Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, May 13, 2010

CALONKAN TENGKU AZLAN SEPENGGAL LAGI


Blogger-blogger penyokong UMNO Jerantut sangat prihatin terhadap pucuk pimpinan di peringkat bahagian. Justru beberapa laman blog tempatan sudah mula berkira-kira dan mencongak siapa bakal ditonjolkan sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut jika sekiranya YBM Tengku Azlan menarik diri atau tidak dicalonkan semula.

Sila baca blog CAWAN TEMBAGA dan blog menyegar.

Sebenarnya saya juga berfikiran sama dan tertanya-tanya siapa selepas Tengku Azlan nanti, namun saya juga merasa soalan ini masih awal untuk diketengahkan. Selain itu, kita masih belum mendengar dari Tengku sendiri sama ada beliau sudah enggan dicalonkan lagi atau sebaliknya.

Melihatkan apa yang berlaku sekeliling kita sekarang ini, ada baiknya Tengku memegangnya sepenggal lagi. Memang ada banyak pendapat dan sokongan untuk Tengku memegangnya lagi tapi pendapat itu bersifat dan berkepentingan peribadi dan kumpulan.

Kenapa saya menyokong Tengku memegangnya sepenggal lagi mungkin berbaza dari alasan yang kebanyakan orang boleh berikan, tatapi apakah perbezaan itu menjadi satu kesalahan? Saya tidak mahu mengulas hal ini keterlaluan kerana bimbang saya akan jadi tidak adil sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain juga dengan pandangan yang saya berikan itu kelak. Justru, saya biarkanlah kita semua memikirkannya sendiri.

Cuma, sedikit dari pandangan peribadi saya adalah begini;
Kenapa saya berharap Tengku dicalonkan sepenggal lagi? Pada saya, sepengal terakhir ini adalah untuk Tengku menebus semula segala kekhilafannya yang lalu. (Termasuk terlalu mempercayai semua punahsihat-punahsihatnya) Kebelakangan ini saya melihat Tengku banyak berubah, beliau kelihatan lebih mesra rakyat dan lebih prihatin terhadap masalah rakyat. Jika diibaratkan dalam litar perlumbaan F1, Tengku memecut dipusingan terakhir. Syabas Tengku!


4 comments:

selagimasihada said...

Pusingan terakhir, teruskan memecut Tengku. Cuma kena kiraikan tuan punahsihat-punahsihat tu serta langau-langau sekeliling Tengku.

one one no belen said...

Salam.sebenarnya bukan saya tak suka YBM Tengku Azlan.Cuma saya rasakan beliau memang tidak layak untuk memimpin lagi.Kenapa kita tidak gantikan dengan yang lebih layak?.UMNO perlu berubah.Dan perunahan itu mestilah kearah yang lebih baik.

uRag dRrulug said...

aok, mesti pecut Tengku, kami akan sukung sokmo

SPU said...

Insyallah, segalanya akan berubah dan ianya adalah mengikut kehendak Allah seperti yg ditentukannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN