Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, June 20, 2011

PERKASAKAH UMNO JERANTUT ?




Pakatan Pembangkang menanam hasrat yang kuat untuk dapat mengambil alih kerajaan Pahang. Ramai berpendapat bahawa itu hanya mimpi pembangkang. Pemimpin UMNO ada yang masih merasa selesa dengan anggapan bahawa UMNO adalah parti keramat yang tidak mungkin dapat dikalahkan sehingga kiamat. Mereka masih beranggapan bahawa orang Melayu tetap akan menyokong UMNO lalu mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengukuhkan semula UMNO.

Banyak orang bertanya siapa yang sayangkan UMNO sebenarnya? Apakah pemimpin UMNO masih sayangkan UMNO dan apa yang mereka buat untuk memantapkan semula UMNO? Yang ramai rakyat nampak adalah pemimpin UMNO masih dengan perangai lamanya bukan memperkasakan UMNO tetapi memperkosakannya. Apa yang para pemimpin UMNO Bahagian lakukan selama ini? Yang rakyat dengar mereka hanya berebutkan harta 'rampasan perang' dan saling berbunuh sesama mereka. Siapa yang berusaha perjuangkan Melayu dikampong-kampong? Mereka hanya berebutkan jawatan dalam bahagian kerana ingin berebut projek - ini hakikatnya dan kita melihatnya sendiri disekeliling kita.

UMNO tidak lagi memilih mereka yang jujur dan ikhlas berkerja tetapi akan memilih siapa yang akan 'menghulur' mereka lebih 'sedekah' atau 'sumbangan'. Kerana itu kebanyakan (bukan semua) yang terpilih adalah hampas yang tidak berguna langsung kepada rakyat. Sehingga persepsi rakyat adalah; memilih pembangkang lebih baik dari memilih UMNO, memilih bangsa lain lebih baik dari memilih bangsa Melayu sendiri.

SPU tidak salahkan Ketua Bahagian kerana gagal mentadbir UMNO Bahagian dengan berkesan kerana team yang terpilih untuk menyokongnya adalah dari kalangan yang sentiasa bersengketa sesama mereka dan yang tidak ada semangat untuk berjuang memulihkan semula UMNO. Mereka bukanlah dari kalangan yang jujur untuk memperkasakan UMNO kerana mereka juga sedar bahawa mereka dipilih hanya kerana sumbangan yang mereka berikan kepada perwakilan.

Di cawangan-cawangan pun demikian juga. Memang sudah ada kumpulan-kumpulan yang hanya berkepentingan menjaga diri sendiri serta kroni mereka sendiri saja dengan memastikan supaya jangan ada sesiapa yang akan mengugat jawatan-jawatan mereka dan mencabar mereka. Jangan ada yang akan menentang mereka bagi menjadi perwakilan kerana dalam kepala mereka bahawa mereka nanti akan mendapat bayaran sebagai perwakilan. Tidak langsung mereka fikirkan bahawa tanggungjawab mereka adalah membawa hasrat dari cawangan. Kerana itulah kebanyakan para perwakilan hanya terdiri dari burung tiung yang 'bisu'.

Kita mungkim masih  tidak sedar bahawa bangsa lain sedang berusaha untuk mendapatkan DUN Damak dengan menolak calon dari parti kerajaan. Apa usaha yang bangsa Melayu kita sedang lakukan untuk pertahankannya? Adakah kita berfikir kearah itu? Yang mereka fikirkan adalah untuk 'memancas' orang itu dan orang ini termasuklah Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian. Banyak pihak yang terlibat dalam operasi pembersihan ini dan khabarnya turut melibatkan pejabat UMNO sendiri.

Itukah caranya kita memperkasakan UMNO? Apakah caranya UMNO berjuang untuk menangkis pembangkang dalam media sosial ini? Apakah UMNO Bahagian ada facebook? Blog? Twiiter dan jentera sibertroopernya untuk pertahankan UMNO? Siapa yang boleh manjawab apa persediaan UMNO Bahagian kita? Bolehkah? 'Abang Bu' satu batu? Atau yang ada di pejabat UMNO atau pegawai-pegawai yang khusus? Mungkin tidak kerana 'bujang senang' sedang kekenyangan ? Memikirkan bagaimana memperkasakan UMNO dari sibuk untuk terlalu berpolitiking dan berbunuhan sesama sendiri.

Saturday, June 18, 2011

WANITA UMNO JERANTUT




Syabas Wanita UMNO Jerantut kerana hari ini menjadi tajuk utama diblog-blog Jerantut. WZWH menulis mengenai lawatan sambil belajar wanita UMNO Jerantut ke Vietnam  dan  Parlimen81  menulis  Tahniah bekas ketua  wanita UMNO Jerantut. Untuk menambah kemanisan dan kelazatan wanita-wanita Jerantut, maka SPU juga turut mengulas mengenainya.

Seronoklah AJK wanita UMNO Jerantut dapat melancong dan mengadakan lawatan sembil belajar ini. Tentu banyak perkara yang dapat mereka pelajari dari negara Vietnam jika mereka benar-benar ingin belajar. Tetapi jika sekadar lawatan yang dilakukan oleh MDJ maka sudah tentu mereka pulang tanpa membawa apa-apa pengalaman untuk membangunkan Jerantut: Jerantut KampongKu, Jerantut Kini, Jerantut Eye, Jerantut Pahang Darul MakmurSuaka Politik Jerantut,.......

Vietnam memang sudah temashur sebagai destinasi pelancongan kebelakangan ini. Memang sudah ramai pelancong dari Malaysia mengunjunginya. Jika Wanita UMNO mahu belajar ada 2 perkara utama yang boleh dicontohi iaitu pertama: Industri textilenya yang berkembang pesat dimana Vietnam telah mengeluarkan banyak pakaian berjenama dengan cara underlicence dari syarikat-syarikat terkemuka bertaraf dunia. Malangnya wanita Jerantut bahkan Pahang dan Malaysia tidaklah serajin wanita Vietnam ini.

Kedua, Wanita Jerantut juga boleh melihat kepesatan Industri Pelacuran di Vietnam, tetapi bukan untuk dilakukan di Jerantut, sekadar untuk ingatan bahawa jika nanti ada Rombongan Pemuda UMNO bahkan UMNO Bahagian sendiri kesana, mungkin mereka akan membuat kajian lebih mendalam mengenai industri berkenaan. Khabarnya dulu ada rombongan Pemuda UMNO melawat Indonesia untuk kajian serupa, kena tanya WZWH betul tidaknya, kerana selain ' Johari, Zamzuri juga mengenal 'Maniam'. 

Harap tidak ada seorang pun dari AJK yang tidak dijemput untuk lawatan berkenaan oleh Puan Norhelan. Janganlah hendaknya dia lakukan seperti apa yang selalunya dilakukan oleh tokoh-tokoh politik iaitu 'mencantas' musuh politiknya. Semua AJK wanita patut dibawa, kecuali 'Abang Bu' dan Mizi kerana mereka bukanlah AJK wanita, hanya sekadar suka-suka mencampuri hal-ehwal wanita, maklumlah.....

Bila wanita UMNO balik nanti bolehlah kita tanya apa pelajaran yang mereka dapati dari lawatannya. Jika benar Ketua Puteri turut juga bersama tentu ramai yang ingin bertanya apa yang paling diminati dari 2 industri utama Vietnam itu. Apakah industri pembuatan? Jadi kita kenalah tunggu untuk dapatkan jawapan. Jika lawatan Pemuda UMNO sudah tentu jawapan ada pada kita.

Parlimen81 berasa bangga dengan kejayaan yang didapati oleh mantan Ketua Wanita UMNO Jerantut itu. Bagaimanapun dia juga bertanya kenapa sedikit sangat tanah yang dapat diusahakannya? SPU cuma nak tanya, lupakah kita suatu ketika dulu ada cerita mengenai seseorang yang hampir menanam sawit di kawasan tanah perkuburan di Temin. Nasib baik ada bantahan, kalau tak tentu orang di Temin mati tak berkubur. 



Friday, June 17, 2011

PEMBANGUNAN TANGGUNG JAWAB KERAJAAN

Gambar hiasan


SPU bukan pembangkang dan tidak juga suka kepada pembangkang namun harus rasional dalam kehidupan, yang benar tetap benar dan yang salah harus disalahkan. 

Membaca cetusan hati diblog N9 Tahan (klik), saya melihat ada kebenaranya dan beliau harus disokong. Itu mengenai pembangunan dan keudahan asas yang gagal diperjuangkan oleh pemimpin dan waakil rakyat kita. Apakah mereka itu nanti tidak malu untuk memohon undi dan sokongan rakyat sedangkan mereka tidak menjalankan khidmat dengan memuaskan serta mencapai kehendak rakyat?

Mengenai pembangunan telekomunikasi di Jerantut saya percaya masih bayak lagi kampong-kampong yang tidak mendapat pembangunan yang sewajarnya. Sebagai contoh mudah, di Kampong lata Kasah / Binjai serta Kampong Baru masih belum dapat menerima isyarat telefon bagi membolehkan penduduk kampong menerima internet. Dalam hal ini mereka lebih terkebelakang dari penduduk di Kuala Tahan dan Ulu Tembeling. Malang sungguh kerana wakil rakyat mereka bukan dari kalangan UMNO dan tidak berjuang untuk orang Melayu di DUN nya.

Apapun, kerajaan BN dan pemimpin UMNO akan tetap disalahkan kerana tidak mampu membangunkan kemudahan asas ini. Rakyat akan membalasnya pada PRU13 nanti. DUN Damak perlukan pemimpin dari kalangan bangsa Melayu untuk membela majoriti nasib rakyatnya.



Thursday, June 16, 2011

MEDIA SOSIAL ADALAH MEDIA RAKYAT YANG GAGAL UMNO KUASAI


Bila pemimpin Jerantut nak sedar dan nak buat begini juga?


Kebelakangan ini kelihatan kecenderungan dan minat blogger Jerantut untuk kembali aktif menyuarakan pendapat melalui laman blog masing-masing. Syabas! Tidak kira apa pegangan dan kecenderungan politik masing-masing, yang penting blogger berani menyuarakan pendapatnya. Lihat blog N9, Parlimen 81, Patpatsikulipat, Ansarulullah yang sudah kembali teruja untuk bersuara apabila SPU kembali memimpin suara blogger Jerantut. Mungkin kerana itu jugalah blog tersohor 'copy and paste' Laksmana Jebat merasa malu dan berhenti menulis, opppss!! ...meng-copy and paste!

Beberpa blog yang sudah lama membisupun kelihatan sudah bernafas kembali meskipun tidak menulis diblog namun sudah menunjukkan wajahnya melalui komen-komen diblog lain. Tahniah kepada blogger WZWH dan uRag dRrulug yang masih kekal 'maintain' menulis walau hujan dan ribut melanda. Mereka ini blogger sejati dan membawa suara pelbagai pihak rakyat Jerantut. Tabik hormat untuk mereka berdua.

Sri Tri Buana Untuk Jerantut, macam terlekat didalam selut masih tidak bergerak, atau mungkin kena demam panas dan ketandusan idea untuk menulis isu-isu masyarakat Jerantut. Bagaimanapun saya percaya, bila semangat penulisnya pulih kembali, ia mampu melontarkan idea yang bernas untuk membangunkan masyarakat (minda) Jerantut.

Media Sosial lainnya di Jerantut juga nampak galak. Lihat saja di facebook, kalangan pemunya laman sosial itu turut bertambah dan grup-grup juga bertambah. Jika dulu hanya ada Jerantut KampongKu, maka kini sudah ada beberapa grup lain juga menambah jaringan sosial di Jerantut. Wah! Jerantut bertambah meriah, Media Sosial Jerantut bertambah maju.

Memang ada yang positif dan negatif kepada kerajaan dan pemimpin. Hanya terpulang kepada kerajaan dan pemimpin bagaimana caranya untuk memandu mereka ini ke arah yang dikehendaki. Jika kerajaan dan UMNO gagal melakukannya, mereka akan menjadi senjata yang akan menikam belakang. Jadi, apa yang akan UMNO Jerantut lalukan nanti? Masa tidak menanti kita dan PRU13 akan menterjemahkan keberkesanan peranan media sosial terhadap iklim politik tanahair. PRU12 memberi isyarat buruk buat UMNO / BN dan jika pemimpin masih mendiamkan diri maka PRU13 akan mencampakkan UMNO jauh dan menamatkan riwayatnya.

Tuesday, June 14, 2011

POLITIK ORANG JERANTUT

Gambar Hiasan


uRag dRrulug tulis pasal pembangunan dan janji pemimpin yang belum tertunai (Klik) Mungkin sebab cantik kenderaan yang dicipta untuk WZWH maka WZWH terpanggil untuk menjawab balas (Klik Sini) Wah! nampaknya akan meriah semula blogspera Jerantut dengan 'berbalas-balas pantun' antara bloggernya. Berbeza pendapat tidak mengapa asal tujuan dan hasratnya tetap sama - untuk membangunkan agama, bangsa dan negara melalui UMNO.

Sinar keluaran semalam (13 jun 2011,  ms P7)  menulis mengenai peruntukan berjumlah RM1 juta yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bagi pembangunan pelancongan di Kuala Tahan. Sinar memetik kata Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Puan Wan Norizan Wan Badrulzaman.

Yang jelas, peruntukan itu dari Kementerian Pelancongan. Jangan nanti ada yang datang kehadapan dan mendabik dada mengatakan bahawa ini usahanya untuk mencari nama. Jangan juga ada yang mengagalkan sebarang projek kerana kontrek berkenaan tidak diberikan kepada syarikatnya dan syarikat kroninya seperti yang telah berlaku dahulu.

MDJ juga jangan pilih kasih kepad kontrektor, rakyat melihat dan kami memantau segala yang berlaku. Jika terdapat sesuatu yang mnecurigakan, kami tidak teragak-agak untuk melaporkan. Kami ptihati terhadap kerajaan yang dipimpin UMNO dan tidak mahu nama UMNO tercalar kerana individu tertentu yang menyeleweng.

Patpatsikulipat (klik sini) menegur para pemimpin  UMNO Bahagian Jerantut. Namun mereka yang melakukan kecurangann masih membisu dan kecurangan terus berlaku. Jangan salahkan rakyat jika UMNO / BN ditolak dalam PRU akan datang nanti kerana yang jelasnya para pemimpin UMNO sendiri sudah tidak sayangkan UMNO. Mereka lebih banyak menghancurkan dari memulihkan. Kepentingan diri dan kroni diutamakan dari kepentingan membela rakyat. 




Monday, June 13, 2011

MEDIA SIBER UMNO DI PERLEKEHKAN LAGI




Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Ini lagi cerita pasal UMNO dan media barunya. Masalah nombor satu kepada UMNO adalah bodoh tak boleh diajar. Bila diberi cadangan, mereka kata memang sudah dalam perancangan, tak pernah mengaku tidak tau.

Di tempat kita ni pun sama. Kerajaan dimalukan dalam PRU12 gara-gara media baru tetapi UMNO dibahagian-bahagian masih tetap tidak memandang kepentingnya. Bahkan ada pemimpin UMNO dengan megah berkata bahawa pengundinya bukan dari kalangan yang celik IT, jadi tak majukan IT pun tidak mengapa.

Kalaupun ada pemimpin UMNO yang celik mata dengan IT, tujuannya tak lain dari nak mengambil peluang dan kesempatan. Sehingga terjadi peperangan antara UMB dengan para blogger. Kita baca apa tulisan di blog Parpukari (Klik Sini)

Kami di SPU nak bertanya; Mmmm! Siapa Pengerusi Biro ICT UMNO Jerantut agaknya? WZWH kah atau Laksmana Jebat? Hehehe! Atau Abang Bu Satu Batu kah?

Sunday, June 12, 2011

JALAN KE PUTRAJAYA, JANGAN MEMILIH JALAN YANG SALAH





Di laman sosial Facebook kita mendapati banyak siber trooper pembangkang (Melayu) yang menghasut kita membenci kerajaan dan bersama mereka menentang (Lihat CnP dibawah ini). Jika kita sayangkan Melayu sudah tentu kita tidak akan terpengaruh dengan mereka. Mereka itu sama ada secara sedar atau pun tidak telah berusaha menekan kerajaan atas nama kekebasan bersuara dan kebebasan memilih. Namun mereka lupa bahawa kerajaan sudahpun dipilh oleh rakyat dalam PRU yang lalu, jika pun mereka tidak bersetuju dengan kerajaan yang rakyat pilih sekarang ini, mereka boleh menentukannya dalam PRU akan datang.

Tetapi nampaknya tidak bagi mereka ini, yang mengunakan kebebas atas nama demokrasi untuk menjahanamkan negara. Malangnya Melayu-melayu bangsat itu rela mengadaikan agama, negara dan bangsa untuk mengangkat dan memberikan kemenangan mudah kepada bangsa lain. Memang demikianlah sejarah bangsa Melayu yang lebih suka diperintah oleh bangsa lain.

Kita harap kerajaan akan mengambil tindakan tegas bukan saja mengharamkan segala maca perhimpunan dan tunjuk perasaan bahkan memasuikan mereka semua ke dalam penjara. Hukum tembak pun sudah memang patut untuk pengkhianat negara seperti mereka ini. Biar anak cucu mereka nanti akan meludah dan mengencing kubur mereka sebagai penmgkhianat bangsa.

Jika tidak disekat, ini akan tentu saja menular kemerata tempat terutama dengan adanya jaringan media sosial yang membebaskan sesiapa berhubung dengann mudah, pantas dan tanpa sekatan. Negara Para Anbia Mesir tumbang gara-gara pengkianatan warga asing yang ingin menghancurkan ketamadunan Islam melalui jaringan media sosial.

Celakalah bagi kamu, Yop Tualang Sekah serta musuh-musuh agama, negara dan bangsa Melayu yang bersama kamu. Memusuhi negara adalah juga memusuhi Allah. Allah akan mencampakkan kedalam neraka bagi orang-orang yang berbuat khianat.

Apa peranan media baru UMNO Jerantut untuk mengekang gejala penentangan kerajaan melalui media sosial ini? Apa yang akan kita lakukan? Tunggu? Lihat? Berdiam diri? Biarkan saja? Mana para pemimpin pejuang kita? Mana pehlawan UMNO kita? Apakah sumbangan dan perjuangan kita untuk UMNO? Jika demikian, sia-sia saja kita berbangsa!


"WALK WITH US.. ROAD TO FREEDOM, ROAD TO PUTRAJAYA.."



Do's and don't...

1. No personal attacks of a person's creed, color, race, nationality, religious belief or sexual orientation will be tolerated.

2. Our mission is to have mutual respect and integrity, not hate and intolerance. To uphold the concept of a nation of one and not separation.

3. Comments of personal belief and ideology is to be articulated in an open minded but non-offensive manner as much as possible.

4. The realization that we all have the right to disagree but with taste and respect for the next man or woman. Realizing that a person's difference of opinion might offend another,even if expressed in an educated manner and that what is offensive might differ from one person to the next.

5. Use common sense when voicing a thought, when in doubt... utilize the Golden Rule-treat others as how you want to be treated.

6. Your adherence to the guidelines is greatly anticipated and appreciated.

prepared by : Neil A William
  • ‎"Fight and you may die, run and you'll live. At least a while.

    And dying in your beds many years from now, would you be willing to trade all the days from this day to that for one chance, just one chance to come back here and tell our enemies that they may take our lives.... but they'll never take our FREEDOM!!"

    ~ Braveheart
    about a minute ago ·  ·  · 

Saturday, June 11, 2011

HITAM PUTIH HATI LUKA

Pintu 'GhostHouse' Jerantut setelah diubahsuai


SPU menyeru kepada semua bogger Jerantut supaya kembali menulis. Media baru adalah media rakyat...tumpuan jangan hanya kepada facebook semata-mata. Jika boleh jaringkan dan rangkaikan antara facebook dengan blog agar maklumat akan tersebar lebih banyak dan lebih meluas lagi.

SPU mnerima satu artiekl yang dikiriman melalui email minta disiarkan. Artikel berkenaan tidak dapat disiarkan begitu saja tanpa sebarang editing kerana masalah bahasanya yang mempu untuk disiarkan. Perlu diingat bahawa SPU akan menyarkan apa saja artikel namun bahasanya harus juga tidak mengambarkan keburukkann hati sipenulisnya dan ruangan ini bukanlah ruangan untuk menghenetam sesiapa. Oleh itu SPU terpaksa mengambil masa lama sedikit untuk menapis bahasa dan kata-katanya serta mengubah maksud supaya artikel ini tidaklagi menjadi sebuah bom jangka untuk tujuan memusnahkan sesiapa.

Artikel tidak bertajuk berkenaan disiarkan oleh yang menamakan dirinya - Hitam Putih Hati Luka

UMNO tidak berubah, atau mungkin UMNO Jerantut yang tidak berubah. Pemimpinnya tidak perihatin langsung kepada rakyat. Lebih teruk lagi adalah bila pemimpin terus menyayangi mereka yang rakyat benci sebab sikap mereka sendiri.

Isu 'Ghost House' - Setiausaha MDJ telah keluarkan surat tawaran menender semula dan sudah ada pihak yang berminat dan menghantar borang tender tetapi tiba-tiba tender itu dibatalkan. Ahli-ahli mesyuarat MDJ pun sudah bersetuju untuk tidak menyambung kontreknya sebelum itu. Siasat punya siasat, katanya MB Pahang dan berikan kontrek sambungan kepada penendernya mungkin sampai 'mati' sebab konon penendernya membelanjakan wang untuk ubahsuai bangunan berkenaan. Apa ubah suai yang dilakukannya? Pintupun tidak ditukar!

MB tak tahukah bahawa belanja ubah suai berkenaan bukan dari penendernya? Seorang orang lain yang telah terinaya mengeluarkan belanja untuk ubahsuai itu. Kes mereka telah dibawa ke Mahkamah khabarnya dan penender telah kalah dalam perbicaraan itu. Siapa yang patut kita kesiankan? Penender yang nak makan dari dua belah pihak atau pelabur sebenar yang terianaya?

Orang itu juga bertugas bagi badan kerajaan dan mendapat gaji bertaraf graduan walaupun tak lulus srp sebab masa ambil srp dia sibuk 'mengendung'. Tentulah dengan sokongan kuat parti politik dimendapat segalanya. Baru ini dia marah-marah kerana 'memberi' hadiah untuk menang G7 tetapi hanya dapat tempat ke-5 saja dan dia tak puas hati dan membangkit-bangkit mengenai hadiah yang merupakan rasuah. UMNO tidak berubah masih suka menerima hadiah dan rasuah. Jika begini UMNO tetap akan serupa seperti dulu dan akhirnya rakyat melihat UMNO hanya mementingkan kroninya saja dan akan dibenci rakyat.

Dengar khabar tidak lama lagi orang itu akan menerima anugerah Dato' dan Ketua Bahagian sendiri sudah menyokongnya. Nampaknya Jerantut akan ada  banyak Dato' - Dato' yang rakyat melihantnya dengan 'geli tekak' serta 'loya'. Apakah agaknya jasa-jasa yang mereka buat dan berikan kepada rakyat? Apakah menyeleweng peruntukan dari kerajaan patut dianugerah kan pingat?

Kalau macam tu, kita tentu sokong kenyataan Ahli Parlimen seperti yang ditulis diblog WZWH bahawa Jerantut adalah salah satu dari beberapa kawasan yang akan terlepas kepada pihak pembangkang dalam Pemilihanraya akan datang. Memang patut rakyat menyokong pembangkang walaupun mereka tidak juga suka pembangkang tetapi kerana mereka lebih tidak suka kepada pemimpin-pemimpin UMNO dibahagian.

Nampaknya PRU akan datang saya akan berubah arahlah. Kerana memang tidak ada harapan UMNO untuk berubah. UMNO hanya menjaga kepentingan 'bujang senang' dan 'bujang susah' mereka sajalah nampaknya. SUK pun dah montek nampaknya, konon

Demikian sebahagian artikel tulisan Hitam Putih Hati Luka yang dapat kami siarkan, selebihnya kami simpan dalam tong sampah untuk dilupuskan - SPU.

Friday, June 10, 2011

'LITTLE NAPOLEON JERANTUT' ?

Tulisan: Si-Parang Kontot





Blog WZWH dalam postingnya mengkisahkan mengenai Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jerantut yang diberikan jolokan sebagai 'Little Napoleon'. Dengan niat jahat juga beliau digambarkan sebagai berkuasa besar melebihi Setiausaha Bahagian sendiri dan diperlihatkan sebagai berjawatan 'Setiausaha Eksekutif', jawatan yang tidak pernah ada didalam struktur UMNO dimana-mana bahagian sekalipun. Demikianlah kebencian satu pihak didalam UMNO terhadapnya.

Selain itu beliau juga digambarkan sebagai banyak melakukan penyalahgunaankuasa didalam membelanjakan peruntukan-peruntukan tertentu antaranya sewaktu lawatan PM ke Jerantut tidak lama dulu. (Sila rujuk posting-posting diblog WZWH)

SPU bukanlah memihak kepada SUK berkenaan, namun membuat tuduhan tanpa bukti jelas adalah satu fithan dan niat jahat pihak tertentu yang didalangi oleh orang-orang berkenaan dengan niat tertentu. Jika difikirkan dengan rasional, sebesar manakah kuasa SUK dan sebanyak manakah peruntuykan yang mampu SUK 'kitarkan' jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kuasa yang lebih besar seperti pegawai-pegawai khas tertentu?

Jika niat jujur untuk menegur dan membina, kenapakah muncung senjata itu tidak ditujukan kepada 'bujang-bujang senang' yang 'melahap' lebih banyak? Jelas bahawa isu ini dibangkitkan hanya kerana ingin membalas dendam kerana SUK telah berjaya menyekat pihak berkenaan dari menguasai UMNO Bahagian seterusnya menghancurkan keharmoniannya selama ini.

Tulisan diblog berkenaan juga sebenarnya merupakan satu provokasi agar SUK dipecat oleh Ketua Bahagian dengan mengambarkannya sebagai seorang petualang sedangkan SUK selama ini berjuang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Banyak pihak juga memandang bahawa SUK banyak terlibat dalam mencampuri politik Wanita UMNO Bahagian serta cuba mencaturkan segalanya. Bahkan ada pihak dengan sinis merujuk SUK sebagai Setiausaha Eksekutif Wanita UMNO Jerantut dan lebih berkuasa dari KW sendiri. SUK juga digambarkan sebagai berkuasa penuh di Pejabat UMNO Bahagian dengan sokongan  'Abang Bu' langau 'satu batu' dan kembarnya 'Kak Key'.

Ada juga desus desas mengatakan SUK juga dengan sokongan SU banyak terlibat dalam usaha 'mencatas' KW dan menonjolkan 'NKW' dengan memberikan contoh beberapa program yang mengenepikan KW sebelum ini. Tetapi apakah segalanya itu tidak mungkin berlaku secara kebetulan tanpa ada campurtangan SUK seperti tuduhan itu?

Dalam posting terkini WZWH, beliau mengajak semua ahli UMNO berkerjasama untuk memenangkan calon BN dalam PRU akan datang, tapi apakah dengan meminggirkan sebahagian ahli dan jentera UMNO bahagian mampu menguatkan jentera parti dalam menghadapi PRU kelak?

SPU berpendapat, masalah besar dalam UMNO Jerantut adalah di DUN Tahan serta WZWH sendiri yang terlalu telus dalam menyingkap rahsia politik dalaman UMNO. Ketelusan dan keterbukaan bukan bermakna menyingkap segalanya dan memperlihatkan 'kemaluan' kita kepada orang lain. WZWH harus bertindak lebih matang dalam politik khususnya kerana beliau dilihat sebagai jurucakap kepada YB ADUN Tahan kerana segala yang dilakukannya akan memberikan impak langsung kepada ADUN Tahan. Kerana itu, dalam usaha untuk menyelamatkan UMNO Jerantut perkara pertama yang patut dilakukan adalah memecat WZWH dari menjadi jurucakap kepada ADUN Tahan itu sendiri.

UMNO Jerantut akan lebih selamat tanpa WZWH dan tanpa WZWH serta orang yang ada dibelakangnya. Ini bukanlah pandangan peribadi SPU, namun ianya dirumuskan berdasarkan kepada komen-komen di blog WZWH sendiri. WZWH gagal sebagai blogger dan juga gagal sebagai tokoh politik pelapis UMNO Jerantut kerana dilihat tidak berkredebiliti.

Bagi memulihkan UMNO Jerantut dalam menghadapi PRU13 nanti, semua pihak harus melihat diri sendiri dan memperbaikinya. SUK dan pegawai-pegawai khas juga harus berubah selagi kita masih ada kesempatan untuk melakukannya. SUK sepatutnya tidak langsung terlibat dalam politik dan disarankan agar tidak aktif dalam politik jika masih ingin memeggang jawatan, atau dinasihatkan meletakan jawatan sebagai SUK jika lebih cenderung untuk berpolitik. Jika tidak, ini juga akan jadi penyebab kepada kebencian rakyat kepada UMNO Jerantut.

Nota kaki:
Kebelakangan ini SPU melihat rating kepada blog-blog Jerantut yang aktif sangat tinggi, bermakna jumlah pembaca bertambah dalam skala yang besar. Selain itu, kita juga percaya bahawa blog-blog Jerantut sedang dipantau oleh UMNO Pusat. Pembaca SPU bermula dari 6.6. adalah seperti berikut: 203, 264, 670 dan 612+ (ketika post ini ditulis)

Thursday, June 9, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO JERANTUT - MEMBUKA PEKONG DIDADA

Tulisan: Keris Pusaka





1. Suara Prihatin UMNO Jerantut @ SPU adalah sebuah blog yang dibina dengan niat untuk memberikan teguran kepada pemimpin UMNO tempatan dan nasional. Memberikan kesedaran kepada mereka apa yang rakyat keluh kesahkan selama ini. Konsep pemimpin turun padang sebenarnya masih belum mencukupi untuk pemimpin mendengar dengan jelas masalah rakyat, itu pun jika para pemimpin benar-benar turun padang. Malangnya ada juga pemimpin yang liat untuk turun padang dan mendengar segala permasalahan rakyat dan hanya percaya kepada para pegawai yang dilantik, namun para pegawai berkenaan tidak selalunya menyampaikan berita benar kepada para pemimpin berkenaan, lalu segala masalah rakyat tidak langsung diketahui oleh pemimpin.

Kerana itulah blog-blog memainkan peranan sebagai penyambung suara rakyat, namun para pemimpin dan para pegawainya kebanyakannya masih buta IT dan menganggap bahawa suara yang dibawa oleh para blogger adalah palsu dan tidak perlu diberikan perhatian dan itu akhirnya membuatkan rakyat tidak dapat lagi bertolak-ansur dengan pemimpin dan menjatuhkan hukuman serta merta.

2. Banyak pihak beranggapan bahawa Jerantut adalah daerah di Pahang yang terbanyak sekali mempunyai blog-blog politik. Kenyataan ini tidak semestinya benar, cuma ianya kelihatan demikian kerana SPU berusaha menghimpunkan segala blog yang ada dan menyusun dan mempamirkannya untuk kemudahan pambaca membuat pemantauan, yang mana usaha ini jarang dilakukan oleh blogger-blogger politik di daerah lain di Pahang. SPU telah meletakkan dirinya sebagai sebuah 'billboard' atau blog rujukan untuk membaca blog-blog Jerantut.

3. Perkembangan politik UMNO khususnya di Jerantut sepatutnya tidaklah terlalu hangat berikutan tiadanya pemilihan, namun beberapa keadaan dan masalah yang tidak diselesaikan dengan baik telah menjadikannya semakin parah dan akhirnya meletus bagaikan letupan nuklear dan mampu merosakkan UMNO Jerantut terutamanya akan memberikan impak yang buruk menjelang PRU13 nanti.

4. Ada pandangan dari sebahagian yang terlibat didalam politik UMNO Jerantut bahawa blog telah menjadi punca kerosakan UMNO Jerantut kerana kononnya penyebaran fitnah dan permainan politik kotornya. Namun kita boleh menanya apakah sebelum adanya blog, politik Jerantut sangat bersih? Fitnah politik tersebar juga selama ini sehingga politik Jerantut berpecah-belah kepada beberapa kumpulan. Bezanya politik konvensional Jerantut menyebarkan fitnah secara senyap sedangkan melalui blog segalanya secara terbuka dan berlaku pantas.

Selain dari itu, apakah semua yang disebarkan melalui blog ini merupakan fitnah semata-mata? Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Pasti ada asas pada setiap tohmahan yang disebarkan itu, hanya pihak yang tertentu tidak dapat menerimanya serta cuba menafikannya dan menudung jari kepada pihak lain.

5. Pemilihan G7 berlaku dalam suasana yang tidak berapa hangat (suam) kerana nama-nama besar mengelak dari bertanding entah kerana apa. Dalam keadaan itu, calon yang mendapat undi terbanyak adalah seorang blogger tersohor dengan posting 'CnP' serta tajuk-tajuk sensasi termasuk mengenai seks dan artis yang digemarinya iaitu Fasha Sandra.

Undi kedua tertinggi dimenangi oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut, seorang yang dikatakan bakal menentang Ketuanya dalam pemilihan akan datang dan khabarnya sejak dulu lagi berkerja kearah itu dengan sokongan banyak pihak (sila rujuk tulisan terdahulu).

Pemenang ke-5 diberitakan dipenuhi dengan kontroversi apabila calon berkenaan terbakar hatinya kerana tidak berpuas hati dengan jumlah undi yang diperolehinya. Beliau diberitakan telah berusaha keras untuk mendapat undian tertinggi dengan memberikan rasuah atas nama hadiah yang berupa butang baju melayu dan pen kepada perwakilan, namun Allah menentukan takdirnya bahawa usahanya itu tidak diberkati.

Selain itu, namanya juga sering dihitamkan oleh beberapa blog Jerantut kerana rekod buruknya dan sejarah hitamnya dahulu. Jika kita menyedari, inilah kesan dari media baru yang menyebarkan berita tanpa batas dan dalam masa singkat. Kerana itu jugalah, kita harus berusaha untuk menjuarai media baru ini untuk dapat menjuarai rakyat. Bagaimanapun, masih ada pemimpin UMNO yang tidak percaya bahawa pentingnya menguasai media baru ini yang sudah cukup jelas jaringannya mampu memutih dan menghitamkan seseorang.

6. Dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang baru lalu, diberitakan terdapat undi tidak percaya terhadap pemimpin dari beberapa Cawangan UMNO. Dalam mesyuarat penapisan usul, usul berkenaan telah diluluskan dan diterima tanpa bahas. Sepatutnya pegawai UMNO berhak meletakkan usul berkenaan didalam beg yang akan diterima oleh para perwakilan, namun ada pihak yang menghalangnya dan manarikbalik semua kertas-kertas yang berkenaan dari diterima oleh perwakilan.

Bukan soal orang tertentu tidak boleh diusulkan dengan undi tidak percaya serta ianya menjadi kesalahan dalam perlembagaan  UMNO, namun sekiranya usul itu sudah dibuat oleh cawangan dan diluluskan oleh jawatankuasa penapis usul, maka ianya patut diterima oleh perwakilan. Jikalau usul berkenaan menyalahi perlembagaan UMNO, maka UMNO terpaksa menghukum cawangan atau pembawa usul berkenaan, maka lakukanlah, tetapi perbuatan menahan penyebaran usul itu adalah satu perbuatan yang dilihat sebagai tidak telus diddalam UMNO dan seakan ingin melindungi pihak tertentu.

7. Dibawah ini adalah usul dari kertas 'Usul-Usul Cawangan Yang Di Terima Tanpa Bahas', yang sepatutnya diterima oleh semua perwakilan UMNO yang hadir pada hari berkenaan. Sila klik untuk membesarkan. Sumber dari blog WZWH dan patpatsikulipat.







Wednesday, June 8, 2011

SPU SUDAH MENDAPAT RENTAKNYA KEMBALI

Gambar hiasan: 
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut


Setelah sekian lamanya SPU mendiamkan diri kerana sesuatu alasan yang tidak dapat dielakkan, dan akhirnya SPU kembali dan kembali menjadi blog rujukan bagi blog-blog Jerantut. 

Banyak perkara yang tidak diketahui umum dan kami akan terus diamkannya untuk tidak perlu lagi kita barang yang lepas, cuma sekali sekala harus kita mengenang orang yang sudah pergi dengan kenangan dan ingatan yang baik-baik belaka.

Patah tumbuh dan hilang berganti, demikian peribahasa lama yang masih kekal diingati sehingga kini, dan setelah beberapa hari kembali menulis dengan semangat dan keazaman yang tinggi, SPU sudah dapat mengembalikan pembacanya semula sepertimana sebelum ini.

Apapun, polisi SPU akan tetap sama seperti dahulu, menjadi billboard dan rujukan kepada semua  blog-blog di Jerantut tanpa mengira apa fahaman dan pendirian politik mereka kerana kita sedar bahawa walauapa pun, kita semua sebangsa dan bersaudara. Kita harus sedar dan ingat bahawa politik bukanlah agama untuk kita tidak boleh ingkarinya sekali sekala.

Terima kasih kepada semua pembaca blog SPU yang masih dan tetap setia tanpa mengira siapa admin kini dan sebelum ini, kerana SPU akan tetap SPU - menjadi Suara Prihatin UMNO untuk menyedarkan para pemimpin UMNO khususnya di Jerantut supaya mereka berubah, andainya masih tiada apa perubahan yang berlaku dan SPU juga sudah kecewa untuk mengubahnya, maka SPU akan berubah kepada Suara Penentang UMNO Jerantut. Bila kita sudah berpatah arang dan berkerat rotan.

Ingatan kepada pemimpin: Jangan biarkan SPU= Suara Prihatin UMNO menjadi Suara Penentang UMNO.....kerana segalanya mungkin!

Tuesday, June 7, 2011

MEMBERSIHKAN POLITIK JERANTUT?




Memetik kata-kata dari blog WZWH bahawa beliau akan membersihkan politik UMNO Bahagian Jerantut untuk menjadikannya sesuci kain putih. (Klik Sini). Selain itu WZWH akan mengimplitasikan idea agenda politik barunya (Klik Sini) walaupun entah bagaimana dan dengan bantuan dan pertolongan siapa. Beliau mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan, namun pada posting berkenaan (Klik Sini), beliau meletakkan gambar 2 orang orang UMNO Jerantut yang tidak disenangi oleh UMNO akar umbi dan rakyat, entah mengapa..mungkin sebagai provokasi untuk bangkitkan kemarahan perwakilan. (2 orang ini memang patut Ketua Bahagian singkirkan jika mahu imej UMNO Jerantut dipandang tinggi dan masih dihormati, namun khabarnya Ketua Bahagian menyokong En. Kicap untuk diangerahkan gelaran Dato'[?])

Akhirnya, dalam usaha umtuk membersihkan UMNO Jerantut, WZWH berusaha untuk 'membunuh' seseorang yang digelarnya 'little napoleon' dengan menelanjangkan tingkahlaku buruknya selama ini (Klik Sini) SPU mula percaya bahawa WZWH memang berusaha keras untuk mencapai agenda membersihkan politik UMNO Jerantut. Cuma, tak bolehkah beliau hanya membisikkan agendanya kepada Ketua Bahagian untuk Ketua Bahagian sendiri melakukan pembersihan? Apakah Ketua Bahagian tersangat lemah sehingga ianya selama ini hanya dipacu oleh seorang SU Eksekutif, serta SU Bahagian, serta Pegawai-pegawai khasnya? Apakah SU Eksekutif (jawatan yang satu-satunya dalam Malaya (saya ulangi ....dalam Malaya)) harus dihukum didepan khalayak ramai?

Ramai memandang rendah kepada keupayaan media baru dalam menyebarkan berita, malah kebanyakan pemimpin  UMNO masih memandang remah dan menganggapnya tidak akan mampu menganggu dan memberi kesan kerana berpendapat masih ramai kalangan ahli UMNO yang tidak mampu mencapai jaringan media baru sekarang ini, mungkin mereka terlupa bahawa gabungan antara media baru dengan media asal (sampaian percakapan dari mulut ke mulut) akan membentuk satu persepsi yang akan menyakinkan rakyat bahawa apapun yang disebarkan melalui media baru adalah semuanya benar belaka.

Didalam kebanyakan laman dan jringan media baru Jerantut, beberapa nama mereka yang teribat rapat dengan UMNO sudah dicontengkan arang kemukanya. Rakyat sudah melihat mereka sebagai orang yang sudah tidak dikehendaki, yang sudah diburukkan, yang dianggap petualang dan tidak dapat diampunkan. Ini merebak dan menjalar sehingga kejaringan yang lebih besar, dan mereka akhirnya sudah tidak ada harapan untuk dipulihkan.

Mengekalkan lagi mereka didalam UMNO akan merosakkan UMNO Jerantut keseluruhannya, kerana itu Ketua Bahagian perlu mengambil langkan membersihkan mereka dari UMNO - pecat mereka. Kegagalan Ketua Bahagian untuk melakukan itu akan menambah kebencian akar umbi terhadap UMNO dan dirinya sendiri. Ini akan diikuti dengan tindakan menolak UMNO Jerantut dalam PRU13 nanti.

Kerana itulah, jika Ketua Bahagian sayangkan UMNO, maka orang-orang ini mestilah disingkirkan. Jika tidak rakyat akan memberikan hukuman yang akan merugikan bukan saja UMNO tetapi keseluruhan orang Melayu di Jerantut ini nanti.

Apapun, agenda WZWH sudah bermula dan memperlihatkan keupayaannya untuk dijayakan. SPU memberikannya tabik hormat. Khabarnya tak lama dulu dia menemui abang besar (BH), tentu banyak yang dia pelajari atau menimba dari BH. SPU tak berani nak derhaka, minggu depan akan bertemu abang besar.

Monday, June 6, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO JERANTUT




SPU sudah mengumpul banyak maklumat sepanjang Mesyuarat Perwakilan UMNO dari sayap-sayap Puteri, Pemuda serta Wanita. Banyak yang hendak ditulis, banyak yang hendak dirumuskan namun harus berfikir seketika memilih dan mengasingkan diantara yang negatif dan yang positif.

Bagaimanapun secara kasarnya bolehlah dikatakan bahawa sudah ada sedikit perubahan. Namun demikian tetap juga masih ada yang berhati batu dalam pemilihan bila masih lagi memberikan 'rasuah' yang berupa hadiah seperti butang baju melayu dan pen.

Walaupun calon berkenaan memberikan 'rasuah' hadiah seperti yang dinyatakan tadi, namun perwakilan hanya meletakkannya kepada dibawah 6 dan diatas 4. Keputusan itu juga telah membuatkan calon berkenaan naik api sehingga kemukanya dan telah 'membakar' serta 'menghitamkan' mukanya oleh kerana api kemarahannya.

Banyak juga cerita-cerita terutama tentang Wanita UMNO, dimana AJKnya seakan mengasingkan diri dari KW dan membiarkan KW bersendirian menjalankan tugas yang diamanahkan oleh parti terutama dalam persiapan tempat mesyuarat. Apa dah jadi pada Wanita UMNO Jerantut? Kak Key menghala kemana? Siti serta Si Hitam ada agenda apa mengasingkan diri? Kak One Radio Buruk yang dilantikpun  dah macam tak sedar diri!

Jadi apa dan siapakah yang berubah di dalam UMNO? Sendiri tanya dan sendiri jawablah, kemudian jangan salahkan orang lain.

Sunday, June 5, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT



HARI INI SPU BERADA DIDEWAN DIMANA UMNO BAHAGIAN JERANTUTU SEDANG BERMESYUARAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SECARA LANGSUNG DARI SAYA. KITA JUMPA DISANA. KEPADA PERWAKILAN, SELAMAT BERSIDANG

Saturday, June 4, 2011

POLITIK BARU JERANTUT?

Moh! Kita pulus puas-puas, sebelum kita akan dibersihkan



Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut akan berlangsung tidak lama lagi. Selain dari perwakilan UMNO Cawangan-cawangan yang terpilih secara 'demokrasi terpimpin' pasti ada beberapa pemerhati yang berminat untuk melihat sendiri apakah perubahan yang sudah dan sedang UMNO Bahagian Jerantut lakukan sesuai dengan slogan 'Transformasi UMNO' yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini. Mungkinkah slogan itu hanya sekadar retorik semata-mata kerana UMNO masih enggan dan gagal melakukan apa-apa?

Sama ada kita akui atau tidak, memang tidak ramai pemimpin UMNO dewasa ini yang benar-benar jujur berjuang. Slogan 'Agama, Bangsa dan Negara' serta 'Hidup Melayu' nyata hanyalah perhiasan bibir para pemimpin UMNO semata-mata. Apakah memperjuangkan Melayu maka tanah-tanah hak Melayu lebih banyak tergadai kepada bangsa lain dengan pertolongan pemimpin UMNO sendiri? Pemimpin  UMNO lah duri dalam daging yang membinasakan UMNO. Tidak hairan ada kalangan yang terlalu membenci UMNO dan sanggup menyertai pembangkang kerana sikap para pemuka dalam UMNO.

Buat masa ini, kita masih belum merasakan perlunya menelanjangkan para pemimpin UMNO kita dengan secara jelasnya. Kita sedar bahawa memalukian pemimpin kita juga akan memberikan impak kepada UMNO ini sendiri. Kerana itulah kita masih memberikan mereka peluang supaya mereka mengundurkan diri sebelum rakyat memboingkar segala keburukan mereka selama ini. Ini bukannya ugutan, hanya satu peringatan. Siapa yang tidak bersalah sudah tentu tidak perlu takut.

Rakyat banyak mengetahui kemungkarakan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu. Dulu SPU pernah memberikan amaran dengan memberikan katakunci 'SARA' yang ditujukan kepada seseorang. Jangan fikir kita tidak tahu apa yang ramai rakyat tidak mengetahuinya.

Terbaru, melalui komen diblog WZWH terbongkar kisah mengenai seseorang dalam pentadbiran UMNO yang mampu membeli rumah dengan harga RM600K. Bukan sedikit jumlah itu. Orang yang dituduh pula sebelum ini dikatakan mempunyai rekod buruk hitam kerana dinasihatkan berhenti kerja atas sesuatu alasan. Beberapa orang kanan juga telah disiasat oleh SPRM dan sepatutnya dikenakan tindakan namun atas rayuan maka mereka dilepaskan begitu saja. Mungkin inikah agaknya maksud 'transormasi' dalam UMNO Jerantut - melindungi yang bersalah atas nama kroni.

SPU memerhati Mesyuarat Perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Jerantut. SPU juga akan turut serta menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada Ahad nanti, dengan izin Allah. Dengan harapan akan dapat membuat rumusan setelah memerhatikan keseluruhan Mesyuaratnya kelak apakah UMNO Jerantut benar-benar berubah.

Selebihnya terserahlah kepada UMNO terutama diperingkat cawangan untuk mulakan perubahan, cuma kita harus ingat bahawa kita akan menuai apa yang kita semai hari ini. Dalam kata lain, kita akan menerima balasan pada apa yang kita lakukan hari ini, atau anak cucu kita yang akan menerima balasannya dari apa yang telah kita perbuat.

Jika politik baru Jerantut acuan WZWH dilaksanakan, siapakah yang masih tinggal didalam UMNO untuk meneruskan tugas UMNO kelak kerana sebahagian besarnya sudah terpalit.

Tulisan: Bintang Tiga


Friday, June 3, 2011

MEDIA BARU JERANTUT, SIAPA KOMANDER BLOGGERNYA?





Kabarnya baru ini kepimpinan UMNO Jerantut menyedari perlunya diselaraskan atau ditentukan halatuju blog-blog politik Jerantut yang hampir 40 buah (tak tahu bilangan sebenarnya). Selama ini mungkin Ketua Penerangan masih dalam kegelapan atau gelap mata. Pegawai-pegawai yang bertugas sebagai penasihat juga mungkin buta IT atau buta hati kerana tidak melihat keperluan menguasai media baru sehinggakan dirosakkan oleh golongan yang berkepentingan.

Jika benar usaha ini hendak dimulakan, (sebagaimana komen Cg Pian diblog BraveHeart), walaupun ianya masih belum terlambat. namun usaha ini akan menghadapi sedikit kesukaran. Siapakah yang akan mengepalainya adalah satu persoalan yang juga berat. Ketua Penerangan UMNO mungkin langsung tidak tahu menahu tentang media baru, lalu beliau memang sudah disingkirkan dari awal. Jikalah beliau layak, sudah tentu beliau mengambil inisiatif ini sejak dahulu lagi.

Satu-satunya AJK Bahagian yang berblog adalah Cik Gu Sofian, namun tulisan blognya hanyalah sekadar Copy & Paste yang tidak langsung menampakkan idealismnya sebagai penulis blog tiada ketokohan seorang pemimpin, selain itu beliau juga tidak mengenali siapakah blogger Jerantut ini. BraveHeart nampaknya sudah menunjukkan tidak minatnya sejak awal lagi kerana beliau juga ada kommitmen lain. Jadi, siapakah yang akan jadi pemimpin kumpulan media baru Jerantut ini kelak? Pilihan lain adalah Sri Tri Buana atau WZWH.

Kemenangan dalam peperangan bukan saja terletak kepada jumlah bala tenteranya, tetapi juga bergantung kepada kebijaksanaan komander perangnya. Siapakah yang layak untuk memimpin kelak? Jikalau Dato' Azizan masih ada, tentulah beliau yang paling layak!

Thursday, June 2, 2011

AGENDA POLITIK JERANTUT?

Memutihkan sesuci kain putih? Buang semuanya?


WZWH pula menulis mengenai agendanya untuk membersihkan politik UMNO Jerantut. Tidak ada persefahaman diantara SPU dengan WZWZ terhadap apa-apa agenda, mungkin secara kebetulan saja. SPU tidak tahulah jika ada apa-apa perjanjian antara WZWH dengan uRagdRrulug, atas PERHUBUNGAN pertalianan saudara-mara antara mereka. Itu adalah hak mereka sendiri. Tapi bagaimanapun, sejak dari dahulu UD tak pernah kelihatan bersefahaman dengan WZWH.

Membersihkan politik UMNO Jerantut sesuci kain putih? Huh! Ayat power WZWH untuk mengaburi mata siapakah itu? Sedangkan UMNO diperingkat nasionalpun tidak mampu di bersihkan secuci kain putih, inikan pula di Jerantut, diantara UMNO yang sangat hebat dengan pergolakan di negeri Pahang sejak lama dulu.

Pergolakan UMNO Jerantut selama ini telah memberikan impak besar secara jangkapanjang kepada politik dan kepimpinan itu sendiri. Apabila kem 'B' berkuasa, habis semua tokoh dan bakat-bakat baru kepimpinan dicantasnya. Begitu juga bila kumpulan 'A' berkuasa. Yang dapat selamatkan diri sejak dulu zaman berzaman hanyalah Datuk 'K'. Itu adalah kerana kebijaksanaannya dalam penyamarannya aka sesumpah politik.

Kita tidak tahu dimana dahulu permulaannya WZWH hendak mensucikan UMNO Jerantut? Jika diikut petua dari orang lama, bermulalah dari atas angin, ataupun bermula lah dari hulu ke muara. Dalam kontek ini, WZWH harus membersihkan UMNO Jerantut bermula dari DUN Tahan. Ingin kita bertanya apa dan bagaimanakan caranya WZWH hendak bersihkan DUN Tahan.

DUN Pulau Tawar pun tidaklah sebersih mana. Rekod pentadbirannya sebagai ADUN semasa masih menjawat jawatan exco pun hitam dan kelabu juga. Tanah-tanah di bandar Jerantut ada mencatat sejarah segalanya untuk anak-cucu kita nanti.

Apapun, SPU sangat bersetuju dan menyokong usaha WZWH untuk membersihkan politik UMNO Jerantut. Kerana secara sedar atau tidak, pihak lawan, sama ada Pas, DAP, PKR dan bahkan kita sedang mengintai-intai kerusi-kerusi dalam Parlimen Jerantut yang kelihatan sangat rapuh kerana semakin berkurangannya sokongan kepada UMNO / BN.

Bagaimanapun, suara blogger Jerantut bukanlah hanya milik SPU, WZWH, uRagdRrulug serta BraveHeart (yang hanya sekali sekala menulis mengenai Jerantut) kerana masih ada banyak lagi blog-blog yang masih belum bersuara semula, yang kita tidak pasti kemanakah arahnya serta kecenderungannya. Sepertimana juga dengan politik, blogger juga ada minat dan kecenderungannya sendiri. Pasti ada antaranya yang pro kepada Tahan, Pulau Tawar serta Parlimen, yang mungkin sengaja dibina untuk menyokong pihak tertentu.

BraveHeart yang selama ini  berusaha untuk menyatukan dan menentukan halatuju blogger Jerantut ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan terutama dari pihak yang sepatutnya kehadapan dalam hal ini. Inilah masa untuk WZWH untuk melakukannya pula. SPU .....tak campurtangan, mungkin akan turut membantu, Insyallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN