Tulisan: Keris Pusaka
1. Suara Prihatin UMNO Jerantut @ SPU adalah sebuah blog yang dibina dengan niat untuk memberikan teguran kepada pemimpin UMNO tempatan dan nasional. Memberikan kesedaran kepada mereka apa yang rakyat keluh kesahkan selama ini. Konsep pemimpin turun padang sebenarnya masih belum mencukupi untuk pemimpin mendengar dengan jelas masalah rakyat, itu pun jika para pemimpin benar-benar turun padang. Malangnya ada juga pemimpin yang liat untuk turun padang dan mendengar segala permasalahan rakyat dan hanya percaya kepada para pegawai yang dilantik, namun para pegawai berkenaan tidak selalunya menyampaikan berita benar kepada para pemimpin berkenaan, lalu segala masalah rakyat tidak langsung diketahui oleh pemimpin.
Kerana itulah blog-blog memainkan peranan sebagai penyambung suara rakyat, namun para pemimpin dan para pegawainya kebanyakannya masih buta IT dan menganggap bahawa suara yang dibawa oleh para blogger adalah palsu dan tidak perlu diberikan perhatian dan itu akhirnya membuatkan rakyat tidak dapat lagi bertolak-ansur dengan pemimpin dan menjatuhkan hukuman serta merta.
2. Banyak pihak beranggapan bahawa Jerantut adalah daerah di Pahang yang terbanyak sekali mempunyai blog-blog politik. Kenyataan ini tidak semestinya benar, cuma ianya kelihatan demikian kerana SPU berusaha menghimpunkan segala blog yang ada dan menyusun dan mempamirkannya untuk kemudahan pambaca membuat pemantauan, yang mana usaha ini jarang dilakukan oleh blogger-blogger politik di daerah lain di Pahang. SPU telah meletakkan dirinya sebagai sebuah 'billboard' atau blog rujukan untuk membaca blog-blog Jerantut.
3. Perkembangan politik UMNO khususnya di Jerantut sepatutnya tidaklah terlalu hangat berikutan tiadanya pemilihan, namun beberapa keadaan dan masalah yang tidak diselesaikan dengan baik telah menjadikannya semakin parah dan akhirnya meletus bagaikan letupan nuklear dan mampu merosakkan UMNO Jerantut terutamanya akan memberikan impak yang buruk menjelang PRU13 nanti.
4. Ada pandangan dari sebahagian yang terlibat didalam politik UMNO Jerantut bahawa blog telah menjadi punca kerosakan UMNO Jerantut kerana kononnya penyebaran fitnah dan permainan politik kotornya. Namun kita boleh menanya apakah sebelum adanya blog, politik Jerantut sangat bersih? Fitnah politik tersebar juga selama ini sehingga politik Jerantut berpecah-belah kepada beberapa kumpulan. Bezanya politik konvensional Jerantut menyebarkan fitnah secara senyap sedangkan melalui blog segalanya secara terbuka dan berlaku pantas.
Selain dari itu, apakah semua yang disebarkan melalui blog ini merupakan fitnah semata-mata? Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Pasti ada asas pada setiap tohmahan yang disebarkan itu, hanya pihak yang tertentu tidak dapat menerimanya serta cuba menafikannya dan menudung jari kepada pihak lain.
5. Pemilihan G7 berlaku dalam suasana yang tidak berapa hangat (suam) kerana nama-nama besar mengelak dari bertanding entah kerana apa. Dalam keadaan itu, calon yang mendapat undi terbanyak adalah seorang blogger tersohor dengan posting 'CnP' serta tajuk-tajuk sensasi termasuk mengenai seks dan artis yang digemarinya iaitu Fasha Sandra.
Undi kedua tertinggi dimenangi oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut, seorang yang dikatakan bakal menentang Ketuanya dalam pemilihan akan datang dan khabarnya sejak dulu lagi berkerja kearah itu dengan sokongan banyak pihak (sila rujuk tulisan terdahulu).
Pemenang ke-5 diberitakan dipenuhi dengan kontroversi apabila calon berkenaan terbakar hatinya kerana tidak berpuas hati dengan jumlah undi yang diperolehinya. Beliau diberitakan telah berusaha keras untuk mendapat undian tertinggi dengan memberikan rasuah atas nama hadiah yang berupa butang baju melayu dan pen kepada perwakilan, namun Allah menentukan takdirnya bahawa usahanya itu tidak diberkati.
Selain itu, namanya juga sering dihitamkan oleh beberapa blog Jerantut kerana rekod buruknya dan sejarah hitamnya dahulu. Jika kita menyedari, inilah kesan dari media baru yang menyebarkan berita tanpa batas dan dalam masa singkat. Kerana itu jugalah, kita harus berusaha untuk menjuarai media baru ini untuk dapat menjuarai rakyat. Bagaimanapun, masih ada pemimpin UMNO yang tidak percaya bahawa pentingnya menguasai media baru ini yang sudah cukup jelas jaringannya mampu memutih dan menghitamkan seseorang.
6. Dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang baru lalu, diberitakan terdapat undi tidak percaya terhadap pemimpin dari beberapa Cawangan UMNO. Dalam mesyuarat penapisan usul, usul berkenaan telah diluluskan dan diterima tanpa bahas. Sepatutnya pegawai UMNO berhak meletakkan usul berkenaan didalam beg yang akan diterima oleh para perwakilan, namun ada pihak yang menghalangnya dan manarikbalik semua kertas-kertas yang berkenaan dari diterima oleh perwakilan.
Bukan soal orang tertentu tidak boleh diusulkan dengan undi tidak percaya serta ianya menjadi kesalahan dalam perlembagaan UMNO, namun sekiranya usul itu sudah dibuat oleh cawangan dan diluluskan oleh jawatankuasa penapis usul, maka ianya patut diterima oleh perwakilan. Jikalau usul berkenaan menyalahi perlembagaan UMNO, maka UMNO terpaksa menghukum cawangan atau pembawa usul berkenaan, maka lakukanlah, tetapi perbuatan menahan penyebaran usul itu adalah satu perbuatan yang dilihat sebagai tidak telus diddalam UMNO dan seakan ingin melindungi pihak tertentu.
7. Dibawah ini adalah usul dari kertas 'Usul-Usul Cawangan Yang Di Terima Tanpa Bahas', yang sepatutnya diterima oleh semua perwakilan UMNO yang hadir pada hari berkenaan. Sila klik untuk membesarkan. Sumber dari blog WZWH dan patpatsikulipat.
No comments:
Post a Comment