Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, May 4, 2010

WEH, NYE GEMPO UMNO JERANTET


Baca juga blog menyegar yang menyurakan perkara sama. Sila klik (disini).

Sekali lagi kita nak tulis pasal UMNO Jerantut kerana pada ketika ini keadaan politik Jerantut masih hangat. Bagaimanapun kali ini kita nak menulis khas untuk orang-orang politik Jerantut dan dalam loghat Jerantut. Mohon maaf kepada pembaca luar dan harap masih minat membaca serta cuba belajar loghat di Ulu Pahang ni.

Kerayan sungguh weh, nye gempo satu Jerantet pasal tulisan keh semalam. Rasanye orang-orang yang terlibat mesti berkumpul berborok-borok di kedai kopi dan cuba buat 'post-mortem', cuma setakat mane 'post-mortem' tu aje jadi soalnye sabak ini berkenaan dengan media sosial. Berkenaan dengan blog dan facebook. Puok-puok tuh masih buta IT. Dah lah buta pekak pulok tuh. Belajor maleh. Tapi masing-masing nak tunjuk pandai tapinya bebal.

Kalau setakat macam SU menjawab dalam blog dua tige patok perkataan dan ayat nye pulaok macam budok sekoloh sapa nak heran? Keh salen semula di sineh bior orang semua bace dan menilai sedang mane-ke SU UMNO bagian Jerantet nih. "Abang Bu... Kalau tak suka cara kami menguruskan UMNO Jerantut, baik kau berambus dari UMNO masuk pembangkang. - SU Umno Jerantut"

Ini ke gaye ayat sorang Setiasusaha? Menunjuk-ke marohnye dan tak ada 'toleransi' langsung. Ayat beginilah membuat orang-orang makin membenci dan menjauhi UMNO. Lepas tu puloknya, dia tak langsung komen pasal isu pokok. Mengapa tak nafi ke apa yang berlaku? Mengapa tak nafi ada perbuatan menyekat Wok dari berucap kerana itu lah isu pokoknye. Ame beginilah gaye nya pemimpin Jeratet, jangan haraplah nak jadi pemimpin dan Ahli Parlimen.

Doh banyok kali keh kata pentingnya kita memfokes pade blog dan facebook sebagai alat perhubungan masa kini. UMNO Panggil media baru walaupun lebih tepat dipanggil media sosial, tetapi apa usaha UMNO Jerantet untuk membina laman blog bagi suare mereke sendiri? Tak ada sape pun yang mengambik tindakkan. Mungkin sebok dema sebok merebut konterek sesame dema dan tok pedulikan UMNO dan peranan kepada rakyat.

Menyebor maklumat mase ni bukan same dengan mase dulu. Mase ni dah ada internet, ada blog dan facebook Kala deme tak menguasi media sosial jawapnya tak bersuare lah dema. Mungkin ada yang kata buken nye ramai orang Jerantut yang membaca di internet, tapi ingat PRU lalu kita kalah kerana peranan internet. Contohlah sorang je pelajor universiti yang bace, tapi bile dia balik ke kampong dia akan sebarkan apa yang dia bace dan orang akan percaya kerana itu sumber dari internet.

Sebenornye dema ni macam orang buta dengan gajoh je, orang ni kate macam ni orang tu kate macam tu tapi yang sebenornye semua nye saloh. Konon je pandai, kalau betul-betul pandai tentu mereka dah membuat blog juge untuk tujuan pertahankan diri dan melawan, tapi ni tidok. Budok itang tu pun bukan nye pandai apa pun. Hehehe! Adoiiii! Letih keh dengan politik Jerantet nih.



Sebenarnya di Jerantut ni banyak juga blog-blog menulis politik dan isu semasa yang baik-baik. Walaupun kebanyakkan blog yang ada diperingkat kecil namun ada diantaranya sudah mencapai ketahap yang boleh dibanggakan. Blog Sri Tri Buana, mengupas isu politik dan semasa dengan cara yang sungguh Ilmiah dan menarik pembaca dikalangan pelajar serta yang berpendidikan. Kerana itulah blog itu di'link'kan di blog SPU ini.

Selain dari itu, Blog Melayuraya Daily dan Suara Majlis yang dimiliki oleh seorang tokoh politik di Jerantut juga sangat menarik untuk dibaca. Pandangan dan ulasan dari pembelajaran dan pemerhatiannya sangat berkesan untuk dihayati. Mungkin orang biasa akan merasa bosan membacanya tetapi dia duduk di kelas yang berbeza. Bukan sengaja saya nak memuji penulisnya tetapi saya melihat dia adalah tokoh yang berpotensi menjadi pemimpin yang baik pada masa depan. Tidak timbul soal 'recycle' kerana itu pun adalah lumrah alam. Soalnya, demi survival UMNO Jerantut, ianya haruslah dipimpin oleh orang yang bukan saja berpelajaran tetapi juga befikir secara terpelajar dan menyayangi UMNO dengan ikhlas.

Mungkin orang kata Dato' Azizan Yaakob seorang tokoh yang dah tergelincir tetapi saya memandang jika bukan lagi Tengku Azlan, siapakah lagi yang layak selain beliau? Pemimpin harus bijak dan berfikir seperti orang bijak serta akan bertindak bijak juga. Era berpolitik cara lama sudah ketinggalan pada masa ini. Kerana itu banyak yang berpendapat bahawa sesiapa yang mampu menguasai media (media sosial) maka mereka adalah dipihak yang berpeluang besar untuk menang.

PRK hulu Selangor contohnya. Pertandingan satu lawan satu itu pada mulanya dilihat berat sebelah kerana ianya diantara BN yang diwakili calon yang tak ternama dengan PKR dengan sebuah nama besar - Zaid Ibrahim. Ini adalah keadaan lawan 2. Tetapi akhirnya BN menang kerana peranan blogger yang berusaha sejak awal lagi membunuh karektor Zaid Ibrahim dengan memainkan isu dia seorang kaki botol dan kaki kuda. Bukalah mata dan lihatlah bahawa itulah peranan blog dan media baru dalam alam siber ini

Selain dari blog Sri Tri Buana yang ditulis oleh Wan Shahrir dan blog-blog Melayuraya Daily dan Suara Majlis oleh Dato' Azizan Yaakob itu, sebenarnya Jerantut ada satu lagi blogger yang ternama bukan saja di Pahang bahkan mendapat tempat diseluruh Malaysia. Beliau adalah blogger generasi pertama Pahang. Pembaca nya mencecah ribuah orang dalam sehari, cuma dia tidak menulis tentang Jerantut dan sangat sedikit juga menulis tentang Pahang. Dia pun blogger anak Jerantut cuma dia tidak ingin dikenali identitinya. Dia hanya ingin dikenali sebagai Braveheart dan blog nya adalah "BERANIKAN HATI".


Ketua Penerangan Jerantut bila nak buat blog resmi UMNO Jerantut? SU bila nak belajar membaca dan menulis blog juga? Budok itang yang kononnya pandai sangat tu, mana blog awak? Kalau ada, ada berapa orang yang membacanya dalam satu hari? Kalau dapat 3 orang pembaca sehari kita bertuah sangatlah. Hehehe! Jerantet-keh!

Blog SPU akan terus menulis kepincangan didalam UMNO dan khususnya didalam kawasan Parlimen Jerantut kerana kita prihatin kepada nasib rakyat. Kita juga bertanggung-jawab membela ahli-ahli UMNO Jerantut dan penting sekali adalah kita hendak membantu memenangkan BN/UMNO dalam PRU13 nanti. Selagi calon yang pucuk pimpinan letakkan adalah calon yang layak.

