Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, September 24, 2012

KU LAN TEGASKAN TAK TANDING PRU




Bagi kali ke-2nya, sekali lagi Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut mengumumkan dan menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU13 nanti. Berita mengenainya dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini (7.3.2012)

Beberapa spekulasi tercetus berikutan kenyataan Ku Lan itu dan sebenarnya ianya memberikan kesan kepada politik Jerantut itu sendiri.

1. Akan berlaku ketegangan dan perebutan dalam menentukan siapakah yang akan jadi calon Ahli Parlimen Jerantut nanti diantara YB Dato' Dr Shukri dan YB Dato' Wan Amizan.

2. Nasib mereka yang bernaung dibawah Ku Lan selama ini tidak lagi dapat dipastikan. Bagaimanapun diantara mereka sudahpun membuat persiapan awal dan tidak akan merasai tekanan akibat hilang jawatan dan kuasa.


Thursday, April 19, 2012

APAKAH KITA SUDAH BERUBAH?

Ketua Wanita UMNO Bahagian, calon DUN P.Tawar?



Wah! Blog-blog Jerantut sudah bernafas semula. Lihat blog ini (Klik Sini), sebuah blog satira tempatan sudah mula menulis beberapa hari lepas. Ini satu perkembangan baik, atau mungkin juga satu perkembangan buruk kerana segalanya sukar untuk diramalkan.....arah dan halatujunya.

Lama dulu saya pernah menulis mengenai keterlibatan orang-orang UMNO dengan media sosial, khususnya blog. (Klik Sini) Itu saya tulis 3 Januari 2010. Setelah lebih dari 2 tahun apa perubahan dan perkembangannya? Apakah pemimpin UMNO Jerantut khususnya sudah celik media sosial?

Media sosial adalah satu keperluan untuk berkomunikasi dengan rakyat secara langsung, terutamanya facebook. Namun berapa orang dari AJK yang ada facebook dan aktif? Apakah mereka sedar dan faham akan kesan viral yang mampu disebarkan oleh media sosial?

Dato' Seri Najib aktif dengan facebook dan twitter. Ada desakan kuat dari pemgamal media sosial supaya calon dalam Pilihan Raya nanti dari kalangan mereka yang aktif dalam media sosial. Saya percaya PM akan jadikan itu salah satu kreteria bagi pemilihan calon dalam Pilihan Raya Umum nanti.

Saturday, December 31, 2011

MEMPERKASAKAN UMNO?





Dari lama sosial dan sok-sek, sok sek terdengar bahawa anak seorang pegawai yang dilantik oleh BN bersama rakan-rakanya menyertai AMK di satu awasan Felda. Bagaimana bapanya makan hasil UMNO tetapi anaknya (dengan isteri pertama) bersama gerakan menentang kerajaan.

Mungkin anaknya juga turut menentang perlakuan bapanya yang selama ini selalu tersasar dari asas perjuangan parti dan hanya menggunakan kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin ini satu petunjuk bahawa balasan Tuhan diberikan secara tunai didunia ini.

Khabar buruk mengenai pegawai berkenaan menyeleweng sudah lama didengari. Kerana itu jugalah rakyat menjadi kecewa dan marah kepada kerajaan dan parti. Dulu SPR sudah menggempur dan hampir mengenakan tindakan kepadanya namun hasil campur tangan atasan dia dikecualikan bahkan khabarnya akan diberikan penghormatan tidak lama lagi.

Apakah ini usaha kita memperkasakan UMNO? Jangan hairan jika UMNO memang sudah ditolak oleh rakyat. Jangan bimbang jika dalam PRU nanti rakyat akan memilih pembangkang, bukan kerana mereka sukakan pembangkang tetapi kerana mereka lebih bencikan UMNO yang masih kekal dengan kronism dan nepotismnya.

Menurut kajian dan soal-selidik yang masih dijalankan di Jerantut bahawa UMNO/BN masih belum menerima sokongan penuh rakyat. Maknanya BN/UMNO masih tidak akan mampu menangi PRU akan datang. Tentu kita semua tau mengapa dan apa jawabnya. Tidak hairan bila pembangkang anjurkan slogan ABU = Asal Bukan UMNO kerana memang terlalu banyak kesongsangan yang berlaku didalam parti pemerintah dan mereka ini mesti di buang dari memeggang kuasa.

UMNO harus dikalahkan dahulu untuk membina UMNO yang baru yang bersih dan telus dan yang bebas dari mereka yang berkuasa dan menyalahgunakan kuasa ketika ini. Selagi ada petualang dikalangan para pejuang, selagi itu UMNO akan dipinggirkan dan akan kecundang.

Thursday, December 15, 2011

BLOGGER PENCACAI DIKEHENDAKI





Kepada para pembaca yang berniat untuk menjadi pencacai gerombolan songkok tinggi, anda mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi blogger sepenuh masa menutup segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web pro Barisan Nasional, pada 16 Disember 2010 yang lalu, para blogger yang dilihat berkelayakan, akan diberikan wang sebanyak RM30, 000, untuk membuka sebuah blog sama ada yang menggunakan hosting percuma ataupun berbayar. Malah diberikan upah sebanyak RM 5,000 sebulan untuk menutup bangkai gajah [SarawakTalk].


Klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN