Satu-satunya blogger 'terhabat' (TER-HABAT) di Jerantut yang diberi laputan penuh
oleh majalah antarabangsa yang berpusat di Israel
Memang hebat bila diiktiraf oleh majalan antarabangsa,
majalah riches pulak tu
Sebuah lagi majalah bertaraf global mengenai tokoh politik Jerantut
mungkin kerana pancapaian akedemik tertinggi oleh anak melayu selama ini
mungkin kerana pancapaian akedemik tertinggi oleh anak melayu selama ini
Saya merujuk kepada posting dari blog Cawan Tembaga dan WZWH;
1. Beberapa blog Jerantut mengulas tentang pertemuan ‘geng 18’ di ….KL. Pertemuan itu menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Pulau Tawar. Selain dari Dato Dr. Shukri, Dato’ Wan Abu Bakar juga turut hadir walaupun lewat. Dalam pertemuan itu dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian akan mencadangkan Dato’ Shukri sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti.
2. Baru-baru ini diadakan pula pertemuan ‘geng 40’ di …KL. Pertemuan ini pula menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Tahan, turut dihadiri oleh Dato’ Wan Amizan. Tidak ada apa-apa kenyataan mengenai calon Ahli Parlimen dalam pertemuan ini.
3. Wan Zamzuri menuduh Dato’ Wan Abu Bakar terlibat dalam konspirasi merancang menyekat pencalonan Dato Wan Amizan. Tuduhan itu tidak berasas kerana beliau tidak tahu menahu tentang agenda tersebut bahkan kehadirian beliau adalah disaat akhir kerana lewat dimaklumkan oleh En Dollah Al- Kicapi, beliau turut dimangsakan dalam konspirasi ini
4. Kenapa dan atas kapasiti apa Dato' Wan Abu Bakar dijemput dalam pertemuan ‘geng 18’ pun satu misteri kerana beliau lebih wajar dijemput dalam pertemuan ‘geng 40’ atas kapasiti sebagai ketua cawangan didalam DUN Tahan. Namun dalam pertemuan 'geng 40' ini beliau tidak dijemput.
5. Siapa yang bertanggungjawab menjemput para peserta pertemuan-pertemuan itu? Kenapa Dato’ Wan Abu Bakar yang sepatutnya hadir dalam pertemuan ‘geng 40’ tetapi tidak dijemput dalam pertemuan berkenaan bahkan beliau dijemput pula bagi pertemuan ‘geng 18’. Siapa pencentus konspirasi ini? Apakah tujuannya?
6. Saya beranggapan bahawa Kepala ‘geng 18’ dan ‘geng 40’ memang dibiarkan bertarung sesama mereka. Dato’ Wan Abu Bakar juga memang dirancang untuk kelihatan terlibat dalam konspirasi berkenaan yang akan menyebabkan ‘geng 40’ akan membencinya.
7. Ketiga-tiga tokoh berkenaan adalah mereka yang akan dibunuh karier dan karektornya dalam politik Jerantut.
8. Teori pertama: akan ada seorang tokoh lain yang benar-benar akan diangkat sebagai calon proksi kepada pencatur kepada konspirasi ini (godfather). Siapakah calon nya? Mestilah dia seorang yang sangat dipercayai dan sangat rapat dengan godfather. Seorang yang telah banyak berjasa kepada beliau yang meng'uftikan'nya selama ini.
9. Teori kedua: godfather sengaja membuat kedua calon yang berminat itu didalam keadaan dibawah tekanan yang akan mengharapkan ihsan dan pertolongan dari godfather. Mungkin itu yang dinanti-nantikan oleh godfather dan sokongannya bergantung kepada berapa besar jumlah‘ufti’ itu. Siapa yang dapat menawarkan ‘ufti’ yang lebih besar maka dialah yang sokongannya akan diberikan.
10. Politik Jerantut semakin menarik. Bagaimana pula perancangan dan permainan godfather yang seorang lagi itu, yang senior dalam politik Jerantut akan Al-Fulusi? Dengar khabarnya beliau lebih setuju jika Ku Lan bertanding lagi kerana calonnya masih belum bersedia, belum matang. Tu Jala lah tu, bolehlah mulakan meracun akarnya perlahan-lahan.
11. Jangan lupa bahawa masih ada satu lagi godfather yang kehadirannya tidak dijangka bahkan kekuatannya pun masih belum mampu sesiapapun mengukurnya. PRU13 akan menentukannya siapakah godfather yang akan lebih berkuasa diantara mereka itu.
No comments:
Post a Comment