Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, May 31, 2010

JERANTUT BERBUDAYA INTERNET


1. Bangga dengan perkembangan terkini dimana semakin banyak blog-blog yang tumbuh di Jerantut, yang berani menyuarakan rasa sebenar perasaan akarumbi. Cumanya, pihak pemimpin juga harus peka kepada suara-suara ini dan memahami isu sebenar.

2. Rakan facebook 'Jerantut Kampongku' kelihatan begitu aktif. Sesuatu yang sangat dibanggakan, namun isu yang dibawa harus juga menjurus kepada isu yang yang memberi keutamaan kepada masyarakat ramai. Contohnya kebersihan sekitar, keperluan pembangunan jambatan atau jalanraya yang perlu pembaikan atau pembinaan.

3 Berita baik bagi mereka yang berminat untuk mejadi penulis berita secara sukarela. Kami dimaklumkan bahawa sebuah blog 'Buletin Jerantut' sedang dalam pembinaan dan perlukan seberapa sukarelawan sebagai pemberita.

4. Adalah sangat malang dan bodoh jika ada pemimpin yang masih menganggap bahawa media sosial dan blog sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh orang yang bertaraf rendah. Kekalahan PRU12 lalu adalah kerana kita silap mentafsir peranan blogger terhadap penyebaran maklumat. Jadi, jangan lagi kita ulangi kesilapan yang sama menjelang PRU13 nanti.

5. Kita masih menanti-nanti suara resmi UMNO Jerantut yang lebih mantap dan jelas menyebarkan maklumat. Ini tugas berat yang dipikul oleh Ketua Penerangan, malangnya Ketua Penerangan kita ni masih dalam kegelapan kerana tidak melihat bahawa blog berperanan besar dalam menyebar maklumat masakini.

Saturday, May 29, 2010

UMNO SUDAH SEMAKIN KE PENGHUJUNG

Artikel dibawah diambil dari sebuah laman blog pembangkang. (Sini) Tanpa prejudis, jangan menyangkan bahawa mereka semua salah dan kita semua betul. Ada yang harus kita ambil kira dan jadikan iktibar.

Apakah kita sudah berpuas hati dengan usaha UMNO Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dalam usaha menambah ahli? Apa yang saya lihat adalah kita tidak telus dalam usaha ini dan juga kita melakukannya sambil lewa.

Mereka yang berkenaan sama ada dibahagaian dan cawangan tidak bersungguh-sungguh menambah keahlian atas alasan bimbang akan ditentang yang mana akan menyebabkan mereka akan kehilangan jawatan. Mereka yang bijak pandai selalu disingkirkan dari parti kerana alasaan serupa.

Saya percaya jika dikatakan bahawa UMNO semakin mengecil dan akhirnya hanya jadi parti sebuah keluarga saja.

Di Jerantut sendiri kita tidak dapat merasakan Peranan yang dimainkan oleh Ketua Penerangan serta Setiausaha. Mungkin ada benarnya jika ada yang berkata bahawa mereka hanya inginkan jawatan untuk kepentingan peribadi mereka sendiri, untuk memudahkan mereka dianugerahkan kontrek kerajaan dan sebagainya.


Baca artikel dari blog berkenaan dibawah ini:

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan

Mohd Razif Maslan

Datuk Seri Najib Razak kata Umno telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Ke mana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Ke mana mereka pergi. Mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" kerana:-

Bila Umno di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Umno hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. Umno menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadapnya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh Umno bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

Umno tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. Umno berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepadanya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan Umno berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, Umno sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangannya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. Umno rupa-rupa disedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh Umno. Yang kita takut ialah Umno atau khususnya pimpinan Umno tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan Umno hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat Umno? Umno sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan Umno yang dijurubicarakan dan dijuarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno dan kepimpinannya.

Friday, May 28, 2010

RASUAH ADALAH DARAH DAN DAGING KITA




























Dalam mesyuarat perwakilan yang lalu ada sesiapa perwakilan yang berani kata mereka tidak menerima rasuah atau wang saguhati? Perwakilan Cawangan Kuala Tahan tentu tak berani kata tidak


Di TV 3 semalam dan malam tadi menyiarkan kisah pencerobohan hutan tanah tinggi di Cameron Highland. Maka jenuhlah Karam Singh Wallia kehulu dan kehilir, kebukit dan kelembah untuk membuat laporan mengenainya.

Ini bukan kali pertama, tidak juga kali kedua. Mungkin yang ke seribu kali agaknya. Kenapa ini masalah sama ini masih belum dapat diatasi? Beribu janji telah dibuat oleh pegawai daerah berkenaan, kata tindakan tegas akan diambil, hukuman keras akan dikenakan dan sebagainya namun akhirnya perkara ini berulang dan berulang berkali-kali.

Kita tidak dapat memberikan bukti bahawa adanya rasuah namun apakah dengan tidak ada bukti itu bererti rasuah tidak berlaku disini? Jika rasuah tidak berlaku dan menimbulkan keraguan umum kenapa perkara sama berulang lagi seolah-olah pihak berkenaan langsung tidak menjalankan tugasnya.

Mungkin pegawai penguat kuasa tidak menjalankan tugas dengan sempurna kerana ditumbuk rusuknya dan dia tidak takutkan pegawai atasanya kerana mengetahui pegawai atasannya jyga ditumbuk rusuk. Pegawai atasan juga tidak kisahkan isu ini kerana sedar mereka yang lebih atas juga ditumbuk rusuknya. Tidak mustahil juga pihak menteri-menteri juga telah ditumbuk rusuk kerana dalam isu lain juga mereka seakan terlibat sama.

Dapatkah rasuah dinegara kita diatasi? Baiklah kita akui bahawa negara kita adalah antara pengamal rasuah yang tertinggi didunia dan banyak pihak terlibat dengannya termasuk menteri-menteri juga.

Mudah-mudahan di Jerantut ini rasuah dapat dikurangkan....DIKURANGKAN..bukan dihapuskan kerana kita sedar ia masih ada dimana-mana sekeliling kita dan dibanyak jabatan-jabatan kerajaan juga.

Rasuah sudah jadi budaya masyarakat kita. Apa yang kita makan adalah rasuah, apa yang kita minum adalah juga rasuah, kita tidur dan baring dalam rasuah. Politik kita juga penuh rasuah. Justru jangan salahkan orang lain jika Tuhan menghukum umat kita kerana kita mengamalkan sesuatu yang buruk.

Yang bertitle Haji juga memberi dan menerima rasuah. Jangan kesal nanti bila anak-anak kita adalah anak-anak rasuah.

What say you?




Thursday, May 27, 2010

SAMY VELU PERLU UNDUR SEGERA


Berikut adalah posting yang di copy and paste dari sebuah laman blog penyokong Pas di Jerantut. Sila klik (disini) untuk baca tulisan asal di blog berkenaan.

Soalnya, mereka yang diluar BN juga melihat bahawa Samy Vellu sebagai liabiliti kepada BN selama ini, tambahan pula dengan kenyataan anak beliau beberapa hari lalau bahawa UMNO sebagai punca masalah dalaman MIC membuatkan orang semakin benci kepada Samy Vellu.

Masalah sebenar MIC adalah Samy Vellu dan kroninya. Pemerintahan diktatornya serta terlalu lama sebagai presiden parti telah membunuh tokoh-tokoh muda yang lebih bersemangat dan benar-benar berjuang untuk parti.

Jalan terbaik untuk memulihkan MIC adalah dengan Samy Vellu mengundurkan dirinya dengan seberapa segera. UMNO juga sepatutnya mendesak beliau berundur segera kerana permasalah MIC bukan saja melibatkan BN namun semuan parti komponen terutama UMNO sendiri.


sunday, may 16, 2010

Sembang seorang PRESIDEN.......

Pembaharuan MIC untuk beri peluang muka baru terajui parti


IPOH 16 Mei – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau akan melakukan pembaharuan dan rombakan terhadap kepimpinan parti bagi memberi peluang kepada muka baru dan golongan muda menerajui parti.

Beliau berkata, pembaharuan itu yang akan dilakukan dalam tempoh 12 bulan mulai Jun ini antara lain bertujuan memulihkan imej MIC dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Katanya, dalam tempoh itu MIC akan mengadakan pelbagai program secara berterusan untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu dan menarik penyertaan generasi muda ke dalam MIC.

"Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang dan Hulu Selangor sebelum ini 65 hingga 75 peratus kaum India menunjukkan isyarat positif yang mereka telah kembali kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC negeri di sini hari ini.

"Kepulangan besar kaum India kepada BN dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini memberi isyarat jelas yang MIC telah mengambil tindakan untuk menarik mereka dan kerajaan perlu mempercepatkan pelbagai program untuk mengelak mereka lari semula,” katanya.

Oleh demikian, beliau merayu kerajaan Pusat supaya mempercepatkan program pembangunan kaum India yang agak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain di negara ini. – Bernama

P/S:-Ini kata-kata yang dah berapa kali dikeluarkan oleh PRESIDEN yang seorang ini.Semasa PRK HULU SELANGOR dia ni dah janji sekiranya BN menang dalam PRK tersebut,dia akan meletak jawatan.Masih ingat lagi tak?Tapi sejak dua,tiga hari kebelakangan ni tak ada bunyi pulak dia ni nak lepaskan jawatan PRESIDEN dia!Kenapa agaknya?Adakah dia masih menaruh harapan untuk kekal dalam KABINET sekiranya dipilih semula sebagai MP SG SIPUT?Inilah perangai PEMIMPIN dalam BN.Kalau kalah janji macam-macam.Tapi dah nampak nak menang semula,lain pulak cerita dia.Untuk kesekian kalinya RAKYAT MALAYSIA telah ditipu!Tahniah Tok Sammy!

Wednesday, May 26, 2010

PEMUDA YANG LEMAH





















KJ menyertai Wataniah selama sebulan, bolehkah kita bayangkan jika 'Yang Boroi' sertai kem bina semangat? kehkehkeh

Pemuda zaman ini tidak seperti pemuda dulu yang kuat semangatnya. Pemimpin Pemuda zaman ini kebanyakkannya kelihatan sebagai mata duitan dan selebihnya kelihatan sebagai perompak jalanan.

Manakala dibawahnya pula kebanyakannya adalah kaki rempit dan mereka yang terlibat dengan najis dadah, sama ada secara terhormat atau secara terhina. Ini lah persepsi yang diberikan umum terhadap Pemuda termasuk Pemuda di Jerantut.

Pemuda UMNO harus bekerja keras untuk mengikis persepsi ini dan sepatutnya beberapa program dilaksanakan kearah mencapai matlamat ini namun apa yang kita tahu, masih tidak ada satu pun usaha dilakukan malahan ada indivudu-individu tertentu masih dilihat dilindungi dengan kegiatan mereka selama ini.

Inikah pemimpin Pemuda yang ingin kita letakkan tanggungjawab keatas bahu mereka? Kelemahan Pemuda bukan setakat di cawangan dan bahagian semata-mata, bahkan di peringkat pusat, Ketua Pemuda kelihatan gagal untuk menyatukan pemuda. Bagaimanakah beliau hendak diamanahkan dengan jawatan sebagai seorang menteri?

Apa yang kelihatan adalah Ketua Pemuda hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri saja. Untuk menjawat jawatan sebagai menteri dan seterusnya mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri termuda Malaysia.

Jika DS Najib masih bertekad untuk melantik KJ sebagai menteri, marilah kita bersama talkinkan DS Najib juga kerana kepimpinannya tidak akan kekal lama. Ini akan membenarkan teori RAHMAN dimana Najib adalah PM terakhir bangsa Melayu, setelah itu kepimpinan Melayu akan hancur akibat kerakusan dan kelemahan pemimpin sendiri.

Cita-cita dan harapan DS Najib untuk menakhoda zaman akan hanya jadi angan-angan kerana beliau hanya mampu menakhoda impian dan sebenarnya beiau memang sedang dinakhodakan.

SUARAHATI BLOGGER KEPADA PM



Semua blogger pro UMNO tentunya bersatu hati dan menyuarakan hasrat yang serupa, namun terpulang kepada DS Najib untuk mendengarnya atau tidak.



Tuesday, May 25, 2010

WZWH ?

Saya tidak aktif beberapa waktu kebelakangan ini kerana alasan peribadi. Namun apabila saya melangkahkan semula kaki saya melihat dan merasai sudah ada kehangatan dalam perang blog / siber di Jerantut.

Sila klik untuk membaca baca blog 'cawan tembaga'

Muncung senjatanya dihalakan kepada WZWH, saya belum pasti apa atau siapa WZWH ini kerana masih belum membaca keseluruhan artikel berkenaan. Bagaimanapun menurut pemahaman saya, beliau adalah individu penyokong 'kuat' pemimpin pemuda dan juga admin. kepada blog Berita Pemuda UMNO Jerantut sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Cawan Tembaga.

Namun beliau menafikannya mungkin kerana sudah ada kebimbangan atau sebagainya, wallahualam!

Saya teringat kata Leo Tolstoy dalam bukunya 'War and Peace' - God see the truth but wait, yang bermakna; Tuhan melihat kebenaran tetapi menunggu. Justru, kita tunggu dan lihat setakat mana dan sehingga mana kebenarannya dan sejauh mana WZWH boleh membohongi kita semua.

Sunday, May 16, 2010

MELAYU MESTI MENGUBAH CARA MENGUNDI



























Lau Lee ADUN Damak, dia pun tidak banyak membantu Melayu di kawasannya selama ini
patutlah kita singkirkan



Akhirnya BN kalah di PRK Sibu. Pada saya ini sebagai penunjuk bahawa bangsa Melayu memang bodoh dan diperbodohkan, sama ada rakyat, pengundi atau pemimpin Melayu bodoh dan telah diperbodohkan. (Klik sini baca blog braveheart)

DUN Damak dalam PRU yang lalu, majoriti pengundi adalah bangsa Melayu, BN melatakkan calon Cina dari MCA dan ditentang oleh calon Melayu PKR. Jika tidak ada calon bebas yang bertanding kita sangat pasti bahawa calon Melayu itu akan menang, namun keran kebodohan Melayu dalam mengundi maka kita telah memenangkan calon Cina dari MCA itu.

Apakah balasan yang kita dapat dari bangsa Cina untuk orang Melayu? Apakah calon Melayu akan memang jiak bertanding dikawasan yang majoritinya bangsa Cina? Kita mesti berubah dan mengundi mengikut bangsa bukan lagi berdasarkan parti politik kerana parti tidak ada semangat kebangsaan selain pemimpin kita yang nyata berbangsa sama dengan bangsa kita.

Biarlah ini kebodohan kita yang terakhir. Saya sangat bimbang kepada kenyataan terhadap teori RAHMAN dimana Najib adalah PM Melayu terakhir dan PRU13 merupakan saat akhir bangsa Melayu memegang kuasa di tanah air sendiri. Rasis kah saya? Atau saya seorang patriotik?

Klik sini untuk baca pandangan dan keputusan PRU12 di DUN Damak dari blog bRAVEhEART

Saturday, May 15, 2010

BAHAYA BELIA MEMBACA BLOG?

Gambar hiasan: YBM Tengku dalam program pertemuan bersama rakyat
di Kg. Muhibbah tidak berapa lama dahulu



Pada malam 12 mei 2010 yang lalu, YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar Ahli Parlimen Jerantut berucap mengingatkan golongan belia supaya tidak (mungkin bermaksud berhati-hati) membaca blog kerana bahaya blog boleh menjatuhkan seseorang pemimpin. Walaupun hanya segelintir blog-blog yang menyebarkan berita yang tidak benar tetapi kebanyakannya mempunyai sumber yang boleh dipercayai kebenarannya.

Berucap di Majlis Makan Malam anjuran Majlis Belia Daerah Jerantut di Dewan Majlis Daerah bagi memberi komen terhadap isu-isu yang ditimbulkan dalam mesyuarat ketua-ketua UMNO cawangan dalam DUN Damak yang diadakan pada sebelah petangnya. Dalam mesyuarat itu, ketua-ketua UMNO cawangan telah memaklumkan kepada YBM Tengku sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut bahawa beberapa blog telah wujud dan melaporkan berbagai isu yang melibatkan UMNO di Jerantut.

Di majlis malam itu juga, YH Dato’ Ahmad Bazain Mahmud berucap sebagai ahli perunding Belia Daerah bahawa beliau telah banyak melahirkan pemimpin di Jerantut sepeti Haji Ahmad Kamaruzaman Baria, Dato’ Lau Lee dan lain-lain lagi.

Turut hadir ke majlis itu Tuan Pegawai Daerah Jerantut, Ketua Polis Daerah dan Pegawai Belia Daerah Jerantut. Majlis dihadiri oleh pemimpin belia seramai 69 orang. Di majlis itu juga Pengerusi Majlis Belia Daerah telah memohon peruntukan sejumlah RM 200, 000 bagi tabung MBD. Bagaimana pun YBM memaklumkan tidak dapat meluluskan peruntukan itu kerana jumlahnya yang terlalu besar.


Nota:

SPU hadir pada malam berkenaan atas jemputan selaku bekas pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan.


Ulasan SPU:

1. Blog SPU bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan blog-blog di Jerantut namun tidak berupaya menyekat suara dan hasrat yang disampaikan oleh blogger-blogger berkenaan.

2. SPU menegur UMNO Jerantut dengan tujuan agar mereka dapat membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahannya. Ada juga teguran yang bersifat peribadi namun teguran itu berasas dan bukan bersifat fitnah; pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga nampak bersih.

3. Jika bukan SPU yang mengur pemimpin UMNO Jerantut lambat laun ada blogger lain bahkan pembangkang juga akan lakukan perkara yang sama, tidakkah amaran awal SPU ini lebih baik dari dihentam saat akhir oleh pembangkang?

4. Lebih ramai yang menggunakan jaringan media sosial facebook dari blog di Jerantut ini dan mereka menyebar maklumat lebih kerap dan pantas, jika blogger tidak menyebarkan makluman ini diblog, maklumat ini tetap juga tersebar melalui facebook - janganlah blogger saja dipersalahkan salahkan juga aktivis di facebook.

5. Sebaliknya SPU menyalahkan Penerangan UMNO Bahagian yang tidak mengambil sikap proaktif dengan membina blog bagi pihak UMNO Bahagian sendiri kerana dalam zaman IT ini masyarakat dahagakan maklumat, jika kita tidak dapat membekalkan maklumat maka mereka akan mendapatkannya dari sumber lain termasuk dari pembangkang.

6. SPU tidak pernah mempersoakan kewibawaan YMB Tengku sebagai Ahi Parlimen dalam melaksanakan tugas-tugasnya malah SPU memberi keyakinan bahawa YBM masih mampu melakukan tugasnya dengan lebih berkesan - jika tidak dipengaruhi. Namun YBM harus hati-hati kerana sekelilingnya ada yang telunjuk lurus kelingking berkait.

7. Apakah tindakan yang Ketua Penerangan UMNO Bahagian akan ambil; 1) Membina blog sebagai suara resmi UMNO Bahagian Jerantut, 2) Berdiam diri (dan buat bodoh), 3) Menyalahkan blog dan blogger, 4) Menyalahkan media sosial dan IT?

SPU ~ Jangan salahkan lantai jika kita tidak tahu menari, jangan salahkan internet jika kita yang buta IT!


APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA - PRU13 TAHUN DEPAN
























Media sosial berkembang pesat, termasuk di Jerantut kawasan pedalaman di Ulu Pahang. Dari pemerhatian rambang mendapati ada beribu-ribu orang di Jerantut menggunakan jalinan media sosial ini terutamanya facebook. Mereka ini adalah dari kalangan generasi Y dan Z yang akan mengunbdi dalam PRU13c nanti.

UMNO Bahagian masih leka dan tidak melihat bahawa ini adalah satu cabaran masa depan dalam politik. Menguasai mereka yang menggunakan media sosial ini adalah umpama menguasai undi pada masa depan.

Malangnya, Penerangan UMNO Jerantut masih belum melakukan apa-apa tindakan untuk mendekatkan diri dengan pengguna media sosial ini. Kita masih menanti-nanti blog resmi dari Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang masih gelap ini.

Masyarakat tetap akan menggunakan media sosial ini samaada blog atau facebook. Sama ada kita memantau dan memandu mereka atau tidak mereka tetap akan memanafaatkan jalinan media sosial ini. Cuma, jika kita dekatkan diri dengan mereka dan memandu mereka kearah yang kita ingini maka akhirnya kita akan dapat menguasai mereka nanti.

Jika tidak, mereka akan mendapatkan maklumat-maklumat lain dari sumber yang bukan milik kita dan akhirnya mereka akan bertindak menyongsang arah kita. Jika mereka ;ebih mudah mendapat maklumat dari parti lawan akhirnya mereka akan percaya pada apa kata parti lawan dan mereka akan terjemahkan dengan mengundi parti lawan.

Banyak pihak percaya bagawa PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan atas beberapa alasan. Apakah kita sudah bersedia?

Friday, May 14, 2010

SIASAT SEGERA SURAT LAYANG - BLOG BERITA PEMUDA UMNO JERANTUT



1. Blog Berita Pemuda UMNO Jerantut menulis tentang sebaran surat layang di kalangan ahli UMNO Jerantut. Akhirnya kita sudah nampak Pemuda UMNO sudah tampil kehadapan dan berani bersuara untuk mempertahankan tohmahan dan apa yang dianggap fitnah terhadap Ketua Mereka. Saya mengangkap tabik hormat kepada Pemuda yang sudah mengaktifkan blog mereka. Selama ini saya selalu menghentam mereka kerana kegagalan mereka mengerakkan unit media sosial dan nampaknya mereka sudah mula bersuara. Saya harap usaha ini akan diteruskan sehingga PRU13 nanti.


2. Sebuah laman blog yang condong kepada Pas di Jerantut ini juga sudah nampak bernafas semula. Yang saya maksudkan adalah blog AwangMaseru. Saya kenali dia secara peribadi dan walaupun kami berlainan pandangan politik namun saya selalu hargai hak dan kebebasan bersuara, justru saya gembira bila dia sudah kembali aktif menulis. Mungkin juga dia ada kelapangan masa ini kerana segala urusan mengenai kontreknya sudah diselesaikan terlebih dahulu.


3. Berikut adalah sebahagian dari posting yang saya ambik dari blog Berita Pemuda UMNO Jerantut;

1) Membabitkan permohonan tanah Ketua Pemuda di Kg Sempadan seluas 300 ekar yang telah diluluskan. Tanah ini dipohon oleh KP yang mana melibatkan tanah orang kampung yang sudah ditanam berbagai tanaman tapi ikut undang-undang itu tanah kerajaan. KP berhak memohon dan lulus tanah itu hak KPlah.

2) Tanah di Lata Kasah yang sudah lulus sebanyak 50ekar.

3) Tanah di Perluk sebanyak 125 ekar juga sudah lulus.

4) Tanah di Pasir Durian juga telah lulus sebanyak 48 ekar.

5) Tanah Durian Hijau sudah lulus sebanyak 50 ekar.

6) Ladang LKPP Temin juga telah lulus sebanyak 30 ekar.

7) Bukit Ketupat 50 ekar dalam proses.

8) Kuala Tahan projek pembangunan bercampur melebihi 50 ekar.

9) Tanah tapak quaters balai polis Sg Jan juga telah lulus.

10) Rengas 49 ekar sudah lulus.

Ini antara isi surat layang berkenaan. Pemuda minta Tuan Pegawai Daerah Jerantut membuat kenyataan rasmi samada benar atau tidak dakwaan surat layang ini bagi membersihkan nama Ketua Pemuda selaku ADUN Tahan.

(Sila klik untuk baca sepenuhnya)

Thursday, May 13, 2010

CALONKAN TENGKU AZLAN SEPENGGAL LAGI


Blogger-blogger penyokong UMNO Jerantut sangat prihatin terhadap pucuk pimpinan di peringkat bahagian. Justru beberapa laman blog tempatan sudah mula berkira-kira dan mencongak siapa bakal ditonjolkan sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut jika sekiranya YBM Tengku Azlan menarik diri atau tidak dicalonkan semula.

Sila baca blog CAWAN TEMBAGA dan blog menyegar.

Sebenarnya saya juga berfikiran sama dan tertanya-tanya siapa selepas Tengku Azlan nanti, namun saya juga merasa soalan ini masih awal untuk diketengahkan. Selain itu, kita masih belum mendengar dari Tengku sendiri sama ada beliau sudah enggan dicalonkan lagi atau sebaliknya.

Melihatkan apa yang berlaku sekeliling kita sekarang ini, ada baiknya Tengku memegangnya sepenggal lagi. Memang ada banyak pendapat dan sokongan untuk Tengku memegangnya lagi tapi pendapat itu bersifat dan berkepentingan peribadi dan kumpulan.

Kenapa saya menyokong Tengku memegangnya sepenggal lagi mungkin berbaza dari alasan yang kebanyakan orang boleh berikan, tatapi apakah perbezaan itu menjadi satu kesalahan? Saya tidak mahu mengulas hal ini keterlaluan kerana bimbang saya akan jadi tidak adil sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain juga dengan pandangan yang saya berikan itu kelak. Justru, saya biarkanlah kita semua memikirkannya sendiri.

Cuma, sedikit dari pandangan peribadi saya adalah begini;
Kenapa saya berharap Tengku dicalonkan sepenggal lagi? Pada saya, sepengal terakhir ini adalah untuk Tengku menebus semula segala kekhilafannya yang lalu. (Termasuk terlalu mempercayai semua punahsihat-punahsihatnya) Kebelakangan ini saya melihat Tengku banyak berubah, beliau kelihatan lebih mesra rakyat dan lebih prihatin terhadap masalah rakyat. Jika diibaratkan dalam litar perlumbaan F1, Tengku memecut dipusingan terakhir. Syabas Tengku!


Wednesday, May 12, 2010

'uRag dRrulug' - SUARA AKAR UMBI UMNO JERANTUT



Hari ini SPU hanya nak 'mengangkat' satu posting yang menarik dari sebuah blog baru di Jerantut, 'uRag dRrulug'.


Tulisannya baik dan berasas sebagai tanda bahawa bloggernya sangat faham tentang keadaan politik Jerantut ini. SPU juga percaya bahawa beliau menulis dengan penuh tanggungjawab dan atas kesedaran dan hasrat ingin melihat UMN O Jerantut kembali tenang. Blog ini merupakan suara sebenar akar umbi UMNO Bahagian Jerantut, suara rakyat yang inginkan pembelaan dan suara rakyat yang memprotes dan bersedia menderhaka jika suaranya tidak didengari.


Baca sebahagian dari posting di blog berkenaan atau klik disini.

Kumpulan DUN Damak @ 'Damak' yang diketuai 'Godfather', selama ini tidak pernah memberikan perhatian kepada KW nampaknya sejak kebelakangan ini sudah selalu menjeling-jeling, bermain-mata dan bertegur-sapa. 'Penghulu Abai' yang tidak pernah ke pejabat KW dulu, sekarang ini sudah rajin melawat dan macam nak berumah-tangga disitu. 'Godfather' nampaknya sedang menggerakkan jenteranya. 'Batin Garuk' juga nampaknya sudah sedia menggalas sumpit untuk berjuang. 'Panglima Hitam' juga turut membantu, dia ni orang kuat dalam belia 4B dulu. Sekarang ni dah tak ada apa-apa jawatan selain dari melukut ditepi gantang.

Buat masa ini sasarannya adalah kepada mereka yang cuba memancas KW. 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' harus sudah membaca gerak itu dan sepatutnya sudah bersedia bertindak balas. Sarang tebuan kenapa dijolok? 'Wanita kedua' juga selalu terlibat dalam operasi memancas KW oleh 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' ini pun patut bersedia untuk menerima balasan, atau cepat-cepatlah berpaling kebelakang dan mohon ampun dari KW sebelum dipergunakan lebih banyak lagi pihak musuh. Saya rasa masih ada waktu untuk berpaling bagi 'Wanita kedua' ini.

Membaca blog SPU dan menemui blog Melayuraya Daily menulis begini; Dato' Azizan ada dimana-mana...!!!? Mungkin benar bahawa Dato' Azizan juga ada dibelakang 'Wanita Kedua' ini? Dalam politik Jerantut memang banyak tangan-tangan hitam yang sentiasa cuba memandu kearah yang mereka kehendaki. Soalnya, setakat manakah kepintaran ketua-ketua cawangan dan perwakilan yang akan memilih nanti? Apakah mereka memilih atas kesedaran dan keinsafan mereka dengan rasa tanggungjawab atau atas arahan tertentu atau pun kerana RM yang ditawarkan? Bebaskah UMNO dari rasuah politik dalam pemilihan akan datang?

Dalam pemilihan lalu, yang kalah berkata mereka kalah kerana tidak melibatkan diri dengan politik wang sedangkan yang menang juga menafikannya. Yang menerima beribu-ribu ringgit dan mengkhianati bangsa dan orang kampong menggeleng kepala sambil berkata mereka tidak mendapat apa-apa. Mudahnya menipu dalam dunia ini.

Berikut adalah komen pembaca diblog berkenaan:

Blogger sri tribuana said...

Wah tajam sungguh permerhatian saudara. Maaf yer, blog saya tidak dpt menulis ttg Jerantut, nak tau maklumat harap ke deme2 ni la

May 9, 2010 6:51 PM

Anonymous uRag dRrulug said...

Aok!!

May 9, 2010 8:09 PM

Anonymous melayurayadaily said...

uRag dRrulug,
saya sama seperti Sri Tri Buana tidak menulis tentang politik Jerantut kerana sudah tidak faham apa yang berlaku

ke2. Saya ada menulis kepada blog KW wanita secara terbuka menyatakan pendirian saya bahawa wanita mesti bersatu dan mengelakan wanita dari di racik2 oleh pihak yang ingin melihat mereka berpecah2.sila sdr lawati laman KW. Terpulanglah samada saya ditafsir ikhlas atau tidak.

keseterusnya, gambar sdr itu bagi lah yang terang supaya bertanding mudah menang.

akhirnya, saudara ada bakat besar dalam berkarya, kembangkanlah potensi itu TQ.

May 11, 2010 6:06 AM

Blogger uRag dRrulug said...

Terima kasih Wan Shahrir dan Dato' Azizan keran sudi datang membaca blog saya yang 'jihek' ini. Saya menulis dah bukan kerana nama atau apa, cuma kerana marah dan geram terhadap UMNO Bahagian yang sudah hampir musnah. Pemimpin-pemimpinnya memang patut dihantar ke pusat pengumpulan barang-barang lusuh untuk pelupusan. Gambar saya tu insyallah akan diganti jika saya ada hasrat nak bertanding AJK nanti, boleh ke agaknya?

May 11, 2010 9:09 AM

Anonymous spu-blogger said...

Salam UD,
Saya setuju dengan pandangan Dato' Azizan itu, kadang2 orang tak nampak bakat dan kelebihan yang ada pada diri kita, bahkan kita sendiri kadang2 juga tidak tau apa kelebihan yang kita ada. Tapi yg jelas, awak bagus menulis politik Jerantut dan banyak pengetahuan mengenainya mungkin kerana pengalaman berkerja dengan orang politik dahulu. Apapun teruskan usaha ini.

May 11, 2010 9:21 AM

Anonymous Anonymous said...

Salam urag drulung.Rasanya urag drulung ni dulu pernah jadi ajk pemuda bahagian rasanya.Nampak macam tau benar keadaan politik di jerantut ni.

May 11, 2010 8:53 PM

sri tribuana said...

Blog yg boleh beri input yg baik utk Jerantut selain blog SPU, Menyegar dan N9.
keep it up guys

May 11, 2010 9:16 PM

Blogger uRag dRrulug said...

terima kasihlah atas pujian dan pandangan, baru mula berblog, memang perlu bnyk tunjuk ajar dari yg lebih berpengalaman. Blog SPU ni Dato' Azizan punya juga ke selain Melayuraya Daily dan Suara Majlis? Wah, memang hebat. Saya akan ikut serta, jika diizinkan.

May 12, 2010 2:03 AM

Tuesday, May 11, 2010

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT DIHARGAI PAHANGDAILY ONLINE













Akhirnya blog SPU diberikan perhatian, walaupun bukan oleh UMNO Negeri atau Bahagian tetapi oleh portal blog paling popular di Pahang iaitu PahangDaily Online. Ini berikutan posting di blog SPU dipetik oleh PahangDaily Online pada 10hb. Mei 2010 jam 10:34 pagi tadi. Berikut adalah sebahagian dari komen di blog PahangDaily Online;


(Luahan hati dan perasaan ini kami petik dari blog UMNO Jerantut sendiri. Sila klik disini untuk membaca komen dari rakyat kawasan berkenaan. Terkadang kami merasa sedih melihat apa yang berlaku. Sangkaan kami hanya penyokong pembangkang sahaja yang ditipu dan dianaktirikan oleh kerajaan UMNO BN. ...../)



Demikianlah bilamana pihak pembangkang kelihatan lebih peka terhadap isu semasa serta mengawal media sosial dengan lebih berkesan berbanding dengan UMNO sendiri. Bagaimanapun, PahangDaily Online tersalah tafsir bila menyatakan bahawa blog SPU sebagai blog resmi UMNO.


SPU juga sangat menghargai kecenderungan blogger-blogger baru yang menunjukkan minat yang tinggi dalam menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati rakyat. Saya percaya, hanya blog saja yang dapat meluahkan perasaan rakyat dan akar-umbi walaupun kemungkinan besar para pemimpin kita tidak langsung mempunyai waktu untuk membaca blog-blog yang kita tulis.


Kita faham bahawa para pemimpin kita tentu sibuk dengan acara itu dan ini termasuk keluar negara, sekurang-kurangnya ke Singapura atau Indonesia untuk bermain golf samaada 18 lubang atau 19 lubang.


Kami cuma ingin menuntut hak kami, iaitu khidmat mereka atas kapasiti dan jawatan yang mereka sandang itu. Janganlah mereka hanya berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan namun apabila mereka mendapat jawatan berkenaan mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap kami, bukan hanya setakat merebut tender dan projek-projek semata-mata. Janganlah rakyat ditipu dan dalam masa yang sama rakyat juga dirompak. Kami sudah banyak belajar dari kaum Cina bagaimana menggunakan kuasa dalam pilihanraya.


Baca blog 'uRag dRrulug' yang hangat membincangkan mengenai politik UMNO Jerantut. Klik disini.

Monday, May 10, 2010

PEMILIHAN UMNO - JONG PECAH YU KENYANG














PEKAN 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.

Perdana Menteri berkata, kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Gejala sedemikian juga, jelas beliau, akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.

''Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.

(Utusan Malaysia Online)



Blog Yang Gambi mempersoalkan apakah saranan DS Najib didengari dan patuhi oleh semua ahli-ahli UMNO Bahagian dan cawangan-cawangan?


Apakah di Jerantut ini pemimpin di peringkat Bahagian mematuhi saran DS Najib ini? Cuba baca diblog ‘urag drrulug’ dan blog ‘pendua’. Ini blog Jerantut yang mengetahui dengan pasti apa yang sebenarnya berlaku di Jerantut ini.

Bila SPU menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut, ada kalangan pembaca yang tidak bersetuju kononnya SPU hanya memberikan peluru kepada pembangkang bagi memudahkan pembangkang membelasah UMNO dalam PRU13 nanti. Tetapi bagaimana dengan tindakan pemimpin-pemimpin UMNO ini sendiri yang berbunuhan dan berkomplot sesama mereka, tidakkah ini akan lebih merosakkan UMNO itu sendiri?

Pada pemilihan peringkat bahagian, pesaing mereka akan dipancas dan dimusnahkan serta diasingkan sehingga mereka tidak menang dalam pemilihan. Mereka akan terus dimusnahkan tanpa belas kasihan sehingga mereka itu tidak akan berpeluang langsung untuk menjengukkan kepala.

Begitu juga diperingkat cawangan, mana-mana individu yang berpotensi untuk menentang ketua cawangan akan dicantas. Tidak akan dijemput ketika mesyuarat serta disingkirkan dengan pelbagai cara demi menguatkan kedudukan mereka sebagai ketua UMNO cawangan, tetapi apakah UMNO semakin kuat dengan cara demikian?

Mereka yang disingkirkan akan membawa diri dan mungkin akan menyertai pembangkang. Kesudahannya UMNO jadi semakin mengecil, yang ahlinya hanya dalam lingkungan keluarga sendiri dimana si ayahnya ketua cawangan, ibu ketua wanita dan anak lelaki serta anak perempuan akan menjadi ketua pemuda dan puteri. Kuatkah UMNO jika begitu?

Saya sudah tidak percaya bahawa masih ada ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO dengan ikhlas. Kebanyakkannya hanya sayangkan jawatan yang disandangnya saja.

Sila baca blog urag drrulug dengan berhati-hati, saya melihat bahawa masih ada usaha oleh pihak tertentu yang cuba menghancurkan atau memancas KW. Tidakkan ini akan menjadi permula kepada satu gerakan besar-besaran? Pertembungan diantara kumpulan dengan kumpulan?

Mungkin ada pihak yang berpendapat keadaan ini baik untuk mereka kerana bila jong pecak maka yu akan kenyang. Maknanya, bila ada pertembungan maka para perwakilan akan berpeluang untuk mendapat ganjaran. Rasuah politik akan tetap berleluasa dalam UMNO dan UMNO akan tetap busuk hingga ke usus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN