Memutihkan sesuci kain putih? Buang semuanya?
WZWH pula menulis mengenai agendanya untuk membersihkan politik UMNO Jerantut. Tidak ada persefahaman diantara SPU dengan WZWZ terhadap apa-apa agenda, mungkin secara kebetulan saja. SPU tidak tahulah jika ada apa-apa perjanjian antara WZWH dengan uRagdRrulug, atas PERHUBUNGAN pertalianan saudara-mara antara mereka. Itu adalah hak mereka sendiri. Tapi bagaimanapun, sejak dari dahulu UD tak pernah kelihatan bersefahaman dengan WZWH.
Membersihkan politik UMNO Jerantut sesuci kain putih? Huh! Ayat power WZWH untuk mengaburi mata siapakah itu? Sedangkan UMNO diperingkat nasionalpun tidak mampu di bersihkan secuci kain putih, inikan pula di Jerantut, diantara UMNO yang sangat hebat dengan pergolakan di negeri Pahang sejak lama dulu.
Pergolakan UMNO Jerantut selama ini telah memberikan impak besar secara jangkapanjang kepada politik dan kepimpinan itu sendiri. Apabila kem 'B' berkuasa, habis semua tokoh dan bakat-bakat baru kepimpinan dicantasnya. Begitu juga bila kumpulan 'A' berkuasa. Yang dapat selamatkan diri sejak dulu zaman berzaman hanyalah Datuk 'K'. Itu adalah kerana kebijaksanaannya dalam penyamarannya aka sesumpah politik.
Kita tidak tahu dimana dahulu permulaannya WZWH hendak mensucikan UMNO Jerantut? Jika diikut petua dari orang lama, bermulalah dari atas angin, ataupun bermula lah dari hulu ke muara. Dalam kontek ini, WZWH harus membersihkan UMNO Jerantut bermula dari DUN Tahan. Ingin kita bertanya apa dan bagaimanakan caranya WZWH hendak bersihkan DUN Tahan.
DUN Pulau Tawar pun tidaklah sebersih mana. Rekod pentadbirannya sebagai ADUN semasa masih menjawat jawatan exco pun hitam dan kelabu juga. Tanah-tanah di bandar Jerantut ada mencatat sejarah segalanya untuk anak-cucu kita nanti.
Apapun, SPU sangat bersetuju dan menyokong usaha WZWH untuk membersihkan politik UMNO Jerantut. Kerana secara sedar atau tidak, pihak lawan, sama ada Pas, DAP, PKR dan bahkan kita sedang mengintai-intai kerusi-kerusi dalam Parlimen Jerantut yang kelihatan sangat rapuh kerana semakin berkurangannya sokongan kepada UMNO / BN.
Bagaimanapun, suara blogger Jerantut bukanlah hanya milik SPU, WZWH, uRagdRrulug serta BraveHeart (yang hanya sekali sekala menulis mengenai Jerantut) kerana masih ada banyak lagi blog-blog yang masih belum bersuara semula, yang kita tidak pasti kemanakah arahnya serta kecenderungannya. Sepertimana juga dengan politik, blogger juga ada minat dan kecenderungannya sendiri. Pasti ada antaranya yang pro kepada Tahan, Pulau Tawar serta Parlimen, yang mungkin sengaja dibina untuk menyokong pihak tertentu.
BraveHeart yang selama ini berusaha untuk menyatukan dan menentukan halatuju blogger Jerantut ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan terutama dari pihak yang sepatutnya kehadapan dalam hal ini. Inilah masa untuk WZWH untuk melakukannya pula. SPU .....tak campurtangan, mungkin akan turut membantu, Insyallah!
No comments:
Post a Comment