Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, April 20, 2008

PM MASIH ENGGAN MENGALAH



Hari demi hari ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi serta rakyat amnya menanti-nanti pengumuman dan tindakan drastik PM dalam menangani masalah kegagalan BN dalam PRU12 yang baru lalu tetapi hingga kini masih tiada apa-apa yang berkesan dilakukan. Bermula dengan menyalahkan orang lain kemudian mengaku bersalah menjadi antara penyebab kegagalan BN dalam PRU12 seterusnya pelan peralihan kuasa. Tetapi yang nyatanya beliau nampak masih liat untuk melepaskan kepimpinan. Umum berpendapat bahawa peluang perlulah diberikan kepada orang lain berikut kegagalan beliau tetapi sebaliknya beliau meminta diberikan peluang untuk terus mengurus tadbir umno dan negara. Ini jelas kelihatan apabila beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertanding dan mempertahankan jawatan beliau senagai presiden UMNO dalam pemilihan yang akan diadakan akhir tahun nanti. Ini jelas menunjuk bahawa beliau masih enggan menerima keputusan ramai yang telah menolak kepimpinan beliau. Menurut sumber, dalam pertemuan dengan UMNO Johor beliau telah menyatakan keinginan beliau untuk terus memimpin sehingga 2010.

Keengganan beliau untuk melepaskan kepimpinan mengecewakan banyak pihak yang meingini perubahan dalam UMNO dan kerajaan terutama bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Pakatan pembangkang sedang mengintai dan menanti-nanti peluang untuk merebut penguasan terhadap kerajaan dan mereka sedang bergerak kerah itu. Kepimpinan yang selama ini ternyata lemah jika masih enggan melakukan peralihan dengan kadar segera dibimbangi akan membuatkan sokongan yang diterima semakin berkurangan yang akan mengakibatkan pimpinan kerajaan akan mampu diambilalih oleh pihak pembangkang. Apakah ini sememangnya apa yang dikehendaki? Atau apakah ada sesuatu yang tersembunyi atau satu konspirasi peralihan kuasa kepada pembangkang khususnya DS Anwar Ibrahim?

Nampaknya tiada harapan untuk melihat PM akan mengundurkan diri dalam masa terdekat. Oleh itu perubahan hanya akan dapat dilakukan melalui Mesyuarat Agung Khas yang telah dimulakan oleh Gua Musang. Tapi soalnya berapa ramai ketua-ketua bahagian UMNO yang berani tampil kehadapan? Kebanyakan dari mereka masih bermain sorok-sorok. Apa akan jadi kepada UMNO nanti? Apa akan jadi pada melayu nanti? Jelasnya kita makin terdesak dan makin tersepit di jalan mati.
(Artikel ini telah disiarkan dilaman MYKMU.Net sebelum ini)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN