Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 11, 2011

'KITA' SERANG DUN DAMAK?




Semalam di DUN Damak, sekali lagi KITA telah mengadakan program mendekati masyarakat. Sekali lagi Ketua Parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) telah turun padang mendekati rakyat sebagai persiapan menghadapi PRU13 nanti.

Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan harapan dan halatuju parti KITA. Selain itu beliau juga memaklumkan bahawa KITA tidak mengutamakan kuantiti ahli, tetapi lebih menumpukan kepada kualiti dan komitmen yang dapat ahli berikan kepada parti.

Apa maknanya bagi sesebuah parti yang mendakwa memiliki berjuta-juta bilangan ahli namun mereka itu tidak komited kepada parti bahkan tidak mengundi calon parti dalam pilihanraya. UMNO dan PKR yang mendakwa memiliki berjuta-juta ahli namun apabila mereka mengadakan mesyuarat sering berlaku tidak cukup korum atau kehadiran yang sangat sedikit berbanding dengan jumlah keahliannya.

Bahkan ada terdapat kes-kes yang individu tertentu tidak menyedari bahawa mereka menjadi ahli kepada sesebuah parti kerana pendaftaran keahlian dilakukan bukan dengan kerelaan mereka sendiri. KITA percaya bahawa PRU13 nanti akan menyaksikan golongan yang tidak berparti akan memilih untuk mengundi calon-calon yang mereka yakini dan tidak lagi berdasarkan kepada parti yang mereka wakili.

Bercakap mengenai calon bagi kerusi-kerusi dalam pilihanraya, KITA lebih mengutamakan rekod khidmat seseorang calon itu kepada rakyat dan bukannya jawatan mereka didalam parti. Tidak seperti parti lain yang mengutamakan jawatan didalam parti untuk dipilih sebagai calon, kerana itulah ada parti-parti yang terpaksa berperang sesama sendiri bahkan mengamalkan rasuah politik semata-mata untuk merebut jawatan tertinggi parti dengan harapan berpeluang menjadi calon dalam pilihanraya.

KITA akan bertanding disemua kerusi yang dirasakan berpeluang sebagai calon ketiga. Dalam Parlimen Jerantut beberapa calon sudah dikenalpasti khususnya di DUN Damak dan Pulau Tawar. Bagi kerusi Parlimen dan DUN Tahan beberapa calon berpotensi sedang dikenalpasti dan ini bergantung kepada siapa calon yang BN dan PR akan letakkan nanti.

KITA merasakan akan mendapat sokongan dan undi dari pihak ketiga, yakni mereka yang dikategorikan sebagai 'atas pagar' serta undi protes dari penyokong parti-parti tertentu yang tidak bersetuju dengan calon yang bertanding mewakili parti.

Apapun, banyak pihak meramalkan bahawa PRU13 adalah laluan sukar buat BN, bukan lagi untuk mendapat 2/3, bahkan untuk beroleh kemenanganpun dianggap satu keistimewaan. Soalnya apakah pemimpin-pemimpin  UMNO menyedari dan mengakui hakikat ini? Atau mereka masih lena dilamun mimpi siang hari?

5 comments:

WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...

Ini posting SPU yang terbaik tahun ini. Diharap DS Najib dan MB Pahang serta kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut juga 19,000 ahli UMNO Jerantut ambil iktibar dari posting yang jujur,ikhlas, berterus terang dari seorang blogger yang sangat sayang kepada partinya.

wzwf said...

pemimpin umno bkn mimpi siang hari tp sibuk mengaudit dan membahagi2kan harta rampasan perang, hehe

lau lang said...

haiyaaa!ini maciam arr, itu latok lau li tatak muleh titun looo, tp arr lia pun sulah manyak lama wooo, lia punya muntut pun sulah aler akar wooo...

Buntat said...

Betul kata wzwf. Biarkan mereka ni sibok dengan harta mereka. Tak tau dok asik lena nanti BALA AKAN MENINPA MEREKA2 NI

123lekuk said...

Minta link kan blog 123silekuk.blogspot.com ke laman blog saudara. Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN