Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, October 1, 2011

DRASTIC CLEANSING - CALON PRU JERANTUT

Ketua Puteri Jerantut calon DUN Tahan


Seronok melihat perkembang mutahkir blog-blog politik Jerantut apabila banyak blog baru telah lahir; Pemerhati  Politik Jerantut, Kutukan Dewata, Borok Politik Weh, serta blog-blog lama yang kelihatan aktif semula setelah rehat yang panjang.

Secara rambang dapat ditafsirkan bahawa sekumpulan blog yang dibina khas untuk menyokong ADUN Tahan sedang menguasai blogger Jerantut. Terbaru, blog lawak 'bodoh',  'Radio Buruk One Pati' dilihat sebagai untuk saingi blog uRag dRrulug dan dalam masa sama pro kepada kumpulan blog WZWH. Nampaknya sibertropper Tahan sudah bergerak kehadapan dalam perang sibernya menentang Pulau Tawar.

Buat pertama kalinya SPU tertarik dan sangat bersetuju dengan tulisan WZWH  Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13 (Klik) Itulah yang sepatutnya UMNO Bahagian Jerantut lakukan. Berikan peluang kepada pemimpin muda dan baru untuk terajui politik Jerantut. Abaikan tokoh-tokoh 'recycle'. Inilah perubahan drastik yang rakyat inginkan.

Ahmad Shah Jamlus layak untuk calon Ahli Parlimen. Hartini di DUN Tahan, Rizuan Mansur di DUN Pulau Tawar serta Mustafar Maarof di DUN Damak jika DUN tersebut akan ditandingi wakil UMNO.  Kita kena berikan kepercayaan kepada muka-muka baru dan tenaga muda. YB DSD Menteri Besar Pahang mesti memberikan perhatian serius mengenai cadangan ini jika benar-benar inginkan transormasi berlaku dalam politik Jeantut.

Mungkin cadangan ini mendukacitakan Ketua Penerangan yang masih dalam kegelapan iaitu Cikgu Nazlan serta Cikgu Pian dan Zaharuddin yang mungkin sudah menempah baju melayunya untuk gambar poster plilihanraya. Tapi inilah hakikatnya, pembaharuan mesti dilakukan bagi meremajakan semula UMNO Jerantut.

WZWH tidak kita calonkan di DUN Tahan kerana dilihat sebagai proksi ADUN yang ada dan tentunya tidak akan membantu kemenangan BN akibat dari kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap wakilnya selama ini. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahamud juga disingkirkan walaupun beliau kelihatan sangat layak di DUN Pulau Tawar kerana aktif dalam mengadakan program-program UMNO dan rakyat bagi memuaskan hati golongan muda.



2 comments:

Helang Buana said...

SALAM BRO, TEMPAH BAJU MELAYU UNTUK RAYA ADA LAH, TAK LAH BERCADANG UNTUK PRU 13. WALLAHWAKLAM. INILAH MASALAH UMNO, DEKAT PRU CALON YANG JADI PERTARUHAN BUKAN PARTI...

SPU said...

Hahaha, cg pian masih stay maintain cool, syabas! Tp suara kami anak2 muda mesti diberikan perhatian dalam usaha transformasi politik negara khususnya dlm umno, jika tidak umno akan layu dan lumpuh spt mana kata penyokong pembangkang; umno = umporno, hehehe! Sudah sampai masa AJK yg ada mengundurkan diri, kami anak2 muda ini jgn dikhianati dn jgn dicantas tunas yng baru tumbuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN