Pakatan Pembangkang menanam hasrat yang kuat untuk dapat mengambil alih kerajaan Pahang. Ramai berpendapat bahawa itu hanya mimpi pembangkang. Pemimpin UMNO ada yang masih merasa selesa dengan anggapan bahawa UMNO adalah parti keramat yang tidak mungkin dapat dikalahkan sehingga kiamat. Mereka masih beranggapan bahawa orang Melayu tetap akan menyokong UMNO lalu mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengukuhkan semula UMNO.
Banyak orang bertanya siapa yang sayangkan UMNO sebenarnya? Apakah pemimpin UMNO masih sayangkan UMNO dan apa yang mereka buat untuk memantapkan semula UMNO? Yang ramai rakyat nampak adalah pemimpin UMNO masih dengan perangai lamanya bukan memperkasakan UMNO tetapi memperkosakannya. Apa yang para pemimpin UMNO Bahagian lakukan selama ini? Yang rakyat dengar mereka hanya berebutkan harta 'rampasan perang' dan saling berbunuh sesama mereka. Siapa yang berusaha perjuangkan Melayu dikampong-kampong? Mereka hanya berebutkan jawatan dalam bahagian kerana ingin berebut projek - ini hakikatnya dan kita melihatnya sendiri disekeliling kita.
UMNO tidak lagi memilih mereka yang jujur dan ikhlas berkerja tetapi akan memilih siapa yang akan 'menghulur' mereka lebih 'sedekah' atau 'sumbangan'. Kerana itu kebanyakan (bukan semua) yang terpilih adalah hampas yang tidak berguna langsung kepada rakyat. Sehingga persepsi rakyat adalah; memilih pembangkang lebih baik dari memilih UMNO, memilih bangsa lain lebih baik dari memilih bangsa Melayu sendiri.
SPU tidak salahkan Ketua Bahagian kerana gagal mentadbir UMNO Bahagian dengan berkesan kerana team yang terpilih untuk menyokongnya adalah dari kalangan yang sentiasa bersengketa sesama mereka dan yang tidak ada semangat untuk berjuang memulihkan semula UMNO. Mereka bukanlah dari kalangan yang jujur untuk memperkasakan UMNO kerana mereka juga sedar bahawa mereka dipilih hanya kerana sumbangan yang mereka berikan kepada perwakilan.
Di cawangan-cawangan pun demikian juga. Memang sudah ada kumpulan-kumpulan yang hanya berkepentingan menjaga diri sendiri serta kroni mereka sendiri saja dengan memastikan supaya jangan ada sesiapa yang akan mengugat jawatan-jawatan mereka dan mencabar mereka. Jangan ada yang akan menentang mereka bagi menjadi perwakilan kerana dalam kepala mereka bahawa mereka nanti akan mendapat bayaran sebagai perwakilan. Tidak langsung mereka fikirkan bahawa tanggungjawab mereka adalah membawa hasrat dari cawangan. Kerana itulah kebanyakan para perwakilan hanya terdiri dari burung tiung yang 'bisu'.
Kita mungkim masih tidak sedar bahawa bangsa lain sedang berusaha untuk mendapatkan DUN Damak dengan menolak calon dari parti kerajaan. Apa usaha yang bangsa Melayu kita sedang lakukan untuk pertahankannya? Adakah kita berfikir kearah itu? Yang mereka fikirkan adalah untuk 'memancas' orang itu dan orang ini termasuklah Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian. Banyak pihak yang terlibat dalam operasi pembersihan ini dan khabarnya turut melibatkan pejabat UMNO sendiri.
Itukah caranya kita memperkasakan UMNO? Apakah caranya UMNO berjuang untuk menangkis pembangkang dalam media sosial ini? Apakah UMNO Bahagian ada facebook? Blog? Twiiter dan jentera sibertroopernya untuk pertahankan UMNO? Siapa yang boleh manjawab apa persediaan UMNO Bahagian kita? Bolehkah? 'Abang Bu' satu batu? Atau yang ada di pejabat UMNO atau pegawai-pegawai yang khusus? Mungkin tidak kerana 'bujang senang' sedang kekenyangan ? Memikirkan bagaimana memperkasakan UMNO dari sibuk untuk terlalu berpolitiking dan berbunuhan sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment