Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, April 28, 2008

UMNO JERANTUT PERLUKAN PEMIMPIN BIJAK DAN GIGIH

Jerantut 27/4/2008.

Sepertimana kita sedia maklum, UMNO perlu reform selepas kegagalan mencapai kemenangan bergaya malahanhampir-hampir dalam PRU12 yang baharu lalu. Dan perubahan ini patut berlaku disemua peringkat terutama sekali di peringkat cawangan yang merupakan akarumbi parti. UMNO di cawangan-cawangan harus memilih dan berhak mendapatkan seorang pemimpin yang bijak dan gigih serta sanggup berusaha keras memperjuangkan UMNO dan membantu masyarakat setempat sepertimana yang berlaku era kemerdekaan lalu.

Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan ini haruslah dipilih secara bersih oleh ahli-ahli cawangan, bukannya calon yang ditunjuk oleh Bahagian atau mereka yang membawa agenda peribadi. Persidangan Perwakilan UMNO Cawangan mestilah dipastikan bebas dari rasuah politik -INI SANGAT PENTING - kerana jika perwakilan yang terpilih melalui rasuah politik ini akan ke Mesyuarat Bahagian, rasuah politik akan juga berlaku dan mereka-mereka yang memberi di mesyuarat bahagian ini akan berharap untuk menerima di Perwakilan UMNO kelak. Jika ini masih berlaku, bermakna reform UMNO yang sepatutnya berlaku masih gagal dan UMNO tidak akan berubah selain selain dari mengubah arah....ia itu ke arah KEMUSNAHAN.

1 comment:

akusayangumno said...

Kekadang ada kebenaran untuk kes-kes terpencil dimana ketua cawangan tidakpun dikenali oleh masyarakat setempat. Ada cawangan tapi tiada aktiviti. Ada ahli tapi mesyuarat tak pernah ambil peduli, hanya bising bila pinjaman tekun tak diperolehi.

Manakala Ketua cawangan kalut membuat lesen F agar senang kaut projek kecil manakala Ketua bahagian kaut projek besar dan pak menteri kaut projek mega....sama tapi tak serupa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN