Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, September 30, 2011

BELASUNGKAWA: DATO' GHAZALI SULAIMAN

Foto terkini Allahyarham ketika menghadiri Jamuan Merdeka Raya anjuran bersama Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar di Lepar Utara tidak lama dulu - foto sumber Facebook


1. Melalui sumber yang boleh dipercayai, dimaklumkan bahawa Dato' Ghazali Sulaiman, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi akibat serangan stroke dan pendarahan otak setelah beberapa hari dimasukkan ke Hospital Tawakal di Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan di Kg. Teh hari pada hari ini juga, demikian menurut sumber.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fahitah dan berdoa semoga segala dosa-dosanya diampunkan dan rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman disisi Allah.

2. Demi menghormati dan menghargai jasa-jasa allahyarham dalam politik Jerantut, SPU hari ini tidak ingin membincang dan menulis mengenai hal-hal berkaitan politik.


3. Dimaklumkan bahawa blog Kutukan Dewata dan Pemerhati Politik Jerantut sudahpun dilinkkan dilaman yang berkenaan, syabas diucapkan dan SPU berharap blogger berkenaan akan terus jadi pengkritik politik yang telus dan jujur demi kebaikan dan faedah seluruh warga Jerantut ini. SPU sentiasa bersikap terbuka dan tanpa prejudis. Adalah salah jika ada mana-mana pihak menganggap SPU pro kepada mana-mana kumpulan atau orang tertentu.

3 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

SPU kena minta banyak maaf kepada arwah Dato' Ghazali Sulaiman kerana selalu mengutuk beliau dan hal-hal peribadinya. Ekekekekeke...

SPU said...

salam dan t/kasih, WZWH pun begitu juga. jika ada permusuhan hanya semasa hayat, sesudah itu segalanya berakhir kerana itulah SPU (baru) ingin berubah kepada penulisan yg lebih berhemah dn tidak menyentuh peribadi. al-fatihah dn doakan kesejahteraan rohnya....amin!

Anonymous said...

WZWH rasa blog dia atau diri dia sendiri suci sangat ke, lagi banyak umpat keji di buat terhadap individu tertentu, malah boleh di kata fitnah di lemparkan, dia hanya tahu memuji maliakat DOMPOK JER YANG BAIK, AMENDA ADA SAJA ORANG LAIN YANG AGAK DAPAT SIKIT MENCABAR PENGARUH DOMPOK, HABIS DI UMPAT,KEJI, FITNAH OLEH WZWH NE !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN