Gambar hiasan: Wajah Penglipur lara Kontemporari
SPU ingin nyatakan bahawa SPU sentiasa berfikir dan bersikap rasional. Yang benar akan tetap benar dan yang salah akan tetap salah.
1. Beberapa ketika dahulu SPU membangkitkan soal kebersihan sekitar Pekan Sahari Jerantut. Itu adalah kebenaran dan hakikatnya. Namun sudah ada kelihatan perubahan dari usaha yang diambil oleh Majlis Daerah Jerantut yang diterajui oleh Pn. Wan Norizan. Kerana itu SPU ingin mengucapkan sekali lagi syabas dan tahniah. Ada beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan soal kebersihan yang boleh dilakukan oleh pihak MDJ nanti dan akan dibicarakan oleh SPU sedikit masa lagi. SPU sedar bahawa kebanyakan (baca KEBANYAKAN) ahli majlis bukanlah dari kalangan mereka yang hendak memikirkan segala soal mengenai komuniti Jerantut, minat mereka hanya ingin memeggang kuasa semata-mata. Kerana mereka dilantik mewakili atau atas platform parti politik. Orang UMNO masih dengan mentaliti lama UMNO mereka. Tidak berubah atau masih lambat untuk berubah.
2. Kritikan SPU selama ini terhadap UMNO Jerantut akhirnya sudah mampu manjadi anjakan kepada blogger UMNO Jerantut sendiri sama ada sebagai blog resmi atau pun sebagai blog pro kepada UMNO. Buktinya, telah terdapat beberapa laman blog yang makin aktif yang berlandaskan perjuangan UMNO disini. Antaranya adalah seperti blog-blog dibawah ini;
7. uRag dRrulug
8. pendua
9. menyegar
Semoga blog-blog akan terus kekal dan mantap sehingga PRU13 nanti kerana inilah suara perjuangan UMNO bagi menentang dakyah pihak lawan bagi membantu kemenangan UMNO/BN dalam PRU berkenaan.
No comments:
Post a Comment