Kita bukan berniat untuk menjahanamkan UMNO tetapi kita harus menegur pemimpin-pemimpin kerana jika tidak mereka akan sentiasa lupa diri. Mungkin ada pihak yang menganggap SPU pro kepada pihak tertentu serta menyokong orang-orang tertentu saja. Sebenarnya tidak begitu, kita menyokong kebenaran. Sebagaimana kes menyekat KW dari 2 kali berucap, ada berani mana-mana pihak menafikannya dengan cara yang lebih jujur dan ikhlas dan bukan dengan mengalih perhatian kepada soal lain? Kalau tak ada angin, masakan pohon bergoyang?





17 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SPU, satu pandangan dan teguran yang sepatutnya dilihat dari pemikiran yang terbuka dari kepimpinan UMNO Jerantut untuk memperbaikai segala kelemahan yang ada, bukan menerima dengan cara yang tidak sihat........Kalau merasakan UMNO itu masih releven di Jerantut..

YANG GAMBI said...

Abang BU, sorrylah komen tadi terlupa taruk kata laluan......

one one no belen said...

Salam SPU.Tak timbul soal pemimpin yg sudah tergelincir sekiranya dia memang masih layak untuk memimpin.Yang penting pemimpin itu mestilah telus serta bersih dan kelihatan bersih.Koi kenal jugek dgn Dato'Azizan ni masa dia ketua pemuda dulu,Memang dia ni seorang yg patriotik.Koi rasa dia masih layak lagi walaupun dia sudah jadi pentua UMNO.

Anonymous said...

SPU,

Abg Bu: Si Norhelan @ KW sudah menafikan dalam Blog nya, apa kes lagi kira tutup le. Ia kata tiada sekatan, habis perkara.

Sebenar nya di tempat awak @ Jerantut mana pernah aman dan tenteram,dalam apa hal pun, kerana gamok nya orang tempat SPU berfikiran terbalik, perangai ketam dan berkelulusan PHD dari Universiti Terbuka. Jadi macam - macam ada, tak kira dari UMNOke, PIS@PAS ke, MCA Ke sama saja. Jadi SPU dan Sri Tri buana dan Suara Majlis? kena kerja kuat untuk memberi kesedaran melalui blog bagi buka mata, buka hati dan buka minda orang Jerantut awak itu. Jangan bau getah sekerap dan getah buku di kata wangi?, Wok hitam dikata wok puteh atau kelabu?, titi dikata jambatan. HP boleh berdering ketika bercakap.

SPU, kenapa nya awak kutuk SU bagain tu beri komen macam bodek sekolah? tak baik berprasangka burok gitu, SU itu lulusan UTM dalam kejuruteraan sipil, tentu bijak sekali. Entah orang lain menyamar dia atau proksi dia bagi komen. Letih macam ni....Yang pandai, yang betul , yang segala nya adalh SPU, awak lah layak ganti nya meminpin nya kerana awak belum masuk kategori kitar semula.


Apa macam SPU????!!!!!%%%%%######****

TQ

SPU said...

Salam semua,

1. Yang gambi ni adalah antara blogger generasi pertama Pahang dan saya kenal benar dia ni yg juga bersahabat rapat dengan sdr Braveheart. Terima kasih kerana juga prihatin terhadap UMNO walau pun di Jerantut. Beginilah bila orang semangatv dan jiwanya sayangkan UMNO.

2. Menyegar, saya setuju. Bukan ada isu soal pemimpin kitar semula asalkan mereka itu bagus dan baik untuk rakyat. Isa Samad masih mampu menyumbang terhadap memperkasakan UMNO Negeri 9 dan dia antara yang mengangkat martabat UMNO ketika maruah UMNO hina lebih dari najis khinzir. Saya setuju Dato' Azizan diberikan perhatian.

3. Anon 11:26, Saya dh kata KW menafikan dan itu hak dia, tetapi saya cakap pasal kebenaran bahawa perkara menyekat KW bercakap itu terjdi didalam UMNO Jerantut. Boleh SU nafikan tidak? Siapa yg UMNO nak tipu? Ini bukan zaman dulu zaman orang pakai dengar cakap, ini zaman internet. Kalau SPU tak tulis disini ada blog2 lain dari pembangkang yg akan juga menulisnya. Dalam diunia IT ini, kalau kita ini bebal janganlah anggap orang lain juga sama bebal seperti kita.

Saya kutuk komen SU kerana itu bukannya jawapan profesional yg patut keluar dari seorang SU. Itu alasan dan lari dari topik. Jika itu caranya beliau berdepan dengan media, alamat dia tidak akan dapat menjenguk keatas bila-bila masa pun.

Saya cuma nak kata bahawa perang siber baru bermula di Jerantut. Siapa yg tidak bersedia dn tidak ada upaya dlm menguasi media sosial maka mereka akan kalah. Mungkin saya bukan UMNO sbb SU dsh suruh saya keluar dari UMNO, tetapi saya sgt perihatin kepada UMNO. Saya berani menegur UMNO sebelum orang luar menegur UMNO. Jika tidak saya, orang lain pun akan lakukan perkara sama. Jangan sempitkan fikiran dan jumudkan diri kita dengan pagar yang kita bine sendiri.

Blog ini dibaca seluruh Malaysia dan pemimpin UMNO atasan juga memandang apa yg berlaku di Jerantut. SU harusa lebih berhati-hati dalam kemberikan kenyataan. Ketua Penerangan...? masih dalam kehelapan? Hehehe! Jerantet keh!

Anonymous said...

SPU,

Abg BU: Kau kata Ketua Penerangan gelap, SU tak profesional dan tak boleh keatas?. Hehehe.....he, budak SPU ni. Ketua penerangan itu pendidik dan warak ( kerana ada sikit jangguk, entah -entah dia sedara Datok Kualat ke?, tak tau aku), tak kan fikiran dan kerjaan nya gelap. beri lah sokongan dan tunjuk ajar mana yang patut.

Su drive BMW SPU drive apa?, Su graduat dalam bidang nyeyaring SPU graduat bidang APA?, Cuma sama koko minum teh o, kopi o dan rivenna ais koko yang sama.
Jangan lah kutuk pimpin UMNO begitu sekali , jangan terikut NP itu orang PIS, memang selalu meng PIS. Dalam blog tempat awak dari Blog PIS hanya blog Dr, Hamzah calon PIS yang lawan T. Azlan itu yang berketahuan dan fasal. SPU layar lah blog Dr. Hamzah. Kalau Dr. Hamzah lawan ADUN Tahan alamat terperiongok kok dan tak terTAHAN. Baru lah temu buku dengan ruas, sama kelulusan tinggi, Dr. Hamzah lulus tempatan manakala ADUN UMNO sekarang lulusan Luar Negara, UK.


Maaf kerana merau, Yang Terbaik SPU aje UMNO calonkan.

TK

SPU said...

Anon 5:39,
Memang SPU tak layak untuk apa-apa dalam UMNO ni. Niat SPU hanya nak kembangkan media sosial di Jerantut. Jika ramai rasakan dengan adanya blog SPU ini membuatkan politik Jerantut tidak stabil, mungkin SPU boleh pertimbangkan untuk menutup terus blog SPU ini yang telah lama dibina. Membiarkan orng Jerantut dalam kegelapan dari media sosial. Tgk, baru ni ada satub lagi blog yang minat menulis, apakah hendak kita matikan minat mereka ini?

Anonymous said...

Begitu pula, macam mana ABU yang jawap bagi pihak SPU ni!. Tak kan SPU guna kroni atau proksi pula atau SPU out sourcing untuk menjawap?. Orang minta SPU jawap kenapa Si ABU ni pula yang jawap?

TK

felda jengka said...

abang bu.
memang kita semua anak felda nampak krediabiliti pemilihan calon parlimen kpd org lama yang tergelincir itu. kerana kita nampak beliau lebih rapat dengan org muda media baru ini. contoh beliau juga ayahanda pakida jerantut.beliau juga terkenal pada masa lalu adalah pakar perang gerak saraf parti. bila saya membaca blog beliau memang saya tau beliau org yang boleh memimpin manusia era baru ini.ada saya mendengar dia sebagai ahli majlis jerantut juga yg sentiasa perhatin terhadap org melayu jtut.tidak syak lagi apa yg dinyata oleh penulis2 blog yg byk memuji beliau didlm blog mereka.kpd umno jerantut buat sesuatu untuk kebaikan parti.berkelahi didlm parti merosakan bangsa kita sendiri.jika kaum lain membuka blog ini tentu mereka akan ketawa dgn apa yg berlaku pd org melayu.jadi disini kita perlu bersatu padu menegakan yg terbaik utk kebaikan semua. sekian terima kasih. dari ANAK FELDA YG MAHU KEADILAN

mahasiswa KL said...

SPU Merangkap abangbu
kami mahasiswa IPT kebanyakan dari lembah klang berasal dari jerantut mengikuti FB -jerantut kampungku dan blog SPU,untuk mendapatkan berita jerantut disamping berjangkit keblog2 lain spt spu,tribuana,melayurayadaily,suaramajlis,n9,pulau tawar,braveheart,berita pemuda,nadaputri,ansarullah dll.Kami nampak ada perkembangan baik celik IT dijerantut. Biasalah dalam siber jika berlaku perang siber akan menjadi mangkin orang ramai mendekati IT. Jika dibandingkan dengan dua tahun lepas blog spu hanya orang luar sahaja yang melawatinya.Usaha Abangbu berjuang mengembangkan IT dijerantut ada kesan terutama orang-orang politik UMNO yang buta huruf itu. Buta huruf skrag bukan lagi tidak boleh membaca,menulis dalam konteks sekarang buta huruf adalah buta IT. Teruskanlah abang bu.

sungai pahang said...

Abangbu spu
Kitarsemula telah menjadi perusahaan baru dunia tunggal dalam permulaan abad ke21 ini.Cina,korea,jepun,taiwan dan singapura berlumba-lumba mengitar semula barang2 sedia ada untuk diubah menjadi baru samada bungkusan, jenama dan keistimewaan barang2 tersebut.Mereka kayaraya kerana jual murah barang2 kitar semula.

samalah politik pun ada kitar semula. Tun Dr Mahathir dikitar semula olen Tun razak bila dipecat oleh tenku deraman.Lepas tu kalah pula bila cina tak bagi undi pru.Kitar lagi kali kedua.saharir samad kitar semula.Rais yatim kitar semula.Anwar kitar semula.Sanusi kitar semula. Ezam kitar semula.Mat tyson kitar semula.pak lah kitar semula.Orang 46 masuk umno termasuk tengku azlan kitar semula. Ku Li kitar semula oleh umno.Isa samad kitar semula.Kitar semula tradsi Pakatan rakyat. Lim Kit Siang, lim guan Eng kitar semula. Haddi Kitar semula.

Jadi Orang UMNO jerantut jangan sempitkan pandangan pada kitar semula. Kitar semula mungkin lebih baik dari fresh tapi kaut rata.TQ

Dato'Azizan Yaakob. said...

Saudara SPU,
saya berterima kasih atas perhatian saudara2 dalam ruang komen terhadap usaha penulisan blog saya melayurayadaily dan suara Majlis. Saya menulis berdasarkan pemikiran dan pemerhatian saya merangkumi soal politik,ekonomi,sosial,kebudayaan,agama dan lain sepanjang hidup saya merentas pahit maung, jatuh bangun saya dalam perjuangan. Saya ingin menggambarkan kepada masyarakat bahawa perjuangan itu ada banyak jalan yang kita boleh pilih selain dari jawatan dalam parti politik untuk memberikan sumbangan dalam menegakkan bangsa,agama dan tanah air.Perjuangan dalam bentuk yang saya ada sekarang memberi cukup kepuasan kepada saya kerana ia lebih luas meliputi tempat asal saya, negeri,negara dan antarabangsa.Saya juga seronok bila artikel saya dibaca oleh mereka2 yang berada diluar negara.TQ

SPU said...

Salam semua,
saya membiarkan perdebatan berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan, ini namanya demokrasi.Anon 5:38,7:08 saya biarkan ABU memberi komen sama saya biarkan awk memberi komen selagi tidak melanggar peraturan yang saya tetapkan, So what? Tak puashati? Terima kasih Dato' Azizan yg juga sudi memberi komen disini, tetapi komen sungai pahang sangat menarik bukan takat nk komen saja. Teruskan dan terima kasih semua.

Anonymous said...

Salam,
Ini adalah masanya kita membudayakan celikIT ini. Ini adalah satu-satunya cara pembangkang utk membuat "turning point" didalam meneruskan "survivor" mereka. Mereka berjaya! Tetapi ahli UMNO terutama di Jerantut masih lagi percaya akan retorik lama yg mana masih bermimpi bahawa sa-nya marhain diJerantut masih menyokong mereka. Boleh terfikir tak yang suatu hari nanti jika tidak bersungguh mempertahankan UMNO akan hilang bertaburan projek yg tiada lagi ke kantung mereka?
Jawabnya tidak! Koi cuma boleh senyum geli hati.......
Bagi Koi pemimpin UMNO masih buta didalam memperjuangkan parti. Cakap tak serupa bikin! Cuba lihat di Jepun, Indonesia dan terbaru agaknya di Britain yg mana semua parti yg berkuasa selama usia UMNO sudah tewas dan akan tewas!
Fikir-fikirkan la wahai rodong sekalian.....
Bangun la weh........

Anonymous said...

Saudara SPU,
saya tertarik dengan komen sungai pahang yang agak matang.saya ambil itu sebagai panduan politik saya dalam UMNO terima kasih.

AL-FERRY said...

SPU/AbangBu
Cuba kita kira berapa orang dalam jawatan kuasa wanita,pemuda,puteri,dan AJK UMNO Bahagian Jerantut Celik IT dan Berapa orang pula Buta huruf (IT).Jadi kalau ramai tidak celik IT, macam mana mereka nak berdepan dengan gulungan muda bila betul berlaku perang siber pilihan raya esuk.

2. SPU sedar tak ada tokoh UMNO Jerantut marah pada Jerantut Kampung ku dalam Facebook kerana dalam masa kurang dua bulan dah jadi ahli dekat 2000 orang. Kemudian orang jerantut berhubung secara maya setiap hari sampai lupa jerantut ada "orang Yg. Berkuasa" tersebut.Hehehe.... dia marah orang tak cakne kedia.Marah sangat sangat orang tak pelek kedia.

3. Blog SPU ni pun tak cakne kedia.Merapoklah dia hari-hari.Orang Jerantut masa ni malas dah nak dengao ceramah, tak daya kena goreng je lebih baik main facebook dengan baca blog ada faedah jugr. TK

Anonymous said...

Salam SPU
saya harap UMNO Jerantut kembalilah bersatu. Tengku Azlan sebagai ketua Bahagian disaran jangan terlalu bergantung pendapat dan membenarkan perilaku pencari makan disekelilingnya membuat keputusan. Kegiatan mereka bukan untuk membaiki UMNO tetapi untuk ajenda perut mereka. Kalau ini dapat diselesaikan Insha Allah UMNO beres. Kemungkinan juga mereka yang dikeliling itu ada ajenda mematikan politik YBM Tengku Azlan diJerantut.

SPU proceed your work observe and comment the UMNO far all TQ VM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN