Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, May 29, 2010

UMNO SUDAH SEMAKIN KE PENGHUJUNG

Artikel dibawah diambil dari sebuah laman blog pembangkang. (Sini) Tanpa prejudis, jangan menyangkan bahawa mereka semua salah dan kita semua betul. Ada yang harus kita ambil kira dan jadikan iktibar.

Apakah kita sudah berpuas hati dengan usaha UMNO Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dalam usaha menambah ahli? Apa yang saya lihat adalah kita tidak telus dalam usaha ini dan juga kita melakukannya sambil lewa.

Mereka yang berkenaan sama ada dibahagaian dan cawangan tidak bersungguh-sungguh menambah keahlian atas alasan bimbang akan ditentang yang mana akan menyebabkan mereka akan kehilangan jawatan. Mereka yang bijak pandai selalu disingkirkan dari parti kerana alasaan serupa.

Saya percaya jika dikatakan bahawa UMNO semakin mengecil dan akhirnya hanya jadi parti sebuah keluarga saja.

Di Jerantut sendiri kita tidak dapat merasakan Peranan yang dimainkan oleh Ketua Penerangan serta Setiausaha. Mungkin ada benarnya jika ada yang berkata bahawa mereka hanya inginkan jawatan untuk kepentingan peribadi mereka sendiri, untuk memudahkan mereka dianugerahkan kontrek kerajaan dan sebagainya.


Baca artikel dari blog berkenaan dibawah ini:

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan

Mohd Razif Maslan

Datuk Seri Najib Razak kata Umno telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Ke mana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Ke mana mereka pergi. Mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" kerana:-

Bila Umno di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Umno hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. Umno menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadapnya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh Umno bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

Umno tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. Umno berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepadanya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan Umno berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, Umno sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangannya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. Umno rupa-rupa disedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh Umno. Yang kita takut ialah Umno atau khususnya pimpinan Umno tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan Umno hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat Umno? Umno sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan Umno yang dijurubicarakan dan dijuarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno dan kepimpinannya.

7 comments:

menyegar said...

Salam.Saya rasa pemutihan yang sepatutnya dilakukan ialah membuang semua pemimpin pemimpin yang tidak telus dan tidak berkeupayaan untuk menjalankan tanggungjawab.Jika sebenarnya UMNO mahu menambar semula hari rakyat,jangan takut untuk membuat perubahan mengikut kehendak rakyat.sesungguhnya kuasa rakyat yang mengundi UMNO lebih bernilai dari pemimpin yang rasuah yang hanya membuatkan makin ramai rakyat menolak UMNO.

WZWH said...

Salam SPUJ,
Kenapa saudara "attack" Ketua Penerangan dan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sahaja..."Why not point to the master?" ekekekekeke..

Walaubagaimanapun ini adalah posting yang amat baik untuk menyedarkan penimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut.

Saudara adalah seorang yang sangat sayangkan parti. Semoga saudara boleh menanamkan semangat cintakan UMNO dikalangan 25000 ahli UMNO Jerantut. Diharap blog saudara boleh menarik minat ramai anak-anak muda menyokong UMNO dan BN pada PRU 13 nanti.

Saudara mempunyai falsafah pemikiran yang membina kekuatan parti. Saudara ada karisma menarik minat anak-anak muda kepada media baru yang membantu memahami isu-isu politik semasa.

Biro Penerangan UMNO Jerantut perlu menggunakan khidmat baik saudara didalam membantu menjana kekuatan baru parti.

Semangat cintakan UMNO saudara itu yang saya kagumi.

||Aku Pemikir|| said...

salam blogger,

minta kebenaran untuk jadi your follower, minta juga untuk saudara menjadi follower sama di blog saya..

sama2 kita bertukar padangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/


hafidz,
anak kelahiran pahang
YDP Persatuan Pelajar Malayisa Di Indonesia (PKPMI) Pusat
UNPAD,Bandung

Anonymous said...

sebenarnya semua parti Melayu dah sampai pun ke penghujungnya.
nanti bila pilihanraya, yg pasti DAP akan menang dan parti UMNO/PAS/PKR akan tiada pegundi kerana melayu dah muak dgn:
1. anuar kaki liwat semua org
2. nik aziz kaki bohong semua org
3. najib kaki jual semua org.

jadi bersedia la tukar nama anda kepada cina sekarang.
keran jadi cina sekarang ada faedahnya!!

SPU said...

WZWH, SU dan Ket. Penerangan jadi sasaran kerana mereka dilihat tidak menjalankan tanggung jawab mereka dengan berkesan yang diamanahkan oleh Ketua Bahagian sendiri. Kesalahan Ketua Bahagian bukan kerana ketidak mampuannya tetapi kerana terlalu percaya kepada punasihat sekelilingnya yang akhirnya berkeliaran menjadi langau. SPU sudah tidak pasti sama ada masih lagi UMNO atau tidak tetapi teguran ini ikhlas adalah untuk menyedarkan semua ahlinya. Saya sudah tidak dapat melihat siapa lagi yang bersih dalam UMNO sekarang ini. Mungkin jika ada AJK yang bertanding tanpa menggunakan wang ianya adalah Aicu Nazri saja (Cikgu Norzari) Wallahuallam! Apapun UMNO Jerantut mesti berubah, dengan seberapa segera. Keahlian harus ditingkatkan, kesetiaan kepada parti harus dikuatkan, semua AJK dan ahli harus berkerjasama. YBM Tengku selaku pemimpin masih mampu memimpin. Semua pihak harus ada kejujuran dan bersihkan diri.
Aku Pemikir, tidak perlu apa-apa kebenaran untuk jadi follower demikian juga utk me-link-kan dari blog masing-masing.
Anon 9:55, sebahagian besar kenyataan sdr adaah benar. Pahit utk ditelan tetapin benar tetap benar.

SPU said...

Lagi utk WZWH yang masih mentah dalam perjuangan, jika dalam medan perang, yang sedang menghunus senjata kearah kita adalah mereka-mereka itu tadi, jadi merekalah yang akan kita pertama sekali serang balas bukan komandannya yang kita tidak lihat dimana berada. Malangnya awak tak benar-benar mengenali saya, hehe

Anonymous said...

SU ngan Ketua Penerangan asyik jln2 main golf je kot. sabak tu keje tak buat. golf enjoi. byk lubg.atau meeting sana sini kjar kontrk. kontrk juta2 dikjar. pnting diri sndiri. rakyat pening mikir pemimpin, pemimpin gelak2 suka kaya raya. bila melayu nk maju? suh deme tu ltk jwtn lg bgus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN