Terimalah lagu ini untuk mereka yang sedang Mabuk Kuasa.
Jikalau benar seperti yang didakwa oleh KD dalam post diblongnya, memang UMNO menempah kekalahan hanya kerana adanya mereka yang tamak dan haloba didalam parti.
Tidak mustahil perkara yang didakwa KD berlaku dan berleluasa didalam UMNO kerana didalam UMNO sendiri sudah tiada mereka yang sebenar-benarnya sayangkan parti. Mereka yang benar-benar sayangkan parti sudah lama meninggalkan parti dan duduk diluar atas tidak ingin melakukan sesuatu yang mungkin akan membuatkan kekecohan didalam parti.
Yang tinggal hanyalah mereka yang ingin mengambil kesempatan dan menjadikan parti sebagai landasan untuk mengaut kekayaan.
Jika benar apa yang didakwa, bagaimana nanti UMNO ingin berdepan dengan rakyat dalam PRU nanti kerana UMNO bukan saja kehilangan sokongan besar rakyat malahan sudah kehilangan kepercayaan dari ahli-ahli rapatnya sendiri.
Projek tangga kambing Padang FA juga jadi rebutan dikalangan pemimpin. Rakyat marhaen macam kami nanti hanya akan dapat apa? Jika parti sudah tidak dapat membantu kami, untuk apa lagi kami bernaung dibawah parti ini?
Sila baca Sini dan Sini, selepas itu kita fikirkanlah apakah kita masih patut menyokong dan mengundi mereka-mereka yang sebegini?
Sila baca Sini dan Sini, selepas itu kita fikirkanlah apakah kita masih patut menyokong dan mengundi mereka-mereka yang sebegini?
2 comments:
Hari tu aku dah komen hangpa ni tak habis-habis merintih merayu, seolah-olah UMNO tu saja tempat hangpa nak cari makan,
Aku ni walaupun ahli UMNO taklah asyik dok harap peruntukkan saja. Usahalah cari makan sendiri.
Masuk UMNO dok tak puas hati satu sama lain. Selesailah cara gentlemen dok merintih dalam blog ni buat apa.
Kalau tak boleh cara gentlemen jumpalah di mana-mana selesai cara anak jantan. Lepas tu kira settle.
UMNO Jerantut ni tak ada hal lain. Setiap kali adalah masalah merintih dalam blog apalah punya pejuangan.
Ugut nak pilih parti lainlah dok harap kalah PRU13 lah. Kalau macam nilah, cadangan aku Bahagian Jerantut lebih molek namanya sebagai Bahagian Jauhkentut.
Senang aje nak mengajar pemimpin pemimpin UMNO dan para kroni mereka ini.PRU nanti biarkan mereka saja yg bekerja untuk memenangkan UMNO.Orang mcm kita UMNO kalah pun kita tak rugi.UMNO memang pun apa yg kita untung?Jadi serahkan misi memenangkan UMNO kepada para pejaung poket yg sentiasa berada disisi pemimpin UMNO yg bongok yg tak tau menilai org sekeliling yg akan menjahanamkan UMNO
Post a Comment