Foto terkini Allahyarham ketika menghadiri Jamuan Merdeka Raya anjuran bersama Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar di Lepar Utara tidak lama dulu - foto sumber Facebook
1. Melalui sumber yang boleh dipercayai, dimaklumkan bahawa Dato' Ghazali Sulaiman, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi akibat serangan stroke dan pendarahan otak setelah beberapa hari dimasukkan ke Hospital Tawakal di Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan di Kg. Teh hari pada hari ini juga, demikian menurut sumber.
Bersamalah kita sedekahkan Al-Fahitah dan berdoa semoga segala dosa-dosanya diampunkan dan rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman disisi Allah.
2. Demi menghormati dan menghargai jasa-jasa allahyarham dalam politik Jerantut, SPU hari ini tidak ingin membincang dan menulis mengenai hal-hal berkaitan politik.
3. Dimaklumkan bahawa blog Kutukan Dewata dan Pemerhati Politik Jerantut sudahpun dilinkkan dilaman yang berkenaan, syabas diucapkan dan SPU berharap blogger berkenaan akan terus jadi pengkritik politik yang telus dan jujur demi kebaikan dan faedah seluruh warga Jerantut ini. SPU sentiasa bersikap terbuka dan tanpa prejudis. Adalah salah jika ada mana-mana pihak menganggap SPU pro kepada mana-mana kumpulan atau orang tertentu.