Keterangan Gambar: Tengku Azlan semakin disenangi rakyat tanpa 'langau' berkeliaran sekelilingnya.
Saya banyak menerima email memberikan pandangan, komen bahkan ada yang marah-marah atas tulisan SPU semalam. Namun saya merasakan bahawa wakil kami masih melaporkan sesuatu yang benar dan berasas.
Nampaknya Ketua Wanita juga memberikan respon-nya melalui tulisannya diblog Norhelan Mahamud (klik sini).
Saya hargai penafian beliau yang dibuat dengan begitu tenang tanpa menunjukkan sebarang rasa kecewa dan tidak puas hati. Adalah menjadi hak beliau untuk membuat sebarang penafian walau atas apa alasan sekalipun, kita hargai dan hormatinya.
Namun sehingga kini saya masih beranggapan bahawa maklumat yang kami terima adalah tepat dan betul, hanya ianya memang susah untuk dibuktikan. Bagaimanapun nasihat SPU kepada Ketua Wanita supaya berhati-hatilah kerana pelandok tak akan melupakan jerat. Begitu juga dengan memberikan kepercayaan, harus juga dengan waspada kerana orang kanan dan kiri kitalah yang selalunya akan mengkhianati kita.
SPU tidak berniat untuk memecah-belahkan wanita, malahan SPU sentiasa menyokong supaya wanita tetap teguh dan kukuh. Kita sedar perjuangan masih panjang namun kita melihat ada tangan-tangan hitam yang cuba menolak wanita jatuh kerana cemburu dengan usaha dan gerakkerja yang wanita jalankan selama ini. Ingatlah bahawa rakyat sentiasa melihat sejak dulu lagi, cuma kini rakyat sudah boleh bersuara di media-media seperti ini.
Pemimpin juga mendengar dan melihat apa yang kita lakukan, dan sokongan rakyat akan mempu membantu pengekalan kuasa seseorang pemimpin itu. Kepada Wanita, teruskan usaha.
-----------------------
Sebuah blog baru (menyegar) menulis mengenai calon Ahli Parlimen Jerantut pada PRU3 akan datang, apakah UMNO Jerantut sudah bersedia?
Soal siapa calon bukanlah soal kita kerana calon adalah pilihan pucuk pimpinan, bagaimanapun saya berpendapat pemilihan oleh pucuk pimpinan juga berpandukan kepada sokongan akar umbi dan ketokohan seseorang pemimpin itu.
Pemimpin itu harus nampak bersih dan benar-benar berjuang untuk rakyat. Mereka harus tunjukkan bahawa mereka benar-benar bekerja untuk parti dan perjuangkan kepentingan dan hak rakyat. Sekarang ini untuk menjadi pemimpin yang dihormati bukan setakat mempu merasuah pengundi bahkan mampu juga menunjukkan mereka juga baik dan tidak memberi rasuah. ??? Hehehe, UMNO busuk sampai ke usus!
Rakyat berhak pula menolak mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan jika mereka merasakan calon itu tidak layak kerana alasan tertentu. Perbezaan undi diantara BN dengan pembangkang bagi kerusi parlimen Jerantut dalam PRU lalu semakin mengecil berbanding terdahulu, tidak mustahil dalam PRU13 rakyat akan terus menolak mana-mana calon BN akibat kelemahan BN dan UMNO sendiri yang sentiasa berperang sesama sendiri.
Nota:
Sebarang komen masih memerlukan kata kunci ‘abang bu’ jika tidak komen tidak akan disiarkan, harap maklum.
11 comments:
bang bu KW nafilah kami tak caye kami lihat dan rasa sesuatu yang tak kena dalam umno bahagian jantot. horik sangat. Yang bekuasa skrg datuk hj kulat, datuk su dan dollah kicap dan datuk sri bendahari roti
abang bu:
salam tuan SPU, saya berpendapat bahawa persaingan untuk menjadi calon PRU13 sedang bermula justru dalam UMNO mereka melihat sesama mereka sebagai saingan kerana itu pembunuhan karektor masing-masing sedang bermula. saya ada semasa program Jalinan Rakyat di Jengka 24 dan saya melihat dari jauh seakan ada kekecohan mengenai memberikan ucapan, saya tidak berapa pasti tetapi saya akan percaya bahawa Ketua Wanita cuba disabotaj dari membuat ucapan, mungkin oleh setiausaha atau ketua cawangan j24 en abdullah al-kicap dan naib kwtua wanita sendiri. Ketua wanita harus berhati-hati dan jangan menampakkan diri terlalu berpotensi kerana akan dicemburui dan akan dipancas serta merta. Masing-masing mencari pemuang untuk kerusi parlimen, dun tahan dan dun pulau tawar. siapa yang mampu mempengaruhi media sosial akan lebih cerah peluang kerana akan mendapat lebih sokongan rakyat di akar-umbi.
sambungan:
saya secara peribadi masih berharap supaya YBM Tengku masih dicalonkan bagi kerusi parlimen kerana ini akan mengurangkan persaingan dan keretakan didalam UMNO Bahagian Jerantut. Cuma YBM harus lebih peka bahawa pegawai2 sekelilingnya tidak disukai rakyat kerana banyak sebab dan mereka haruslah YBM Tengku singkirkan perlahan2 dan berperingkat2, jika tidak TBM Tengku tentu tidak akan dapat rakyat terima kerana bencikan pegawai2 dikiri-kanan YBM Tengku.
Abang Bu;
Salam, setuju dengan pandangan dot blogger bahawa YBM perlu membukakan pintu bagi membenarkan rakyat mendekati beliau dan pegawai2 YBM jangan terlalu mengongkong dan menguasai AP. Mereka juga harus diawasi kerana banyak suara2 yang tidak menyukai kiri-kanan atas berbagai alasan antaranya penyelewengan hak yg sepatutnya sampai ke akar umbi, rakyat melihat dan menyimpan dalam hati mereka, kini rakyat mampu bersuara kerana itu cuba lihat berapa banyak blog2 pembangkang didalam Jerantut ini? mereka membawa suara rakyat yang semakin bencikan pemerintah, hanya kerana sikap sebahagian pemimpin UM NO yang rakus merompak hak rakyat. Benarlah kata TDM, UMNO busuk hingga ke usus. Siapa dalam yang ingin berubah?
Abang Bu:
Salam SPU, Untuk KW bagian Jelantut @ Norhelan, Bapak Ahmad Boestaman pernah berkata " WASPADA ASAS CURIGA ".( Percakapan beliau dalam kereta sedang bergerak dinaiki hanya 4 orang boleh di ketahui musuh politik, soal nya siapa bocor - jwp tentu lah yang dibawah ketiak)
TQ
Abang Bu:
Salam semua, abang bRAVEhEART kita juga datang komen, terima kasih banyak2, ingatkan orang dah level atas tak nak main bawah2 ni.
Ini yang baiknya dengan internet dan media sosial seperti facebook dan blog, segala berita dapat disebarkan dengan cepat oleh berbagai pihak, cuma kita harus menapis yang mana satu kebenaran dan yang mana satu fitnah. Hehehe, makin lama makin banyak perkara yang kita tau dan makin banyak rahsia akan terbongkar. Benarlah seperti kata, jika kita tidak menguasai media, kita akan kalah lebih awal sebelum bertarung
Abg Bu,
Tak nak komen apa2 cuma nk sebut 'Abg Bu' jer, seronok tengok nama 'abg bu' dipangkal komen masing2
Spu,
Apa itu kata laluan Abang Bu itu?, siapa dia nya Datok Kulat?.
abang bu,
salam, hehe heboh satu jerantut jadinya. SPU minta maaf kepada semua ahli UMNO Bhg. Jerantut, bukan hajat kita untuk memusnahkan UMNO tetapi pemimpin kita ni kadang2 lupa diri dn besar kepala. sekali lagi sy nk nyatakan, siapa yg mampu kuasai media sosial maka peluang kemenangan adalah dipihak mereka. jangan perkecilkan peranan blog dan facebook...sendiri mau ingat.
Abg bu...ntut.koi tenggok UMNO Jerantut nih makin teruk weh,guanne nak menang PRU13 esok yek.Pengundi sekarang pengundi baru yg ada baca.Bukan senang nak pengaruhi mereka untuk undi UMNO.
Abangbu...eh kawan kawan tumpang seronok baca blog spu ni.tak sedor kepagi. Belek lepas satu satu komen orang. Betulah, kome nak jumpa Tengku Azlan sibuk kena kepong di S/U bahagian, Datok Kulat, Dolah Kicap, Bendahari Roti je. Alkhirnya tak dapat jumpe nak mintok peruntukan surau pun tak usah ke nak jumpa nak bagi surat pun payah,, Gini gaye nya berat YB Tengku.
Post a Comment