Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, October 30, 2011

SIBER TROOPER PRO BN TIDAK DICAKNA ?

 Nik Aziz meraikan blogger dan facebooker (Siber Tropper)
pro Pas dalam satu majlis di Selangor tidak lama dulu


1. Sahabat blogger Nasional bising-bising apabila mereka diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat dan kemudiannya menulis diblog masing-masing bagi pertahankan Lynas dari tohmahan pembangkang berkenaan isu nuklear dan radiasi. Mereka kecewa kerana datang dari jauh tetapi hanya diberi wang saku yang sangat ciput dan tak berbaloi langsung bahkan dalam erti kata lain; tak lepas duit tambang.

2. Sahabat blogger PahangKu bising-bising apabila mereka tidak diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat berkenaan bahkan merasa dipinggirkan, demikian yang dimaklumkan oleh seorang sahabat blogger dari KL. Rupanya blogger dari Pahang sendiri tidak diberikan kepercayaan oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di Pahang.

3. Khabarnya hari Isnin nanti sahabat-sahabat blogger Nasional akan bersama-sama menulis isu tidak puas hati mereka diblog masing-masing sebagai protes terhadap Lynas. Syarikat Lynas mengharapkan mereka membantu tapi rupanya mereka pula yang menjadi 'kacang hantu'.

4. SPU memang melihat sejak dari dulu lagi Pahang tidak pernah atau tidak ikhlas menghargai blogger serta pengamal media sosial pro kerajaan. Mungkin dalam hal ini, pengamal media sosial pro pembangkang lebih bernasib baik. Tidak hairanlah apabila khabarnya ada blogger pro kerajaan sudah ingin beralih arah.

5. Mungkin pemimpin masih belum benar-benar sedar peranan yang mampu dilakukan oleh pengamal media sosial. Di negeri yang dikuasa pembangkang, para pengamal media sosial, blogger dan facebooker sangat dihargai. Sejumlah dana diperuntukkan untuk memajukan dan memastikan mereka menguasai perang siber dalam PRU13 nanti. Bahkan ada dikalangan mereka dianugerahkan gelaran Dato' dan sebagainya atas sumbangan mereka.

6. Pemimpin kita masih dilamun mimpi dan yakin bahawa PRU13 UMNO masih memegang kuasa. Mereka masih memejam mata dan berusaha merebut 'harta rampasan perang' untuk diri sendiri dan kroni dan 'siber trooper'nya dibarkan 'mati kelaparan.

7. Hehehe! PRU13 adalah hari pembalasan. Hari Pembalasan itu semakin hampir. Teori RAHMAN akan jadi kenyataan dan Najib akan disahkan kelak adalah PM terakhir dari UMNO BN. Jangan terkejut apabila ahli UMNO sudah tidak menyokong UMNO lagi dalam PRU nanti. Dari gerak kerja dan soalselidik yang dilakukan, banyak peti undi di DUN-DUN yang jumlah pengundi berstatus 'Hitam' dan 'Kelabu'nya lebih banyak dari yang 'Putih'.

8. Jangan salahkan rakyat dan ahli, tapi salahkan pemimpin itu sendiri dan tanyakan mengapa mereka dibenci?

Saturday, October 29, 2011

BERANIKAH UMNO BAHAGIAN BERUBAH?



1. Khabarnya sudah 2 kali pertemuan diantara pengamal Media Sosial Jerantut diadakan. Kalau tidak silap pada 16hb lalu dengan kehadiran seramai hampir 10 orang saja. Kemudian pertemuan ke-2, baru-baru ini yang melibatkan hampir 30 orang dan termasuk YB ADUN Damak. Nampaknya ini satu perkembangan yang baik.

2. SPU tidak dapat hadir kedua-dua pertemuan berkenaan walaupun  dalam hati sangat ingin bertemu dengan para sahabat pengamal media sosial ini, namun masih belum berkesempatan. SPU percaya selepas ini tentu akan ada lagi pertemuan demi pertemuan bagi menyatupadukan serta menentukan halatuju pengamal media sosial kita kearah yang betul sebagaimana yang diingini oleh para pemimpin dan kerajaan.

3. Pertemuan-pertemuan begini sepatutnya sudah dilakukan lebih awal lagi, namun mungkin kerana para pemimpin kita tidak peka terhadap peranan yang mampu dimainkan oleh pengamal media sosial membuatkan mereka membiarkan media sosial di Jerantut membangun tanpa panduan dan halatuju, akibatnya adalah kita bercakaran sesama sendiri yang akhirnya melemahkan parti.

4. Usaha yang Sdr Mustaffar lakukan, mengadakan pertemuan dengan para pengamal media sosial ini harus diberikan pujian. Mungkin tidak akan dapat menghentikan sepenuhnya kegawatan dalam perang siber di Jerantut ini, namun kita percaya ianya akan dapat meredakannya sedikit sebanyak. Memang usaha ini dirasakan sudah terlewat, namun mencuba melakukannya adalah lebih baik dari tidak melakukannya sama sekali.

5. Selepas ini kita harap akan ada pemimpin-pemimpin lain yang akan tampil kehadapan untuk berhadapan dengan para penulis maya ini selain dari YB Dato' Lau Lee. Banyak pihak diluar sana beranggapan dalam PRU kali ini, peranan penulis maya @ pengamal media sosial akan jadi lebih penting dan menjadi salah satu penentu kemenangan calon dan parti yang bertanding.

6. Di peringkat nasional, khabarnya PM juga sudah bersedia untuk bersama-sama penulis maya @ pengamal media sosial ini untuk menarik minat mereka semua menyokong kerajaan. Nampaknya pemimpin diperingkat nasional sudah sedar, cuma bagaimana dan bilakah pula para pemimpin diperingkat negeri dan bahagian kita akan sedar diri mereka?

7. PRU13 adalah satu cabaran hebat. Tidak mustahil BN akan kehilangan lebih banyak kerusi lagi atau bahkan UMNO BN hanya layak jadi sebuah parti pembangkang didalam kerajaan baru yang akan dibentuk nanti. Jikalau pemimpin  UMNO peringkat bahagian sedar, maka berubahlah. Jika para pegawai UMNO dibahagian sedar, maka berubah jugalah. Hindari dari segala kemarahan rakyat yang melihat mereka sebagai musuh dan perompak harta rakyat.

8. UMNO Jerantut mesti dibersihkan. Si-polan dan si-polan mesti disingkirkan dari jawatannya dan parti demi untuk kebaikan dan kesinambungan kekuasaan UMNO. Beranikah UMNO berubah? Mungkinkah meeka yang berkepentingan lebih rela melihat UMNO rebah dari melepaskan jawatan dan membiarkan orang lain merebutnya?

Wednesday, October 26, 2011

PEMIMPIN KITA YANG MABUK KUASA



Terimalah lagu ini untuk mereka yang sedang Mabuk Kuasa.


Jikalau benar seperti yang didakwa oleh KD dalam post diblongnya, memang UMNO menempah kekalahan hanya kerana adanya mereka yang tamak dan haloba didalam parti.

Tidak mustahil perkara yang didakwa KD berlaku dan berleluasa didalam UMNO kerana didalam UMNO sendiri sudah tiada mereka yang sebenar-benarnya sayangkan parti. Mereka yang benar-benar sayangkan parti sudah lama meninggalkan parti dan duduk diluar atas tidak ingin melakukan sesuatu yang mungkin akan membuatkan kekecohan didalam parti.

Yang tinggal hanyalah mereka yang ingin mengambil kesempatan dan menjadikan parti sebagai landasan untuk mengaut kekayaan.

Jika benar apa yang didakwa, bagaimana nanti UMNO ingin berdepan dengan rakyat dalam PRU nanti kerana UMNO bukan saja kehilangan sokongan besar rakyat malahan sudah kehilangan kepercayaan dari ahli-ahli rapatnya sendiri.

Projek tangga kambing Padang FA juga jadi rebutan dikalangan pemimpin. Rakyat marhaen macam kami nanti hanya akan dapat apa? Jika parti sudah tidak dapat membantu kami, untuk apa lagi kami bernaung dibawah parti ini?

Sila baca Sini dan Sini, selepas itu kita fikirkanlah apakah kita masih patut menyokong dan mengundi mereka-mereka yang sebegini?

Tuesday, October 25, 2011

PEJUANG DAN PETUALANG

Gambar hiasan: Siapa Pejuang dan siapa Petulang?


Kali ini SPU memang betul-betul tabik hormat kepada blogger Kutukan Dewata. Bukan kerana kemahirannya dalam pembinaan bangunan-bangunan, tetapi kerana keberaniaannya serta ketelusannya dalam menulis diblognya baru-baru ini.

Post yang SPU maksudkan adalah;  Dubuk Pariah Tamak Haloba Buat Hal Lagi.  Segala yang diungkapkan di blognya adalah beberapa siri kenyataan apa yang berlaku didalam UMNO Bahagian oleh orang-orang tertentu. Tugas UMNO untuk membawa kembali penyokong kepada UMNO BN bukanlah senang kerana rakyat sudah semakin rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin  UMNO serta pemegang kuasa dan petugas-petugas UMNO. Ini bukan hanya di Jerantut saja, malahan berlaku diseluruh negara. Ini adalah satu kelemahan UMNO Yang tidak dapat rakyat maafkan.

Apa yang KD katakan ini adalah benar;
KD tak ada pun saham felcra.Tanah anugerah jauh sekali sebab semuanya di sapu oleh kaki tangan pejabat tanah dan kroni-kroninya.Tak percaya tanya lah mereka.Ada pun kedua-dua laki bini pun dapat.Padahal mereka bukan anak tempatan Jerantut pun.Dubuk pariah dan segelintir kaki tangan pejabat tanah sama aje.Sama waktu dan sama warna.


Ini pun benar:
Baru sehari dua kenal umno,baru pandai mengeja perkataan umno sudah rakus mengejar habuan politik.Atas kapasiti sebagai ajk bahagian,ajk wanita bahagian dan juga puteri mereka berebut dengan kontraktor marhaen yang lain.Tentulah berlaku persaingan yang tidak adil.Kontraktor rakyat Marhaen terpinggir kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan projek.Tentulah mereka yang menang.

Ini memang benar berlaku;
Ahli umno yang serius berjuang untuk parti tidak di pandang sebelah mata pun.Jadilah mereka hamba tebus sepanjang masa.Ini adalah kenyataan.Tanyalah majoriti ketua pemuda,ketua cawangan dan wanitanya.Jawapannya sama.Kami terpinggir!

Ini kebenaran yang semua orang tau:
 Dubuk-dubuk pariah nilah yang banyak menyamun peruntukan umno negeri semasa kedatangan Najib ke Jerantut dulu.Ini bukan cerita rekaan.Heboh dalam mesyuarat AJK Bahagian.Perbelanjaan terlampau luar kawalan.RM 280 000 peruntukan perhubungan umno negeri melarat sampai hampir setengah juta.Begitu rakus dubuk-dubuk ini merantah bangkai kerbau besar.

Hahaha! Kebenaran yang ini nak cakap pun dah jemu;
Ada juga sepasang dubuk jantan betina pariah yang sangat tamak.Dubuk ni pasangan sejoli.Semua projek dia nak.Tak malu-malu merengek-rengek sambil menyeringai tunjuk gigi kuning tajamnya depan Ku Lan.Hamun juga lah Ku Lan melihatnya.Padahal Ku Lan tahu dubuk inilah yang pernah bersumpah takkan bertuankan Ku Lan semasa dia berkempen untuk Dr Shukri dulu.Alih-alih mencium buntut Ku Lan  juga.Tapi Ku Lan baik sangat tahap piang.Ada juga anak raja yang macam ni.Kalau kena ke Tengku Rahman mau makan penampar dubuk pariah ni.Bila Ku Lan balik ke Jerantut mula lah dia datang minta duit.Tak begitu Dolah Kicap abang Dolah Tomato?

Yang ini dan yang itu juga benar:
Ada juga dubuk pariah yang bergantung pada bulu ketiak Ali Baba Umno.Semua projek dia hendak dan dapat pulak ke dia.Kontrak saban tahun bersambung.Agensi kerajaan ini asyik nampak muka dia aje.Orang lain pun boleh buat.Tapi kedudukan dia dalam parti dan Sokongan Kuat Ali Baba Umno maka itu semua dah jadi macam harta pusaka mak bapak dia.Kontraktor lain meleleh air liur.Dia ni pernah mengibas-ngibas seikat wang di depan muka ahli umno.Mesejnya mudah,lu orang lama dalam umno dapat apa?Lu orang semua manyak bodo.Dia tak bertanding G7 takut kutu kerat dia sebab sombong bangat.Tau takut!

Satu lagi kelompok dubuk pariah penyamun ada di Jerantut.Ini adalah dubuk pariah elit.Dubuk pariah ini satu keluarga sental projek.Tak cukup dengan itu sepupu sepapat dia pun sental juga.Dalam erti kata mudah proksi dan kroni.Dubuk bapak,dubuk emak,dubuk anak dan dubuk sepupu sepapat ni mengilai-ngilai meratah daging korban!!!!

Yang sebenar-benarnya benar adalah ini;
Kalau tak percaya tanyalah Kamaruzaman Baria yang terlalu prihatin menentang penyelewengan peruntukan ini.Tapi beliau keseorangan dalam hal ini.Kalau KD ajk bahagian sudah pasti KD bersama Kamaruzaman nahi mungkar.

Jerantut perlukan seorang pemimpin seperti Hj. Kamaruzaman Baria, yang tegas dalam setiap apa yang dilakukan dalam pentadbirannya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian. Malangnya ketika dia memimpin kita, kita tidak sukakan ketegasannya, akhirnya kita dikecewakan. Jika ada kelemahan kepada tokoh ini, itu adalah kerana masih tidak dapat membuang seseorang yang sentiasa bergayut ditengkuk setiap pemimpin. Semasa Dato' Wan Abu Bakar berkuasa, dia bergayut disana, semasa Hj. Kamaruzaman berkuasa dia begayut juga, tiba masa Ku Lan berkuasa dia bargayut lagi.

UMNO Jerantut mesti belajar mengenal pasti siapa Pejuang dan siapakah Petualang sebenarnya. Jika gagal, UMNO keleluruhannya akan dibenci oleh rakyat dan ditolak didalam PRU nanti. Beranikah kita berubah?

Monday, October 24, 2011

KEBESARAN DAN TANGGUNGJAWAB

YBM Tan Sri Azlan Shah, 
Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut


1. SPU mewakili seluruh warga Jerantut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak kerana dianugerah Bintang Darjah Kebesaran DSAP sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang baru-baru ini. YB Dato' adalah ADUN Tahan, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Warga Jerantut mungkin mengharap labih dari itu yang dapat dicapai oleh YB Dato'. Sejarah Negeri Pahang tidak pernah ber-Menteri Besarkan orang dari sebelah hulu. Mungkin juga pembangunan Jerantut akan bertambah pesat jika YB Dato' Wan Amizan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang kelak. Kita percaya rakyat Jerantut akan bergembira jika harapan ini jadi kenyataan. Hubungan YB Dato' dengan Tuanku yang begitu akrab tentu tidak akan menghalang perlantikannya sebagai Menteri Besar nanti.


2. Pada 26hb nanti, pegamal media sosial Jerantut akan mengadakan pertemuan bagi merangka dan menentukan halatujunya. UMNO BN dilihat sangat memerlukan sokongan media sosial dalam kempen menjelang PRU13 nanti. PRU kali ini dilihat sebagai yang paling berganttung kepada peranan media sosial. Kegagalan menguasai media sosial akan mengakibatkan kegagalan menguasai penerangan dan siarraya. Kegagalan menyampaikan maklumat kepada para pengundi baru akan memberikan impak besar kepada UMNO BN. Tidak mustahil UMNO BN akan kalah teruk sekiranya media sosial tidak mampu dikuasai.

Usaha Sdr. Mustaffar Mat Arof walaupun sedikit terlewat namun lebih baik dari tidak melakukan apa-apa. UMNO Jerantut dilihat sebagai mensia-siakan banyak masa kerana tidak mengambil tindakan sebegini lebih dahulu lagi. Apapun, SPU mengucapkan syabas sekali lagi kepada Sdr. Mustaffar, kepada UMNO Jerantut serta UMNO Malaysia kerana berusaha menangani perubah ini.




Saturday, October 22, 2011

JERANTUT KITA

Jerantut dulu, sebelum mendapat SU Majlis baru


Jerantut adalah kampung kita. Sejauh manapun kita pergi atau selama mana pun kita pergi, tetap kita akan kembali juga. Bak kata pepatah; kemana terbangnya bangau, akhirnya ke belakang kerbau juga. Namun kerbau-kerbau tidak perlu bimbangkan bangau kerana bangau hanya hinggap dibelakangnya saja. Tidak lebih dari itu yang mampu dilakukannya.

Bagaimanapun kepada semua 'coffee boy', andalah yang perlu berhati-hati. Kerana bimbangkan adanya Anwar  atau mereka yang 'sewaktu' dengannnya yang akan menghinggapi belakang-belakang anda. Karang, sakit dapat malupun dapat, melainkan bagi mereka yang menganggap itu sedap!

Petang semalam berkesempatan sembang dengan kawan-kawan mengenai isu semasa Jerantut. Banyak yang didengari dan luahan rasa tidak puasa hati rakyat marhaen;

Gerai 'Corner' dihadapan Pasar Basah Jerantut ada beberapa buah yang masih kosong, namun ada juga yang baru hendak diisi semula, malangnya ada berita yang tidak memuaskan hati. Khabarnya ada antara gerai berkenaan milik orang tertentu yang juga memiliki gerai ditempat lain dan menyewakannya kepada orang kedua dengan harga yang tinggi.Minta MDJ supaya menarik kembali gerai-gerai dari mereka yang tidak berniaga sendiri ditempat berkenaan bagi tidak menggalakkan orang ke-3.

Dengar khabar juga bahawa banyak tanah-tanah yang diberikan taraf 'TOL' disepanjang jalan dari Jerantut ke Jerantut Feri kepada individu yang rapat dengan pemimpin politik Jerantut untuk disewakan kepada peniaga-peniaga. Sedangkan dalam kes lain PTJ lewat memproses tanah yang dipohon oleh orang-orang kampung sehingga ada yang sudah menjangkau hampir 20 tahun tapi masih belum selesai diproses, tu apa cerita?

Apakah maknanya semua ini? Hahahaha! Jerantut kita. Jangan kita kesalkan kelak segala hak-hak bangsa akan tergadai kerana adanya konspirasi, kroni, korupsi.....dan pemimpin-pemimpin yang 'basi' yang masih memeggang jawatan untuk kepentingan diri.

Friday, October 21, 2011

MENGGERAK MEDIA SOSIAL JERANTUT




1. Sdr. Mustaffar Mat Arof atas kapasitinya Ketua Media Baru Jerantut sedang berusaha keras untuk mengerak dan memantau media sosial di Jerantut. Di maklumkan bahawa pada 14hb. lalu suatu pertemuan santai telah diadakan bagi tujuan berkenaan dan seramai 9 orang pengamal media sosial Jerantut telah diberitakan hadir.

Blogger otai Pahang, 'Braveheart' juga turut mengakui bahawa beliau telah dihubungi untuk satu pertemuan berikutnya yang dijangka akan diadakan pada 26hb. nanti .(Klik Sini) Beliau juga mengakui telah dihubungi oleh Sdr Mustaffar melalui orang perantaraan dan melalui telefon oleh Sdr. Mustafar sendiri. Bahkan beliau menyatakan satu pertemuan singkat antara mereka telah diadakan pada beberapa hari lepas di Kuala Lumpur bagi merangka perancangan berikutnya selepas ini.

Pengamal media sosial Jerantut berharap segalanya dapat dilakukan dengan baik dan secepat mungkin kerana media sosial Jerantut perlukan perhatian dan pemantauan supaya sesuatu yang buruk dalam penggunaan media sosial ini dapat dihalang dar terus berlaku. SPU percaya jika adanya penglibatan blogger senior @ otai dalam usaha ini pasti kejayaan mampu dicapai kerana kita sedar bahawa Braveheart juga yang terlibat dalam menggerakkan PahangKu sebelum ini.

SPU juga insyallah akan hadir dalam pertemuan  berkenaan kelak untuk bersama memeriahkannya. Banyak yang hendak dipelajari dalam pertemuan seperti itu nanti. Kali terakhir SPU bertemu BH adalah di Himpunan Penulis Maya di Hotel KL International baru-baru ini.


2. Gimik politik Jerantut menjadikan blog sebagai wadah penyebar konspirasi terancang. Nampaknya ada konspirasi diantara blog Surat Untuk Pemimpin dan Laksmana Jebat mungkin untuk tujuan dan kepentingan politik peribadi. Kah Kah Kah! Sedih juga bila publisiti murahan ini berlaku untuk tujuan mendapat nama dalam politik. Namun, inilah media sosial dengan dunianya yang tanpa sempadan serta tanpa sebarang peraturan.

Wednesday, October 19, 2011

PARTI PERIBADI, KRONI DAN DINASTI

Lawatan keluar negara -
Gambar hiasan: Sumber laman facebook


Nampaknya masih tidak banyak perubahan didalam UMNO. Pemimpin kebanyakannya hanya mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, bahkan akhirnya cuba untuk mewariskan kepimpinan kepada anak-cucu dan menjadikannya satu dinasti.

Apakah parti hanya untuk mereka dan keluarga mereka saja? Di satu cawangan berhampiran bandar Jerantut, bahkan juga berlaku perkara sama di cawangan-cawangan lain dimana Ketua Cawangan berusaha menonjolkan anak isterinya untuk memeggang jawatan penting dalam parti. Mereka ingin menjadikan UMNO sebagai hak peribadi mereka sekeluarga. Keahlian tidak dibuka seluas-luasnya kerana bimbang ada calon yang akan merampas kerusinya, maka hilanglah peluang 'mengisi tembolok' masing-masing.

Dalam mesyuarat cawangan, pemilihan jawatan yang sepatutnya dilakukan secara demokratik namun diselewengkan. Ketua cawangan yang ada akan mengaturkan strategi supaya mencadangkan ahli tertentu kemudiannya cadangan dengan cepat ditutup untuk tidak memberi peluang kepada pemilihan secara demokrasi. Kerana inilah UMNO semakin dibenci oleh ahli-ahli sendiri.

Penyakit UMNO sudah semakin parah. Ada pendapat mengatakan bahawa sudah tidak ada cara untuk memulihkannya lagi melainkan membiarkannya 'mati' dan membina semula dengan segala yang baru. Kerana jika kita mengubah pemimpin sekalipun ianya tidak akan mampu mengubah budaya yang sudah meresap didalam jiwa UMNO ketika ini.

Terlalu banyak kepincangan didalam UMNO sama ada diperingkat cawangan, bahagian bahkan kepimpinan diatas sana. Terlalu banyak skandal yang berlaku sehingga rakyatpun sudah tidak mampu menelannya lagi. Baca dibawah ini:

PEGAWAI KHAS/EXCO PEMUDA NAK CURI KREDIT KERJA ORANG LAIN

GEMPAR! ANAK ADUN MELAKA PULAK BUAT HAL! ABIS LA UMNO!

SUSAHNYA MENEGUR PEMIMPIN






Tuesday, October 18, 2011

ASAL MENGENAI UMNO, IANYA AKAN MENGENAI DUIT...




 SPU menulis mengenai program Himpunan Maya di KL tidak lama dulu. Program itu dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara bersama MyKMU.net bertujuan untuk 'Merekayasakan Penulis Maya Negara'. (klik sini)  Program berkenaan telah berlangsung dengan jayanya. Namun apa yang berlaku selepas itu ialah ada pihak yang ingin mencari nama untuk kepentingan peribadinya dengan mengakui bahawa program berkenaan adalah anjuran atau dengan pernglibatan beliau. Yang dimaksudkan adalah Tun Faizal, satu nama dari UMB yang sangat dibenci oleh para blogger kononnya kerana adalah salah seekor dari 'buaya-buaya' UMNO.

Nampaknya UMNO masih gagal berubah. Asal melibatkan UMNO ianya melibatkan korupsi. Demikianlah persepsi dari para pembangkang dan kebanyakan orang. Malangnya Tun Faizal pula seakan membiarkannya menjadi sesuatu yang benar.

Baca blog House PK untuk keterangan lanjut, serta blog Papa Gomo.




Monday, October 17, 2011

SU BARU UMNO HARAPAN DALAM MEMACU PERUBAHAN

Sebahagian AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut


1. Khabarnya semalam (16hb Oktober 2011) satu pertemuan dengan bloggers dan facebookers telah berlangsung di Rest House Jerantut bermula jam 4.30 petang. Pertemuan berkenaan adalah hasil usaha pemimpin muda yang berpandangan jauh, Sdr. Mustaffa Maarof diatas kapasitinya sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.

Sehingga kini masih belum ada yang dapat dilaporkan mengenai pertemuan berkenaan, namun SPU yang peka terhadap perkembangan media sosial di Jerantut ini sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik dan berguna telah terlaksana. SPU juga berharap pertemuan semalam telah dapat mengumpulkan dan mendekatkan penulis maya setempat untuk kembali menghampiri UMNO.

Walau apapun, SPU percaya bahawa Mustaffa Maarof telah melakukan sesuatu yang betul yang sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dulu. Sekiranya perancangan dilakukan dengan teliti serta campurtangan orang-orang yang berkemahiran dan berpengalaman pasti bilangan kehadirian mampu menceceh ratusan orang pada majlis tersebut. Apa pun SPU ucapkan syabas kepada mereka semua yang telah berjaya mengatur langkah pertama serta berjaya membebaskan diri dari kegelapan dunia IT. SPU cuma kecewa kerana tidak dapat bersama dalam program yang berkenaan.


2. Tahniah kepada En.Mohd Zukarmi Abu Bakar atas perlantikannya secara resmi sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini. SPU tidak memandang kebelakang serta tidak menyingkap sejarah silam seseorang. Kerana jika keburukan yang kita cari maka banyaklah keburukan yang akan kita jumpai, namun kita harus memandang kehadapan.

SPU tidak peduli apa percaturan politiknya, kemana kecenderungan sokongannya, kumpulan mana yang beliau gabungkan diri. Yang penting pada SPU adalah beliau mesti membebaskan diri dari segala yang akan menimbulkan fitnah dalam melaksanakan tugas-tugas beliau. Beliau mesti sentiasa berada ditengah-tengah dan menjalankan tugas dengan jujur. Benteraslah segala salah-laku yang masih berlaku didalam pentadbiran UMNO Bahagian serta dirinya sendiri tidak melakukan salah-laku. Jawatan yang disandang adalah milik UMNO dan beliau menerima tugasnya adalah dengan kehendak Allah. Justeru, bertanggungjawablah dan hadapi segala cabaran dengan berhati-hati.

SU juga adalah seorang pengamal media sosial facebook yang aktif, SPU sudah lama berharap media sosial Jerantut dapat diberikan perhatian dan dipantau demi hasrat menjuarai rakyat. Oleh yang demikian, SPU sangat-sangat berharap agar SU baru ini akan dapat menganjak perkembangan media sosial di Jerantut. SPU sentiasa akan memberikan sokongan yang tinggi. Namun jika beliau juga tidak peduli, maka SPU akan tetap akan mengkritiknya secara berterusan.


3. Perlantikan Setiausaha baru UMNO Jerantut diharap akan dapat mengubah sedikit sebanyak 'penyakit' kronik yang sedang berlaku didalam UMNO Bahagian. SPU diharap akan menjadi 'mata-mata' dan penguatkuasa yang akan dapat menjaga supaya 'lubuk khazanah' dari buaya-buaya yang sentiasa kelaparan. SU juga mesti memantau dan menghalang para 'penyamun tarbus' dari menyalah-gunakan kuasa dan peruntukan untuk kepentingan diri. Rakyat melihat segalanya sedang berlaku dan berleluasa selama ini. Rakyat membenci UMNO kerana adanya beberapa 'buaya' dan 'penyamun tarbus' itu. Jika UMNO masih ingin kekal berkuasa, perlakuan buruk itu harus benteras.

Persepsi masyarakat terhadap UMNO berada ditahap yang paling buruk. Blog-blog WZWH dan KD telah membongkar segala keburukan yang dilakukan oleh pemimpin dan kakitangan UMNO Bahagian. Jika SU tidak berjaya menyekat perlakuan perbuatan berkenaan dari berterusan, maka UMNO terpaksalah rakyat tolak dengan membunuhnya hingga keakar-umbi. 

SPU mendengar ada yang berpendapat bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi, rasuah politiknya berlaku hingga keakar umbi. Cawangan-cawangan hanya di monopoli oleh kumpulan atau orang tertentu. Adakalanya mesyuarat bahagian tidak berjalan dengan adil apabila segalanya telah dirancang dansebarang perubahan yang ingin dilakukan telah dipunahkan dengan cara yang buruk iaitu 'cadang dan tutup'. Kerana itulah ada ketua cawangan yang memeggang jawatan berkenaan sehinggalah 'berkulat'.

UMNO juga bukan setakat mempraktikkan sistem 'kroni' bahkan ada tanda-tanda ianya sudah menjadi satu parti yang sedang membina 'dinasti' dimana anak-anak pemimpin akan mewarisi jawatan yang ibu bapa mereka sandang dahulu. Ini akan membuatkan UMNO semakin mengecil. Ini akan membuatkan UMNO semakin dipinggir. Ini juga membuatkan UMNO akan dijauhkan oleh rakyat. Ini membuatkan UMNO akan dikalah dalam PRU akan datang. 

Siapa yang sudah berubah? Siapa yang akan berubah? Siapa yang ingin berubah didalam UMNO? Atau, tunggulah sehingga PRU akan datang apabila rakyat akan mengubah segalanya dengan berubah arah. Sehingga rakyat tidak lagi menyokong dan mengundi UMNO. Jangan biarkan rakyat melihat UMNO sebagai sebuah pohon yang dihinggapi dedalu, yang terpaksa diracun supaya dedalu akan mati. Jangan biarkan rakyat teraksa 'membunuh' UMNO kerana bencikan sebahagian 'parasit' yang ada didalamnya. 




Saturday, October 15, 2011

HIMPUNAN PENULIS MAYA



Satu perjumpaan penulis maya @ bloggers dan facebookers sedang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Program berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara bersama MyKMU.net bertujuan untuk 'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.

Pertemuan tersebut menghimpunkan seramai kira-kira 300 orang pengamal media sosial dari seluruh Malaysia. Esok (16hb OKtober 2011) beberapa lagi sesi akan berlangsung termasuk 'Sesi Bersama Perdana Menteri Malaysia'. Jelas sekali bahawa PM memang menghargai pengamal media sosial yang turut berjuang membantu BN dalam perang siber.

Mungkin selepas ini ada dari para pemimpin kita di Jerantut yang sudah terbuka matanya, yang juga sudah terang pandangannya untuk melakukan sesuatu yang serupa bagi menyusun jentera siber dalam persediaan menghadapi PRU akan datang. Wallahualam!

Harap kita akan dapat lebih banyak maklumat gambar-gambar dari laman FB 'Kome Satu Jerantut' dalam masa terdekat.




Friday, October 14, 2011

JERANTUT HUJUNG MINGGU

Md Nor Jaafar: Foto sumber blog KITA


1. Sepertimana SPU pernah ramalkan, sampai waktunya blog-blog kecil di Jerantut ini akan muncul dan aktif kembali. Terbaru, kita melihat blog Hulu Tembeling sudah mengeluarkan kepala 'kura-kuranya'. Tentu media sosial Jerantut nanti akan lebih meriah dengan kemunculannya semula. Kita ucapkan Selamat kembali dan Selamat Berblog!

2. Blog parti KITA juga nampak aktif selaras dengan aktifnya parti berkenaan dalam persediaan menghadapi Pilihanraya UMUM ke-13 akan datang. KITA benar-benar ingin mencuri perhatian rakyat. Khabarnya, ada beberapa program akan diadakan tidak lama lagi, antaranya 'Seminar Alam Sekitar' di Taman Negara, Kuala Tahan dan 'Pertemuan Media Sosial' yang akan diadakan di Jerantut atau Temerloh.

3. SPU menemui Mohd Nor Jaafar dan mendapat khabar bahawa Datuk Zaid Ibrahim, Ketua parti KITA memang bercadang bertanding di Parlimen Jerantut. Selain itu Mohd Nor Jaafar, Pengerusi KITA Cawangan Pahang akan bertanding di DUN Damak manakala blogger CMK akan bertanding di DUN Pulau Tawar. Datuk Zaid Ibrahim kemungkinan juga akan bertanding di DUN Tahan bagi memberikan cabaran hebat kepada ADUN yang sedia ada sekarang ini, atau mana saja calon yang diletakkan. Pemerhati politik juga berpendapat bahawa dalam PRU nanti, kebanyakan kerusi-kerusi akan ditandingi sekurang-kurang dalam 3 penjura. KITA akan meletakkan calon-calonnya disemua kerusi di Jerantut.

4. Projek membaikpulih 'Padang Bolasepak Jerantut' khabarnya telah dibuka tender untuk kontraktor kelas 'E'. 2 Gergasi peniaga Jerantut berentap hebat untuk merebut projek berkenaan. Ini menyaksikan 'Gajah Sama Gajah Berlawan'. Tentu persaingan ini hebat dan akan membuatkan Sungai Pahang 'bah' dan bergelora.


Thursday, October 13, 2011

HARAPAN UMNO DALAM PRU





Memang UMNO sakit tenat dan kronik. Permasalah UMNO sudah memuncak dan merayap ke akar-umbi. Apa dan bagaimana hendak dilakukan untuk memperbetulkannya lagi? Kerana itu mungkin ada pihak yang duduk diluar parti melihatnya dengan resah.

Tun Dr. Mahathir sendiri menyatakan bahawa UMNO sudah busuk hingga ke usus. Tun tentu lebih tahu dan faham tentang UMNO. Terbaru Tun mengeluarkan kenyataan bahawa jika PRU diadakan sekarang ini UMNO BN akan kalah teruk. Soalnya kelemahan UMNO ini salah siapa?

Ada pendapat mengatakan bahawa walau siapapun yang menerajui UMNO, UMNO sudah tidak akan dapat dipulihkan lagi. Sekarang inipun, dalam PM berteriak-teriak meminta UMNO berubah, namun apa dan siapa saja yang berubah?
 
Kita selalu kaitkan 'politik wang' didalam UMNO yang telah mengubah sikap kebanyakan ahli-ahli masa kini. Perebutaan mendapatkan jawatan didalam parti dengan cita-cita dan harapan untuk memperolehi ganjaran, dan sikap ini sungguh berbeza dengan UMNO dahulu kala. Pada ketika dahulu, ketika semangat perjuangan masih kental dalam dada ahli-ahli UMNO, segalanya dilakukan benar-benar dengan niat membela agama, bangsa dan negara mengatasi segalanya. Pemimpin sanggup berkayuh basikal dan berjalan kaki 'berbatu-batu' (sekarang kilometer) menemui rakyat marhaen dengann rasa rendah diri.

Kini para pemimpin datang dengan kenderaan mewah mereka dengan sombong dan bongkak (bukan semuanya) membuatkan rakyat benci dan meluat serta menimbulkan persepsi bahawa perjuangan dalam parti adalah untuk kepentingan diri dan kroni.

Kita ingin mengubah UMNO, mungkin kita boleh memilih pemimpin lain tetapi jika pilihan kita itu dari golongan atau kelompok yang sama dan para pemilihnya juga dari golongan sama, maka kita masih akan mendapat pemimpin yang serupa walaupun tidak kelihatan sama. Maka UMNO akan masih tetap dalam keadaan serupa dan tidak berubah.
 
Mampukah pemilih yang dipilih melalui 'politik wang' memilih pemimpin yang bersih dari 'politik wang'? Jangan hairan dan jangan kecewa bila kita katakan bahawa sebenarnya UMNO masih belum mengubah apa-apa lagi. Politik cantas mencantas yang diamalkan dibahagian sudah jadi budaya diperingkat cawangan dan dihalalkan, maka banyaklah ahli yang 'baik' pekertinya ditumbangkan dan akhirnya membawa diri keluar dari parti. 
 
Anak-anak muda yang berminat untuk menyumbangkan tenaga disekat dari menyertai parti kerana bimbang akan mencabar Ketua dan perwakilan ke Mesyuarat Bahagian akan datang. Akhirnya UMNO menjadi semakin kecil dan lemah. UMNO hanya menjadi sebuah parti keluarga dan kroni dimana si bapa adalah Ketua Cawangan, Ibu Ketua Wanita, anak lelaki Ketua Pemuda dan anak perempuannya Ketua Puteri. AJK hanya dari saudara mara dan kroni. Inilah punca utama UMNO semakin lemah dan gagal mengekalkan reputasi dalam PRU lalu.

Mampukah UMNO mengekalkan kekuasaan dan mempertahankannya dalam PRU akan datang? Satu soalan yang kita sangat takut untuk mendapat jawapannya. Dalam keadaan UMNO yang sedang 'mereput' ini kita hanya berharap kepada keajaiban untuk melakukannya. Ada pihak yang berkata, kerosakan yang teruk ini memang sudah suasah untuk dipulihkan lagi. Jalan yang ada hanyalah 'membina' semula keruntuhan ini dengan seberapa segera, namun terlebih dahulu harus meruntuhkannya bagi membersihkannya.

Dimana pula nanti harapan orang Melayu? Kita harap PERKASA akan lebih cergas dan berjuang dengan lebih bersemangan untuk mengalas tugas dan tanggungjawab membela agama, bangsa dan negara. Kita masih percaya bahawa 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'

Terima kasih kepada Inai Merah yang memberikan komen di post sebelum ini. Susahnya UMNO adalah kita tidak pernah diberikan peluang untuk menegur dan memperbetulkan parti. Kita hanya boleh berdiam diri kerana kita bukan pemimpin dan hanya pemimpin saja yang berhak bersuara. Seperti didalam mana-mana mesyuarat bahagian, para pemimpin bercakap untuk kita dengari dan kita hanya bercakap apabila pemimpin sudah tidak ada untuk mendengarkannya.
 
 






Wednesday, October 12, 2011

YANG PM MESTI SEDAR: KITA MENDENGAR, MELIHAT TETAPI MASIH MENDIAMKAN DIRI

Sesungguhnya, tiada yang akan kekal abadi



1. UMNO Bahagian Jerantut memang bermasalah, nampaknya retak sudah menjadi belah. Mungkin ini petanda yang jelas bahawa dalam PRU akan datang di Jerantut UMNO / BN akan kalah.

2. Seseorang telah dibantah oleh akar umbi (?) dari dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian (klik sini), manakala seseorang yang lain ditonjolkan pula (klik sini, sini,) Walaupun perlantikan SU adalah hak mutlak Ketua Bahagian namun akarumbi (?) mungkin ingin memastikan supaya pucuk pimpinan tidak memilih orang yang salah. (Wallahualam!)

3. Seseorang lain yang masih berhasrat untuk menyambung tugasnya sebagai ADUN atau jika boleh menjadi calon Parlimen juga telah didedahkan keaibannya. (klik sini), banyak pihak berpendapat bahawa tujuannya hanya untuk menonjolkan seseorang lain yang mana dia berkhidmat untuknya serta berkepentingan (klik sini)

4. Dibeberapa laman blog setempat dan melalui percakapan-percakapan kedai kopi, memang terlalu banyak berlaku salah-laku didalam UMNO Bahagian. Lawatan PM khabarnya dengan kos RM500K tetapi tidak sebatang benderapun yang berkibar - kerana yang masuk terus tenggelam! Caj berlebihan kepada kebanyakan kerja-kerja yang dijalankan bagi tujuan membesarkan komisyen pengurusan tidak dapat dikawal. Beberapa orang dikenalpasti sebagai beraja dimata dan bersuktan dihati.

5. SPRM khabarnya telah membuat 'kunjung hormat' ke pejabat seorang pemimpin tidak berapa lama dulu dan beberapa ekor 'buaya' sepatutnya sudah diberkas dari lubuk berkenaan, namun kuasa politik menghalangnya. Jika orang besar masih melindungi 'buaya', tidak mustahil lubuk-lubuk juga akan dimusnahkan dalam PRU nanti kerana rakyat sudah dapat melihat dan tidak dapat mengawal lagi rasa benci. Lihatlah dari mana segala kesenangan itu mereka dapati jika bukan hasil 'rampasan perang'.

6. Sebuah blog setempat meramalkan calon Parlimen dari BN akan tewas dalam PRU akan datang (klik sini) Ini bukan satu pandangan salah kerana memang diakar umbi telah lama melihatnya demikian, bahkan ada pendapat berkata; "Kami sayangkan UMNO tetapi pemimpinnya yang curang masih tidak sedar diri, jadi untuk menyedarkannya UMNO mesti dikalahkan terlebih dahulu supaya mereka akan sedar apabila mereka sudah hilang kuasa".

7. Banyak pendapat menyatakan Parlimen Jerantut akan tumbang kepada pembangkang. Satu kenyataan tidak resmi dari pemimpin negeri menyatakan bahawa hanya 4 kerusi Parlimen yang benar-benar selamat di Pahang.

8. SPU mendapat maklum-balas dari rakyat marhaen, Parlimen Jerantut memang akan tewas walau siapapun calonnya, bahkan DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan juga akan tewas sama kerana undi protes dari pengundi muda yang celik IT yang menyedari kerosakan didalam UMNO yang sudah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

9. Ketika PM berusaha keras untuk berubah tetapi di peringkat-peringkat bahagaian masih tetap saja tidak berubah, justeru rakyatlah yang akan mengubahnya didalam PRU akan datang.

10. Ketika parti UMNO tidak berbuat apa-apa, sebuah parti baru 'KITA' (klik sini)  sedang mengumpul sokongan dengan sasaran untuk menyapu semua kerusi didalam Parlimen Jerantut.

11. Kegawatan ini memang menyukarkan perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri. Tiada siapa yang lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan UMNO / BN di negeri Pahang selain dari DSD Adnan Yaakob. Untuk tidak membiarkan satu negeri jatuh ke tangan pembangkang wajarlah DSD Adnan Yaakob terus 'dikekalkan' sebagai MB Pahang untuk tempoh sepenggal lagi kerana tiada siapa yang mampu kendalikan Pahang lebih baik dari beliau dalam keadaan ini. Kita minta PM ambil perhatian jika enggan Pahang jatuh kepada pembangkang.

12. Para pemimpin UMNO Jerantut, Wanita, Pemuda, Puteri - tidurlah dengan lena. Teruslah dengan mimpi. Tidak apa yang dapat kamu semua dengari dari rakyat marhaen bila kamu semua hanya dikelilingi oleh tukang-tukang kipas kamu sendiri.

13. Berbagai teguran dan kecaman telah kita buat untuk memberi kesedaran kepada semua pihak, namun mereka masih belum sedar, atau sedar tetapi masih enggan berubah.  Blog Beranikan Hati juga menulis mengenai 'Susahnya Menegur Pemimpin'

14. Mari kita talkinkan UMNO Jerantut sebagaimana yang dicadangkan oleh blog ini (klik sini).



Tuesday, October 11, 2011

'KITA' SERANG DUN DAMAK?




Semalam di DUN Damak, sekali lagi KITA telah mengadakan program mendekati masyarakat. Sekali lagi Ketua Parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) telah turun padang mendekati rakyat sebagai persiapan menghadapi PRU13 nanti.

Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan harapan dan halatuju parti KITA. Selain itu beliau juga memaklumkan bahawa KITA tidak mengutamakan kuantiti ahli, tetapi lebih menumpukan kepada kualiti dan komitmen yang dapat ahli berikan kepada parti.

Apa maknanya bagi sesebuah parti yang mendakwa memiliki berjuta-juta bilangan ahli namun mereka itu tidak komited kepada parti bahkan tidak mengundi calon parti dalam pilihanraya. UMNO dan PKR yang mendakwa memiliki berjuta-juta ahli namun apabila mereka mengadakan mesyuarat sering berlaku tidak cukup korum atau kehadiran yang sangat sedikit berbanding dengan jumlah keahliannya.

Bahkan ada terdapat kes-kes yang individu tertentu tidak menyedari bahawa mereka menjadi ahli kepada sesebuah parti kerana pendaftaran keahlian dilakukan bukan dengan kerelaan mereka sendiri. KITA percaya bahawa PRU13 nanti akan menyaksikan golongan yang tidak berparti akan memilih untuk mengundi calon-calon yang mereka yakini dan tidak lagi berdasarkan kepada parti yang mereka wakili.

Bercakap mengenai calon bagi kerusi-kerusi dalam pilihanraya, KITA lebih mengutamakan rekod khidmat seseorang calon itu kepada rakyat dan bukannya jawatan mereka didalam parti. Tidak seperti parti lain yang mengutamakan jawatan didalam parti untuk dipilih sebagai calon, kerana itulah ada parti-parti yang terpaksa berperang sesama sendiri bahkan mengamalkan rasuah politik semata-mata untuk merebut jawatan tertinggi parti dengan harapan berpeluang menjadi calon dalam pilihanraya.

KITA akan bertanding disemua kerusi yang dirasakan berpeluang sebagai calon ketiga. Dalam Parlimen Jerantut beberapa calon sudah dikenalpasti khususnya di DUN Damak dan Pulau Tawar. Bagi kerusi Parlimen dan DUN Tahan beberapa calon berpotensi sedang dikenalpasti dan ini bergantung kepada siapa calon yang BN dan PR akan letakkan nanti.

KITA merasakan akan mendapat sokongan dan undi dari pihak ketiga, yakni mereka yang dikategorikan sebagai 'atas pagar' serta undi protes dari penyokong parti-parti tertentu yang tidak bersetuju dengan calon yang bertanding mewakili parti.

Apapun, banyak pihak meramalkan bahawa PRU13 adalah laluan sukar buat BN, bukan lagi untuk mendapat 2/3, bahkan untuk beroleh kemenanganpun dianggap satu keistimewaan. Soalnya apakah pemimpin-pemimpin  UMNO menyedari dan mengakui hakikat ini? Atau mereka masih lena dilamun mimpi siang hari?

Monday, October 10, 2011

UMNO JERANTUT DAN MEDIA BARU




SPU sudah beberapa kali mengingatkan dan memohon supaya pihak-pihak yang berkenaan tampil kehadapan dan mengambil sesuatu tindakan bagi menyusun semula dan menentukan hala-tuju media sosial Jerantut, namun pihak yang berwajib masih tidak mengambil apa-apa tindakan yang wajar.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian adalah individu yang sewajarnya mengambil inisiatif ini kerana penerangan alaf baru adalah melalui siber. Jika kita masih berfikir bahawa penerangan kita masih cara lama dengan mengadakan ceramah-ceramah serta mengedarkan risalah-risalah, maka kita memang sudah jauh ketinggalan zaman.

Tak lama dulu heboh mengatakan bahawa UMNO bahahgian akan mengadakan perjumpaan dengan pemain media sosial ini, blogger dan facebooker. Maklumat berkenaan disampaikan sendiri oleh mereka yang ada didalam jentera parti. Ketua Penerangan UMNO Bahagain dan blogger AJK UMNO Bahagian sendiri menyatakan demikian, namun kini segalanya hilang dan hanya tinggal harapan.

Kita sudah melihat kesan buruk dari media sosial ini sedang merosakkan UMNO Bahagian dan para pemimpin kita.amun kita gagal melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaannya. Kita ada ramai individu yang boleh diharapkan untuk memberikan sentuhan namun kita tidak perhan berusaha untuk melakukan sesuatu. Apakah memang itu harapan pemimpin kita? Melihat UMNO Bahagian berpecah-belah untuk mendapat sedikit faedah darinya?

Menutut kawan-kawan dari sebelah sana, Pas, walaupun sebuah parti yang kita anggap kecil tetapi mereka telah berusaha menggerakan media sosial mereka kearah yang mereka ingin tujui. Beberapa blog penyokong Pas Jerantut masih aktif menulis, bahkan mereka juga membina laman facebook atas nama 'Dewan Parlimen Jerantut' sedangkan para pemimpin  UMNO masih lena tertidur dan bermimpi.

Parti KITA Cawangan Pahang yang berpusat di Jerantut ini juga sudah mengorak langkah kehadapan. Laman blog Kita Cawangan Pahang sudah boleh dilawati dengan 'klik disini' tetapi UMNO Jerantut yang sudah berumur leboh 50 tahun masih menulis diatas 'papanbatu'. Siapa yang sayangkan  UMNO? Siapa yang benar-benar bekerja dengan ikhlas untuk UMNO? Kita tidak hairan bila ada blogger dan pemberi komen menuduh pemeggang-kuasa dalam UMNO hanya mencari nama dan mengumpul harta.


p.s;
Al-fatihah buat seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang telah kembali kerahmatullah petang semalam, Sdr. Razman Sidek. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. SPU mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. (Allahyarham juga seorang yang aktif dalam media sosial).

Saturday, October 8, 2011

PERKUKUHKAN UMNO





Semalam SPU menulis tentang UMNO dan pemimpin UMNO. Tentang perkembangan media sosial dan keburukkannya yang kita tidak kuasai dan kawal. Nampaknya pemimpin UMNO tidak berminat untuk menguasai media sosial sedangkan media sosial ini sudah dengan sendirinya menjadi media rakyat. Justeru bagaimana pemimpin UMNO hendak menjuarai rakyat jika mereka sendiri tidak melengkapkan diri untuk menjuarai media sosial?

Saya sangat kecewa dengan perkembangan buruk media sosial Jerantut ini khususnya kerana ia menjurus kearah yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada rakyat bahkan UMNO sendiri sebagai parti kerajaan memerintah. Membukakan sedikit keburukan pemimpin dengan tujuan memberi isyarat kepada mereka bahawa jangan lakukan sesuatu yang buruk yang dibenci rakyat mungkin boleh, tetapi jika ianya terlalu detail akan memberikan pihak pembangkang mengutip segalanya untuk dijadikan isu kempen politik mereka dalam PRU nanti.

SPU sudah memberikan cadangan supaya 'gencatan senjata' perang siber Jerantut ini diadakan yang melibatkan 2 pihak berkenaan. Mungkin ada pihak lain yang boleh kita panggil untuk jadi orang tengah dalam menyelesaikan hal berkenaan. Kita mesti mencari kebaikan dan penyelesaian kerana PRU semakin hampir dan musuh sebenar kita sudah tentu sudah bersedia lebih awal.

MB Pahang khabarnya meramalkan bahawa hanya 4 kerusi Parlimen di Pahang yang benar-benar selamat ketika ini. Apa jadi dengan  kerusi-kerusi Parlimen lain? Bagaimana pula dengan kerusi-kerusi DUN? Apakah tanggungjawab kita sebagai ahli dan penyokong UMNO dan kerajaan dalam memperkukuhkan parti serta memastikan kestabilan politik?

UMNO Jerantut mesti kuasai media sosial Jerantut. Mesti ada blog dan facebook untuk sebarkan maklumat dan menafikan ketidak-benaran. Pemimpin UMNO mesti celik IT. Ketua Penerangan juga mesti benar-benar terang untuk berjuang dalam media sosial. Jika UMNO Jerantut gagal laksanakan ini, pemimpin UMNO BN Jerantut harus bersedia untuk tinggalkan kerusi mereka.

AJK tidak memainkan peranan mereka masing-masing. Mereka terpilih bukan kerana kebolehan tetapi kerana sogokan kerana itu mereka tidak mampu menyumbang apa-apa kepada UMNO Bahagian. Jika demikian, UMNO dan BN akan kalah dalam PRU akan datang. Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Pusat terpaksa bersedia untuk berpindah ke kerusi pembangkang - adios untuk UMNO dan BN!



p/s: Sila baca komen-komen diblog dan lain-lain blog Jerantut yang menjurus kepada menghancurkan pemimpin UMNO dan parti UMNO itu sendiri.

Friday, October 7, 2011

PEMIMPIN TAK SAYANGI UMNO


PRU13 akhir untuk UMNO jika pemimpin masih belum sedar diri



Perkembangan semasa blog dan facebook di Jerantut semakin  tidak mampu dikawal. Media sosial yang sepatutnya memberikan kebaikan dan faedah kepada penggunanya sudah bertukar menjadi menjadi racun dan senjata pemushan yang sangat berbahaya.

Terbaru, sebuah blog yang nyata menyokong orang tertentu telah menulis dengan niat untuk 'mengaibkan' seorang ADUN dalam pelbagai kes penyalahgunaan kuasanya selama ini. SPU tidak nafikan ada kebenarannya apa yang diperkatakan itu, namun ianya sepatutnya disampaikan dengan cara yang lebih berhemah kerana apa yang dilakukan itu bukan hanya merosakkan individu berkenaan, malahan akan merosakkan UMNO secara keseluruhannya.

Kita sedar bahawa ini hanyalah mainan politik satu pihak dalam mengalahkan pihak yang lain, namun apabila media sosial digunakan tanpa berhemah maka keputusannya sangat buruk dan boleh merosakkan kedua-dua pihak yang sedang bertentangan dan bahkan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya. Justeru SPU mencadangkan supaya satu pertemuan diadakan diantara pengamal media sosial di Jerantut ini yang akan menemukan kesemua mereka yang mewakili semua kumpulan bagi menjernihkan suasana.

Kedua-dua 'taiko' kumpulan berkenaan juga patut hadir sama dalam program 'gencatan senjata' media sosial ini dan bersama sepakat dalam menentukan halatuju politik UMNO itu sendiri bagi menjamin kemakmuran rakyat dan khususnya memenangkan UMNO BN dalam PRU akan datang.

SPU percaya ini dapat dilakukan dengan sedikit usaha dari beberapa pihak yang terlibat. Kekeruhan ini harus dijernihkan sebelum ianya terlambat. Jika dibiarkan nanti, pasti pihak yang satu lagi akan 'telanjangkan' pula pihak musuhnya dan akhirnya kedua-dua pihak akan menerima padahnya. Ibarat kata pepatah; ' Jika seurat demi seurat benang di lucutkan, yang tinggal hanya hanya 'anu' yang tercodat tak ketentuan'!

Bagaimana kita hendak hadapi PRU dalam keadaan ini? Sebenarnya pemimpin UMNO tidak sayangkan parti kecuali diri mereka sendiri saja serta kroninya. Pemimpin UMNO juga tidak kisahkan jika UMNO gagal memerintah asalkan mereka masih kekal jadi YB. Pemimpin UMNO masih percaya bahawa 'UMNO tidak akan kalah' dalam PRU akan datang seolah-olah UMNO adalah sebuah parti keramat.

Khabarnya semalam parti KITA telah adakan perjumpaan di sebuah hotel di Jerantut. Apakah DUN Damak, Tahan dan Pulau Tawar kita rasa masih selamat untuk BN? Jangan memandang rendah pada yang kecil kerana 'politik' bukanlah 'matametik' yang boleh dicongak dengan angka-angka begitu saja. 'One Number' juga sudah kehilangan 'giginya' untuk mengiggit politik Jerantut ini dengan teori nombornya.

Thursday, October 6, 2011

BANYAKKAN PELUANG JAWATAN DALAM POLITIK ELAK PEREBUTAN


Karikatur seorang diktator


Saya membaca blog Urag Drrulug dan tertarik dengan komen yang disiarkan. Rupanya blog lawak itu bukan setakat membuat posting-posting lawak yang juga menyindir, tetapi komen-komennya juga kadang-kadang nampak lawak walaupun ada yang cuba  menyampaikan sesuatu dengan cara yang serius. Saya CnP komen-komen yang dimaksudkan dibawah ini;

" Cita-cita WZWH mahu lihat selepas 2020 akan ada Parlimen Tembeling dengan dua DUN. DUN Tembeling Hulu dan DUN Tembeling hilir. " - WZWH

" Setuju amat, mintalah ADUN Tahan terus luluskan usul ni, tapi elok DUN dikira mengikut kg, biar bnyk sikit org boleh jadi ADUN, hehe...kalau Jerantut ni dijadikan negeri dan ada dewan undangan negerinya sendiri lagi mulek, biar W.Heru jadi presiden yg pertama dan WZ jadi MB pertama....WA bolehlah jadi raja yg pertama. apa kata? " - ADUN Kg. Kucing

Dalam kesibukan politikus dan rakyat Jerantut membicarakan soal siapakah bakal SUB dan apakah Ku Lan akan melepaskan Jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian seterusnya sebagai Ahli Parlimen Jerantut. Dalam kecoh-kecoh masing-masing berusaha dan berebut-rebut untuk dilantik sebagai SUB dan berpeluang dicalonkan sebagai Ahli Parlimen, WZWH telah datang dengan idea hebatnya - untuk menambah kerusi parlimen dan DUN didalam daerah Jerantut ini.

Cadangan tambahan dari ADUN Kg.Kucing walau memang tak masuk akal namun elok juga untuk kita fikirkan bagi memudahkan kita melelapkan untuk tidur yang lena. Banyak bahagian akan banyak AJK bahagian, bertambah Parlimen dan DUN akan memberikan lebih banyak peluang untuk kita jadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Adoiiii!!! ZZzzzzzzzz!!!


Wednesday, October 5, 2011

HANGAT: KU LAN MASIH INGIN TERUS PEGANG JAWATAN


'Saya kena bertanding lagi untuk elakkan perpecahan UMNO Jerantut ni' - Ku Lan
'Suka hati Tengku lah, kalau kalah nanti semua UMNO akan bungkus' - KW
Demikian agaknya dialog antara mereka berdua ni


Dalam pemain dan peminat politik Jerantut sebok-sebok, heboh-heboh dan kecoh-kecoh pasal Jawatan SUB, maka tiba-tiba masing-masing 'terkejut berok' apabila mendengar khabar bahawa Ku Lan masih hendak pegang jawatan Ketua Bahagian dan jadi calon Parlimen dalam PRU akan datang. Khabarnya beliau menyatakan hasrat ini secara serius ketika santai sembang kedai kopi.

Maka yang paling 'terkejut beruk' diantara semuanya adalah 2 orang yang masing-masing bercita-cita besar untuk jadi Ketua Bahagian dan seterusnya Ahli Parlimen Jerantut. Mereka itu adalah Dato' Wan Amizan dan Dato' Dr. Shukri. Mereka yang selama ini sudah berkerja keras memancas dan memancung antara satu sama lain merasa sungguh kecewa kerana menyedari bahawa sebenarnya mereka berdualah yang terluka sedangkan pencetus suasana itu masih tegap berdiri untuk terus berkuasa.

Maka blog-blog penyokong tokoh tertentu bukan mainlah dengan biadap dan kurang sopannya menyuruh Tengku Lan berundur tanpa ada rasa dan sikap hormat kepada pemimpin, kita maklum bahawa demikianlah pencacai blogger upahan berkhidmat dan menjilat tuannya.


Tuesday, October 4, 2011

LAGI CALON SU BAHAGIAN

AJK Pemuda bahagian Jerantut.
Foto sumber dari blog; Pak Cik Mat Jambu


Perlantikan Setiausaha UMNO Bahagian adalah hak mutlak Ketua UMNO Bahagian. Pasti ini tiada siapa yang akan pertikaikan. Namun usaha untuk melobi bagi mendapatkan kerusi berkenaan sama ada untuk diri sendiri atau kroni atas apa tujuan sekalipun adalah juga satu permainan yang menarik untuk kita lihat dan teliti.

Dalam keadaan UMNO hampir menghadapi Mesyuarat Bahagiannya tidak lama lagi, jawatan yang sesiapapun akan menyandangnya kelak hanyalah bagi tempoh yang singkat. Bagaimanapun saya beranggapan ianya sangat penting bagi individu berkenaan untuk melonjakkan namanya supaya dapat dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa atau mana-mana jawatan penting lainnya dalam mesyuarat berkenaan. Kerana itulah memang banyak pihak yang sedang cuba melobi kepada Ketua bahagian untuk jawatan berkenaan.

Kita membincangkan mengenai transformasi dalam UMNO, khususnya UMNO Bahagian Jerantut. Justeru dari awal lagi saya tonjolkan calon-calon baru dan muda-muda untuk merealisasikan rancangan transformasi itu. Pastilah ada orang-orang lama dalam UMNO bahagian yang 'meleleh' airliurnya untuk jawatan berkenaan, namun tidak akan kita bincangkan disini.

Memang masih banyaki lagi nama-nama yang layak untuk dicalonkan sebagai Setiausaha Bahagian untuk dipilih oleh YTM Tan Seri Tengku Azlan sebagai pendampingnya sehingga beliau mennggalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian selaras dengan kenyataan beliau sendiri untuk tidak dicalonkan dalam PRU akan datang sebagai Ahli Parlimen.

Ahmad Shah Jamlus atau Fasal Jamlus kedua-duanya berpendidikan agama dan layak sebagai calon SU. Selain itu Ir. Jalaluddin Ghazali berpendidikan tinggi juga layak sebagai arkitek pembangunaan Jerantut kelak. Dalam Pemuda itu sendiri pun masih ramai, cuma sudah tentu mereka akan masih bernaung di bawah payung Ketua Pemuda dan tidak akan meninggalkannya atas nama kesetiaan.

Bagaimanapun, Jika Ketua UMNO Bahagian inginkan SU yang matang dan berpengalaman serta setia kepada beliau, Wan Johari adalah nama yang patut kita cadangkan, selain itu Wan Heru pun boleh kita tonjolkan sama. Jerantut masih belum ketandusan pemimpin, cuma mereka ini perlulah diberikan peluang. Ibarat kata pepatah; bangunan batu yang tinggi itu diruntuhkan namun mampu dibangunkan semula, berkali-kali.

Blog patpatsikulipat mengisahkan Hanafisah sebagai calon SU Bahagian. Wallahualam! 'Hanya Joharilah yang mengenal Maniam'!


Monday, October 3, 2011

HANGAT: SIAPA SETIAUSAHA BARU UMNO JERANTUT ?

En. Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut yang baru


Berikutan kembalinya kerahmatullah mantan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut YH. Dato' Ghazali Sulaiman maka berlakulah kekosongan kerusi bagi jawatan tersebut. Walaupun Ketua UMNO Bahagian sudah tidak lagi berminat untuk menjadi calon Ahli Parlimen dalam PRU akan datang, seterusnya akan pasti juga melepaskan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian, namun kekosongan ini harus diisi secepat mungkin. Pasti banyak kerja-kerja parti yang akan dijalankan terutama dalam persedian menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Sudah menjadi perbualan hangat sekarang ini siapakah yang bakal diangkat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Seperti biasa khabarnya seorang tokoh yang sudah sangat senior dalam politik Jerantut cuba menonjolkan Cikgu Nizam sebagai calon Setiausaha Bahagian yang baru. Tentulah ini bertujuan menjaga kepentingan dan cengkaman kukunya dalam politik Jerantut. Mungkin banyak pihak boleh menerima calon itu namun memikirkan bahawa faedah kelangsungan cengkaman kuasa seseorang, maka sudah pasti nama ini akan ditolak.

Jika benar UMNO Bahagian Jerantut ingin melakukan reform, maka kesempatan ini haruslah diambil dengan sebaik mungkin dengan meletakkan calon muka baru dan dari kalangan muda. Wan Zamzuri Wan Hasenan kelihatan layak menjalankan tugas berkenaan namun faktor kerjanya menghalang beliau untuk dinamakan bagi mengisi kekosongan itu. Selain itu kecenderungannya menyokong ADUN Tahan juga sudah pasti tidak akan menyukakan penyokong ADUN Pulau Tawar kelak.

Kemungkinan untuk mengangkat Pegawai Khas Ahli Parlimen ke jawatan Setiausaha adalah sangat sedikit atas beberapa sebab. Antaranya beliau kelihatan tidak berapa berkelayakan untuk memeggang jawatan yang sangat mencabar dan berprestij ini, selain itu beliau sendiri pun sudah sangat selesa dengan jawatan yang disandangnya sekarang kerana berkuasa penuh 'mengitar' semua projek Ahli Parlimen.

Calon muda yang dilihat layak adalah Sdr Mustafar Maarof, bekas mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menimbulkan kontroversi apabila meletakkan jawatan kerana tidak sefahaman dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Tahan tidak lama dulu.

Selain itu,Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga kelihatan sesuai mengisi kekosongan berkenaan tambahan pula apabila dipertimbangkan hubungan baiknya dengan YBM Tan Sri Tengku Azlan Shah.

Apapun semuanya terpulang kepada kebijaksanaan Ketua UMNO Bahagian. Kita cuma berharap beliau akan memilih seorang yang yang proaktif dalam menjalankan tugasnya yang penuh cabaran kelak. Calon Setiausaha bahagian juga haruslah seorang yang akrab dengan media sosial supaya akan dapat menggerakan media baru UMNO Bahagian Jerantut yang selama ini mati kerana adanya Ketua Penerangan Bahagian yang gelap pandangannya terhadap peranan media baru.

Sunday, October 2, 2011

TRANSFORMASI: PEMIMPIN MUDA JERANTUT

Barisan pemimpin muda Jerantut - harapan masa depan, 
yang mampu menguasai media baru Jerantut dengan berkesan.


Semua pihak termasuk pemimpin atasan percaya dan bersetuju bahawa kegagalan BN UMNO mengekalkan majoriti undi 2/3 dalam PRU lalu bukanlah kerana kekuatan pembangkang, tetapi adalah kerana kelemahan BN UMNO sendiri.

Terlalu lama memerintah dan membuatkan UMNO lalai dan leka adalah antara sebab mengapa ini berlaku. Selain itu juga adalah kerana menganggap bahawa kekuatan UMNO dan kekuasaan serta sokongannya seakan adalah hak mutlak dan akan kekal selama-lamanya, maka itulah yang membuatkan para pemeggang kuasa merasakan keegoannya sehinggakan mereka sanggup melakukan apa saja.

Dalam UMNO Jerantut bukanlah satu perkara baru dalam hal cantas mencantas. Setiap kali ada calon muda yang berpotensi, ianya akan dikerat-kerat dan dibenamkan bagi memastikan pemimpin lama itu akan tetap terus berkuasa semahunya. Kerana itu jugalah akhirnya UMNO Jerantut gagal melahirkan pemimpin pelapis bagi menggantikan yang lama apabila sampai waktunya. Justeru, bagaimana transformasi akan berlaku?

SPU tidak hendak menyingkap kisah-kisah yang terlalu lama kerana mungkin itu akan melibatkan mereka yang sudah tiada atau sudahpun berundur dari politik samaada secara sukarela ataupun terpaksa, tetapi lihatlah apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO sendiri. Kemana perginya Naib Ketua Pemuda? Angkara permainan politik siapakah itu?

Malang sekali apabila pemimpin-pemimpin pelapis muda yang berpotensi sebagai pengganti telah kita 'bunuh' dengan tangan kita sendiri. Kasihan dengan nasib yang menimpa Mustaffar Maarof, Jalaluddin Ghazali (sekadar menyebut beberapa nama saja). Mereka-mereka ini adalah orang yang boleh diharapkan memimpin Jerantut pada masa depan.

Cuma kita berharap kita semua menginsafi kekhilafan yang telah kita perbuat selama ini dan menyesalinya. Kami anak-anak muda yang tinggal ini janganlah di'bunuh' kerana kamilah penyambung warisan dimasa hadapan. Berilah kami peluang dan harapan, bukan saja untuk kami sendiri tetapi untuk anak bangsa. Transformasi adalah perubah...sikap dan minda. Andai kita gagal mengubah UMNO hari ini maka UMNO akan gagal berubah dan akan terus dilupakan dan ditinggalkan.....


Saturday, October 1, 2011

DRASTIC CLEANSING - CALON PRU JERANTUT

Ketua Puteri Jerantut calon DUN Tahan


Seronok melihat perkembang mutahkir blog-blog politik Jerantut apabila banyak blog baru telah lahir; Pemerhati  Politik Jerantut, Kutukan Dewata, Borok Politik Weh, serta blog-blog lama yang kelihatan aktif semula setelah rehat yang panjang.

Secara rambang dapat ditafsirkan bahawa sekumpulan blog yang dibina khas untuk menyokong ADUN Tahan sedang menguasai blogger Jerantut. Terbaru, blog lawak 'bodoh',  'Radio Buruk One Pati' dilihat sebagai untuk saingi blog uRag dRrulug dan dalam masa sama pro kepada kumpulan blog WZWH. Nampaknya sibertropper Tahan sudah bergerak kehadapan dalam perang sibernya menentang Pulau Tawar.

Buat pertama kalinya SPU tertarik dan sangat bersetuju dengan tulisan WZWH  Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13 (Klik) Itulah yang sepatutnya UMNO Bahagian Jerantut lakukan. Berikan peluang kepada pemimpin muda dan baru untuk terajui politik Jerantut. Abaikan tokoh-tokoh 'recycle'. Inilah perubahan drastik yang rakyat inginkan.

Ahmad Shah Jamlus layak untuk calon Ahli Parlimen. Hartini di DUN Tahan, Rizuan Mansur di DUN Pulau Tawar serta Mustafar Maarof di DUN Damak jika DUN tersebut akan ditandingi wakil UMNO.  Kita kena berikan kepercayaan kepada muka-muka baru dan tenaga muda. YB DSD Menteri Besar Pahang mesti memberikan perhatian serius mengenai cadangan ini jika benar-benar inginkan transormasi berlaku dalam politik Jeantut.

Mungkin cadangan ini mendukacitakan Ketua Penerangan yang masih dalam kegelapan iaitu Cikgu Nazlan serta Cikgu Pian dan Zaharuddin yang mungkin sudah menempah baju melayunya untuk gambar poster plilihanraya. Tapi inilah hakikatnya, pembaharuan mesti dilakukan bagi meremajakan semula UMNO Jerantut.

WZWH tidak kita calonkan di DUN Tahan kerana dilihat sebagai proksi ADUN yang ada dan tentunya tidak akan membantu kemenangan BN akibat dari kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap wakilnya selama ini. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahamud juga disingkirkan walaupun beliau kelihatan sangat layak di DUN Pulau Tawar kerana aktif dalam mengadakan program-program UMNO dan rakyat bagi memuaskan hati golongan muda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN