Bila pemimpin Jerantut nak sedar dan nak buat begini juga?
Kebelakangan ini kelihatan kecenderungan dan minat blogger Jerantut untuk kembali aktif menyuarakan pendapat melalui laman blog masing-masing. Syabas! Tidak kira apa pegangan dan kecenderungan politik masing-masing, yang penting blogger berani menyuarakan pendapatnya. Lihat blog N9, Parlimen 81, Patpatsikulipat, Ansarulullah yang sudah kembali teruja untuk bersuara apabila SPU kembali memimpin suara blogger Jerantut. Mungkin kerana itu jugalah blog tersohor 'copy and paste' Laksmana Jebat merasa malu dan berhenti menulis, opppss!! ...meng-copy and paste!
Beberpa blog yang sudah lama membisupun kelihatan sudah bernafas kembali meskipun tidak menulis diblog namun sudah menunjukkan wajahnya melalui komen-komen diblog lain. Tahniah kepada blogger WZWH dan uRag dRrulug yang masih kekal 'maintain' menulis walau hujan dan ribut melanda. Mereka ini blogger sejati dan membawa suara pelbagai pihak rakyat Jerantut. Tabik hormat untuk mereka berdua.
Sri Tri Buana Untuk Jerantut, macam terlekat didalam selut masih tidak bergerak, atau mungkin kena demam panas dan ketandusan idea untuk menulis isu-isu masyarakat Jerantut. Bagaimanapun saya percaya, bila semangat penulisnya pulih kembali, ia mampu melontarkan idea yang bernas untuk membangunkan masyarakat (minda) Jerantut.
Media Sosial lainnya di Jerantut juga nampak galak. Lihat saja di facebook, kalangan pemunya laman sosial itu turut bertambah dan grup-grup juga bertambah. Jika dulu hanya ada Jerantut KampongKu, maka kini sudah ada beberapa grup lain juga menambah jaringan sosial di Jerantut. Wah! Jerantut bertambah meriah, Media Sosial Jerantut bertambah maju.
Memang ada yang positif dan negatif kepada kerajaan dan pemimpin. Hanya terpulang kepada kerajaan dan pemimpin bagaimana caranya untuk memandu mereka ini ke arah yang dikehendaki. Jika kerajaan dan UMNO gagal melakukannya, mereka akan menjadi senjata yang akan menikam belakang. Jadi, apa yang akan UMNO Jerantut lalukan nanti? Masa tidak menanti kita dan PRU13 akan menterjemahkan keberkesanan peranan media sosial terhadap iklim politik tanahair. PRU12 memberi isyarat buruk buat UMNO / BN dan jika pemimpin masih mendiamkan diri maka PRU13 akan mencampakkan UMNO jauh dan menamatkan riwayatnya.
No comments:
Post a Comment