Tahniah WZWH sudah jadi pejuang masyarakat setempat. Kerana kesibukan kebelakangan ini SPU tidak lagi dapat member tumpuan kepada blog dan terlepas pandang isu pembangunan yang dibawa oleh WZWH (Klik)
SPU berpendapat sangat wajar bila WZWH membawa suara rakyat dikawasan berkenaan untuk mendapat perhatian pihak atasan. Isu berkenaan difahamkan sudah lama berlaku akibat dari bajir lumpur di Kampung Baru / Lata Kasah. Sebuah rumah telah dihanyutkan air dan mengancam nyawa isi rumahnya manakala di Kampung Lata Kasah ianya menenggelamkan beberapa buah rumah serta merosakkan harta benda dan binatang ternakan.
Kita juga maklum bahawa wakil pihak kerajaan dan pemerintan telah melawat mangsa banjir bekenaan dan beberapa jenis bantua juga sudahpun dihulurkan. Soalnya kenapakan terlalu lama masa diambil untuk membaiki jembataan berkenaan, yang sangat penting bagi penduduk bagi membawa keluar hasil tanaman mereka.
Apakah pembaik-pulihan jembataan ini tidak dapat dilaksanakan kerana; 1) Peruntukannya yang kecil dan tidak menguntungkan kontraktor? 2) Ada pertelagahan diantara pembina dan pemberi projek dari segi wang pelincirnya sehingga projek ini dibekukan? 3) Projek ini ditangguhkan kerana bukan kroni yang berjaya mendapatkan tender membaik-pulihnya? 4) Kerajaan tidak menganggap ini penting kepada masyarakat setempat? 5) Kerajaan sudah tidak ada hasrat untuk membela rakyat?
Soalan-soalan diatas tadi adalah soalan-soalan jahat dari penduduk-penduduk kampung berkenaan yang sudah tidak sabar dengan tindakan pihak tertentu dalam memberikan pembangunan kepada rakyat. Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan semasa lawatan Sultan Pahang ke Jerantut baru-baru ini, belanja bagi membaik-pulih jembataan berkenaan hanyalah seperti sehelai daun kering.
Siapakah yang patut dipertanggungjawabkan? Wakil rakyat kah atau pejabat kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan? Siapa yang boleh menjawabnya?
1 comment:
mak aii macam ni punya jambatan orang jkr xnampak lagi ke?
elok dibenam je orang yang sepatutnya bertanggungjawap tu kedalam sungai.
Post a Comment