Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.

Wednesday, May 5, 2010

PEMBATALAN RANCANGAN FELCRA ULU TEMBELING - MENTERI BESAR PAHANG KENA BERI JAWAPAN

Kami menerima maklumat dari seorang individu yang meminta kami menyiarkan tulisannya. Kami mengambil keputusan untuk menyiarkannya kerana melihat ini ada kaitan dengan kepentingan rakyat. Bagaimanapun, bagi tujuan penyiaran kami telah mengubah tulisan berkenaan tetapi masih mengekalkan maksudnya. Kami juga tidak menyiarkan nama pengirim atas permohonan beliau sendiri.

1. Difahamkan, Kerajaan negeri Pahang telah meluluskan kawasan seluas 2500 ekar kepada agensi FELCRA untuk membangunkan ladang rakyat bagi program membasmi kemiskinan penduduk di lembah Tembeling dari kampung pagi, Kuala Sat, Kampung Bantal, Mat Daling dan Gusai.

2. FELCRA telah menubuhkan badan pengurusan terdiri dari pengurus dan kakitangan dan ditempatkan di pejabat FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan buat sementara . Setelah bersedia untuk dilaksanakan, keputusan kajian oleh Ibu Pejabat FELCRA mendapati tanah berkenaan tidak sesuai untuk tanaman sawit kerana muka buminya yang terlalu berbukit yang akan menyukarkan penuaian kelak.

3. FELCRA memohon Kerajaan Negeri menukarkan syarat asal tanaman sawit kepada tanaman getah, namun ditolak oleh mesyuarat EXCO atas alasan tanah tersebut membabitkan kawasan hutan simpan kekal Taman Negara, bagaimanapun, pejabat tanah diarahkan mencari kawasan lain yang sesuai sebagai ganti.

4. Penduduk tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi? Sepatutnya sebarang alasan mengenai tanah berkenaan diberi diperingkat perbincangan ketika memberikan kelulusan dahulu dan bukannya ketika memohon tukar syarat. Proses ini melambat-lambatkan projek yang sepatutnya disegerakan kerana penduduk telah sekian lama menunggu.

5. Taklimat di mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Jerantut mengesahkan bahawa tanah itu bertaraf ‘state land’ dan tidak ada kena mengena dengan hutan simpan kekal Taman Negara kerana terletak diseberang Kampung Bantal dipisah oleh sungai Tembeling. PTDJ mengakui bahawa tanah tersebut bersih dari hutan balak kerana telah dilesenkan sejak lama dahulu, dan ia adalah kawasan belukar tebal yang berbukit bukau.

6. Penduduk difahamkan sebelum mesyuarat EXCO tersebut, ada pihak telah turun naik Pejabat Perhutanan berusaha menukar lapuran dari taraf ‘tanah kerajaan’ kepada ‘Hutan Simpan kekal’ dan menyediakan kawasan gantian yang masih hutan dara. Bagaimanapun, usaha ‘induvidu’ tersebut buat masa ini dikatakan gagal kerana Jawatan kuasa Tanah bertegas dengan keputusan meneruskan projek berkenaan di tempat asal.

7. Jika benar seperti yang dilaporkan, pihak Kerajaan Negeri dan Menteri Besar perlu menyiasat kegiatan ‘individu’ itu sekiranya tidak mahu dikaitkan sebagai pemegang saham bersama. Begitu juga Jabatan Perhutan Negeri. Penduduk keliru dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ kerana apa yang terbukti adalah sebaliknya iaitu ‘ pemimpin diutamakan dan rakyat dibiarkan’.

9 comments:

menyegar said...

Salam SPU.Siapa kah individu yang membuat onar tu?

Anonymous said...

Jenuh dah kome kena tipu, dari dulu sampai sekarang. dari zaman yb armia sampai zaman wan amizan kena tipi sesaja, dah lali kena tipu. bior lantak nye lah

Anonymous said...

Anom 3:12,

Aku simpati kerana dari dulu samapai laa ni kena tipu atau tertipu. Pokok nya salah siapa, mungkin anom-anom tak cerdik atau dunggu, kenapa bonggok sangat?, siapa yang pileh,awak juga. Padan Muka. mulai sekarang ikut pandangan SPU itu, jangan jadi benggak. Ini kalau mesyuarat duduk diluar tingkap lepas itu menyampok nak jessi bulo. hem.... itu dia.

Sri Tribuana tolonggggg......nnnnngggg, orang tempat aok kena tipu dan tertipu. Melayuraya bantuuuuuuuuu..... N9 tak usah lah asyik menghijau je.

SPU said...

Menyegar, identiti individu tersebut dirahsiakan setakat ini.
Anon 3.12, dah nasib awak nak buat macamana?
Anon 5.31, saya juga simpati pada awak...ini komen ke saja nk lepaskan perasaan? Ubat dah makan?

sri tribuana said...

Saudara-saudara sekelian, Allah bagi kita akal utk berfikir. Sekali kena tipu mungkin tersilap, dua kali dh bodoh kata perpatah cina. Rakyat juri kepada pemimpin, dan itu gunanya pilihanraya.

Dh tak guna 'abg bu' ke kat posting ni? Rindu gak kt 'abg bu'.

k.Dipang said...

spu,
kami amat belas hati kalau menengok orang ulu tembeling sudahlah jalan tak dapat2. Ada menda macam felcra pun jadi hal pulak.Barang2 buoh2 pun tak buleh jual. main ngan damor,gaharu,rotan senalo mana nak senang.Di,spu cuba bagi tahu Yang Boroi tu buat kejelah tengok hal orang kampung. Ini asek mencari tanah sendiri je, pelan sana pelan sini abis kampung2 orang nye pelan dedia.cuba suruh dia siasat sape buat keje menukar pelan felcra nok kebalok tu, jangan2...... tak?

WZWH said...

Salam SPUJ,
Anda semua mendapat maklumat "half truth" separuh benar dan tidak mengetahui perkembangan selanjutnya. Betul pada mulanya EXCO Pahang menolak dan membatal Felcra Ulu Tembeling tapi akhirnya MB terpaksa akur dan "REVERSE" keputusan kepada LULUS. Tidak perlu saya jelaskan kenapa MB menyokong pula!
Saudara SPUJ perlu posting yang Felcra Ulu Tembeling itu sebenarnya lulus agar rakyat Jerantut dapat gambaran yang betul dan benar.

Anonymous said...

Akum.., kas kawe ni orngg ori ulu tembeling asal kg pagi tu la. nmpak sanget tok wakil dan yang berkuasa, dok nok main tebang tebu kuala sawa dengan puak kawe. kalu tok wakil hok komeh angkat masih nak berodong utk dipilih kena buat komeh puak kawe ni bejaya dapat tanah rancangan felcra tu jangan banyak sanget buat pedaah ke komeh ni. Komeh ni bukan la bodor macang 100/200 tahun dulu weh. Ingat gatek la pulak bila komeh marah komeh tukar orngg lain jadi tok wakil atau pun komeh cari orang lain jadi mb kang nyesal pulok. bila tukar mb macang-macang pulok ong kata gitu, demeh kata gini, gone pulok kata gitu kata puak hok baru tuh tak pandai tadbir negeri, tp sejak dulu sampai ni sokmor tak pandai jaga rakyat ulu tembeling terutamanya pengundi macang-macang komeh nih kena tipu oleh puak gone pandai sanget jaga puok komeh nih. Ingat pru ke 13 ko lama ko dekat dan weh jangan main aneh tol aje. Kena reti cakap kas dalam bahasa pasar ulu tembeling, auk.

Ingat jugok komeh rakyat ulu tembeling takdok apao dapat pun sejak dari tok nenek moyong, balak pun ke gomol nak tanah hok krajaan nok bagi macang-macang muslihat pulokkk. Kas ingatlah tanh kawasan ulu tembeling ni kalau nak dimajukan 500 tahun lagi belum tentu maju, jadi untuk memudahkan rintisan awal bagi lah ke rakyat dan pengundi kawasan ulu tembeling yang ada beberapa kerat ini, lepas tu boleh la krajaan buat lembaran baru janga disekat awal-awal lagi. Beringet la orang pahang ni tak durhaka tapi nye melawan jugo macang tok gajah, mat kilau tok bahaman orang kaya perba, pak sako nazar dan ramai lagi memberontok lawan musoh dan lari meninggalkan mengembara dan taku nnti bawa cerita baru ke negeri pahang nih eh.

Anonymous said...

KOME NAK RANCANGAN FELCRA ULU TEMBELING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN