segera sebelum PRU akan datang, siapa sebenarnya yang ingin berubah berubah?
Bila ada pihak yang menegur keburukan pemimpin UMNO dengan menunjukkan keburukan yang pemimpin pemimpin UMNO lakukan dengan harapan mereka akan berubah sikap maka orang itu akan diherdik dan disifatkan sebagai merosakkan UMNO. Apakah perbuatan pemimpin UMNO merosakan UMNO harus didiamkan saja? Tidak boleh disebut dan ditegur? Atau dosa mereka akan hapus begitu saja kerana mereka pemimpin?
Sehingga kini saya tidak nampak ada perubahan dalam UMNO. Siapa yang berjawatan dan berduit boleh bercakap apa saja dan siapa yang tidak berduit dan tidak berjawatan walaupun menyatakan sesuatu yang benar, ahli UMNO tetap tidak akan menerimanya. Apakah UMNO ada 2 mertabat keahlian?
Wan Zamzuri dalam blognya menyatakan dengan jelas bahawa pihak tertentu telah membelanjakan beratus ribu ringgit semata-mata untuk mengekalkan tempat didalam UMNO. Apakah reaksi ahli UMNO Jerantut? - Diam! Semua orang diam. Tetapi apabila beberapa blogger mendedahkan keburukan pemimpin UMNO maka mereka menghentam para blogger dengan alasan merosakkan UMNO. Siapakah yang lebih merosakkan UMNO sebenarnya?
Memang demikianlah budaya dalam UMNO yang sedang mereput ini. Sesiapa yang berlainan pandangan atau tidak menyokong akan disingkirkan, maka UMNO itu sendiri semakin mengecil. Jika ada golongan yang lebih bijak ingin menyertai UMNO, mereka disekat. UMNO tidak akan bertambah keahliannya. Golongan muda yang berfikiran lebih terbuka tidak diajak menyertai UMNO kerana bimbang kedudukan dan monopoli mereka akan tergugat. Memang UMNO sedang nazak dan mereput.
UMNO hanya membiarkan dan menyokong serta menggalakkan orang yang berkuasa dan berduit menguasai parti seterusnya merebut segala projek kerajaan, seakan merompak hak rakyat dari kerajaan walaupun secara yang kelihatan terhormat.
Diluar sana banyak pihak memusuhi SPU, tetapi apakah mereka sedar apa yang SPU lakukan ini adalah kerana ingin memperkasakan UMNO yang semakin lesu. Apakah ada pihak yang berfikir apa yang sedang UMNO hadapi dewasa ini jika pemikiran kearah itu tidak dipimpin oleh SPU? Siapakah yang merosakan UMNO Jerantut sebenarnya selama ini? Siapakah pula yang berusaha untuk mengukuhkan semula UMNO?
Apakah kesedaran terhadap UMNO akan sedemikian hangat seperti kini jika SPU tidak membangkitkan sebarang isu berkaitan UMNO? Jika para blogger Jerantut tidak mainkan sebarang isu berkenaan UMNO? Sebenarnya UMNO telah dilupakan sebagaimana kubur lama yang terbiar.
Siapa yang menerima sogokan wang untuk menjual-beli undi sehingga ada yang mecapai RM10,000 dalam pemilihan UMNO Bahagian yang lalu? (Spertimana kata WZ) Apakah SPU atau mereka yang menyalahkan SPU diluar sana ? Berhentilah jadi hipokrit dan berhentilah menjahanamkan UMNO atau lebih baik berdiam diri menjadi orang-orang penakut selama-lamanya menanti UMNO terus mereput dan padam ditelan zaman.
Malangnya masih ada yang beranggapan bahawa UMNO akan kekal selamanya.
Malangnya masih ada yang beranggapan bahawa UMNO akan kekal selamanya.
No comments:
Post a Comment