Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, April 28, 2008

UMNO JERANTUT PERLUKAN PEMIMPIN BIJAK DAN GIGIH

Jerantut 27/4/2008.

Sepertimana kita sedia maklum, UMNO perlu reform selepas kegagalan mencapai kemenangan bergaya malahanhampir-hampir dalam PRU12 yang baharu lalu. Dan perubahan ini patut berlaku disemua peringkat terutama sekali di peringkat cawangan yang merupakan akarumbi parti. UMNO di cawangan-cawangan harus memilih dan berhak mendapatkan seorang pemimpin yang bijak dan gigih serta sanggup berusaha keras memperjuangkan UMNO dan membantu masyarakat setempat sepertimana yang berlaku era kemerdekaan lalu.

Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan ini haruslah dipilih secara bersih oleh ahli-ahli cawangan, bukannya calon yang ditunjuk oleh Bahagian atau mereka yang membawa agenda peribadi. Persidangan Perwakilan UMNO Cawangan mestilah dipastikan bebas dari rasuah politik -INI SANGAT PENTING - kerana jika perwakilan yang terpilih melalui rasuah politik ini akan ke Mesyuarat Bahagian, rasuah politik akan juga berlaku dan mereka-mereka yang memberi di mesyuarat bahagian ini akan berharap untuk menerima di Perwakilan UMNO kelak. Jika ini masih berlaku, bermakna reform UMNO yang sepatutnya berlaku masih gagal dan UMNO tidak akan berubah selain selain dari mengubah arah....ia itu ke arah KEMUSNAHAN.

Monday, April 21, 2008

MB PAHANG TEMUI AHLI-AHLI UMNO JERANTUT



1/4/2008


Satu perjumpaan antara Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob dengan ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut telah di adakan di Dewan Majlis Daerah di sini. Dalam perjumpaan tersebut MB telah menjelaskan keadaan politik semasa dan mengulas tentang kekalahan BN di beberapa kerusi parlimen dan DUN dalam PRU12 yang baru lalu.


Dalam pertemuan tersebut juga MB mendengar keluhan dan rintihan ahli-ahli dari semua peringkat. Kebanyakan dari ahli-ahli yang berucap telah meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap pucuk pimpinan parti. Sdr Ramli dari Pulau Tawar meluahkan rasa kecewa, tidak puashatinya dan marah terhadap kepimpinan diperingkat bahagian dan meminta AJK Bahagian meletakkan jawatan atas alasan telah tidak berperanan dengan baik.


Dato' Azizan Bin Yaakob (bekas ADUN Tahan) meminta PM meletakkan jawatan atas sikap tanggungjawab terhadap kegagalan mendapatkan majoriti 2/3 dalam PRU lalu.


Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian, Haji Ahmad Jaafar (bekas ADUN Tahan), YB Dato' Dr Shukri (bekas exco Belia) dan Dato Ahmad Bazain Bin Mohmud (bekas ADUN Tahan). Majlis telah dipengerusikan oleh YB Dato' Wan Amizan Bin Wan Razak ADUN Tahan.

Sunday, April 20, 2008

PM MASIH ENGGAN MENGALAH



Hari demi hari ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi serta rakyat amnya menanti-nanti pengumuman dan tindakan drastik PM dalam menangani masalah kegagalan BN dalam PRU12 yang baru lalu tetapi hingga kini masih tiada apa-apa yang berkesan dilakukan. Bermula dengan menyalahkan orang lain kemudian mengaku bersalah menjadi antara penyebab kegagalan BN dalam PRU12 seterusnya pelan peralihan kuasa. Tetapi yang nyatanya beliau nampak masih liat untuk melepaskan kepimpinan. Umum berpendapat bahawa peluang perlulah diberikan kepada orang lain berikut kegagalan beliau tetapi sebaliknya beliau meminta diberikan peluang untuk terus mengurus tadbir umno dan negara. Ini jelas kelihatan apabila beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertanding dan mempertahankan jawatan beliau senagai presiden UMNO dalam pemilihan yang akan diadakan akhir tahun nanti. Ini jelas menunjuk bahawa beliau masih enggan menerima keputusan ramai yang telah menolak kepimpinan beliau. Menurut sumber, dalam pertemuan dengan UMNO Johor beliau telah menyatakan keinginan beliau untuk terus memimpin sehingga 2010.

Keengganan beliau untuk melepaskan kepimpinan mengecewakan banyak pihak yang meingini perubahan dalam UMNO dan kerajaan terutama bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Pakatan pembangkang sedang mengintai dan menanti-nanti peluang untuk merebut penguasan terhadap kerajaan dan mereka sedang bergerak kerah itu. Kepimpinan yang selama ini ternyata lemah jika masih enggan melakukan peralihan dengan kadar segera dibimbangi akan membuatkan sokongan yang diterima semakin berkurangan yang akan mengakibatkan pimpinan kerajaan akan mampu diambilalih oleh pihak pembangkang. Apakah ini sememangnya apa yang dikehendaki? Atau apakah ada sesuatu yang tersembunyi atau satu konspirasi peralihan kuasa kepada pembangkang khususnya DS Anwar Ibrahim?

Nampaknya tiada harapan untuk melihat PM akan mengundurkan diri dalam masa terdekat. Oleh itu perubahan hanya akan dapat dilakukan melalui Mesyuarat Agung Khas yang telah dimulakan oleh Gua Musang. Tapi soalnya berapa ramai ketua-ketua bahagian UMNO yang berani tampil kehadapan? Kebanyakan dari mereka masih bermain sorok-sorok. Apa akan jadi kepada UMNO nanti? Apa akan jadi pada melayu nanti? Jelasnya kita makin terdesak dan makin tersepit di jalan mati.
(Artikel ini telah disiarkan dilaman MYKMU.Net sebelum ini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN