En. Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut yang baru
Berikutan kembalinya kerahmatullah mantan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut YH. Dato' Ghazali Sulaiman maka berlakulah kekosongan kerusi bagi jawatan tersebut. Walaupun Ketua UMNO Bahagian sudah tidak lagi berminat untuk menjadi calon Ahli Parlimen dalam PRU akan datang, seterusnya akan pasti juga melepaskan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian, namun kekosongan ini harus diisi secepat mungkin. Pasti banyak kerja-kerja parti yang akan dijalankan terutama dalam persedian menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Sudah menjadi perbualan hangat sekarang ini siapakah yang bakal diangkat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Seperti biasa khabarnya seorang tokoh yang sudah sangat senior dalam politik Jerantut cuba menonjolkan Cikgu Nizam sebagai calon Setiausaha Bahagian yang baru. Tentulah ini bertujuan menjaga kepentingan dan cengkaman kukunya dalam politik Jerantut. Mungkin banyak pihak boleh menerima calon itu namun memikirkan bahawa faedah kelangsungan cengkaman kuasa seseorang, maka sudah pasti nama ini akan ditolak.
Jika benar UMNO Bahagian Jerantut ingin melakukan reform, maka kesempatan ini haruslah diambil dengan sebaik mungkin dengan meletakkan calon muka baru dan dari kalangan muda. Wan Zamzuri Wan Hasenan kelihatan layak menjalankan tugas berkenaan namun faktor kerjanya menghalang beliau untuk dinamakan bagi mengisi kekosongan itu. Selain itu kecenderungannya menyokong ADUN Tahan juga sudah pasti tidak akan menyukakan penyokong ADUN Pulau Tawar kelak.
Kemungkinan untuk mengangkat Pegawai Khas Ahli Parlimen ke jawatan Setiausaha adalah sangat sedikit atas beberapa sebab. Antaranya beliau kelihatan tidak berapa berkelayakan untuk memeggang jawatan yang sangat mencabar dan berprestij ini, selain itu beliau sendiri pun sudah sangat selesa dengan jawatan yang disandangnya sekarang kerana berkuasa penuh 'mengitar' semua projek Ahli Parlimen.
Calon muda yang dilihat layak adalah Sdr Mustafar Maarof, bekas mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menimbulkan kontroversi apabila meletakkan jawatan kerana tidak sefahaman dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Tahan tidak lama dulu.
Selain itu,Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga kelihatan sesuai mengisi kekosongan berkenaan tambahan pula apabila dipertimbangkan hubungan baiknya dengan YBM Tan Sri Tengku Azlan Shah.
Apapun semuanya terpulang kepada kebijaksanaan Ketua UMNO Bahagian. Kita cuma berharap beliau akan memilih seorang yang yang proaktif dalam menjalankan tugasnya yang penuh cabaran kelak. Calon Setiausaha bahagian juga haruslah seorang yang akrab dengan media sosial supaya akan dapat menggerakan media baru UMNO Bahagian Jerantut yang selama ini mati kerana adanya Ketua Penerangan Bahagian yang gelap pandangannya terhadap peranan media baru.
5 comments:
Salam SPU.
Kawe sokong benar kalu Saudaro Mustafa Mat Arof jadi SU.Dio ajo hok buleh mendekati ahli-ahli biaso selain dari berkelulusen ringgi den ado pengikuk yang ramai samaado di Tehen, Ulu Cheko den Pulau tawar dan beliau jugok diterimo ramai di kg-kg tradisionaldann tambah lagi anok tempaten.
payah payah sangat beri ke dolah kicap jer abis cerita, bukan apa?, sebab lepas pru 13 nanti umno dah jadi pembangkang, dah tak dah tak ada apa dah nak di rebut atau di rembat harta karun malaysia ne, sebab tu lah semua pemimpin BN mau pun UMNO sekarang ne berlumba lumba mengumpul kekayaan, tak lama dah boleh mencari kekayaan bagi orang2 bn dan umno, kita beri peluang pada pemimpin pakatan pulak cari kekayaan dalam jangka 5 tahun akan datang, setuju kawan kawan?, jika gun tak setuju pun, sape memerintah pun kita mcam ini juga lah, yang mencari gaharu g ke utan, yang ada kebun menoreh dan lain lain kerja, yang kita kena buat?
Anon 2.13 Mustafa Mat Arof! DiBahagian Jerantut? KC P. Saujana bolehlah. Kalau di bahagian taraf rendah lg kalau dibanding dgn cikgu nizam.Pelat lagi.
haha, anon 10:36, kalau cg nizam kembang lagi lah perut tuan haji kulat kita tu, hehe
Alaah, ambil ajer seorang bernama Isa di sebuah kampung tradisional. Die ni mudah amat buat kerja. Buang sampah, bakar sampah, bersih sungai dll. Tak payah gaji, bagi makan dan buleh sembahyang dah cukup...
Kawe gerenti duit umno akan bersepah2. Mudah bagi boroi2 nak kebas harta tsbt.
Selamat jadi pembangkang.
Post a Comment