2. SPU ingin mengucapkan syabas kepada Setiausaha MDJ Pn. Wan Norizan yang sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi membersihkan dan mengindahkan Jerantut. Sudah terdapat sedikit perubahan dan dalam sedikit masa lagi kita percaya segalanya dapat diselesaikan. Gandingan Pn. Wan Norizan dengan Dato' Pegawai Daerah sungguh mantap. Itu tidak menghairankan kerana mereka bertugas bersama di Kuala Lipis sebelum ini, dan SPU mengenali kedua-dua mereka yang sentiasa serius dalam menjalankan tugas. SPU juga telah memasukkan Web MDJ didalam link blog ini kerana banyak maklumat yang boleh didapati dari web berkenaan. Web jabatan-jabatan lain juga akan cuba dimasukkan disini sebagai rujukan awam.
3. SPU bukan saja blog yang mengisahkan mengenai politik bahkan menjadi suara rakyat dalam menyuarakan apa saja terutama di Jerantut. Selain itu SPU juga bertindak sebagai pemangkin kepada blog-blog politik dan sebagainya di Jerantut. Justru kepada yang ingin blognya mudah 'dicapai' ramai, sila email atau tinggalkan nota di chatbox. Bagaimanapun blog atau web perniagaan tidak akan dimasukkan melainkan diruangan-ruangan iklan berbayar yang disediakan.
4. Semakin ramai warga Jerantut melibatkan diri dengan media sosial. Selain dari blog, facebook nyata sangat terkenal. SPU mengesan ada beberapa grup dan jaringan bagi mengumpulkan warga Jerantut di facebook yang keahliannya ada yang mencecah lebih 2000 orang. Begitu hebatnya media sosial, jika kita tidak manafaat dengan sesungguhnya maka kita akan ketinggalan dan kerugian. Terbaru di facebook, satu jaringan dengan nama 'Rakan Media Sosial Jerantut' sedang dilancarkan. Ini bukan saja mengumpulkan rakan-rakan dalam facebook, malahan sedang cuba mengumpulkan rakan-rakan dari blog, friendster, tagged, hi5 dan lain-lain lagi. Silalah mendaftar difacebook dengan 'Rakan Media Sosial Jerantut'. RMS Jerantut sedang berunding dengan SPU untuk menempatkan iklan dan notis dalam masa yang panjang tidak lama lagi dalam ruangan iklan berbayar.
5. Segala cadangan dan teguran terhadap SPU atau melalui SPU akan cuba dipanjangkan kerana menganggapnya adalah tanggungjawab sosial kami. Ianya boleh datang dari mana-mana pihak sekalipun kerana 'Suara Prihatin UMNO Jerantut' bukanlah blog resmi UMNO Jerantut. Kita cuba mewakili semua rakyat dan warga Jerantut tanpa mengira keturunan dan kaum serta fahaman politik. Cuma kita nampak lebih menjurus kepada UMNO kerana UMNO adalah parti yang kerajaan yang memerintah, justru kepada mereklah teguran banyak ditujukan.
6. Mungkin ada pihak yang kecewa dengan posting SPU hari ini yang tidak menulis tentang politik Jerantut. Ada juga yang kecewa kerana SPU tidak lagi menggunakan password 'Abang Bu' atau KP, tetapi kita harus berubah dan tidak statik hanya semata-mata inginkan selalu disukai, dan terlebih lagi adalah - kita tidak mampu menyukakan semua orang dalam semua masa.......kita inginkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni!
No comments:
Post a Comment