Moh! Kita pulus puas-puas, sebelum kita akan dibersihkan
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut akan berlangsung tidak lama lagi. Selain dari perwakilan UMNO Cawangan-cawangan yang terpilih secara 'demokrasi terpimpin' pasti ada beberapa pemerhati yang berminat untuk melihat sendiri apakah perubahan yang sudah dan sedang UMNO Bahagian Jerantut lakukan sesuai dengan slogan 'Transformasi UMNO' yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini. Mungkinkah slogan itu hanya sekadar retorik semata-mata kerana UMNO masih enggan dan gagal melakukan apa-apa?
Sama ada kita akui atau tidak, memang tidak ramai pemimpin UMNO dewasa ini yang benar-benar jujur berjuang. Slogan 'Agama, Bangsa dan Negara' serta 'Hidup Melayu' nyata hanyalah perhiasan bibir para pemimpin UMNO semata-mata. Apakah memperjuangkan Melayu maka tanah-tanah hak Melayu lebih banyak tergadai kepada bangsa lain dengan pertolongan pemimpin UMNO sendiri? Pemimpin UMNO lah duri dalam daging yang membinasakan UMNO. Tidak hairan ada kalangan yang terlalu membenci UMNO dan sanggup menyertai pembangkang kerana sikap para pemuka dalam UMNO.
Buat masa ini, kita masih belum merasakan perlunya menelanjangkan para pemimpin UMNO kita dengan secara jelasnya. Kita sedar bahawa memalukian pemimpin kita juga akan memberikan impak kepada UMNO ini sendiri. Kerana itulah kita masih memberikan mereka peluang supaya mereka mengundurkan diri sebelum rakyat memboingkar segala keburukan mereka selama ini. Ini bukannya ugutan, hanya satu peringatan. Siapa yang tidak bersalah sudah tentu tidak perlu takut.
Rakyat banyak mengetahui kemungkarakan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu. Dulu SPU pernah memberikan amaran dengan memberikan katakunci 'SARA' yang ditujukan kepada seseorang. Jangan fikir kita tidak tahu apa yang ramai rakyat tidak mengetahuinya.
Terbaru, melalui komen diblog WZWH terbongkar kisah mengenai seseorang dalam pentadbiran UMNO yang mampu membeli rumah dengan harga RM600K. Bukan sedikit jumlah itu. Orang yang dituduh pula sebelum ini dikatakan mempunyai rekod buruk hitam kerana dinasihatkan berhenti kerja atas sesuatu alasan. Beberapa orang kanan juga telah disiasat oleh SPRM dan sepatutnya dikenakan tindakan namun atas rayuan maka mereka dilepaskan begitu saja. Mungkin inikah agaknya maksud 'transormasi' dalam UMNO Jerantut - melindungi yang bersalah atas nama kroni.
SPU memerhati Mesyuarat Perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Jerantut. SPU juga akan turut serta menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada Ahad nanti, dengan izin Allah. Dengan harapan akan dapat membuat rumusan setelah memerhatikan keseluruhan Mesyuaratnya kelak apakah UMNO Jerantut benar-benar berubah.
Selebihnya terserahlah kepada UMNO terutama diperingkat cawangan untuk mulakan perubahan, cuma kita harus ingat bahawa kita akan menuai apa yang kita semai hari ini. Dalam kata lain, kita akan menerima balasan pada apa yang kita lakukan hari ini, atau anak cucu kita yang akan menerima balasannya dari apa yang telah kita perbuat.
Jika politik baru Jerantut acuan WZWH dilaksanakan, siapakah yang masih tinggal didalam UMNO untuk meneruskan tugas UMNO kelak kerana sebahagian besarnya sudah terpalit.
Tulisan: Bintang Tiga
Tulisan: Bintang Tiga
No comments:
Post a Comment